• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

31/07/2010

UNTUNG PADA YANG PERGI BIRTHDAY PARTY STACY @ GLAM NITE

Pada yang belum membeli tiket GLAM NITE sempena ulangtahun Stacy yang ke 20 tahun, 7hb.Ogos ( sabtu ) di Brisdale Hotel nanti baik dapatkan cepat. Jangan sampai nanti macam Birthday party Chaq ada yang merungut kerana tidak ada tempat. Pada yang pergi memang tidak akan rugi kerana RM55 yang di keluarkan sangatlah berbaloi-baloi. Selain Baju Stacy ditaja dari koleksi YASALMA, malah pakaian para model wanita juga akan ditaja untuk Fesyen Show pada malam itu. Clinelle pula antara penaja bersama GLAM NITE ini telah bermurah hati untuk memberikan discount yang banyak sempena hari istimewa Stacy nanti yang kebetulan Stacy adalah Duta produk tersebut. Pastikan anda membawa wang extra kerana discount sebegini sangat berbaloi dan ada cenderamata pula jika anda membeli RM65 ke atas ( jika membeli satu barangan sahajapun akan mendapat Poster Stacy ataupun Laughing Ball secara percuma ).

Clinelle list of products and discounts:

  1. Dermocapsule Gold Age Control Serum – NP 79.80 (BB 64.00) 20%
  2. Blemish Conceal and Clear Stick – NP 29.80 (BB 15.00) 50%
  3. Eye & Lip Makeup Remover – NP 39.80 (BB 20.00) 50%
  1. Deep Cleansing Gel – NP 33.90 (BB 27.00) 20%
  2. Purifying Toner – NP 33.90 (BB 27.00) 20%
  3. Moisture Glow – NP 38.90 (BB 30.00) 20%
  4. Snowhite Mask – NP 62.90 (BB 44.00) 30%
  5. Skin Smoothing Scrub – NP 26.90 (BB 21.00) 20%
  6. Blemish Clear – NP 28.90 (BB 20.00) 30%
  7. Travel Kit – NP 16.90 (BB 15.00) 10%

Stacy merchandise

  1. Stacy mug (refer attached)
  2. Stacy bag (refer attached)
  3. Poster (refer attached)
  4. Laughing ball (refer attached)

FREE mug or bag upon purchase of RM65 and above worth of Clinelle products

FREE laughing ball & poster upon any purchase






27/07/2010

GLAM NITE 7HB.OGOS ( MAJLIS ULANGTAHUN STACY AF6 )

GIANT POSTER SEBAGAI BACKGROUND STAGE, SESUAI DENGAN TEMA GLAM

Hanya tinggal 12 hari sahaja lagi GLAM NITE @ Majlis Ulangtahun Stacy AF6 akan berlangsung. Pada yang belum lagi membeli tiket, dinasihatkan agar jangan berlengah kerana sambutan kali ini sangat hebat dan ramai yang teruja hendak hadir menjadi sebahagian warga peminat Stacy meraikan ulangtahunnya yang genap 20 tahun. Harga tiket cuma RM55. Ya, la, Stacy bakal meninggalkan usia belasan tahunnya atau Teenager. Sebenarnya ada 9 buah hotel kami pilih dan minta Quotation, dan berdasarkan harga, senangnya kemudahan pengangkutan dan kerjasama dari segi penajaan bilik dan tajaan hadiah untuk pelbagai acara pada malam gilang gemilang itu, kami telah memilih Brisdale Hotel. Jika sebelumnya AJK yang adalah seramai 15 orang yang dipecahkan beberapa kumpulan antaranya :-

TEAM untuk mencari lokasi Majlis ( call, minta quotation dan meninjau tempat/hotel ),

TEAM mencari penaja ( call mana-mana syarikat, menulis surat permohonan tajaan, mengambil @ mengutip barang tajaan dari tempat penaja ),

TEAM mengatur Majlis ( menulis surat jemputan pada pihak akhbar, pihak majalah dan pihak stesen TV, menjemput artis sebagai tetamu dan membuat persembahan serta merangka aturcara majlis )

TEAM Marketing ( menjual tiket, menyebarkan risalah majlis, Mewar-warkan di laman FB, Blog dan website, call orang, kawan dan rakan sekerja serta menghantar email pada setiap peminat Stacy )

TEAM membuat tiket, mereka poster, menghias vanue, menyusun 'Door Gift'@Goodies.

