• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

13 Ogo 2008

Artikel dipetik daripada Berita Harian: Hip 13 Aug 2008

Jawab, Jangan Tak Jawab! 'Jangan hukum saya'

Oleh Farihad Shalla Mahmud





Stacy dapat berita nenek meninggal dunia pada malam FFM21


FESTIVAL Filem Malaysia ke-21 yang berlangsung malam Sabtu lalu mencatat sejarah tersendiri buat juara Akademi Fantasia 6, Stacy apabila dia tersalah intro ketika membuat persembahan dalam acara selingan. Gara-gara kesilapan itu, Stacy ketika dihubungi Hip kelmarin mengakui dia begitu tertekan kerana bimbang reputasinya sebagai juara sebuah program realiti popular tercalar akibat kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Menyifatkan peristiwa itu sebagai kejadian yang tak mungkin dapat dilupakannya selama-lamanya, Stacy memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit seraya menegaskan, dia tidak berniat langsung untuk mencacatkan majlis yang penuh berprestij itu.

Bukan sengaja mencipta alasan untuk mempertahankan diri namun menurut pemilik nama penuh Stracie Angie Anam ini, kesilapan itu berpunca kerana dia hilang fokus dan terlalu gugup berdepan dengan penonton sekali gus menolak dakwaan yang kononnya tidak menghadiri sesi latihan.

Mengambil iktibar daripada kejadian itu, Stacy berharap peristiwa itu tidak menjejaskan namanya di kalangan penganjur dan menaruh harapan moga dia terus diberikan peluang untuk menjayakan persembahan seperti itu.




Hip: Boleh Stacy jelaskan bagaimana Stacy boleh melakukan kesilapan sewaktu membuat persembahan pada malam Festival Filem Malaysia yang lalu?

Stacy: Sebenarnya malam itu saya mendapat tahu yang nenek kesayangan saya meninggal dunia. Jadi perasaan saya bercampur baur dan sepatutnya mengikut adat, saya tidak boleh meneruskan persembahan. Bagaimanapun, menyedari saya ada komitmen yang perlu diselesaikan maka saya teruskan juga menyanyi. Akibatnya, saya hilang tumpuan. Bukan itu saja, saya juga gugup apabila berada di pentas. Akibatnya, persembahan malam itu jadi serba tak kena. Saya ada dengar juga orang kata yang saya tak datang latihan dan disebabkan itulah persembahan saya jadi kelam kabut. Perkara itu tidak berlaku sebenarnya. Saya tak pernah melakukan perkara yang boleh merosakkan reputasi. Sebelum persembahan bermula, saya cukup teruja kerana bukan senang mendapat peluang sebegini. Saya berusaha sebaik mungkin dan datang latihan seperti yang diminta. Cuma apa yang boleh saya jelaskan, sewaktu latihan, muzik yang dimainkan berbeza sedikit dengan persembahan sebenar. Ini membuatkan saya keliru di bahagian mana intro sebenar lagu berkenaan. Tapi, apabila saya nyatakan begini, bukanlah bermakna saya meletakkan kesalahan itu di bahu mereka (pemuzik)

Hip: Bila berlaku situasi seperti itu, bagaimana Stacy menghadapinya?

Stacy: Bila kejadian itu berlaku, tidak dinafikan hanya tuhan saja yang tahu betapa malunya saya ketika itu. Tetapi saya cuba menenangkan diri dan dengar muziknya dan fokus betul-betul sebelum menyambung kembali nyanyian. Walaupun perasaan gementar ada tetapi sedaya upaya mengusirnya supaya tumpuan saya terhadap persembahan tidak terganggu. Selepas persembahan selesai, saya menangis di belakang pentas kerana saya malu dan rasa bersalah kerana mencacatkan majlis bertaraf nasional. Namun, bila fikir kembali, saya anggap semuanya itu sudah ditentukan dan saya terima semuanya sebagai satu pengajaran.

Hip: Tapi Stacy tahukan kesilapan itu sedikit sebanyak boleh memberi kesan terhadap perkembangan kerjaya Stacy?

Stacy: Saya tahu dan tidak dinafikan saya menanggung malu yang amat sangat di atas pentas masa itu. Itulah kali pertama saya berdepan dengan peristiwa paling memalukan. Dalam hati berkata, habislah saya hari ini. Mesti ramai orang akan mempertikaikan kredibiliti saya selepas ini. Tentu ada orang mempersoalkan kemenangan saya dengan kejadian tempoh hari. Saya harap ini tidak berlaku kerana hendak buat macam mana, kesilapan itu bukan saya yang mahu. Mungkin ada hikmah di sebaliknya dan saya akan belajar di sebalik kesilapan yang dilakukan. Saya juga ingin memohon maaf kepada penganjur, Astro dan peminat atas kesilapan itu. Dan saya harap, saya tidak dihukum atas kesalahan yang tidak disengajakan itu. Saya mohon moga terus diberi peluang membuat persembahan untuk acara seperti ini.

