• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

13 Ogo 2008

Lawatan Pihak Penganjur dan Ibu Stacy ke Wad Thalasemi , Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu


Pihak Penganjur dan Puan Agnes ( berbaju merah ) bersama dengan kanak-kanak yang menghadapi penyakit Thalasemia


Baru-baru ini Pihak Penganjur Konsert Amal Stacy serta wakil keluarga Stacy iaitu ibu Stacy, Puan Agnes telah mengadakan lawatan ke Wad Thalasemia , Hospital Queen Elizabeth sebagai tanda sokongan mereka terhadap mereka yang menghidapi penyakit Thalasemia. Usaha pihak penganjur untuk mengisi tabung Thalasemia dengan mengadakan Konsert Amal Stacy di Pusat Kebudayaan Penampang 18 Ogos ini adalah satu usaha yang mulia dan terpuji. Di samping beramal, Stacy juga akan mengadakan persembahan bersama rakan-rakan senior AF iaitu Felix, Candy dan Ebi.

2 ulasan:

  1. ilmu itu pelita hidup...amalan yg mulia menjadikan kehidupan lebih bermakna..rezeki yg ada di bagi bersama agar insan yg lemah merasainya..berhiburla sambil menderma(peppo)

    BalasPadam
  2. Bagus penglibatan Stacy dlm Konsert Amal mcm ni,jgn hanya nak show yg dapat bayaran berpuluh ribu. Selagi daya, selagi mampu, jadi yg menghibur dan yg datang berhibur...sama2 dapat pahala...semoga usaha murni diberkati selalu

    BalasPadam