• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

2 Mei 2008

STACY TIADA SPM???

Ala apa salahnya tiada SPM, lagipun Stacy berenti sebab mau tolong keluarganya..dia berkorban untuk adik-adiknya…nak tanya, adakah lagi anak yg sanggup buat macam tu selain Stacy? korang jawablah sendiri…yang peliknya dia tiada spm tapi mengalahkan orang yang belajar tinggi-tinggi ni (khas pengutuk Stacy), sijil berkeping-keping, sebut bi pun failed…orang macam ni patut tunduk malu jak jumpa stacy nanti…tengok orang susa betapa cekalnya dalam AF, tiada nangis2 lagipun suda biasa menempuh hidup susah…org senang, cuit sikit da nangis….

Dalam kelas AF, Stacy betul-betul fokus sampai melopong mulut, takpe, itu cara masing-masing mahu beri tumpuan. kalau stacy ambil spm, konpem dapat 15A1 (boleh bah Stacy). Kalau setiap konsertpun dapat cemerlang, why not? itu berkat usaha dan konsentrasi dalam klas. kenapa mau dikutuk loghat dia? bukankah Stacy memartabatkan Bahasa Melayu dengan sebutan baku, sekurang-kurangnya dia tidak merosakkan bahasa, contohnya menukar sebutan perkataan melayu ikut dialek negeri masing-masing….

Be profesional la, kita orang Malaysia kena belajar berkongsi semua adat dan budaya orang lain ataupun negeri lain. itulah keunikan Malaysia….gigi dia pulak bagi kami satu keistimewaan buat dia, itu anugerah tuhan, kutuk Stacy umpama kutuk pencipta-Nya lah…ada berani….? sedarlah kelebihan dan kelemahan diri sendiri dan diri orang lain-Ikhlas daripada Stacy’s Frenz-renung2kan

1 ulasan:

  1. Yaa Betul...aku setuju 100% pendapat kamu.walaupun aku orang terengganu,tapi aku afundi stacy smpai naik kematu jari ni...kejayaan seseorang tak diukur melalui SPM.Albert Enstien pun xde SPM gak..semua orang tau tu..lagipun stacy cakap sabah best apa bah..go....STACYYYYYY.......

    BalasPadam