credited to izah1237
- Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
- Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
- Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
- AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
- Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
- Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6
28/06/2010
Music Video Jahat
credited to izah1237
24/06/2010
Tayangan Video Klip Jahat
nantikan video klip Jahat Stacy pada 27 Jun 2010 pukul 10.30 malam
Setelah tahun lalu kami berjaya meraikan Birthday Party Chaq dengan meriah dan jayanya, kali ini kami di MUSTAHAQ ( Kelab Gabungan Peminat STACY & CHAQ ) sekali lagi menganjurkan party yang bertemakan Hitam dan Merah. Gabungan warna yang menarik jika digabungkan tetapi tetamu boleh juga memakai serba hitam atau serba merah selain menggabungkan kedua-dua warna ini. Selain Chaq sendiri yang akan mempersembahkan pelbagai lagu, Stacy dan beberapa orang rakan artis Chaq juga akan membuat persembahan. Untuk Birthday Chaq ini, kami tidak memerlukan protokol, segalanya berjalan dengan santai tetapi berbaloi dengan harga tiket yang dikenakan. Ada acara persembahan nyanyian, cabutan tiket bertuah dan Games yang menghiburkan serta berhadiah. Inilah peluang anda untuk beramah mesra dan bertemu Chaq secara lebih dekat. Datanglah beramai-ramai dan rasai kemeriahannya.
21/06/2010
STACY MULA DIMINATI RAMAI PEMINAT BERBANGSA CINA
KAKITANGAN EVENT YANG BERBANGSA CINA BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA STACY.Kalau mahu menilai dan mentakrifkan 1Malaysia, Stacy adalah artis yang sesuai sekali untuk dikaitkan dengan slogan tersebut. Mungkin jika ada wartawan atau ahli politik yang terbaca artikel ini, mereka akan mula terfikir betapa sesuai dan tepatnya Stacy menjadi Ikon Belia 1malaysia. Bayangkan Stacy yang bukan berbangsa Melayu, tetapi diminati oleh majoriti peminat berbangsa Melayu. Ditambah lagi peminat bukan Melayu di Sabah ( Kadazan, Dusun, Murut, Visaya, Kedayan ) dan Sarawak ( Iban, Melanau dll ), serta beberapa peminat berbangsa India dan Cina. Perlantikkan Stacy menjadi Duta produk kecantikkan Clinelle bukan sahaja menambah pencapaian Stacy dari segi portfolionya sebagai artis, tetapi juga telah membuka satu peluang baru dimana peminat berbangsa Cina bertambah berkali ganda. Sejak diperkenalkan sebagai Duta Clinelle yang kebanyakan penggunanya berbangsa Cina, Stacy mula dikenali dan ramai peminat berbangsa Cina yang mula ambil tahu tentang beliau dan lagu-lagunya mula dicari dan dimuat turun melalui Google dan U-Tube. Pengalaman S.A.F ke Roadshow Clinelle di Alamanda Putrajaya telah menyaksikan betapa peminat Melayu dan Cina sama banyak menyaksikan persembahan Stacy pada ketika itu. Malah bukan sahaja pengurus dan wakil pemasaran Clinelle turut bergambar kenangan dan terhibur dengan persembahan Stacy, malah kakitangan event management mengambil peluang bergambar bersama Stacy, malah ramai penonton berbangsa cina turut merakamkan perembahan Stacy di mobile phone mereka. Saya sempat berborak dengan beberapa orang penonton berbangsa Cina dilokasi tersebut, setiap dari mereka meluahkan rasa kagum mereka dengan kelincahan serta suara Stacy yang begitu bertenaga. Mereka berterus terang tidak mengenali Stacy, tetapi bila melihat persembahan Stacy, mereka mula tertanya sendiri, ada juga artis sebegini di Malaysia. Ada pula peminat yang lain mengatakan yang dia terlihat wajah Stacy melalui iklan Clinelle dan terus mencari informasi mengenai Stacy. Dia menyangka Stacy tinggi dan seorang Model, tetapi rupa-rupanya orangnya kecil sahaja tetapi bersuara besar. Seharusnya Stacy bersyukur dengan perlantikan beliau sebagai Duta Clinelle kerana secara tidak langsung telah membuka tirai bangsa lain menjadi peminat beliau pula. Gambar-gambar yang tertera disini cukup menjadi bukti tetapi ada banyak senario ketika peminat berbangsa Cina yang sibuk mengambil gambar Stacy dan sebahagiannya merakam persembahan Stacy. Benarlah Stacy begitu unik sekali, sama juga dengan kelab peminatnya yang benar-benar menggambarkan masyarakat majmuk 1Malaysia dimana AJKnya ada selain bangsa Melayu seramai 4 orang berrasal dari semenanjung, 2 orang bebangsa Cina, 1 orang bukan Melayu dari Sabah dan seorang bukan Melayu dari Sarawak. berbeza dengan FC lain yang majoriti Melayu dan majoriti orang Semenanjung.
ROAD TOUR STACY BERSAMA CLINELLE @ ALAMANDA, PUTRAJAYA
STACY SEMASA MEMPERSEMBAHKAN LAGU 'DON'T SPEAK' Pada sabtu lepas, S.A.F telah pergi ke Alamanda Putrajaya untuk menyaksikan persembahan Stacy sempena Road Tour Clinelle yang pertama. Untuk Road Tour pertama, pihak penganjur telah memilih Wilayah Persekutuan sebagai lokasi pertama untuk memberi peluang peminat Stacy yang berdekatan menyaksikan Stacy membuat persembahan sambil mempromosikan produk Clinelle. Antara ahli-ahli S.A.F yang hadir adalah Kose, Mrs.X, Ahmae, Hanif & adiknya, Reen, Gwen, Fyda, Haori dan temannya. Selain itu, emak Stacy dan ahli keluarganya yang lain datang untuk menyokong.
Pada roadshow kali ini Stacy telah mempersembahkan 3 buah lagu antaranya lagu dari single terbarunya 'Jahat', 'Don't Speak' & 'pakai Buang'. Walaupun Stacy hanya mendendangkan lagu secara rilek dan bersahaja, tetapi suaranya mantap. Peminat pula datang berpusu-pusu sehinggakan kesemua ruang penuh samada di Center Court atau pun ditingkat atas yang lain. Ahli-ahli S.A.F terpaksa mengalah menonton dari belakang untuk memberi peluang pada peminat yang lain menyaksikan Stacy dari dekat. Stacy nampak begitu selesa sekali menerangkan kesemua produk kepada hadirin yang ada. Stacy juga telah membuat demo dengan memilih seorang penonton untuk menunjukkan cara-cara yang betul menggunakan kesemua produk Clinelle. Sesuai sangat Stacy menjadi Duta produk ini kerana beliau bukan sahaja telah mencuba dan mengamalkannya, malah beliau tahu kesemua produk tersebut.
Selain itu, suasana menjadi bertambah riuh dengan kejutan buat Stacy bila seorang peminat 'istimewa'nya sanggup datang walau hanya mampu duduk diatas kerusi roda sahaja. Peminat istimewa ini telah menyanyikan lagu khas buat Stacy dan yang lebih mengharukan, walaupun dia berbangsa Melayu, tetapi dia sanggup menghafal lagu bahasa Dusun demi untuk dipersembahkan pada Stacy. Stacy secara spontan telah turut berduet pada bahagian lagu yang dia tahu. Peminat istimewa tersebut angat gembira dapat bersalam dan menyanyi bersama Stacy, manakala Stacy pula sangat terharu sambil memuji suara peminat istimewanya itu dengan nada suara yang bergetar.
17/06/2010
PANDUAN KONSEP BAJU 'GLAM NIGHT' 7HB.OGOS SEMPENA ULANGTAHUN STACY KE 20








Walaupun Majlis "GLAM NITE' atau Glamourous Night masih lama lagi, tetapi ramai peminat Stacy begitu teruja untuk menghadiri Gala Party bersempena ulangtahun Stacy yang ke 20 tahun ini. Ramai yang bertanya konsep pakaian Glam Nite tersebut. Ada pula yang bertanya, kalau bertudung macam mana cara mengikuti konsep Glam Nite itu. Sebenarnya bertudung bukan penghalang, yang penting berpenampilan elegent sudah cukup mengikut konsep. Kenapa? ada yang masih was-was lagi? rasanya peminat lelaki Stacy pun ramai yang keliru. Sebenarnya, dengan memakai kameja lengan panjang dan memakai tie pun dah cukup syarat tapi janganlah macam tu bang, nanti orang ingat nak ke Pejabat pula. Yang perempuan jika nak sopanpun boleh memakai baju kurung atau kebaya dan bertudung macam Noraniza Idris ataupun Yuna. Baiklah, pada yang masih ragu-ragu dan keliru, disini pihak AJK sediakan contoh pakaian yang menepati konsep Glamourous Night tersebut. Nak tiru? nak copy? atau nak ubah sikit-sikit atau ubah disini sana tidak menjadi masalah yang penting bak kata Drama PUTERI, "KITA ENJOYYYYYY".
15/06/2010
Stacy: Belum Rezeki Saya
by Ashraf Abd Manaf | 14 Jun 2010Apabila bercerita mengenai Stacy, pasti di dalam memori kita akan membayangkan seorang penyanyi yang bertubuh kecil tetapi mempunyai kualiti vokal yang hebat.
Ditambah dengan persembahannya yang penuh bertenaga dan lincah menari, kemunculan penyanyi yang berasal dari Sabah itu sememangnya dinanti-nantikan oleh semua pihak khususnya para peminatnya.
Namun di sebalik kehebatan persembahannya itu, terdapat segelintir peminat yang kurang berpuas hati kerana penyanyi yang cukup popular dengan lagu "Aku Stacy" dan "Gagap" itu gagal meraih sebarang anugerah di dalam mana-mana pertandingan nyanyian yang disertainya.
Terbaru, di pertandingan akhir 'Gah 1' yang diadakan di Sunway Lagoon di mana Stacy mempertaruhkan dua buah lagu, "Pakai Buang" dan "Mengegar Dunia", duet bersama Adam, dia sekali lagi gagal meraih sebarang anugerah.
Stacy, ketika diminta mengulas tentang perkara tersebut, sambil tersenyum memberitahu, mungkin belum tiba rezekinya untuk menang. Namun perkara tersebut sedikitpun tidak membuatkannya berputus asa atau 'malas' untuk menyertai mana-mana pertandingan selepas ini.
"Saya masih muda dan berhasrat untuk bergiat aktif buat tempoh masa yang lama di dalam dunia seni. Jika bukan tahun ini, mungkin pada tahun depan rezeki saya pula.
"Apa yang penting, di dalam setiap pertandingan yang saya sertai, saya akan lakukan persembahan dengan bersungguh-sungguh. Setiap kali saya menyertai pertandingan, saya tidak mengharapkan kemenangan tetapi mahu peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada saya selama ini berpuas hati dengan persembahan saya.
"Dengan persembahan terbaik yang telah saya berikan, saya mahu peminat terus menanti-nantikan kemunculan saya di dalam apa jua persembahan," katanya yang optimis kejayaan akan menyebelahinya jika dia terus berusaha tanpa jemu.
Ditanya mengenai tanggapan segelintir peminat yang mendakwa dirinya selalu menampilkan tarian yang sama untuk setiap persembahan, Stacy segera menafikannya. Katanya, setiap lagu mempunyai konsep serta gerak tari yang tersendiri, jadi mustahil dia akan menarikan tarian yang sama untuk setiap lagu.
"Setiap lagu ada 'trademark' tersendiri. Jadi saya perlu menari mengikut 'trademark' serta konsep yang telah ditetapkan. Kalau ada orang yang cakap saya menari tarian yang sama untuk semua lagu, itu memang tidak betul.
"Malah selalunya untuk setiap persembahan, walaupun saya menyanyikan lagu yang sama, saya akan cuba buat kelainan supaya penonton tidak bosan. Selalunya saya akan ubah corak tarian di awal atau di akhir persembahan," katanya yang kini giat mempromosikan single terbarunya.
Seronok bergelar pelajar
Bercerita mengenai perkembangan terkini kerjaya seninya, Stacy memberitahu dia sedang sibuk membuat latihan bagi menjayakan konsert 'Gempak Astro' yang bakal diadakan pada 26 Jun di Batu Pahat, Johor.
Selain itu, tugasnya sebagai pelajar di kolej Lim Kok Wing dalam bidang bunyi dan muzik sedikit sebanyak membataskan pergerakannya. Namun dia gembira kerana segalanya berjalan lancar.
"Sekarang saya mempromosikan single terbaru, "Jahat" dan baru sahaja selesai membuat klip videonya. Mengenai album terbaru, apa yang boleh saya cakapkan, sekarang saya tengah mengumpul 'material' yang bersesuaian.
"Dalam masa yang sama, saya sibuk dengan tugas-tugas seorang pelajar. Memang seronok kerana rakan-rakan di kolej melayan saya seperti orang lain dan saya 'enjoy' dapat membuat pelbagai aktiviti dengan mereka," katanya.
Diusik dengan persoalan mengenai kemunculan para pelajar AF8 yang khabarnya semakin mendapat tempat di hati masyarakat, Stacy ternyata mempunyai pandangan tersendiri.
Katanya, dia menganggap bekas pelajar AF8 seperti adik-beradik kerana dilahirkan melalui program yang sama dan mahu bersaing secara sihat dengan mereka semua.
"Bukan sahaja pelajar AF8, malah ramai lagi penyanyi baru yang muncul saban hari. Saya tidak pernah berfikiran negatif dan percaya semua orang ada rezeki sendiri yang telah ditetapkan.
"Seperti yang saya katakan tadi, jika saya terus berusaha memberikan sesuatu yang terbaik kepada peminat, saya pasti akan dihargai oleh industri seni," jelasnya ramah.
*dipetik dari gua.com.my
14/06/2010
Video Persembahan Stacy @ Gala Nite,Star City
Tarikh : 7 Mei 2010
Masa: Tidak pasti
Tempat:Star City Conference-Event Centre Asia City, Kota Kinabalu.
Jahat
Pakai Buang
Gagap
Don't Speak
*videos credited to dcoolcrap
Masa: Tidak pasti
Tempat:Star City Conference-Event Centre Asia City, Kota Kinabalu.
Jahat
Pakai Buang
Gagap
Don't Speak
*videos credited to dcoolcrap
Sesi Stacy bertemu dengan peminat @ Clinelle Consumer Event
12/06/2010
GLAM NITE 07.OGOS ( SABTU ) 7p.m-11p.m

Ini adalah contoh Tiket GLAM NITE ( tapi tengah menanti design lain yang lebih menarik ) sempena Hari Ulang Tahun Stacy yang ke 20. Harus dibuat besar-besaran lebih besar dari tahun lepas kerana tahun ini Genap usia Stacy 20 tahun. Walaupun lama lagi iaitu lebih dua bulan dari sekarang, tetapi pihak SAF memaklumkan tarikh sebenar iaitu 7hb.Ogos.2010 bersamaan dengan hari sabtu agar memudahkan peminat mengumpul wang atau menempah tiket terlebih awal kerana jika menempah dari sekarang, harga sememangnya murah terutama yang berada di Sabah, Sarawak dan Brunei. Pada yang berada disekitar Semenanjung tidaklah susah sangat memandangkan pihak SAF sengaja memilih hari sabtu agar mereka boleh datang pada ke KL pada hari Jumaat atau Hari Sabtu dan pulang ke tempat masing-masing keesokkannya, pada Ahad agar mudah bekerja atau bersekolah pada hari berikutnya. Jadi tidak ada alasan lagi untuk membuat alasan kecuali jika kami memilih Ahad dan keesokkan harinya ramai yang terlepas kerja atau kelas khasnya pada yang berada di Johor, Pahang, Pulau Pinang, Perlis, Perak dan Kedah. Pada yang berada di Melaka, Negeri Sembilan, dan Selangor mudah sahaja kerana boleh balik seusai majlis iaitu pada jam 11 malam.
Antara yang menarik pada majlis Glamourous Night itu nanti adalah:-
01. ANUGERAH BEST DRESS ( LELAKI )
02. ANUGERAH BEST DRESS ( WANITA )
03. ANUGERAH MODERATOR TERBAIK
04. ANUGERAH POINT TERBANYAK ( AHLI/PELAWAT WEBSITE )
05. ANUGERAH PENCIPTA BANNER TERBAIK ( WEBSITE S.A.F )
06. ANUGERAH PENCIPTA BANNER TERBAIK ( BLOG S.A.F )
07. ANUGERAH AHLI PALING AKTIF MENGIKUTI AKTIVITI/MENYUMBANG S.A.F ( BUKAN DARI KALANGAN AJK ).
08. HADIAH PEMENANG ACARA GAMES ( LEBIH DARI 5 GAMES )
09. PENYAMPAIAN CABUTAN BERTUAH ( LEBIH DARI 10 PEMENANG )
10. PENYAMPAIAN SIJIL PADA URUS SETIA MAJLIS ( PADA AJK & BUKAN AJK )
Selain persembahan Stacy & Chaq, ada juga persembahan dari artis-artis jemputan yang pastinya berbaloi dengan wang yang anda bayar untuk tiket. Mengapa berbaloi? kerana ada show berbayar yang lebih mahal tetapi penonton terpaksa berdiri dan menyaksikan hanya seorang artis atau dua orang / kumpulan membuat persembahan. Tetapi majlis ini bukan hanya menapilkan persembahan Stacy seorang, malah Chaq dan artis-artis yang lain. Bukan etakat dapat duduk selesa, malah ada makan dan minum. Bukan hanya ada makan dan minum, malah anda bakal mendapat hadiah dari acara permainan atau cabutan tiket bertuah. Bukan hanya berpeluang membawa hadiah tiket bertuah, yang tidak menang pula sekurang-kurangnya mendapat Goodies Bag dari penaja majlis kali ini. Are you ready to Party with Stacy?.
10/06/2010
KAAMATAN@PESTA MENUAI DI RUMAH STACY
CAKIP BELAJAR MENARI SUMAZAU DENGAN STACYOleh kerana Stacy, Chaq dan keluarganya tidak dapat balik menyambut Kaamatan @ Pesta Menuai kerana Hari Kaamatan jatuh pada 30hb.May serentak dengan Final GAH1, maka Stacy's Frenz telah mengambil inisiatif meyambutnya bersama dikediaman Stacy di Puchong Kinrara. Walaupun sambutan ini tertutup untuk ahli terdekat sahaja ( kerana hendak menjaga privasi Stacy ), tetapi ianya telah diraikan lebih kurang 30 orang termasuk family Stacy sendiri. Antara yang hadir pada malam itu adalah, Kose, Mrs.X, Fyda, Anip, Ah Mae, Aizul, Cakip, Lisa, Liana, Liza, Zura, Hippo, Bryan, Casper, Prinses Nieta, Adi, Reen, Acap, dan Qiela.
Dikesempatan itu juga, AJK SAF telah mengambil peluang Meeting dengan Chaq, mak Stacy, kakak Stacy, serta ahli keluarga Stacy yang lain berkaitan program akan datang seperti, Perlawanan Bowling, Party Ulang tahun Chaq, Majlis Hari lahir Stacy, dan percutian beramai-ramai ke batu pahat sempena persembahan Stacy di sana untuk Gempak Selibirti Astro 26hb.Jun nanti. Sebelum bermesyuarat, hadirin bergurau senda bersama Chaq dan familinya sementara menanti Stacy dan ahli-ahli yang lain sampai.
Seperti biasa semangat gotong royong ahli-ahli SAF membawa makanan masing-masing dan lazat-lazat belaka menjadikan suasana begitu meriah. Pada rancangan asalnya En.Kose ingin mengajak Stacy online diBlog tetapi oleh kerana Stacy ada latihan dan pulang hanpir jam 11 malam dengan keadaan letih dan pucat, lalu rancangan itu dibatalkan. Diharap peminat Stacy faham dengan situasi Stacy yang begitu sibuk kebelakangan ini. namun begitu, Stacy sempat berkirim salam pada peminat tersayangnya yang tidak dapat hadir pada malam itu.
ADA COKLAT KEK DARI RIANA, ADA KEK LAPIS & KEK KEJU BUTTER DARI KOSE

REEN YANG LAMA TIDAK SERTAI GATHERING SAF MUNCUL DENGAN PENAMPILAN BARU
07/06/2010
STACY MERAIKAN KAAMATAN @ PESTA MENUAI DENGAN STACY'S FRENZ
Berpesta Menuai @ kaamatan bersama Stacy dan familinya pasti suatu pengalaman yang istimewa dan lain daripada yang lain, selain menjamu selera, kita juga bersenda gurau dan menari Sumazau bersama. Pada yang tidak tahu menari tarian ini. Cubalah rasakan pengalamannya dan ianya semudah menari Poco-Poco tetapi ini lebih mengujakan dan En.Kose akan mengetuai tarian ini. Jangan pula serbu rumah Stacy, ini adalah antara Event yang hanya terdapat di kelab Peminat Stacy sahaja, dan untuk ahli SAF sahaja. Kalau nak merasakan banyak kelainan dari FC lain, silalah join SAF dengan mendaftar di Website rasmi sebagai ahli. Selasa, bermula 8.00pm-10.00pm. Setiap tetamu disarankan agar membawa sesuatu untuk dimakan dan dikongsikan bersama. Anda boleh membawa makanan atau minuman ringan, tapi kalau minuman tu janganlah hanya bawa sebotol sahaja, mana cukup heh heh heh.
PICNIC BERSAMA STACY & CHAQ SERTA FAMILY
Seperti yang telah diwar-warkan pada awal-awal dulu, tahun ini Stacy's Frenz akan lebihh aktif dan akan menganjurkan banyak aktiviti demi mendekatkan peminat dengan Stacy dan bersama-sama meneruskan perjuangan Stacy's Frienz. Sebenarnya ada banyak aktiviti lagi tetapi hanya aktiviti asa sahaja yang di senaraikan, antaranya:-LAWATAN KE RUMAH ORANG-ORANG TUA.
PERLAWANAN BOWLING BERSAMA STACY & CHAQ.
SAMBUTAN PESTA KAAMATAN @ PERAYAAN PESTA MENUAIBERSAMA STACY & FAMILY.
MAJLIS ULANG TAHUN STACY (Lebih hebat dan besar dari tahun lepas). BERKELAH BERSAMA STACY & CHAQ.
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA STACY.
MAJLIS HARI RAYA BERSAMA STACY (Jika ada masa kerana Ulangtahun Stacy terlalu dekat dengan Hari Raya).
PERLAWANAN BOWLING BERSAMA STACY & CHAQ.
SAMBUTAN PESTA KAAMATAN @ PERAYAAN PESTA MENUAIBERSAMA STACY & FAMILY.
MAJLIS ULANG TAHUN STACY (Lebih hebat dan besar dari tahun lepas). BERKELAH BERSAMA STACY & CHAQ.
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA STACY.
MAJLIS HARI RAYA BERSAMA STACY (Jika ada masa kerana Ulangtahun Stacy terlalu dekat dengan Hari Raya).
Senarai di atas tidak memerlukan susunan kerana pihak Stacy' Frenz akan meraikan atau menjalankannya mengikut kesesuaian masa. Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti selain itu, cuma tidak disenaraikan antaranya SAF ke GAH1, SAF ke Showcase Stacy di Bukit Jalil, SAF ke Gempak Selebriti Astro di Johor ( 26hb.Jun ) dan macam-macam lagi.
Berbalik pada berita dan gambar di sini, semalam SAF telah melunaskan satu lagi program yang mendekatkan Stacy pada peminatnya iaitu Berkelah di Sungai Congkak bersama Stacy & Chaq. Ramai yang memeriahkan aktiviti perkelahan ini kerana selain ahli-ahli SAF, family Stacy seperti emaknya, sepupunya dan adik beradiknya turut serta. Perkelahan ini dihadiri lebih 30 orang. Selain eronok mandi-manda, kesemua yang hadir begitu seronok menjamu selera dengan hidangan Stimboat, chicken wings panggang, udang panggang, nasi goreng, serta buah-buahan.








Langgan:
Catatan (Atom)



