Hip: Pakaian Stacy malam itu juga dikatakan tidak sesuai dengan lagu yang dinyanyikan. Komen sikit?

Stacy: Mengenai pakaian, saya akui pakaian itu memang saya yang pilih dan atas cadangan pihak Maestro sendiri. Memandangkan konsep pakaian malam itu memerlukan saya kelihatan glamor, jadi saya tak rasakan pemilihan pakaian saya salah. Lagipun ia berkonsepkan tradisional dan saya bangga dengan pakaian itu. Yang penting, saya selesa dengan apa yang saya gayakan.

Hip : Undangan persembahan untuk juara AF biasanya lebat, Stacy pula bagaimana?

Stacy: Setakat ini saya bersyukur kerana undangan persembahan tak pernah putus. Saya harap perkara ini akan berkekalan kerana ini saja cara saya untuk menyara keluarga di kampung. Jika ada rezeki lebih, saya juga bercadang untuk membawa keluarga tinggal di sini bersama saya. Kasihan meninggalkan mereka di sana.


29 ulasan:

  1. Bravo, Stacy! Kejujuran Stacy yg buat peminat2 anda setia kepada Stacy! Tabahkan diri dan naikkan semangat. Sesungguhnya xde insan yang sempurna apatah lagi sebagai penyanyi. Keep up the good attitude!

    BalasPadam
  2. Stacy seorang yg tabah dan tidak menafikan kesilapannya, org yg mcm ni lah kita perlukan dalam industri hiburan kita, bukannya menyalahkan pihak lain hanya kerana nak menutup kesilapan. bagaimana pun, inikesilapan kecil sahaja, Stacy bukannya melakukan dosa.mari kita teruskan usaha kita menyokong Stacy.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Stacy...semoga terus tabah dan cekal ya, bukan kesilapan besarpun, kesilapan kecil sahaja tu.Go Stacy go go go - @mirul

    BalasPadam
  5. Hi Stacy!We all will always support u!Biasala kita manusia, mmg tidak lari dalam membuat kesilapan :) Sebenarnya, di situlah bermulanya karier seorang anak seni yg btul2 berbakat. Itu cuma kesilapan kecil saja, and Stacy tidak perlu berasa malu.Jadikan ia sebagai satu pemangkin utk Stacy terus maju dlm karier seni ini!You are the "Star", and all your FANS will always b with u!

    BalasPadam
  6. Jujurnya Stacy....bagus mengaku kesilapan, ini tandanya berani maju...chayunk...chayunk stacy - Rokiah Tonggek

    BalasPadam
  7. Be strong girl!! We are here! bila semua pintu dah tertutup for u ... remember, kami ader kat blakang u & we will be with u to open it again! You go girl! - WDYT

    BalasPadam
  8. Walau apapun terjadi kita tetap sokong Stacy .... apa yang terjadi akan membuatkan kita lebih matang ... buka lembaran baru dan tinggalkan yang tak perlu yang akan hilang dari ingatan ... perjalanan masih panjang dan terus berusaha ... wah terlebih sudah ni ...

    wizexterno

    BalasPadam
  9. my dear Stacy.... ketabahanmu itu pemangkin kejayaan dik... love u so much!

    BalasPadam
  10. Stacy jgn kembang dipuji dan jgn patah semangat bila dikeji, kami tau awak boleh buat yg terbaik...buktikan pada pengutuk, syg Stacy selalu - Ina Kajang

    BalasPadam
  11. Redhakan saja yg sdh terjadi itu...dan jadikan pengajaran dan pengalaman pada masa2 akan dtg...yg penting stacy gigih berusaha lagi slps ni...dan jgn risau, pastinya keluarga serta peminat stacy akan sentiasa dibelakang menyokong karier stacy...

    BalasPadam
  12. Go Stacy go....keep up your good work...Jangan mudah putus asa...

    BalasPadam
  13. walau apa badai dtg pun kami tetap akan sokong stacy...syg stacy selalu...Go stacy...Go...Go....Go...