Selalunya setiap TEAM terdiri dari 3-4 orang, untuk Majlis kali ini walaupun lebih berskala besar dari majlis Ulangtahun Stacy, Majlis hari Raya Stacy...tetapi hanya 3 orang sahaja yang melaksanakan nya iaitu saya, Mrs.X dan Ahmae. Bayangkan jika sebelum ini Majlis tidak berapa besar sangat dikendalikan oleh 15 orang dan kini lebih besar @ 2 kali ganda tetapi cuma dikendalikan oleh 3 orang sahaja. Tapi dengan kudrat yang kami bertiga ada, kami telah melepasi semua dugaan dan yang paling berat sekali adalah mencari penaja. Memang susah hendak mendapatkan penaja dan meyakinkan mereka taraf majlis ini bagaimana kerana kebanyakkan penaja memikirkan juga apakah pulangan yang akan mereka dapat, adakah hanya lepas majlis habis begitu sahaja. Nasib baik ada penaja yang berhati mulia seperti pihak Hotel yang sanggup memberikan beberpa tajaan bilamana saya menceritakan bahawa kami kekurangan hadiah untuk melancarkan Majlis. Boss Hotel Brisdale Hotel telah bermurah hati menaja 2 voucher penginapan 2hari 1malam pada dua orang pemenang bertuah. selain itu ada hadiah untuk pemenang Voucher makan malam di Cofee House Hotel tersebut. Tidak seperti hotel-hotel sebelum ini yang hanya memberi percuma bilik untuk artis ( Stacy )...kali ini ada satu lagi bilik percuma untuk AJK yang harus bermalam untuk persediaan majlis tersebut. Juga ada beberapa hadiah kecil dari Brisdale untuk pemenang Games dan Trivia.

Selain itu pihak Clinelle pula berani menaja Hamper bernilai ratusan ringgit untuk pemenang 'Best Dress' serta setiap tetamu akan mendapat 'Door Gift' produk keluaran Clinelle. Manakala, pihak Karangkraf pula menaja Goodies barangan keluaran mereka. Jadi apa tunggu lagi, pulangan yang anda dapat lebih dari RM55 yang anda laburkan. ialah, saya telah membuat survey kebeberapa buah Hotel, untuk Buffet Dinner sahaja RM48++, tapi untuk majlis ini anda bukan hanya Buffet di Hotel, malah mendapat hiburan dari artis-artis, mendapat Door Gift dan peluang mendapat hadiah Games, Trivia dan Lucky Draw serta 'Best Dress' ( Lelaki & wanita ).

Tetapi untuk malam GLAM NITE itu nanti kami telah melantik beberapa orang menjadi URUSETIA MAJLIS bagi melancarkan majlis tersebut, antaranya :-
FYDA, HANIF@ANIP, CAKIP, ADIB@SNIPER, DAN AIZUL@RIANA

KEADAAN DALAM BALLROOM DAN RUPA STAGE SEBELUM DIHIAS

UNTUK PERUBAHAN, SUSUNAN BUFFET DI TEPI SWIMMING POOL PULA
INILAH ANOTHER PART BUFFET AREA
MAP KE BRISDALE HOTEL, HANYA BEBERAPA LANGKAH SAHAJA DARI MONOREL STESEN CHOW KIT. JUGA ADA BANYAK BAS DAN TAXI LINK KE SINI

15/07/2010

BRISDALE HOTEL BUKAN DI CHOW KIT, TAPI DEKAT CHOW KIT

Brisdale Hotel
No.65, Jalan Haji Hussein.
Off Jalan Tuanku Abdul Rahman.
50300 Kuala Lumpur, Malaysia
( LIHAT ALAMAT TU, BUKAN DI CHOW KIT, KEBETULAN LOKASI BERDEKATAN CHOW KIT )

Ntah la ada seorang dua yang berfikiran negatif tentang vanue yang kami pilih sempena ulangtahun Stacy. Minda kena buka ya hotel ni pernah menjadi vanue majlis yang menampilkan Mawi tatkala namanya meletup-letup. Walau apapun tanggapan orang pada Mawi kini, tetapi kita tidak boleh ubah sejarah yang dia pernah paling popular antara seluruh penyanyi di Malaysia tak lama, masih baru lagi dan pernah memenangi ABPBH beberapa tahun bertrut-turut. Kalau dah penyanyi nombor satu pernah buat show disitu, siapalah kita yang mahu mempertikaikan tempat ni?. Hotel ini juga sering menjadi lokasi pengambaran banyak drama TV. Jadi siapalah kita hendak mempertikaikan dan mengatakan tempat ini tidak sesuai?. Yang pasti kami memilih hotel ini bukan sahaja ianya satu company dengan Quality Hotel yang sering menjadi tempat pilihan penyanyi tersohor, malah kerana harga yang berpatutan dan kemudahan awam seperti bas dan Monorel antara menjadi pilihan kami agar mudah bagi peminat Stacy yang tiada kenderaan. Cuba google sekarang, artis terpopular dan tersohor pernah perform di Brisdale Hotel. Walaupun Stacy belum pernah meraih Penyanyi Popular ABPBH, tapi dia layak juga buat persembahan di sini. Kami telah memilih vanue ulangtahun Stacy tahun lepas iaitu Crystal Crown Hotel tetapi hotel tersebut telah ditempah pada 7hb.Ogos oleh pihak lain. Manakala Prince Hotel, Flamingo Hotel, The Mines Hotel pula harga tidak sesuai dan ada yang ok tetapi kena bayaran seribu lebih untuk sound system so jika mereka kenakan RM40 pun, kami terpaksa mahalkan harga untuk cover sound system dan Misc account. kami sentiasa memikirkan tentang harga patut dan mudah atau payah transportation untuk setiap event yang kami buat.
  1. - [ Translate this page ]
    28 Okt 2006 ... Berbuka puasa bersama Mawi anjuran Biofeld di HOTEL BRISDALE (12/10/06),hubungi: 03-26935055, 019-2268301, 013-2739666 ...read more ...
    www.mawifc.com/default.aspx?Page=7 - Cached
  2. Forum PhotoVideo • View topic - Jom kongsikan gambar2 tag along ...

    - [ Translate this page ]
    Anway tq kepada Mawi dan Farisan yang ditugaskan mengambil gambar wedding ni di Concorde. Aku tak dapat pi sebab kena mengajar kursus foto di Brisdale Hotel ...
    www.akademiphotovideo.com/forum/viewtopic.php?f=8&t... - Cached
  3. Brisdale Hotel Kuala Lumpur, Malaysia

    9 Jul 2010 ... Brisdale Hotel Kuala Lumpur, Jalan Tunku Abdul Rahman, Malaysia.
    www.kl-hotels.com/brisdalekl/ - Cached - Similar
  4. Mawi Terkini - Mesra.net Forum

    - [ Translate this page ]
    20 Mac 2007 ... Quality Hotel akui belanja besar untuk dapatkan Mawi ... kepada Pengurus Besar Quality Hotel Kuala Lumpur/Shah Alam dan Brisdale Hotel, ...

13/07/2010

GLAM NITE...GALA PARTY MENJELANG TIBA

Jangan lupa pangkah tarikh 7hb.Ogos kerana inilah peluang anda bertemu secara dekat dan beramah mesra dengan Stacy. Ulangtahun Stacy yang genap ke 20 tahun ini akan diadakan di Brisdale Hotel. Selain acara persembahan hiburan dari Stacy dan artis jemputan, kami juga telah sediakan pelbagai Games, Lucky Draw dan pelbagai kejutan. Pastikan anda melaram sehebat mungkin kerana siapa tahu anda akan dinobatkan sebagai 'Best Dress' Lelaki ataupun Perempuan. Ingat, tiada diskriminasi walaupun anda lelaki yang datang ala-ala Lady Gaga. Kami menjual harga serendah yang mungkin kerana ramai peminat Stacy adalah pelajar ( harga biasa Buffet kat Hotelpun ada yg RM68++ atau RM78++ ) yang itu hanya makan-makan sahaja, tiada persembahan artis. Harga konsert yang tanpa makan minum dan kadang berdiri di padang pun ada yg RM50 atau RM60, inikan jumpa Stacy, ada Games, makan minum dan Lucky Draw pula. Jika dikira dengan Door Gift dan yang lain-lain, berbaloi atau mungkin lebih dari RM55 yang dilaburkan. Tapi kami ada sediakan tempat khas dimana anda boleh semeja dengan Stacy dengan membeli tiket RM100 seorang. Apa lagi, jangan lepaskan peluang, red carpet akan disediakan dipintu masuk dan anda kena melaluinya dan kena ucap sesuatu atau perkenalkan diri pada rakaman video dipintu masuk. Ucapan dari pengerusi majlis... "Selamat datang ke GLAM NITE Gala Party ulangtahun Stacy yang penuh warna-warni dan gemilang".

12/07/2010

Stacy & Chaq @ Sutera Harbour

Tarikh : 10 Julai 2010
Masa : 8.00 Malam
Acara : 10th 7K Sunset Charity Run, Sutera Harbour

Stacy mempersembahankan 2 lagu iaitu Total Eclipse of My Heart (feat. Chaq) dan single terbarunya, Jahat. Chaq pulak mempersembahkan 3 lagu iaitu Penjelasan Satu Persatu, Bukan Cinta Biasa dan juga Medley MJ.

Sebelum memulakan persembahan


Aksi Chaq membuat persembahan


Aksi Stacy membuat persembahan

Bergambar bersama DJ Suria Fm, Linda Onn dan Othoe serta local artis yg turut membuat persembahan

Bergambar bersama pesakit Talasemia

pictures credit to Ciput69

10/07/2010

STACY & CHAQ DI SUTERA HABOUR 10HB.JULAI SEMPENA 7K CHARITY RUN



Pada yang berada disekitar Kota Kinabalu jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan Chaq dan Stacy di Sutera Habour bersempena 7K Charity Run, Konsert ini adalah percuma dan pastinya akan menarik beribu orang datang ke lokasi ini nanti. Pastinya ada juga yang sanggup datang dari jauh seperti Tawau, Sandakan, Lahad Datu, , Semporna dan Keningau semata-mata untuk menyaksikan persembahan hebat Stacy dan Chaq pada kali ini.

08/07/2010

GLAM NITE...GALA PARTY SEMPENA BIRTHDAY STACY



Adakah anda telah bersedia untuk ke Party? Kali ini pihak Stacy's Frenz telah mengatur dua Party iaitu 'BLACK & RED PARTY' sempena ulang tahun Chaq yang ke 22 tahun yang akan diraikan pada 24hb.Julai.2010 bertempat di RED BOX the Garden ( sebelah Mid Valley ) Hi-Tea Party dari pukul 1p.m - 6p.m. Manakala untuk Birthday Stacy yang bersempena genap ke 20 tahun, kami telah merancang membuat Gala Party yang berkonsepkan ala-ala Red Carpet iaitu 'GLAM NITE'. Pada majlis ini nanti Stacy akan beralih pada lagu-lagu Balada tapi ada juga menyelitkan dua lagu rancak antaranya lagu terbaharu bertajuk Jahat. Kami sedang dalam persiapan menyediakan pelbagai Games, cabutan tiket bertuah, beberapa Anugerah dan semestinya 'Best Dress' lelaki dan perempuan. Ada juga beberapa ahli telah menempah baju untuk ke Majlis yang penuh warna warni dan gemilang ini. Pastinya bukan hadiah yang peminat kejar, tapi beramah mesra dengan Stacy dan menerima hadiah dari tanagn Stacy itu sendiri yang menjadi momen dan detik bersejarah serta tidak ternilai dengan apa bentuk hadiah sekalipun. Pastinya kami menasihatkan para tetamu datang secantik ( perempuan ) atau serapi yang mungkin ( lelaki ) kerana akan ada rakaman Video dan Red Carpet dipintu masuk dan para tetamu diminta memperkenalkan diri pada kamera kelak agar semua ahli lain kenal bila Video ini siap dan akan dijual. Di bawah adalah beberapa aksesori untuk Stacy membuat persembahan yang telah dibeli oleh En.Kose untuk menghidupkan acara persembahan Stacy kelak. Pihak penganjur akan mewar-warkan lokasi dan harga tiket di Blog dan Website dalam tempoh sehari dua ini.








07/07/2010

STACY DAN CHAQ DI SUTERA HABOUR KK, SABAH



Pada para peminat Chaq dan Stacy yang berada di sekitar Kota Kinabalu, Sabah... ini adalah berita baik untuk anda semua kerana Chaq dan Stacy akan membuat persembahan di sana pada 10hb. July ini. Pastinya ramai yang terlalu rindu untuk melihat persembahan Stacy secara live, begitu juga dengan Chaq ramai yang menanti persembahannya apatah lagi pastinya mereka akan bergabung tenaga membuat persembahan yang mantap pada kali ini. Acara ini bersempena 7K Sunset Charity Run bermula pada 6 p.m - 9 p.m dan pastinya dibawakan khas oleh penganjur secara percuma. pada yang berada disekitar Kota Kinabalu, atau mungkin sanggup memandu jauh dari Tawau, Semporna, Lahad Datu, Sandakan, Keningau...janganlah lepaskan peluang ini.