Sungguh berat untuk saya memulakan kata, tapi semakin dipendam, semakin berat bebanan difikiran. Setelah berkira-kira, ditunda dulu hasrat mengumumkan hal ini kerana bulan Ogos tarikh lahir Stacy. Ya lah, kita semua sayangkan Stacy, takkan pula mengumumkan hal sebegini dihari istimewanya. Lepas sahaja Ogos berlalu, hari Raya pula menjelma, lalu saya telah megambil keputusan bulat untuk mengumumkannya pada hari ini setelah 5 hari Syawal menjelma, setelah semua gembira berhari raya. Keputusan ini sebenarnya bukan kemahuan fikiran, tetapi oleh kerana saya kini melanjutkan pelajaran, lalu masa saya semakin terhad. Selain sibuk menjadi pengurus yang menguruskan hotel sebagai kerja tetap, saya juga kembali belajar di kolej swasta. Sebenarnya ini bukan keputusan yang mudah, kelak ada yang berkata itu ini, dulu boleh mengapa sekarang tidak boleh. Percayalah ini adalah jalan terbaik bagi saya dan kelab peminat Stacy. Lebih baik saya mengundurkan diri dan diganti oleh orang lain daripada saya hanya menjadi presiden pada nama sahaja tetapi semua tugas dilakukan oleh orang lain.
Setelah 3 penggal menerajui Stacy's Frenz yang saya asaskan semenjak Stacy di dalam Akedemi lagi hingga sekarang, telah banyak pencapaian yang telah dicapai oleh Stacy mahupun kelab peminatnya. Semua ini bukan berlaku dari satu pihak sahaja, ianya umpama Aur dan Tebing yang saling menyentuh dan saling membantu satu sama lain. Kejayaan kelab ini bukan kerana saya semata-mata, tetapi atas bantuan AJK lain dan sokongan peminta Stacy sendiri. Tugas kami memberi info, merancang, mewar-warkan aktititi dan perkembangan Stacy dan sokongan dari para peminat Stacy pula telah membantu menaikkan lagu-lagu Stacy dan karier Stacy.
Banyak kenangan sebermulanya kelab ini. Saya sendiri telah berhabis untuk sms dan membeli tiket berharga RM20 setiap satu untuk setiap ahli yang datang menyokong setiap konsert mingguan AF6, maklumlah kebanyakkan yang datang menyokong adalah pelajar dan yang tidak bekerja, lalu setiap minggu iaitu hari isnin saya akan berbaris di Acses tiket di seksyen 14, Petaling Jaya dengan keluar rumah seawal 6.30pagi. Bila lagu Stacy masuk carta pula, saya sanggup tidak keluar rumah dan mebatalkan segala aktiviti hampir setiap malam untuk mendengar kedudukan lagu 'Aku Stacy' agar dapat mewar-warkannya diblog setiap pagi dikeesokkan harinya kerana ramai yang selalu bertanya kedudukan lagu tersebut. Bila lagu tersebut jatuh, saya tidak senang duduk dan sanggup berhabis vote lagu tersebut di Carta 30 ERA untuk menjaga muka FC dan untuk memastikan lagu tersebut Juara harian agar di Carta mingguan ERA lagu tersebut berada dalam kedudukan 3 teratas sekurang-kurangnya kalaupun tidak menjadi Juara.
Menjadi Presiden Kelab bukanlah glamor tetapi menuntut kita bijak membuat keputusan atau bijak menangani setiap masalah dalaman dan luaran termasuk menolong menepis gossip kurang baik pada Stacy. Ada kalanya ahli berselisih pendapat sesama sendiri, saya cuba selesaikan dengan cara terbaik. Ada kalanya pula orang luar meninggalkan komen yang menyinggung perasaan ahli-ahli tetapi saya tidak melenting malah menyelesaikannya dengan cara berhemah kerana setiap tindakan kita yang buruk, orang akan kaitkan nama Stacy juga. Antara keputusan terpenting yang saya telah buat adalah tatkala semua FC finalis digesa membeli tiket di kedudukan paling depan dan tengah yang berharga RM100 dan RM60, saya sanggup menebalkan muka hanya membeli tiket RM40 dan RM20 di aras atas dan dibelakang. Sehinggakan pegawai Astro menyatakan pada saya Nadia FC dan Riz FC telah membeli hampir 100 tiket untuk kerusi RM100 dan RM60. Saya mengambil keputusan ini kerana berfikir secara bijak, lebih baik beli tiket yang murah jadi wang selebihnya boleh digunakan untuk mengundi.
Ada juga beberapa orang penyokong dari Sabah, Sarawak dan Brunei yanhg teruja untuk datang ke final tetapi saya nasihatkan mereka leb ih baik wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli tiket itu digunakan untuk mengundi. Ternyata percaturan kami menjadi, walaupun wajah tidak muncul di TV dan tidak duduk di tempat tengah dan depan, tetapi kami merasa puas. Dalam pada nama Stacy dan FC mula naik, ada juga perselisihan faham dengan FC lain tetapi saya banyak mengalah kerana demi kebaikkan nama Stacy dan kelab. Menjadi Presiden juga telah banyak mencabar kesabaran saya kerana jika ada sesuatu hal terjadi, saya terpaksa senyum dan ramah kerana tidak mahu orang luar berkata tentang kelab ini yang akan kelak membabitkan Stacy juga kerana orang akan berkata yang kelab peminat Stacy kurang ajar.
Kadang-kadang ada juga hal yang mengguris perasaan saya tetapi sebagai ketua, kita harus sabar dan tabah. Setiap perkataan dan tindakan kita terpaksa fikir dahulu sebelum dibuat. Kadang ada orang luar yang jadi batu api tetapi saya tetap cool sahaja. Sebagai contoh, semasa Stacy salah masuk ketika menyanyi di Festival Filem Malaysia, lalu ada yang sms dan ada yg email kata saya tidak fikirkah yang Stacy disabotaj untuk menjatuhkan dia. Saya tidak mahu melayan saranan sebegini kerana ianya bunyi mahu membantu Stacy tetapi kelak jika kita membuat kenyataan terbuka samada di Blog atau dimajalah, orang akan berkata kita tidak mahu mengaku silap. Pada saya lebih baik Stacy mengaku dari menidakkan kerana orang akan lebih tersentuh dengan kejujurannya. Saya juga selalu menasihatkan Stacy agar menghargai peminat kerana merekalah yang membantu perjalannan seninya. Disamping itu, kami selalu menganjurkan pelbagai aktiviti dan majlis seperti majlis ulangtahun, majlis hari raya walaupun Stacy bukan muslim agar peminatnya dapat bertemu dia dari dekat dan beramah mesra dengannya.
Walaupun kesemua Majlis besar kami terpaksa mengeluarkan wang sendiri sehingga ada kalanya lebih RM1,000, tetapi ini semua demi membayar balik jasa para peminat Stacy yang telah mengundi dia samada semasa di AF ataupun mengundi lagu-lagunya. Inilah cara saya sebagai penghubung menemukan Stacy secara dekat pada para peminatnya. Pentingnya Majlis besar bukan hanya untuk menunjukkan Fc itu aktif, malah ianya penting untuk menghimpunkan setiap ahli berkenal sesama mereka dan bersua muka dengan penyanyi yang mereka sokong selama ini.
Kini era semakin maju, kita sudah ada Facebook, jadi saya rasa keperluan Blog tidak lagi sepenting dahulu. Kini dengan adanya FB, Stacy boleh mewar-warkan segala aktivitinya dan peminat juga boleh berinteraksi dengannya melalui Facebook. Jika ada yang ingin meneruskan Kelab Peminat ini, semua dialu-alukan kerana saya bukan keluar dari Kelab, cuma saya tidak menjadi Presiden lagi tetapi menjadi ahli biasa sahaja. Saya akan terus menyokong Stacy dan Chaq kerana mereka berdua ini telah seperti adik-adik saya sendiri dan saya sangat menyayangi mereka. Sebagai penutup bicara, saya dengan rendah hati ingin memohon keampunan dan maaf jika ada kesalahan, kekasaran yang telah saya lakukan semasa menjadi Presiden selama 3 penggal ini. Saya juga ingin menujukan lagu Casey yang juga berasal dari Sabah sebagai kenangan dan rewards pada semua terutama sekali buat FIRMAN, LAURA @ LENNY CHONG, TANAKWAGU, & MRS.X atas sokongan pada mereka menjadi tangan kanan dan tangan kiri saya sebelum ini dan begitu juga pada AJK-AJK yang lain ( dulu dan kini ), kamu semua terbaik.
SERIBU IMPIAN ( CASEY )
Disenjakala begini
Teringat kembali
Teman-teman lama dahulu
Yang pernah sama mengharungi
Pahit dan manis dirasa
Sehati sejiwa
Tak mungkin ku lupakan segala
Saat suka dan duka
Susah dan senang kita bersama
Rentasi rintangan yang ada
Tiada sempadan yang memisahkan
Kasih sesama kita walau badai tiba
Seribu impian pernah pun kita bina
Demi masa depan...
Tenggelam jauh dalam khayalan
Di buai alam mimpi
Kenangan lalu menjelma
Teringat kembali
Di ketika bergurau senda
Mesranya kita bersama
Seribu impian indah menghias jiwa
Bagaikan permata...
Setinggi langit biru, mimpi kita
Abadi selamanya...
4 me...(personally)
BalasPadamit won't be the same not having u as the person in charge. your leadership and concern towards members is really awesome and warm..
but then go for your dreams and all the best..
Sayang rasanya kehiangan seorang pemimpin yang ramah, good looking, paling bergaya dan ada karisma. Ramai yg senang berurusan dgn anda kerana sifat2 yg anda miliki tersebut. Paling org ramai tau adalah mereka kenal Stacy dan kenal presiden kelabnya tetapi presiden FC lain bukan hanya org ramai X kenal, malah para wartawanpun tidak mengenali dan tidak tahu langsung presiden kelab tersebut. Tapi apa boleh buat,anda ada cita-cita yg perlu ditunaikan. Walau kelak ada pengganti, ianya tidak akan sama dan mungkin tidak nampak lagi di akhbar, majalah & Tv. Semoga anda berjaya dlm pengajian Insyaallah.
BalasPadamAnda telah melakukan yang terbaik sebagai Presiden StacyFC setelah membaca artikal pengorbanan anda sebagai Prsiden begitu komitted sekali sehingga menjulang nama Stacy dipersada hiburan Malaysia. kesungguhan yang anda telah tabur telah nampak hasilnya.Tahniah... saya yakin dalam bidang apapun tuan ceburi kelak pasti berjaya.
BalasPadamSedih dan terkejut dgn keputusan awak. Memanglah patah tumbuhkan berganti tetapi tidak sama dgn yg hilang. Awak telah membuat semua org bangga dan nama SFC telah dikenali oleh org lain dan wartawan. Mungkin sebab awak Model dan telah biasa berurusan dgn press membuatkan SFC lebih menonjol berbanding FC lain kerana terus terang saya juga ahli FC lain selain SFC tetapi SFC lebih menonjol dan aktif. Tak sangka banyak pengorbanan yang awak telah buat, patutlah nampak hasilnya kini. Pada saya, kalau awak benar2 sayangkan Stacy, teruslah membantu dia samada secara langsung ataupun tidak langsung kerana banyak beza artis ada fan club dgn yg tiada dan antara FC yg aktif dan kreatif tentulah SFC.
BalasPadamlost word ='(
BalasPadamhuh??? aper??? haha kidding ryte? :(
BalasPadamiya la..hilangnya mr.kose yg saya knl sblom ni..x semeriah dulu lagi..dari club ni dikenali sbgai sFC sehingga sekarang..SAF..anda la yg menguatkan semangat fans yang lkain untuk tros menyokong stacy..bkn sumer presiden club seperti anda..gud luck..teruskan perjuangan anda..all the bez MR.KOSE.
BalasPadamTerkejut, terkilan dan lost words sama macam Ary Ahmad. ya la, mana pernah terfikir Mr.Kose kuar dan berhenti jadi presiden. U seorang presiden yg dikenali oleh artis lain, org ramai dan wartawan. mana ada org kenal atau nak ambil tahu tentang presiden kelab, yg org nak tau hanya artis kelab tu saja. Terus terang kelab ni menarik dan ramai yg suka join sebab selain Stacy U juga antara daya penariknya. kawan2 pun pernah cakap mereka nak join kelab ni sebab presidennya ensem dah tu model pula. Baik fikir banyak kali, sebab busy manapun presiden boleh dibantu oleh ajk lain. Macam raja atau PM, bukan mereka yg banyak buat kerja, tetapi menteri2 kabinet saja, yg paling top hanya beri arahan dan panduan, thats why saya fikir U sesibuk manapun, itu bukan alasan. Kalau benar syg kat Stacy, please jgn buat macam ni, kita semua syg dia jadi buktikanlah.
BalasPadamSedihnya U Xde kerana kelab ini SAF memerlukan pemimpin yg mempunyai kepimpinan yg baik dan berkesan. banyak program yg menjadi buah mulut FC lain dan tersiar kat magazine, sangat mengagumkan. Ntah la apa jadi nanti, yg baru tidak akan sama dgn yg sebelum ini
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamDah lama X masuk kat sini kerana sibuk puasa dan raya, tau2 masuk En.Kose dah undur diri. Rasanya busy manapun tetap boleh handle. Sama mcm pemimpin negara X kira Raja, presiden, Perdana Menteri mereka pun busy,tapi bukan mereka yg buat kerja, mereka hanya buat keputusan atau beri arahan, so menteri kabinet yg bekerja. Kalau benar syg Stacy, jgn lah buat mcm ni. Memang dia dah maju tetapi mana2 artis tanpa sokongan fan club tidak akan kemana dan kalau fan club tidak kreatif dan tidak ada aktiviti, sama lah mcm Fc lain yg hilang tanpa kubur. bayangkan setahun ada 12 pelajar dan kadang 14 org, jika letak purata 12org X 8 tahun berserti ada 96 FC yg menyokong setiap pelajar, tapi man FC yg banyak itu? kita hanya mendengar beberapa FC sahaja yg masih hidup & yg nyawa2 ikan. Itu hanya FC utk AF, X masuk Mentor, Mystar LG & Gangstarz.
BalasPadam:( sedih rasanya
BalasPadamHuh..kose dah nk undur diri..btul ke nie...ait..sapa yg ganti...napa undur diri kose...u tbaik la....sapa yg ble ganti u nie...adui na.....xpa la...maybe itu keputusan u.....saya hormati....tp jasa u semua x kan terlupakan....ok...sorry kose jga lau ada silap salah....
BalasPadamSedih, FC ni X akan sama mcm dulu aktif, popular dan disegani oleh FC lain. Harap U guys buat sesuatu samada pujuk mr.Kose atau tubuhkan barisan baru. Stacy tidak akan ke mana tanpa sokongan fc, tengoklah artis lain walaupun hanya pengacara mcm Fara Fauzana,tapi tetap ada fc kerana mereka tau keperluan utk adanya fc, apatah lagi Stacy penyanyi, sedangkan pengacara dan pelawakpun tau keperlun fc - Amirul Gombak
BalasPadamkose x pnah mgalah pn sblm nie..
