• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

30/05/2010

CHAQ DUET BERSAMA STACY DIFINAL GAH1@HITS1 30HB.MAY.2010

Selain Misha Omar yang digantikan oleh Ernie, Juara Bintang RTM lepas, tugas Adam pula akan dipikul oleh Chaq untuk menjayakan lagu 'Menggegar Dunia' malam ini yang akan bersiaran langsung di TV2 terus dari pentas bertaraf dunia di Sunway Lagoon. Mari kita sama-sama meriahkan GAH1 malam ini samada menonton secara Live atau menerusi kaca TV. Past anda akan terhibur dengan persembahan mantap Chaq dan Stacy malam nanti. Sambil berhibur, janganlah pula lupa Vote untuk lagu Stacy dengan menaip GAH1 DUNIA dan hantar ke 32776.

GAH1 bukan sahaja menawarkan hadiah Juara 'LAGU TERBAIK' malah ada juga menyediakan hadiah lain antaranya:
* NAIB JUARA LAGU TERBAIK
* LAGU PALING POPULAR
* PERSEMBAHAN TERBAIK

Manalah tahu dengan usaha anda mengundi, Stacy berjaya membawa pulang Piala 'LAGU PALING POPULAR' atau Piala 'PERSEMBAHAN TERBAIK'

29/05/2010

GAH1 ESOK MALAM, 50 FANATIK DAH PENUH TAPI TIKET BIASA MASIH ADA

Saksikan Stacy esok malam dipentas Gah yang pernah atis antarabangsa membuat persembahan sebelum ini antaranya Pussy cat Dolls, Akon, Neyo, David Achuletta dan lain-lain lagi. Ini latihan buat Stacy juga perform dipentas bertaraf dunia dan berskala besar. Pada yang ingin mengambil bahagian sebagai 'FANATIK' di depan sekali dekat stage dan dishoot kamera TV 50 nama dah ada. Tetapi jika anda ingin melihat secara live tapi agak jauh sikit, bolehlah dapatkan tiket dari MRS.X dengan sms atau call ( number ada kat story sebelum ini ).

27/05/2010

PELUANG MUNCUL DI TV DAN JADI 'FANATIK' DEKAT STAGE GAH1 @ HITS1 FINAL

PENTAS BERTARAF DUNIA INI PERNAH MENYAKSIKAN ARTIS ANTARABANGSA MEBUAT PERSEMBAHAN ANTARANYA,PUSSY CAT DOLLS, AKON, DAVID ACHU & NEYO. DAN KINI GILIRAN STACY, FAIZAL TAHIR, TOMOK, ALYAH PULA BERDIRI MEGAH DI SINI

Memang dasyat dan hebat populariti Stacy's Frenz bukan hanya selalu keluar dimajalah selalu tetapi telah juga diberi peluang 50 orang jadi 'FANATIK' dah lah berpeluang muncul di TV dan dapat pula tempat yang paling dekat dengan Stage di kedududkan paling hadapan. Saya memerlukan 50 orang ahl yang mahu turut serta. Dahlah dapat peluang di shoot oleh kamera TV, dapat pula menyaksikan dengan lebih dekat artis membuat persembahan, malah bonus...dapat bayaran pula ( maaf ya, ada anjuran lain tak dibayarpun orang berebut nak ). Pada sesiapa yang berminat, cepat jangan lepaskan peluang, saya ada ramai kawan tetapi nak beri peluang pada ahli SAF dan sedikit akan saya buka untuk kawan dan kenalan Facebook saya. Emailkan Nama penuh, I/C No. dan nombor telefon untuk tujuan pembayaran. Emailkan pada 28hb atau 29hb.May sebelum 12 tengahari. 1st. come 1st. serve basis, siapa cepat dia dapat ke
kosserani@yahoo.com

JANGAN TAMAK, JANGAN PECAHKAN UNDI, VOTE 'GAH1 DUNIA' SMS KE 32776

TERIMA KASIH PADA ANDY WONG

Final GAH1 sudah hampir tiba. Ramai sangat yang bertanya dan sms saya apakah makna Gah1 dan kenapa diganti tajuk Hits1 yang sebelum ini sangat sinonim dengan peminat dunia hiburan. Perkataan Gah adalah perkataan ganti untuk Hits kerana bunyi Hits itu memang dari perkataan Inggeris. Perkataan yang sesuai adalah Gah. Sama macam dulu SURE HEBOH ramai yang komplen tajuknya bahasa Inggeris lalu di Melayukan menjadi JOM HEBOH. Masih tak faham lagi?, Ok lah...sebagai contoh, saksikan Stacy dimalam akhir nanti dipentas yang Gah tempat dimana artis barat popular pernah membuat persembahan antaranya Pussy cat Dolls, David Achuleta dan Akon.

Di sini saya ingin memohon agar peminat janganlah nak Vote kedua-dua lagu Stacy, kerana nanti undian pecah dan penyanyi lain yang mendapat Anugerah Lagu paling Popular ( berdasarkan SMS ). Oleh kerana potensi lagu MENGGEGAR DUNIA menjadi Juara selama 8 minggu berbanding lagu PAKAI BUANG' yang menjadi Juara selama 4 minggu, jadi kita tumpukan pada lagu yang paling berpotensi. Yang paling penting pada malam Final nanti ada kejutan. kejutan apa? ada la.... ( Bukan En.Kos buat penampilan istimewa macam malam Mentor 3 lepas semasa persembahan Chaq ) tapi nantikanlah pengumuman saya nanti.

Untuk mengundi, sila taip GAH1 DUNIA dan hantar ke 32776 atau melalui talian tetap 13776

25/05/2010

TIKET GAH1@HITS1 10,000 KEPING HABIS, CEPAT SIAPA YANG MAHU


Untuk pengetahuan semua, GAH1 @ HITS1 final sebelum ini telah berlangsung di Pahang. Dan sama seperti format mingguannya yang bergerak ke pelbagai lokasi, final GAH1 kali ini akan berlangsung di Sunway Lagoon pada 30hb.May ini bersamaan hari Ahad jam 8.30 malam. Saya baru sahaja berjumpa dan berbincang dengan Penolong Penerbitnya di Wisma TV, Angkasapuri tengahri tadi. Di fahamkan tiket telah habis walaupun pihak RTM telah menyediakan 10,ooo keping tiket. Namun begitu, oleh kerana saya ramai kenal wartawan, pihak Astro, pihak TV3 dan RTM, saya telah berjaya mendapat sebanyak 200 keping tiket. Jadi pada sesiapa yang berminat, boleh mendapatkan tiket dengan meninggalkan komen di bawah entri ini ataupun call/sms Aunty X. Tiket ini sangat istimewa dimana keratannya ada potongan 50% pada sesiapa yang ada tiket ini untuk bermain dan berhibur di Taman Tema ini. Kiranya siang boleh bercuti dan bersuka ria, dan malam boleh memeriahkan GAH1 dsambil menyokong Stacy. Jika tidak mahu bermain di taman Tema boleh juga, sekadar datang disebelah malam. Tapi bukan mudah dapat potongan harga seistimewa ini, separuh harga lagi. Baiklah, tiket dah tak ada di RTM walau anda menangis darah sekalipun, tapi seperti JUARA LAGU, ABPBH, Stacy's Frenz sanggup mendaki bukit Angkasapuri demi peminat dan pemyokong setia Stacy. Ingat, cuma ada 200 tiket ( dengan pesanan jangan gelak, memang diberi 200 tiket jer...nanti macam hari tu anda nampak En.Kose di Seat khas ( didepan ) manakala yang lain di belakang sajork...).

NOTA KAKI: Ramai yg tak tahu dan majalahpun tak tahu sebab tak sempat dah, tapi yang baca kat sini dapat berita awal.
# Misha Omar tidak perform ( Cinta Adam & Hawa ) diganti oleh Ernie Juara Bintang RTM terbaru.
# Faizal tahir terpaksa perform giliran pertama kerana selepas itu dia akan bergegas ke Pulau Pinang untuk showcase kat Hard Rock Hotel

22/05/2010

T.SHIRT S.A.F, SILA TEMPAH SEBELUM TERLAMBAT

Inilah design T.Shirt SAF yang terkini. Pada yang telah menempah diharap agar bersabar sedikit masa lagi kita akan siapkan. Jika sebelum ini ada masalah teknikal dimana pihak printing company tidak mencetak design seperti yang kita mahukan. Kini kami dalam proses terakhir berurusan dengan printing company yang lain cuma mereka mahukan kuantiti yang banyak untuk mendapatkan harga yang kita nak., dan kami memerlukan 6 heli saja lagi untuk tambahan melengkapkan tempahan dalam kuantiti yang diperlukan. Oleh itu, pada sesiapa yang belum menempah atau pada yang sudah menempah tetapi mahu tambah lagi silalah. kalau boleh kami nak siapkan pada awal bulan Jun ini. Sila hubungi Mrs.X di talian 012--3410948

21/05/2010

KEMENANGAN STACY DI HITS1 @ GAH1 30HB.MAY INI, ANDA PENENTU UTK 'LAGU PALING POPULAR'

Penyokong, peminat, ahli-ahli Rakan Stacy@ Stacy's Frenz mahu melihat Stacy menggenggam Award GAH1 @ HITS1 30hb.May nanti?. Nah, keputusan ditangan anda. Jika anda memilih untuk setakat menonton secara live ataupun di TV sahaja, Stacy akan pulang dengan tangan kosong, tetapi jika anda memilih untuk mengundi dan keluarkan modal sebagai tanda sokongan terhadap Stacy, maka peluang anda untuk melihat Stacy atau Stacy & Adam merangkul Award GAH1 amatlah cerah. Jika dilihat dari pola undian dan prestasi lagu Stacy ataupun lagu Stacy & Adam, peluang lagu tersebut meraih kemenangan amatlah cerah. Saya telah membuat kajian terperinci tentang prestasi kesemua lagu yang layak ke Final bermula dari Minggu 1 hingga minggu ke 40 ( selama 10 bulan HITS1 @ GAH1 bersiaran ). Sila rujuk dibawah:-

1. PAKAI BUANG - STACY - JUARA 4 MINGGU
2.TAK MUNGKIN KERANA SAYANG - ALYAH - JUARA 5 MINGGU
3. KHATIMAH CINTA - 6IXTHSENCE - JUARA 2 MINGGU
4. BENCINTA - FAIZAL TAHIR - JUARA 1 MINGGU
5. RAWAN - AZHARINA - JUARA 1 MINGGU
6. CINTA ADA & HAWA - MISHA OMAR - JUARA 4 MINGGU
7. MENGGEGR DUNIA - STACY & ADAM - JUARA 8 MINGGU
8. RINDU TERHENTI - TOMOK - JUARA 2 MINGGU
9. CINTA GILA - GREY SKY MORNING - JUARA 3 MINGGU

Jadi apa tunggu lagi, bertindaklah segera untuk memuaskan hati anda sendiri dan memberi kemenangan kepada Stacy ataupun Stacy & Adam. Di bawah cara-cara mengundi.

Untuk mengundi, Taipkan GAH1 BUANG dan hantar ke32776 atau talian tetap 13776

GAH1 DUNIA dan hantar ke 32776 atau talian tetap 13776

19/05/2010

STACY DI FINAL GAH1 @ HITS1 MUSIM KE 7, 30HB.MAY 2010

Pertandingan Gah 1 (dulunya Hits 1) pada 30 Mei ini yang bakal berlangsung di pentas terbuka Taman Tema Air Sunway Lagoon. Stacy dicalonkan untuk dua buah lagu, Pakai Buang dan Menggegar Dunia (duet dengan Adam). Jika anda ingin mendapatkan tiket sekaligus merasai debaran dan menonton secara langsung, bolehlah sms nama pada Mrs.X @ Aunty Christina 012-3410948

Pemenang kategori yang dipertandingkan & hadiah yang dimenangi :

Lagu Terbaik

RM 25,000.00, Trofi dan Sijil

Lagu Tempat Kedua
RM 20,000.00, Trofi dan Sijil

Persembahan Terbaik

RM 5,000.00, Trofi dan Sijil

Lagu Paling Popular ( SMS )

RM 10,000.00, Trofi dan Sijil


Jika anda mahu melihat lagu Stacy memenangi kategori LAGU PALING POPULAR ( SMS ), sila ikut cara dan nombor kod di bawah dan hantar melalui sms :-



Taip GAH1 BUANG, hantar ke 32776


Taip GAH1 DUNIA, hantar ke 32776


Lagu Paling Popular

Untuk mengundi: Taipkan GAH1 Kod lagu dan
hantar ke 32776 atau dail talian tetap 13776





17/05/2010

LAGI CERITA TENTANG KEMALANGAN KERETA STACY, PETIKAN BERITA HARIAN

Kereta yang dimenangi sebagai juara AF6 terbabit kemalangan

GENAP setahun Stacy menggunakan kereta Peugeot 307 berwarna perak yang dimenanginya selepas menjuarai Akademi Fantasia musim keenam, dia dikejutkan dengan berita sedih apabila kereta yang dipandu abang kesayangannya, Chelton mengalami kecelakaan jalan raya pada 9 Mei lalu yang jatuh pada Hari Ibu.
Kemalangan sekitar jam 7 pagi itu terjadi apabila kereta terbabit terlanggar pembahagi jalan di Bandar Kinrara, Puchong, berdekatan dengan rumah Stacy sekeluarga. Akibat kemalangan itu, abangnya mengalami patah kaki yang teruk dan dimasukkan ke Hospital Serdang.
Sewaktu kejadian itu berlaku, Stacy bercuti dan pulang ke kampung halamannya di Sabah. Menurut Stacy kereta itu hampir jatuh ke gaung. Namun, ungkap Stacy apa yang lebih penting nyawa abangnya lebih bernilai sekalipun kereta yang menjadi simbolik kejayaannya hancur musnah.

“Ketika ini, pihak Stacy sedang menguruskan urusan insurans untuk menuntut ganti rugi. Malang memang tak berbau. Namun yang lebih malang, selepas kereta itu terbiar di atas jalan raya, masih ada pihak yang sanggup mencuri tayar dan bateri kereta itu.

“Selepas ini juga Stacy sedikit ‘patah kaki’ kerana tiada kereta untuk bergerak ke sana ke mari. Jadi seperti biasa, Stacy bergantung harap kepada kereta pengurus Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB). Benda sudah nak jadi, apa daya kita nak menghalang,” katanya sambil memberitahu Chelton juga bertindak sebagai pembantu peribadinya.

Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 itu ditemui Hip baru-baru ini dalam satu majlis mengumumkannya sebagai duta produk penjagaan kulit, Clinelle selama setahun yang diadakan di Hotel Boulevard. Terdahulu Stacy pernah dilantik mempromosikan produk Power Roots dan Intimate.

Kontraknya bersama Power Roots sudah ditamatkan dan cuma Intimate yang terus memanjangkan kerjasama bagi tahun kedua. Stacy sendiri tidak menyangka tuahnya untuk dilantik sebagai duta produk yang pertama mewakili jenama Clinelle datang tiba-tiba tanpa sebarang isyarat tertentu.

“Sebelum dilantik sebagai duta, Stacy sendiri juga tercari-cari produk penjagaan kulit mana yang sesuai untuk saya. Selepas menggunakannya, Stacy dimaklumkan pihak AESB yang mereka berminat untuk melantik saya sebagai duta. Semuanya bagaikan rezeki, orang mengantuk disorongkan bantal.

“Stacy gembira dan teruja diberi mandat dan kesempatan ini. Ia bukan saja rangkaian produk yang sesuai untuk golongan wanita, malah terbukti bersesuaian untuk lelaki. Apa yang boleh Stacy katakan produk ini sangat efektif dan bagus kerana mempunyai ramuan seperti vitamin, ekstrak botanik dan minyak haruman yang sangat semula jadi,” katanya yang bakal tamat kontrak dengan AESB pada Mac tahun depan.

Akui Stacy lagi, dia sendiri tidak mampu menjangka apa saja kemungkinan yang bakal terjadi kepadanya pada masa mendatang. Begitu juga dengan tawaran bergelar duta Clinelle. Apa yang mampu dilakukannya ialah berusaha untuk memantapkan profil seninya dan sekali gus berharap supaya lebih murah rezeki.

Hal yang sama juga terjadi, apabila hasrat Stacy untuk mewakili negara dalam Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2010 di Bulgaria bulan ini tidak kesampaian. Atas sebab yang tak boleh dielakkan, Stacy yang pada mulanya teruja dengan berita itu terpaksa akur pada akhirnya.

“Stacy sendiri tidak menjangka kesulitan ini terpaksa dilalui. Tapi tak apalah, mungkin bukan rezeki Stacy untuk mengharumkan nama Malaysia di peringkat luar. Dalam pada itu jadual pengajian saya di Universiti Lim Kok Wing juga sangat padat.

“Ketika ini, Stacy juga perlu memberi perhatian membuat persiapan untuk pertandingan Gah 1 (dulunya Hits 1) pada 30 Mei ini yang bakal berlangsung di pentas terbuka Taman Tema Air Sunway Lagoon. Stacy dicalonkan untuk dua buah lagu, Pakai Buang dan Menggegar Dunia (duet dengan Adam),” katanya yang turut menyanyikan lagu tema program game show terbaru di Astro Ria, Katakau dan mempromosikan single dan video klip terbarunya, Jahat hujung Mei ini.

Sementara itu, Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Clinelle, Priscillia Ooi berkata, personaliti dan perwatakan yang ditampilkan Stacy seiring dengan matlamat serta aspirasi produk ini. Selepas enam bulan ‘memerhatikan’ Stacy menggunakan produk ini, pihaknya tidak teragak-agak memilih Stacy sebagai duta.

“Sebelum ini, pihak kami memang tercari-cari wajah yang bersesuaian untuk mewakili Clinelle. Rangkaian produk kami bersesuaian untuk lelaki dan wanita berusia seawal 20 hingga 40 tahun. Ia sudah diuji secara dermatologi termasuk mendapat piawaian pembangunan dan penyelidikan yang ditetapkan.

“Stacy juga diketahui ramai mempunyai gaya ceria dan gembira. Wajahnya yang segar dan muda serta sentiasa bertenaga di atas pentas, antara yang mengukuhkan pilihan kami terhadapnya. Satu yang diperhatikan, setiap kali di atas pentas, Stacy sentiasa tersenyum dan itu menjadi simbolik kepada aspek gembira yang ditekankan,” katanya.
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!

16/05/2010

Stacy AF6 Macam Mimpi Jadi Duta Clinelle


Teks oleh: Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 16 MEI 2010: Walaupun tidak dikurniakan wajah yang jelita seperti segelintir artis wanita lain, namun juara Akademi Fantasia Musim Ke-6 (AF6), Stacy tetap tidak ketinggalan dipilih sebagai duta kepada produk penjagaan kulit Clinelle.

Stacy yang ditemui semasa majlis pelancaran produk itu di Hotel Boulevard, Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini menyatakan perasaan gembiranya setelah terpilih sebagai duta Clinelle.

"Stacy tak sangka dapat peluang macam ni. Stacy juga rasa macam bermimpi bila Stacy tiba-tiba dipilih sebagai duta Clinelle. Macam mana pun Stacy rasa sangat 'happy' dan teruja sangat untuk berkongsi pengalaman yang menakjubkan ketika memakai produk ini", katanya yang masih terikat dengan kontrak sebagai duta tuala wanita "Intimate'.

Menganggap bahawa pemilihan sebagai duta Clinelle adalah sebagai satu kebetulan, Stacy mengakui sudah lama memakai prdduk tersebut dan sudah lama dan mengetahui keberkesanan dan kebaikkan Clinelle sejak dari dulu lagi.

"Produk Clinelle memang selamat digunakan kerana kesemua bahan digunakan dalam produknya adalah bahan-bahan semulajadi yang boleh merawat kulit walaupun muka dalam keadaan mekap kerana bahan dalam alat solekannnya juga dalam masa yang sama dapat merawat kulit", kata Stacy.

Stacy yang yakin dengan kesemua produk Clinelle ini sebelum dipilh sebagai duta lagi paling menggemari tiga produk Clinelle dan yang selalu digunakan untuk mengatasi masalah kulitnya.

"Saya mempunyai tiga jenis produk yang saya biasa dan suka untuk memakainya. Saya paling suka pakai Snow White Mask untuk meratakan keseimbangan kulit yang sebelum ini bertompok dan nyata ia benar-benar member kesan yang cepat!

"Selain itu saya juga suka gunakan Eye Bright untuk menghilang garis halus dan lingkaran hitam bawah mata kerana Stacy selalu tidak cukup tidur kerana sibuk dengan jadual harian. Dan produk ketiga yang Stacy selalu gunakan adalah Blemish Clear untuk menghilangkan cela-cela kecil di muka Stacy",katanya.

Walaupun sibuk dengan pengajiannya di Universiti Lim Kok Wing, namun Stacy masih sempat mencuri waktu untyuk merakamkan single terbarunya yang berjudul Jahat.

Stacy juga meluahkan perasaan sedih dan kecewanyta kerana tidak dapat ke Bulgaria untuk mewakili negara sempena Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2010 pada 9 Mei yang lalu.

"Mungkin merasakan ianya sebagai dugaan daripada tuhan.

"Pada awalnya, saya rasa teruja sangat untuk mewakili negara ke sana tetapi saya pada saat-saat akhir saya terpaksa membatalkan hasrat saya keraba pada waktu itu saya sibuk menduduki peperiksaan. Pembatalan itu juga disebabkan beberapa hal lain yang tidak dapat dielakkan. Kalau nak ikutkan memang saya sedih sangat. Tapi, apa boleh buat, mungkin inilah dugaan daripada Tuhan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pembanggunan Perniagaan dan Pemasaran EIG Pharma Asia Sdn Bhd, Priscillia Ooi dalam pada itu melamar Stacy kerana sifat dan personaliti yang ada pada diri Stacy sendiri.

"Saya mula mengambil keputusan melamar Stacy selepas melihat dia beraksi di kaca televisyen yang selalu nampak muda dan 'happy' sesuai dengan tagline Clinelle 'happy skin, happy face'", jelas Priscilla.

Clinelle mempunyai 10 produk semuanya dari penjagaan asas ke penjagaan istimewa termasuk produk kosmetik untuk memberi kesan kulit yang segar dan ceria.

Bagi penjagaan asas Clinelle, ia memperkenalkan pembersih Deep Cleansinh Gel, penyegar Purifying Toner, pelembap Moisture Glow dan untuk pengelupasan kulit Clinelle menyediakan Skin Smoothing Scrub.

Terdapat enam penjagan istimewa dari Clinelle: - Eye Bright untuk menghilangkan lingkaran bawah mata gunakan, Blemish Conceal and Clear Stick (hilangkan cela Moisture Booster (elak penuaan kulit) SnoWhite Mask (merapi dan meratakan kulit), UV Defense SPF 28 White (melindungi kulit) dan Oil Free Smoothing Compacyt SPF 18 adalah dan satu-satunya produk kosmetik Clinelle untuk bedak kompak.

Clinelle yang menggunakan bahan-bahan dari abstrak botanical selamat digunakan dan diuji dermothologinya di Clinelle USA yang selamat dan dapat memberi kesan melalui Tindakkan RX3 iaitu repair, refine dan resshine skin untuk keputusan jangka panjang.

Penjagaan professional Clinelle diedarkan oleh EIG Pharmacy Asia Sdn. Bhd. dan telah membawa jenamanya itu ke Thailand, Hong Kong, Taiwan, Singapura, China, Pilippine dan Malaysia.

13/05/2010

STACY JADI DUTA PRODUCT KECANTINKAN ANTARABANGSA

STACY NAMPAK MACAM ARTIS KOREALAH PULA. DAH JADI GADIS JEPUN, MIRIP ARTIS KOREA, MEMANG STACY LAIN DARIPADA ARTIS YANG ADA DI MALAYSIA. TERSENDIRI DAN TIADA DUANYA.

Bukan calang-calang Stacy, kerana tiba-tiba disambar menjadi Duta produk kecantikkan keluaran Antarabangsa. Begitulah pengaruh Stacy dan pastinay beliau dilantik kerana mereka tahu Stacy seorang artis yang popular dan berpengaruh serta mempunyai pengikutnya sendiri. Seperti lagu-lagunya yang satu persatu menjadi hit, bermula dengan 'Aku Stacy', 'Gagap', 'Pakai Buang' dan terbaru 'Jahat'. Begitu jugalah dengan tawaran menjadi Duta yang tidak putus-putus. Sebelum ini telah pernah menjadi terbabit dengan Power Roots, Canon, Teh Boh, Intimate, Corntoz dan banyak lagi. Syabas pada Stacy pastinya peminat akan turut mencuba dan menyokong produk yang juga digunakan oleh Stacy ini. Hmm...nampaknya makan hatilah pendengki Stacy yang selalu datang mengutuk disini. Karier Stacy semakin maju, lagu popular satu persatu dan tawaran menjadi Duta produk tidak putus-putus. "KAU ADA?...tambah dosa mengutuk ada ler..."

12/05/2010

PRIHATINNYA MEDIA KITA, SIAPA KATA WARTAWAN SUKA SEBARKAN GOSSIP SAHAJA

Betapa prihatinnya media Malaysia terutama Media Hiburan. Kalau ramai yang membuat persepsi yang wartawan suka provokasi dan tahu menggossip sahaja, ternyata salah sama sekali. Lihatlah betapa prihatinnya wartawan kita yang mewar-warkan berita dan memohon agar orang lain sama-sama mendoakan agar abang Stacy selamat dibedah selepas mengalami kemalangan.Sila klik link

dhttp://www.facebook.com/home.php?#!/mediahiburan?v=wall&story_fbid=118211001542606ibawah tentang komen-komen yang lain:-


ABANG STACY, CHELTON TELAH SELAMAT DIBEDAH

Ramai yang bertanyakan apakah perkembangan Chelton sekarang ini?. Beliau telah selamat dibedah pada bahagian kaki tetapi masih dirawat di hospital untuk rawatan susulan. Dari apa yang wakil Stacy's Frenz nampak semasa melawat beliau semalam, nampak gayanya masih lama lagi tempoh beliau berada di Hospital Serdang. Antara yang datang melawat Chelton semalam adalah Mrs.X, Ah Mae, Kose, Sniper dan Anip. Stacy's Frenz telah berjaya memujuk Chelton makan nasi kerana selama beliau berada 3 hari di Hospital, beliau tidak ada selera makan. Dalam keadaan sedih melihat keadaan Chelton, dia masih sempat bergurau yang dia tidak dapat nak main bowling bersama Stacy's Frenz dan bermain futsal. Dia mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang prihatin dan mendoakan keselamatan beliau.

10/05/2010

ABANG STACY ( CHELTON ) KEMALANGAN

Blog Stacy's Frenz ini bukan hanya all about Stacy, tetapi juga tentang peminat, aktiviti ahli-ahli dan keluarga Stacy juga. Bila dah menjadi ahli SAF, kita adalah One Big Family. Berita sedih bukan hanya pada Stacy dan keluarganya, tetapi juga pada rakan-rakan Stacy di SAF ini ( ahli @ peminat ) kerana Chelton telah mengalami kemalangan yang sangat teruk semalam, pagi Ahad. Difahamkan, keretanya dilanggar dan keadaan kereta tersebut remuk. Seperti yang ramai telah tahu, Chelton adalah orang bertindak sebagai P.A Stacy, menemannya ke Show atau pergi class di Lim Kok Wing. Beliau yang sepatutnya pergi bersama kami ke Showcase Chaq di Cafe Zahid AF2, terpaksa dirawat di Hospital Serdang. Chaq yang sangat risau tentang keadaan abangnya hampir membatalkan showcasenya tetapi tugas menjaga Chelton telah diambil alih oleh abang sulung mereka iaitu Fidun. Begitulah eratnya hubungan mereka adik beradik saling membantu demi kelancaran perjalannan seni Stacy dan Chaq. Stacy yang bercuti di Sabah kerana meraikan Hari Ibu di sana akan kembali ke KL hari ini 10hb.May. Kami AJK SAF sangat mengharapkan dan memohon agar peminat Stacy ramai-ramai mendoakan agar Chelton selamat operation dan pulih seperti sedia kala.

07/05/2010

STACY DIRAKAMAN RANCANGAN BARU ASTRO ' KATA KAU'


Dua hari lepas, Stacy telah terlibat untuk rakaman rancangan baru Astro yang bertajuk 'KATA KAU'. Yang pastinya, Kelab Peminat Stacy, iaitu Stacy's Frenz telah diberi keistimewaan dijemput menyaksikan rakaman dan terlibat sama menjadi penonton. Jemputan hanya pada yang tertentu sahaja kerana keadaan Studio yang terhad ruangnya. Rancangan ini berbentuk Game Show yang diacarakan oleh Reza dan Scha. Stacy satu kumpulan dengan Mawi dan seorang peminat menamakan kumpulan mereka "TERLEBIH WORLD" yang menentang kumpulan Norman Hakim dan Memey serta seorang peminat dengan nama kumpulan "KRAKATAU". Game Show ini ala-ala Pop Kuiz dan Kelab Pop tetapi ianya lebih fun dan lucu kerana penonton terlibat sama menjadi juga untuk menentukan pemanang segmen menari. Pada setiap segmen, penonton juga diharuskan memuji kumpulan yang menjawab soalan dengan betul dan melaungkan "boo.." jika jawapan salah. Nasib baik kumpulan Stacy & Mawi selalu menjawab dengan betul dan yang menjadi mangsa Boo adalah kumpulan Norman hakim dan Memey. Kelainan Game Show ini dengan rancangan yang lain adalah, kumpulan yang kalah akan didenda pada akhir rancangan, manakala kumpulan yang menang akan mendapat hadiah ala-ala Grammy Award. Pada masa rehat Stacy meluangkan masa makan bersama Stacy's Frenz sambil berbincang mengenai majlis Hari Lahirnya pada Ogos nanti. Pada masa balik pula, Stacy telah meluangkan masa bergambar berama peminat lain barulah dengan Stacy's Frenz. Stacy ramah melayan peminat lain walaupun masa rehat. bayangkanlah, kami sedang makan, dia sibuk sign autograf dan bergambar dengan peminat lain. Bila kami telah habis makan, dia baru join kami dan memulakan suapannya.




06/05/2010

STACY JADI COVER 'HAI' DAN MAJALAH MANGGA

Pada semua peminat Stacy jangan ketinggalan mendapatkan Majalah 'HAI' dan Majalah 'MANGGA'. Boleh baca kisah Stacy serta perkembangannya dan juga gambar-gambar menarik Stacy yang terkandung di dalamnya. Maaf pihak kami tidak dapat kepilkan cerita atau isi majalah tersebut kerana mahu peminat Stacy menyokong majalah ini dan bila mereka membelinya, mereka pun ada menyimpan koleksi majalah yang ada menampilkan Stacy.

05/05/2010

WARNA KELAB PEMINAT STACY YANG TIADA DUANYA


Kalau sebut pasal warna rasmi atau warna tema setiap kelab peminat artis, hanya kelab peminat Stacy iaitu Stacy's Frenz sahaja yang tersendiri dan eksklusif. Jika dibandingkan dengan kelab peminat lain, warna hitam adalah warna paling banyak menjadi warna tema, seperti Nadia FC, Aliff FC ( AF6 ) dan banyak lagi sejak AF2. Begitu juga dengan warna Orange yang dimulakan oleh Zahid FC yang mana masa Final AF2, meriah dewan suasana dengan penyokong memakai warna Orange. Warna putihpun ramai yang memilihnya, bukan hanya TOI FC, tetapi juga banyak FC lain sebelum ini. Manakala warna kuning pula telah menjadi pilihan utama FC lain juga dan diguna berulang-ulang.Itulah keistimewaan Kelab peminat Stacy.

Bukan sahaja dari segi warna yang tersendiri, malah nama kelab peminat Stacy juga unik kerana jika kelab peminat lain asyik dok guna nama artis lalu 'FC' dibelakangnya, tetapi nama kelab peminat Stacy unik iaitu STACY'S FRENZ. Begitulah kreatifnya kelab peminat ini. Nama dan warna yang dipilih benar-benar menunjukkan kelab ini begitu kreatif sekali dan banyak idea.

Bercakap pasal warna, kebijaksanaan memilih warna ada kaitannya dengan konsep, bukan main hentam memilih sahaja. Bayangkanlah website rasmi kelab peminat Stacy berwarna Maroon mengikut warna tema juga sedangkan ada kelab peminat lain warna hitam tetapi Blog, website tidak berwarna tema. Ada yang warna Orange, tetapi website atau blog tidak berwarna orange.
Sebenarnya sejarah warna Maroon ini bukan dipilih oleh Presiden kelab, tetapi adalah atas suara ramai bila pada satu masa pihak Astro bertanya apakah warna tema Stacy's Frenz. Memang pening juga nak memilih warna pada masa itu kerana hampir semua warna utama telah dipilih oleh FC lain sejak AF2 lagi.Oleh kerana banyak warna lain telah ada FC lain ambil seperti warna Merah ( Dafi ), warna Orang ( Zahid ), warna hita ( Nadia ), warna putih ( Toi ), warna Orange ( Nubhan ) lalu saya telah mendapat idea agar dibukla satu POLL membiarkan ahli-ahli dan peminat Stacy sendiri yang memilih warna agar adil dan ianya pilihan ramai. Kebetulan warna yang paling tinggi pilihan peminat adalah Pink dan Maroon sama banyak, diikuti oleh Hijau dan Biru. Lalu untuk merosakkan undi Pink dan maroon yang sama banyak dan kebetulan tinggal saya sahaja yang belum mengundi, lalu saya klik warna Maroon. Bayangkan telah berapa banyak FC lain memilih warna yang sama itu baru cerita AF, padahal rancangan realiti yang lain pun ada kelab peminat mereka juga yang banyak memilih warna sama seperti FC Black Mentor yang memilih warna hitam dan begitu juga warna merah menjadi pilihan FC peserta Mystar LG.

NOTA KAKI:
Bukan semestinya Website atau Blog 100% warna tema, tapi sekurang-kurangnya biarlah ada sedikit warna yang hampir-hampir agar masih ikut konsep dan tidaklah boring sebab bayangkanlah kalau Website serba hitam kerana apa boleh buat warna tema dah hitam, tapi itulah sebabnya, sebelum kita memilih warna tema...fikir apa kesannya pada website dan Blog.

04/05/2010

PERTANDINGAN HEADER @ BANNER BLOG & WEBSITE STACY'S FRENZ


Nah!, lihatlah hasil kreatif peminat-peminat Stacy. Ini adalah header @ banner terbaru untuk Blog Stacy's Frenz yang telah direka oleh salah seorang ahli dan peminat Stacy iaitu Chikaki. Jika sebelum ini lebih dua bulan kami meletak header @ banner rekaan Ah Mae, kali ini kami tampilkan yang lain pula. Ah Mae masih menjadi pereka tetap Blog ini dan pada masa yang sama kami membuka peluang pada ahli-ahli dan peminat Stacy untuk berkongsi peluang menyumbang sesuatu untuk kelab dan Stacy. Apa yang pasti, bukan hanya setakat peluang melihat hasil rekaan anda di Blog dan laman web Stacy, tetapi juga peluang untuk memenangi hadiah rekaan terbaik. Hadiah pemenang akan disampaikan oleh Stacy sendiri pada Majlis Hari Lahirnya pada bulan Ogos nanti. Pada yang lain, apa tunggu lagi? serlahkanlah idea kreatif anda itu.

Anda haruslah mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Webmaster kita iaitu saudara Kai. Antara syarat tersebut adalah seperti berikut :-

Syarat-syarat:
1.Mesti menjadi ahli StacyFC
2.Saiz header 1000px panjang kali 300px tinggi
3.Warna mengikut tema StacyFC (maroon)
4.Format gif/png/jpg
5.Pemenang dikira mengikut Poll @ Sistem undian


Sila hantar penyertaan anda ke email berikut:-
mr.kai99@gmail.com

03/05/2010

STACY DI AIM 17

PIC CREDITED TO BUDIEY .COM

Walaupun Stacy tidak berjaya membawa pulang Trofi AIM semalam, tetapi terpilih 5 terbaik itu sudah cukup kerana seperti yang semua maklum, AIM bukan berdasarkan populariti tetapi diukur dari segi kualiti. Ini Bermakna album Stacy memang berkualiti setara dengan album Dato CT dan Dayang Nurfaizah. Memang saingan sengit sekali dan tengoklah sendiri walaupun Dato CT tercalon dua kali untuk kategori ini, tetapi Album Dayang Nurfaizah pula yang memang. Apa-apa pun, tahniah pada yang tercalon dan bonus pada yang berjaya.

RAKAMAN PROGRAM KAT ASTRO JAM 8 MALAM INI


Pada sesiapa yang berada disekitar Lembah Kelang ( KL & Selangor), dijemput datang memeriahkan program rakaman bersama Stacy di ASTRO ( Bukit Jalil ) jam 8 malam ini, 3hb.May.2010. Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan program ini dan enterframe sekali wajah-wajah glamour anda itu. Kami memerlukan penyertaan anda juga. Nak jumpa Stacy? Nah!!! datanglah.

01/05/2010

GLAM NITE ( TEMA MAJLIS ULANG TAHUN STACY KALI INI )

Tahun ini, Stacy's Frenz telah merangka beberapa aktiviti yang telah diatur antaranya :-
1.Melawat Rumah Anak-Anak Yatim
2.Pertandingan bowling Bersama Stacy
3.Perlawanan Futsal Bersama Stacy
4.Berkelah Bersama Stacy
5.Memancing Bersama Stacy
6.Melawat Rumah Orang-Orang Tua

Selain dari aktiviti di atas, ada dua Majlis yang begitu besar dan gilang gemilang yang akan dianjurkan oleh Stacy's Frenz untuk memberi peluang peminat Stacy beramah mesra dan bertemu empat mata dengan Stacy iaitu :
7. GLAM NITE ( Majlis Ulang Tahun Stacy )
8. CITRA WARNA 1MALAYSIA ( Majlis Hari Raya Stacy ).

Ya, Stacy's Frenz sentiasa menampilkan idea-idea yang segar dan terbaik untuk ahli-ahli dan para peminat Stacy di luar sana. Menurut respond dari tetamu yang pernah hadir ke majlis anjuran Stacy's Frenz, mereka mengatakan sangat enjoy dan berpuas hati dan harga tiketpun murah. Tetamu juga memuji kerana belum ada FC lain yang memberi Anugerah-Anugerah khas pada ahli dan Moderator seperti Moderator terbaikdan pemberian sijil pada AJK ( dengarnya dah ada FC lain ikut langkah Stacy's Frenz ). Nah!!! tahun ini akan ada banyak lagi Anugerah dan bakal jadi ikutan FC lain pula. Ada juga wartawan yang memuji kerana walaupun Stacy bukan muslim, tetapi setiap tahun menganjurkan Majlis Hari Raya sedangkan ada artis yang muslim, ada FC yang langsung tidak menganjurkan majlis Hari Raya dan ada pula yang tidak membuat setiap tahun.

Perlukah mewar-warkan Majlis Ulang Tahun Stacy ini, sedangkan hari lahir Stacy 3 bulan lagi baru diraikan?. jawapannya memang perlu. Seperti yang semua tahu, Stacy's Frenz bukan sahaja kaya idea tetapi juga prihatin pada ahli-ahli dan bukan ahli ( peminat Stacy yang lain ). Tujuan kami mewar-warkan majlis ini seawal 3 bulan dari sekarang ada banyak kebaikkannya untuk ahli-ahli Stacy;s Frenz dan peminat Stacy, antaranya:-
1. Peminat / Ahli-ahli ada banyak masa mengatur cuti mereka.
2. Peminat / ahli-ahli boleh mengumpul wang dari sekarang untuk datang ke majlis ini.
3. Peminat / ahli-ahli ( Sabah, Sarawak, Brunei ) boleh mendapat harga yang murah dengan tempahan awal ( 2-3 bulan ).
4. Peminat / ahli-ahli boleh mencari idea atau menyediakan budget baju apa yang hendak dipakai.
5. Peminat / ahli-ahli ada masa mencari idea/ budget untuk memberi hadiah buat Stacy ( tidak semestinya, hanya pada yang mampu sahaja ).

Mengapa GLAM NITE?. GLAM NITE adalah singkatan untuk Glamour Night dan seperti yang ramai telah tahu, tema tahun lepas adalah POP/ROCK, jadi tahun ini kami memilih tema ala-ala Red Carpet untuk mmemberi peluang peminat / ahli-ahli melaram dan Stacy pula berpeluang untuk tampil anggun dan manis dengan rekaan designer. Untuk pengetahuan semua, setakat ini saya telah bertemu 3 orang designer yang bersetuju untuk menaja baju rekaan mereka untuk Stacy. Siapakah yang bertuah menyediakan persalinan untuk Stacy pakai pada majlis yang gilang gemilang itu nanti?.

Sebagai panduan, di sini pihak kami sertakan panduan ( dress code ) pakaian yang sesuai dengan tema majlis yang kami telah sediakan.
1. GLAM NITE ( Majlis Ulang Tahun Stacy ) -
Pakaian yang serba glamor, bergaya, segak, anggun dan kemas. Antaranya:-
Baju Labuh, Evening Gown, Kebaya moden, Kurung Moden, Texudo, Baju Kot, Vest, Mini Skirt.
2. CITRA WARNA 1MALAYSIA ( Majlis Hari Raya Stacy ) -
Pakaian kebangsaan malaysia seperti:-
Baju Melayu, Baju Kurung, baju Kebaya, Baju Kebarung, Baju suku kaum Sabah & suku kaum Sarawak.

Adakah anda telah bersedia ke Party gilang gemilang ini? Siapakan yang akan dinobatkan Best Dress ( Lelaki & Wanita )?. Siapa pula yang berjaya membawa pulang hadiah yang lebih banyak dari tahun lepas? Tunggu.

Yang pastinya kali ini kami akan memberikan sesuatu yang berbeza pada persembahan Stacy kerana tahun ini anda akan melihat Stacy secara live menyanyikan himpunan lagu-lagu berirama BALADA

Inilah masa dan peluang Stacy menunjukkan taringnya menyanyikan lagu-lagu Balada kerana ramai sangat yang kata dia hanya menyanyikan lagu-lagu rancak sahaja. Yang pastinya, seperti tahun lalu majlis Stacy mendapat liputan TV2 disiarkan dalam berita segmen hiburan, tahun ini lagi ramai Wartawan TV, Wartawan Majalah, Wartawan Akhbar Harian dan Penggiat Laman Web Hiburan akan dijemput.