• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

27 Mei 2008

Petikan Dari Harian Metro 26 Mei 2008



"Malam Stacy"

BARANGKALI ramai beranggapan kemenangan Stracie Angie Anam atau Stacie, 18, yang menjuarai Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6) kerana rezeki. Pengetua AF6, Ramli MS bagaimanapun menjelaskan, rahsia sebenar kejayaan peserta berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu usaha keras dan mengamalkan segala tunjuk ajar diberikan guru.

Ketika ditemui sebaik konsert akhir AF6 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil tamat, kata Ramli, tidak sekali pun Stacy dilihat kurang serius sepanjang tiga bulan berada di Akademi. Perkara itu turut disedari penonton dan penyokong setia.

Apa yang lebih membanggakan pengarah muzik itu apabila Stacy pernah membuat permintaan agar dalam tempoh terhad, tenaga pengajar mencurahkan sebanyak mungkin ilmu kepadanya supaya selepas keluar Akademi, dia mampu menjadi penghibur serba boleh.

Wakil media sendiri yang menemui Stacy pada majlis sidang akhbar tersentuh hati apabila peserta yang popular dengan ayat pengenalan ‘terlebih sudah’ itu memberitahu, ada sebab mengapa dia perlu bekerja keras sepanjang menyertai AF6.

Jelas Stacy, kepayahan hidup dilalui keluarganya sehingga tidak mampu meneruskan persekolahan menyebabkan pe luang diberi pihak penerbitan untuk menyertai AF6 di gunakan sebaik mungkin.

“Saya pernah bekerja di kelab sebagai penyanyi pada waktu malam bagi membiayai persekolahan. Bagaimanapun mengenangkan empat lagi adik yang masih bersekolah dan lebih memerlukan menyebabkan saya terpaksa berhenti dan membiayai pengajian mereka.

“Saya sendiri tidak sempat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bukan saya sengaja tidak mahu sedangkan saya tahu ilmu itu penting.

“Pada saya, hanya dengan ilmu mampu membawa keluarga keluar daripada kemiskinan. Namun, desakan hidup memaksa saya membuat keputusan itu. Waktu itu bapa (Anam Bayar, 47) hanya berkerja sebagai buruh kontrak membuat jalan dan ibu (Agnes Kallos, 50) sudah tamat perkhidmatan.

“Tahun ini saya merancang kembali belajar dan menduduki peperiksaan SPM, namun peluang untuk menyertai AF6 datang. Kerana tahu ia dapat mengembangkan lagi bakat yang ada saya terus terima lamaran Astro.


“Begitupun ia tidak bermakna saya tidak mahu terus belajar. Jika ada rezeki saya tetap akan menamatkan pelajaran saya di peringkat menengah,” katanya penuh jujur.

Katanya lagi, apabila diberi peluang belajar dalam bidang nyanyian yang amat diminati menyebabkan dia memberikan tumpuan sepenuhnya di setiap kelas disediakan di Aka demi.

Stacy tidak menafikan pengalaman diperoleh sewaktu me nyertai Gangstarz musim pertama, sedikit sebanyak mem berikannya kelebihan terutama membabitkan aksinya di atas pentas dan berhadapan dengan penonton.

Manisnya apabila Stacy menjadi juara AF6 pertama berasal dari Malaysia Timur dengan memperoleh jumlah undian SMS sebanyak 43 peratus.

Selaku juara, Stacy menerima hadiah bernilai RM733,734 berupa sebuah banglo empat bilik, kereta, wang tunai, pakej percutian selama tujuh hari lima malam di Itali, pakej pelancongan ke New York, Amerika Syarikat, Sony Playstation dan trofi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan