• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

27 Mei 2008

Petikan Dari Berita Harian 26 Mei 2008



"AF6 Milik STACY"



Berkat kegigihannya mendatangkan hasil apabila dijulang sebagai juara program realiti musim keenam

KESEMPITAN hidup sehingga terpaksa melupakan persekolahan menyebabkan Stracie Angie Anam, 18 atau Stacy menggunakan peluang dan ilmu yang diperolehi secara 'percuma' sepanjang berada dalam akademi dengan belajar bersungguh-sungguh.

Dan, kesungguhannya itu berhasil. Gadis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu akhirnya diangkat sebagai juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), sekali gus menjadi bukti kegigihannya itu bukanlah lakonan semata-mata.

Dianggap sebagai pelajar paling konsisten kerana sentiasa menduduki tempat teratas carta, penonton setia AF6 yang mengikuti perkembangan Stacy tentu sekali dapat melihat kesungguhan yang ditonjolkan anak kelima dari enam beradik itu.

Kata Stacy, dia tidak mahu ketinggalan seperti dulu hingga memaksanya meninggalkan sekolah lebih awal dan menyebabkannya gagal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya tidak berpeluang menamatkan persekolahan kerana kesempitan hidup keluarga. Jadi apabila mendapat ilmu yang baru, saya tekad untuk belajar bersungguh-sungguh.

“Saya pernah bekerja sebagai penyanyi di kelab malam sambil bersekolah pada sebelah siang untuk menampung kehidupan. Masalah kewangan yang dihadapi keluarga saya menjadi punca kenapa saya tidak dapat meneruskan persekolahan,” katanya yang amat bersyukur kerana impian untuk membantu keluarga akhirnya tercapai.

Bagaimanapun, Stacy yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah St Michael, Penampang masih lagi menyimpan impian untuk menduduki SPM. Mengikut perancangan, dia ingin menduduki SPM tahun ini, namun penyertaannya di dalam AF menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hasrat itu.

“Saya betul-betul bersyukur kepada tuhan kerana membantu saya. Dari dulu kami sekeluarga tidak pernah merasa semewah ini menyebabkan saya tidak sabar mahu melihat reaksi keluarga dengan kemenangan saya ini.

“Saya bercadang untuk bawa keluarga tinggal bersama-sama saya kelak. Inilah hadiah terbesar dalam hidup saya dan terima kasih juga buat peminat kerana mengundi begitu juga dengan cikgu-cikgu (tenaga pengajar AF6).

“Saya tidak tahu macam mana harus membalas jasa mereka. Ilmu yang mereka curahkan terlalu besar maknanya,” katanya yang berhasrat untuk mengikut kelas vokal bagi memperbaiki lagi mutu nyanyiannya sebagai persediaan untuk melangkah ke dunia nyanyian yang sebenar. Sebelum menyertai AF6, Stacy pernah mencuba nasib di dalam program realiti One In A Million musim pertama.

Malahan Stacy juga ialah antara anggota kumpulan Evoke yang menyertai satu lagi program realiti, Gang Starz musim pertama tahun lalu. Keputusan menyertai AF di atas saranan ibunya, Agnes Kallos, 50.

“Dia (ibunya) bersungguh-sungguh menyuruh cuba nasib dalam AF sebaik saja cukup umur. Saya bersyukur dan berbesar hati dapat masuk AF. Memang tidak sangka langsung akan menang kerana bagi saya semua yang berada dalam AF bagus-bagus belaka,” katanya.

Sebagai juara AF6, Stacy membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM733,734, iaitu banglo empat bilik di A’Famosa Villa D’Lagos, Melaka; kereta model Peugeot 307 tajaan Naza Motors Sdn Bhd; wang tunai berjumlah RM25,000 sumbangan Hotlink; pakej percutian 7 hari 5 malam ke Itali tajaan Mayfirst; pakej pelancongan dan lawatan ke New York tajaan Maybeline, Sony Play Station dan trofi tajaan Astro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan