Seperti yang pernah dinyatakan oleh Kose kepada wartawan, Stacy's Frenz bukan setakat bersorak-sorai dan bersuka ria sahaja dengan mengikuti aktiviti hiburan semata-mata tetapi juga turut diseimbangkan dengan aktiviti sukan dan tanggung-jawab sosial dengan membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Untuk aktiviti riadah atau sukan, Stacy's Frenz bukan sahaja aktif dalam sukan futsal, malah turut berlatih bowling sebagai persediaan Perlawanan Bowling Bersama Artis & Peminat anjuran MEDIA HIBURAN yang akan berlangsung di Plaza Alam Sentral 31hb.March, Rabu, 1 p.m-4 p.m nanti. Buat pertama kalinya Stacy's Frenz menghantar jumlah wakil paling ramai iaitu sebanyak 20 orang.
Selain memenuhi jemputan MEDIA HIBURAN, penyertaan Stacy's Frenz kali ini juga membuktikan bahawa Stacy's Frenz komited dengan aktiviti sukan.Pada sesiapa yang free pada hari tersebut, boleh juga datang menjadi penonton dan memberi sokongan walaupun tidak bermain.
Walaupun kurang sihat, Liana datang juga malam itu.
Inilah wajah wajah yang akan turun padang 31 mac ini.
Model model yang akan menyertai Stacyfrenz 31 Mac ini.
Naidu tiran, Izhar & Edwin yang begitu komited.
Kose Serani & Naidu Tiran
Wajah ceria di setiap ahli yang terlibat.
Kalau dah model, balingan bola pun dengan pose menarik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan