
Ada beberapa ahli yang mencadangkan agar diberi point ( markah ) juga pada ahli yang jarang online tapi selalu ikut aktiviti Stacy's Frenz. Untuk memuaskan hati semua dan adil pada yang jarang online/tidak ada masa online, selain Anugerah AHLI PALING AKTIF BERFORUM ( berdasarkan point terkumpul ), saya ada wujudkan satu anugerah lain yang juga akan disampaikan oleh Stacy pada Majlis kita nanti. Perlu ditegaskan di sini ( khasnya pada yg busuk hati dan cemburu dengan Idea bagus ini...sebenarnya markah point diberi untuk menggalakkan orang rajin berforum dan memeriahkan website dan nampak kesannya setelah sistem markah kami berikan. Antara anugerah yang bakal ada, antaranya:-
1. ANUGERAH AHLI AKTIF BERFORUM ( berdasarkan point kerana rajin post dan komen ).
2. ANUGERAH AHLI PALING AKTIF MENGIKUT AKTIVITI SAF ( markah berdasarkan kekerapan mengikuti program dan untuk berlaku adil, markah berbeza dari tempat tinggal ahli tersebut. ini adalah kerana ofcouse la ahli yang kat KL selalu boleh join. Jadi, markah utk ahli yg datang dari Sabah/sarawak = 5point, dari Johor/Pahang/Perlis = 4point dan dari Melaka/N.Sembilan = 3 point, manakala yang di KL =2 point setiap penyertaan.
3. ANUGERAH KHAS UNTUK WEBMASTER
4. ANUGERAH MODERATOR TERBAIK ( kita akan menambah 3 org MOD lagi dalam masa terdekat ini )
5. POSTING TERBAIK ( Bahan berita/ story )
6. PENDAPAT/CADANGAN TERBAIK
7. PEMENANG CIPTAAN BANNER TERBAIK
8. BEST DRESS ( LELAKI DAN PEREMPUAN,akan diadili masa Event dan kali ini tidak seperti tahun2 sebelumnya, kali ini AJK layak bertanding juga kerana markah akan diberi oleh Designer jemputan ).
9. CABUTAN TIKET BERTUAH ( tahun ini 10 pemenang, last year 5 jer ).
10. HADIAH-HADIAH ACARA GAMES
11. PENYAMPAIAN SIJIL PADA AJK
Untuk makluman semua, markah saya telah kumpul sejak dari tahun ini ( Melawat rumah Anak-anak yatim ) & ( Perlawanan Bowling Bersama Artis & Media Hiburan ) dan akan dikumpul hingga Majlis Ulangtahun stacy berlangsung. Jika anda ada sebarang idea/cadangan, sila PM saya atau lagi AFDAL, komen balas kat Posting saya ini ( samada komen di BLOG atau WEBSITE ). Terima kasih






















