• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

8 Jul 2010

GLAM NITE...GALA PARTY SEMPENA BIRTHDAY STACY



Adakah anda telah bersedia untuk ke Party? Kali ini pihak Stacy's Frenz telah mengatur dua Party iaitu 'BLACK & RED PARTY' sempena ulang tahun Chaq yang ke 22 tahun yang akan diraikan pada 24hb.Julai.2010 bertempat di RED BOX the Garden ( sebelah Mid Valley ) Hi-Tea Party dari pukul 1p.m - 6p.m. Manakala untuk Birthday Stacy yang bersempena genap ke 20 tahun, kami telah merancang membuat Gala Party yang berkonsepkan ala-ala Red Carpet iaitu 'GLAM NITE'. Pada majlis ini nanti Stacy akan beralih pada lagu-lagu Balada tapi ada juga menyelitkan dua lagu rancak antaranya lagu terbaharu bertajuk Jahat. Kami sedang dalam persiapan menyediakan pelbagai Games, cabutan tiket bertuah, beberapa Anugerah dan semestinya 'Best Dress' lelaki dan perempuan. Ada juga beberapa ahli telah menempah baju untuk ke Majlis yang penuh warna warni dan gemilang ini. Pastinya bukan hadiah yang peminat kejar, tapi beramah mesra dengan Stacy dan menerima hadiah dari tanagn Stacy itu sendiri yang menjadi momen dan detik bersejarah serta tidak ternilai dengan apa bentuk hadiah sekalipun. Pastinya kami menasihatkan para tetamu datang secantik ( perempuan ) atau serapi yang mungkin ( lelaki ) kerana akan ada rakaman Video dan Red Carpet dipintu masuk dan para tetamu diminta memperkenalkan diri pada kamera kelak agar semua ahli lain kenal bila Video ini siap dan akan dijual. Di bawah adalah beberapa aksesori untuk Stacy membuat persembahan yang telah dibeli oleh En.Kose untuk menghidupkan acara persembahan Stacy kelak. Pihak penganjur akan mewar-warkan lokasi dan harga tiket di Blog dan Website dalam tempoh sehari dua ini.








8 ulasan:

  1. kose..kna pakai topeng2 ka....haha..ttup muka ku..haha..

    BalasPadam
  2. ZIMS X payah, tapi kalau ada yg nak Glamour, boleh juga pakai topeng atau pakai serbuk gold dust atau silver kat rambut. Yg Mask ni utk Stacy p[erform lagu maybe Lady Gaga dan selebihnya utk dancer kot

    BalasPadam
  3. Berapa harga tiket? kat mana nak beli? saya nak 5 tiket

    BalasPadam
  4. Harga tiket RM55 seorang, nak 5 tiket? bagus, tunggulah nanti pihak SAF letak banner kat sini, TQ

    BalasPadam
  5. Tulisan ni mcm provok sangat buat org nak join dan rasa teruja. tapi betul gak, bukan hadiah sebenarnya dikejar, tapi peluang bersalam dan menyambut hadiah dari Stacy tu kenangan terindah. X sabar nak datang party ni

    BalasPadam
  6. Wow, siap ada mask lagi, mesti meriah bila Stacy perform ada kelainan sedikit, buat I X sabar nak pegi party ni, sounds meriah dan hebat tengok jer la persedian kat pic tu. By the way, berapa harga tiket dan buat kat hotel mana? saya nak 3, sebab kawan kat office pun nak join. camana nak bayar?

    BalasPadam
  7. LIZA, kan...kenangan abadi dan terindah sambut hadiah dari STACY. Betul tu, berapa la nilai hadiah dan saya percaya ramai yg nak menang bukan kerana hadiah tapi momen sambut hadiah tu apatah lagi dirakamkan di gambar dan video kelak.

    MY HEART, atau sesiapa saja yg nak beli tiket, boleh bayar pada MRS.X sila sms/call 012-3410946

    BalasPadam
  8. i like.... hahhaha...

    BalasPadam