• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

30/03/2010

STACY'S FRENZ BERLATIH BOWLING

Seperti yang pernah dinyatakan oleh Kose kepada wartawan, Stacy's Frenz bukan setakat bersorak-sorai dan bersuka ria sahaja dengan mengikuti aktiviti hiburan semata-mata tetapi juga turut diseimbangkan dengan aktiviti sukan dan tanggung-jawab sosial dengan membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Untuk aktiviti riadah atau sukan, Stacy's Frenz bukan sahaja aktif dalam sukan futsal, malah turut berlatih bowling sebagai persediaan Perlawanan Bowling Bersama Artis & Peminat anjuran MEDIA HIBURAN yang akan berlangsung di Plaza Alam Sentral 31hb.March, Rabu, 1 p.m-4 p.m nanti. Buat pertama kalinya Stacy's Frenz menghantar jumlah wakil paling ramai iaitu sebanyak 20 orang.

Selain memenuhi jemputan MEDIA HIBURAN, penyertaan Stacy's Frenz kali ini juga membuktikan bahawa Stacy's Frenz komited dengan aktiviti sukan.
Pada sesiapa yang free pada hari tersebut, boleh juga datang menjadi penonton dan memberi sokongan walaupun tidak bermain.

Walaupun kurang sihat, Liana datang juga malam itu.

Inilah wajah wajah yang akan turun padang 31 mac ini.

Model model yang akan menyertai Stacyfrenz 31 Mac ini.

Naidu tiran, Izhar & Edwin yang begitu komited.

Kose Serani & Naidu Tiran

Wajah ceria di setiap ahli yang terlibat.

Kalau dah model, balingan bola pun dengan pose menarik.


Gambar kredit kepada Wawa


28/03/2010

Media Hiburan - Stacy Tunai Hajat

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar


Credit to Media Hiburan @ www.star-savvy.blogspot.com

27/03/2010

Dapatkan 'Media Hiburan' Keluaran Terbaru


Jangan lupa dapatkan Media Hiburan keluaran 27 Mac - 02 April 2010 untuk mengetahui penjelasan Stacy terhadap 'Isu Tidak Berdisplin' dan juga berita yang menampilkan lawatan Stacyfrenz bersama Stacy ke rumah anak-anak yatim Syifa'.

26/03/2010

Gambar Stacy - Karnival TM


Special thanks to the real owner of these pics @facebook

24/03/2010

Undi 'Menggegar Dunia' Di Muzik Muzik 25



Anda sudah boleh mula mengundi secara online lagu "Menggegar Dunia" di muzik muzik menerusi website TV3. Teruskan mengundi lagu ini untuk memastikan peluang yang lebih cerah ke peringkat seterusnya!.

Untuk mengundi sila klik sini.


Video credited to MuzikMuzik25TV3

23/03/2010

Stacy Tercalon di Anugerah Parti HIP TV

Anugerah part hip TV boleh dikatakan antara anugerah yang unik kerana senarai kategori yang di pertandingkan dan seperti sedia maklum iainya dianjurkan oleh TV 9. Pagi tadi bertempat LG 1, Sunway Piramid telah berlangsungnya sidang media khas untuk memperkenalkan calon- calon yang tersenarai dan Stacy telah tercalon untuk kategori Artis Kiut Miut.


Jangan lupa nantikan Parti HIP TV yang akan disiarkan menerusi TV9 pada 2 April 2010 (Jumaat) selama 90 minit, bermula jam 10 malam.

Untuk senarai penuh calon-calon sila klik sini

Sumber info: www.budiey.com......... Gambar: Gua muzik

21/03/2010

Gambar Stacy - Rakaman Tom Tom Bak




Untuk makluman, rakaman Tom Tom Bak ini telah berlangsung pada 14 Mac 2010 yang lalu.

Pics credit to Mae

20/03/2010

Stacy Sebagai Cover Pancaindera Ahad (21 Mac 2010)


Jangan lupa dapatkan suratkhabar Utusan esok (Ahad,21 Mac 2010) untuk mengetahui keseluruhan cerita!

19/03/2010

Stacy terkena panggilan hangit dari HOTfm

'Aku Stacy' Laris Di Pusat Karaoke?


KL, 18 MAC 2010: Percaya atau tidak, lagu pertama nyanyian Stacy, Aku Stacy yang mula-mula dipersembahkan dalam konsert final Akademi Fantasia Musim Ke-6 (AF6) rupa-rupanya paling kerap dimainkan di pusat karaoke Redbox?

Murai Batu dapat tahu cerita pun daripada si Murai Peah. Kebetulan dia ni suka sangat berkaraoke. Hai, kalau suara si Murai Peah ni sedap takpe jugak. Ini tidak, memanjang je asyik nak menyumbangkan lagu orang.



Sambung si Murai Peah lagi, disebabkan lagu ini kerap dimainkan, janganlah terperanjat pula kalau Aku Stacy dinobatkan sebagai Permintaan Lagu Karaoke Red Box Paling Tinggi Untuk Kategori Bahasa Melayu & Inggeris Sepanjang 2009.


Untuk mengesahkan lagi berita yang dibawakan oleh si Murai Peah ini, Murai Batu pun cubalah hubungi salah seorang kakitangan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB). Apalagi, dia orang sendiri pun terperanjatlah bila Murai Batu dapat tahu perkara ini dengan lebih awal lagi. Dia orang tanya juga, dari mana Murai Batu dapat tahu tentang berita ini.



Sebab, setahu dia orang, pihak Red Box sendiri yang akan umumkan perkara ini kepada pihak media nanti. Malah, mereka juga akan mengundang Stacy serta pihak media untuk hadir dalam sebuah majlis yang dianjurkan khas sempena pencapaian lagu Aku Stacy ini nanti.


Khabarnya, majlis itu nanti akan diadakan pada penghubung bulan Mac ini nanti yang mana ia akan turut disertakan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti lucky draw serta sesi berkaraoke bersama pihak media.


Sumber: www.murai.com.my

18/03/2010

'Aku Stacy' Tercalon di Anugerah Industri Muzik (AIM 17)


Pada sidang media pengumuman senarai top 5 untuk Anugerah Industri Muzik yang berlangsung di PWTC petang tadi, Album sulung Stacy berjudul 'Aku Stacy' telah pun diumumkan sebagai top 5 untuk AIM ke 17 bagi kategori Album Pop Terbaik. Walaupun sekadar pencalonan tetapi ini cukup menunjukkan bahawa album sulung Stacy ini antara yang album pop terbaik dihasilkan pada tahun 2009.

Untuk senarai lengkap top 5 AIM ke 17 klik sini

17/03/2010

DAPATKAN SENSASI APRIL / SIAPA NAK JOIN BOWLING BERSAMA ARTIS


Pada ahli dan peminat Stacy di luar sana, jangan lupa mendapatkan keluaran terbaru majalah SENSASI April ini di gerai mamak dan kedai berhampiran anda. Ada cerita mengenai Stacy meraikan anak-anak yatim. Majalah SENSASI ini memang sangat sensasi yang mana jga menampilkan latest update mengenai dunia hiburan tanah air kita.

Media Hiburan menjemput artis dan peminat terpilih untuk menyertai PERLAWANAN BOWLING anjuran mereka pada 31.March ( Rabu ) 2-4petang di Plaza Alam Sentral. Saya memerlukan 20 orang yang akan saya bahagikan kepada dua TEAM. Satu TEAM Stacy dan Satu TEAM Chaq yang akan berlawan dengan artis dan Fans lain. Yuran yang dikenakan oleh Media Hiburan sangat berpatutan, hanya RM15 seorang. Pada yang berminat, sila beri nama pada Mrs.X @ Pn.Christina di talian 012-3410948.

16/03/2010

Stacy di Majalah Aksi


Jangan lupa dapatkan majalah Aksi keluaran 15 Mac 2010!

15/03/2010

Stacy di Majalah Media Hiburan

Majalah: Media Hiburan keluaran Mac 2010
Ruangan: Selebriti dan Fanclub
Oleh: Zira , Photo: En. Kos


Ruangan: Bicara Minggu Ini
Oleh: SuDyr
KOMEN PARA JURI: WAJARKAH GUNAKAN BAHASA YANG KASAR DAN KETERLALUAN?

Ambil sebagai pengajaran - Stacy

"Bila seseorang pengkritik itu mengkiritik, pada saya sebagai peserta perlu menilai sejauh mana kritikan itu. Kalau apa yang dicakapkan itu boleh diterima, kita ambil sebagai pengajaran dan cabaran. Kalau tidak, lupakan sahaja.

"Pada saya juga, pengkritik perlulah melontarkan pandangan mereka dengan satu perasaan yang tidak keterlaluan. Jangan sampai melibatkan sensitiviti seseorang."-Stacy

Sumber: Media Hiburan

14/03/2010

Gambar Stacy di Lawatan Rumah Anak Yatim Syifa'

Tarikh:13 Mac 2010 (Sabtu)
Lokasi: Rumah Anak Anak Yatim Syifa', Setapak
Masa: 11a.m - 2p.m

Seperti yang telah di war-war kan, semalam telah berlangsungnya satu lawatan bersama Stacy ke rumah anak yatim Syifa' yang bertempat di Setapak. Selain Stacy dan stacyfrenz, lawatan ini turut di sertai oleh beberapa ahli keluarga Stacy yang lain termasuk Chaq. Di lawatan ini, Stacy sendiri berpeluang menghulurkan bantuan peribadi beliau selain berkesempatan beramah mesra bersama anak-anak yatim di rumah syifa' ini.

Selain dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli, matlamat utama lawatan adalah untuk menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim ini. Kepada Stacyfrenz yang ingin menghulurkan bantuan berbentuk tunai boleh la 'bank in' kepada:

Nama akaun: Persatuan Kebajikan Teratak Syifa' KL/SEL
No Akaun: i) 5614066-429233 (Akaun Semasa Maybank)
ii) 1438-0005685-05-9 (Akaun Semasa CIMB Bank)



Pics credit to Mae, Tkvie, wawa & Hipo

12/03/2010

DAPATKAN NASKAH TERBARU MEDIA HIBURAN

GAMBAR HIASAN, BUKAN COVER YANG SEBENAR

Pada semua peminat Stacy, dapatkan naskah terbaru Media Hiburan yang menampilkan aktiviti Stacy, Chaq dan Stacy's frenz bermain futsal. Gabungan dua kelab peminat Stacy & Chaq iaitu MUSTAHAQ, menjadikan kombinasi unik dan membuat Kelab semakin ramai dan kuat. Selain dari itu, pada ruangan lain ada komen ( pendapat ) Stacy dan Chaq bila ditanya mengenai Komen Juri yang berbunyi kasar. Juga istimewanya di satu ruangan lain, Blog Stacy Angie's Frenz tersenarai antara laman artis yang popular seiring dengan laman Dato Siti Nurhaliza, Aznil dan sepuluh yang lain. Syabas untuk semua AJK dan ahli yang tidak jemu-jemu berkunjung ke sini dan memeriahkan laman ini.