BalasPadamadakah SAF mnjadi satu bebanan buat stacy..?
dlm ucapan enkose spt ada yg tersurat dan tersirat...
Benar kata Riobrader tu, saya pun rasa ada yg tersurat dan tersirat kerana sebelum ini ada banyak cabaran dan dugaan yg telah SAF lalui, tu belum agi kutukan dan serangan FC lain yg jeles. Harap hubungan Stacy & en.Kose tetap baik dan semoga ada kerjasama mcm sebelum ni, kerana kekuatan sebelum inilah yg menaikkan nama Stacy & SAF hingga semua org segan pada FC ni dan presidennya dikenalai ramai serta antara FC yg paling aktif dan kukuh. Ida
BalasPadamKose adlh presiden terbaik wt Stacy Fc ni..kmi akan kenang smpi bila2..tp kita smua kna fhm..ada kalanya kta perlu menghormati stp keputusan org..mmglh ada sebab tersendiri..tp sy rasa biarlh Kose jk yg taw kn..yg ptg dia masi syg kelab ni..dia masi sokong Stacy smpi bila2 dn kmi tetap anggap Kose presiden yg terbaik kerna dpt menaikkan martabat Stacy dlm industri seni ..tHanks kose..
BalasPadamSetuju sangat dgn komen Riobrader & Cutey tu, mesti ada sebab lain kerana kita tau betapa En.kose syg kelab ni sebab dia yg menubuhkannya sendiri dan bukannya dilantik selepas tertubuhnya kelab. Tapi sayang jadi begini sebuah kelab yg disegani oleh FC lain dan berjaya menaikkan nama Stacy dan menyokong kerjaya Stacy. Tapi terpaksa hormat keputusan En.Kose semoga tetap terus membantu Stacy
BalasPadamTerkejut sangat bila tahu berita ini, maklumlah saya sibuk dgn outstation tup tup bila masuk nlog ni Mr.Kose dah berhenti. Sayanglah FC ni jadi mcm ni, dulu bukan main aktif dan jadi buah mulut FC lain. Siapa pula yg nak bela nasib Stacy nanti? siapa yg nak berkempen? bayangkanlah ada FC pun X menang-menang ABPBH, apa lagi nanti tak ada. Sedih dan kesal, sombody must do something before it's to late
BalasPadamsori lama sudah ni sya tidak cek ni blog...........tekejut jua la..ya la walau pun sya baru berapa bulan jak join ..tetap sedih juga la dgr ko mo berenti jadi leader bro....ko tulung stacy sama chaq,sya sebagai peminat stacy mengucapkan jutaan terima kasih...kami tidak buli halang ko...ko pham ngan kemampuan ngan masa koe......apa2 pun harap ko berjaya la bro....impian sya kan bro harap satu masa dapat jumpa ko in person la.assalammualaikum dan salam sejahtera suma kita sokong kose.......
BalasPadamSedih plak baca blog ne...Anda telah melakukan yang terbaik sebagai Presiden StacyFC... kesdihan yang amat sangat yang saya rasa biarpun saya baru join ni blog namun anda adalah yang terbaik... setelah membaca artikal anda pengorbanan anda sebagai Prsiden begitu komitted sekali sehingga mengangkat nama Stacy dan tidak jemu2 bersama stacy biar dalam keadan susah dan senang dipersada hiburan Malaysia..Tahniah... saya yakin dalam bidang apapun anda ceburi kelak pasti berjaya... apapun anda adalah yang terbaik... semoga apa yang anda buat selama ini akan mendapat keberkatan...AMIN
BalasPadam:) takpe kose... kita semua tak akan dapat bertahan hingga ke akhirnya kerana komitmen kerja. tahniah di atas pencapaian selama ini.
BalasPadam