• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

13 Jul 2010

GLAM NITE...GALA PARTY MENJELANG TIBA

Jangan lupa pangkah tarikh 7hb.Ogos kerana inilah peluang anda bertemu secara dekat dan beramah mesra dengan Stacy. Ulangtahun Stacy yang genap ke 20 tahun ini akan diadakan di Brisdale Hotel. Selain acara persembahan hiburan dari Stacy dan artis jemputan, kami juga telah sediakan pelbagai Games, Lucky Draw dan pelbagai kejutan. Pastikan anda melaram sehebat mungkin kerana siapa tahu anda akan dinobatkan sebagai 'Best Dress' Lelaki ataupun Perempuan. Ingat, tiada diskriminasi walaupun anda lelaki yang datang ala-ala Lady Gaga. Kami menjual harga serendah yang mungkin kerana ramai peminat Stacy adalah pelajar ( harga biasa Buffet kat Hotelpun ada yg RM68++ atau RM78++ ) yang itu hanya makan-makan sahaja, tiada persembahan artis. Harga konsert yang tanpa makan minum dan kadang berdiri di padang pun ada yg RM50 atau RM60, inikan jumpa Stacy, ada Games, makan minum dan Lucky Draw pula. Jika dikira dengan Door Gift dan yang lain-lain, berbaloi atau mungkin lebih dari RM55 yang dilaburkan. Tapi kami ada sediakan tempat khas dimana anda boleh semeja dengan Stacy dengan membeli tiket RM100 seorang. Apa lagi, jangan lepaskan peluang, red carpet akan disediakan dipintu masuk dan anda kena melaluinya dan kena ucap sesuatu atau perkenalkan diri pada rakaman video dipintu masuk. Ucapan dari pengerusi majlis... "Selamat datang ke GLAM NITE Gala Party ulangtahun Stacy yang penuh warna-warni dan gemilang".

6 ulasan:

  1. hebat dan bunyi perancangan untuk majlisnya sure meriah. Tahniah pada perancang majlis dan kakitangan yang terlibat, make it happen ok. Saya pun rasa tak sabar nak join bersama family.

    BalasPadam
  2. Tahniah, jadi juga majlis ni. Harapan saya agar sukses majlis ini nanti. Jgn lupa jemput la anak2 yatim so Stacy dapat share kegembiraanya dihari istimewanya dgn kanak2 yg kurang bernasib baik. memang betul, kadar RM55 tu sangat murah, saya pernah menonton show artis RM80 kat Bkt jalil tiada makanan dan minuman. All the best insyaallah

    BalasPadam
  3. Bunyi mcm seronok sangat, rasa X sabar pula nak pegi. Nak salam dgn Stacy dan hope dapat borak dan bergambar dgn dia nanti. Siapa lagi artis yg datang?

    BalasPadam
  4. kena bayar sblm brpa hb ni?

    BalasPadam
  5. KEMBARA, terima kasih...kami cuba yg terbaik walau kali ni X sampai 5 org yg arur majlis ni berbanding dulu lebih 15 orang.
    LIZA, setuju dengan kata2 awak...terima kasih.
    MY HEART, ada ramai artis lain cuma some belum beri pengesahan.
    ANIZAH, bayaran akhir ialah pada 3hb. Ogos kerana kami kena bayar full amount pada hotel 3hari sebelum Majlis berlangsung...terima kasih.

    BalasPadam
  6. kos saya suda bayar... yeah x sbr mau pigi ni :)

    BalasPadam