    BalasPadam
  14. Stacy jgn lekas patah semangat ya, ini hanya masalah kecil. teruskan berusaha membantu keluarga...syg Stacy selalu - FIZZ

    BalasPadam
  15. mn bumi yg x di timpa hujan dan mana manusia yg x di timpa ujian..biar di keji dan biar di caci..esok lusa dan selamanya kau pasti di puji..love u..(peppo)

    BalasPadam
  16. Stacy... Bukan Stacy seorang saja penyanyi/artis yang ada pengalaman pahit seperti ini. Dunia belum berakhir Stacy. Hidup mesti diteruskan. Tabahlah dik... Dan satu lagi.. KAMI PENYOKONG2MU TIDAK AKAN KE MANA2. KAMI ADA DI BELAKANGMU WALAU APAPUN YANG MELANDA. ~AbangKamu~

    BalasPadam
  17. Dont worry about it bah stacy.. its a very good learning experience and im sure it will make u very much stronger as a person and even more as an artiste. Take this as a challenge and stay strong and dont worry about the rest cos it will all come to you! believe in your talent cos its good and the most important thing is that we know you're good so dont worry! :)

    BalasPadam
  18. Stacy, anggaplah ini dugaan dalam mengharungi dunia artis. Kami akan sentiasa bersama mu tatkala hujan atau panas... bersama-sama meredah banjir, merenangi lautan api, terjun gaung dan lari lompat berpagar bersama sama Stacy. Go Stacy. Kami kan sentiasa bersamamu (kami kan bersamamu........*cam iklan DIGI la pulak)

    BalasPadam
  19. stacy....juz 4get it..mm jadikan ia sbg pengalaman anda...n jadikan ia sbg pengajaran..at least..kita belajar dr kesilapan..mm tabah mnghadapi ini sume k...u masi muda...n ramai peminat yg masi support u....jan risau psl ni.....hope u success in ur life...open new book n start u new life....gd luck k..we still support u...4 ever n ever....

    BalasPadam
  20. Jamilah Juling13 Ogos 2008 8:26 PTG

    ye lah Stacy... tiada manusia yang sempurna di alam fana mahupun alam barzakh ini. Kami harap Stacy tabah menghadapi dugaaan ini.

    BalasPadam
  21. IBARATKAN STACY DIKURNIAKAN 100 PELUANG...GAGAL SEKALI STACY MASIH MEMPUNYAI 99 PELUANG MENANTI,MANFAATKAN SETIAP PELUANG DAN STACY AKAN MELONJAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT HINGGA KE PUNCAK....

    BalasPadam
  22. IBARATKAN STACY DIKURNIAKAN 100 PELUANG...GAGAL SEKALI STACY MASIH MEMPUNYAI 99 PELUANG MENANTI,MANFAATKAN SETIAP PELUANG DAN STACY AKAN MELONJAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT HINGGA KE PUNCAK....

    BalasPadam
  23. hye stacy..keep on the gud work okes:) every human did mistakes ..so jangan la risau sgt..sy tetap jd peminat ko;) til eternity..hehe

    boleh bah if u!muaaxxxx!!!

    bibie=)

    BalasPadam
  24. u must be strong gurl...even if it all goes wrong...when ur standing in the dark u must believe...we alwayz care about u....

    BalasPadam
  25. stacy,
    It doesn't matter what people say...and it doesn't matter how long it takes... believe in urself and you'll fly high...

    BalasPadam
  26. Stacy, you will always be in our heart, we will support you with all our might because we believe in your singing talent...stay humble and be positive in whatever you do...God willing, success will follow...Peace.

    BalasPadam
  27. STACY.."apa yg kau bc dn lihat diruangan ni hnyala sebilangan kecil suara2 hati yg mewakili jutaan lagi peminatmu di luar sn..biar kau menangis dn kecewa hari ini asalkn kau tak menyesal di masa depan..majula dn jadikan hari smlm sbg pengajaran dn esok sbg satu kejayaan..meminatimu sdlm-dlm hatiku"(peppo)

    BalasPadam
  28. mencapai kejayaan mmg mudah asalkn berusaha tapi tuk mmpertahankan kejayaan itu mmg payah..d keji,d caci dn d kutuk mmg lumrah hidup..cuma satu yg maha hebat bila kita di FITNAH..so STACY..stiap gerak langkah dn tutur katamu biarlah sdrhana.

    BalasPadam
  29. Dear Stacy,

    Perkara kecil ja tu..... Nobody's Perfect. Keep it up to be no.1 and we will see u on 18 August to support you.

    God Bless you!

    Hilary & Family
    Penampang

    BalasPadam