• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

27 Jul 2010

GLAM NITE 7HB.OGOS ( MAJLIS ULANGTAHUN STACY AF6 )

GIANT POSTER SEBAGAI BACKGROUND STAGE, SESUAI DENGAN TEMA GLAM

Hanya tinggal 12 hari sahaja lagi GLAM NITE @ Majlis Ulangtahun Stacy AF6 akan berlangsung. Pada yang belum lagi membeli tiket, dinasihatkan agar jangan berlengah kerana sambutan kali ini sangat hebat dan ramai yang teruja hendak hadir menjadi sebahagian warga peminat Stacy meraikan ulangtahunnya yang genap 20 tahun. Harga tiket cuma RM55. Ya, la, Stacy bakal meninggalkan usia belasan tahunnya atau Teenager. Sebenarnya ada 9 buah hotel kami pilih dan minta Quotation, dan berdasarkan harga, senangnya kemudahan pengangkutan dan kerjasama dari segi penajaan bilik dan tajaan hadiah untuk pelbagai acara pada malam gilang gemilang itu, kami telah memilih Brisdale Hotel. Jika sebelumnya AJK yang adalah seramai 15 orang yang dipecahkan beberapa kumpulan antaranya :-

TEAM untuk mencari lokasi Majlis ( call, minta quotation dan meninjau tempat/hotel ),

TEAM mencari penaja ( call mana-mana syarikat, menulis surat permohonan tajaan, mengambil @ mengutip barang tajaan dari tempat penaja ),

TEAM mengatur Majlis ( menulis surat jemputan pada pihak akhbar, pihak majalah dan pihak stesen TV, menjemput artis sebagai tetamu dan membuat persembahan serta merangka aturcara majlis )

TEAM Marketing ( menjual tiket, menyebarkan risalah majlis, Mewar-warkan di laman FB, Blog dan website, call orang, kawan dan rakan sekerja serta menghantar email pada setiap peminat Stacy )

TEAM membuat tiket, mereka poster, menghias vanue, menyusun 'Door Gift'@Goodies.

Selalunya setiap TEAM terdiri dari 3-4 orang, untuk Majlis kali ini walaupun lebih berskala besar dari majlis Ulangtahun Stacy, Majlis hari Raya Stacy...tetapi hanya 3 orang sahaja yang melaksanakan nya iaitu saya, Mrs.X dan Ahmae. Bayangkan jika sebelum ini Majlis tidak berapa besar sangat dikendalikan oleh 15 orang dan kini lebih besar @ 2 kali ganda tetapi cuma dikendalikan oleh 3 orang sahaja. Tapi dengan kudrat yang kami bertiga ada, kami telah melepasi semua dugaan dan yang paling berat sekali adalah mencari penaja. Memang susah hendak mendapatkan penaja dan meyakinkan mereka taraf majlis ini bagaimana kerana kebanyakkan penaja memikirkan juga apakah pulangan yang akan mereka dapat, adakah hanya lepas majlis habis begitu sahaja. Nasib baik ada penaja yang berhati mulia seperti pihak Hotel yang sanggup memberikan beberpa tajaan bilamana saya menceritakan bahawa kami kekurangan hadiah untuk melancarkan Majlis. Boss Hotel Brisdale Hotel telah bermurah hati menaja 2 voucher penginapan 2hari 1malam pada dua orang pemenang bertuah. selain itu ada hadiah untuk pemenang Voucher makan malam di Cofee House Hotel tersebut. Tidak seperti hotel-hotel sebelum ini yang hanya memberi percuma bilik untuk artis ( Stacy )...kali ini ada satu lagi bilik percuma untuk AJK yang harus bermalam untuk persediaan majlis tersebut. Juga ada beberapa hadiah kecil dari Brisdale untuk pemenang Games dan Trivia.

Selain itu pihak Clinelle pula berani menaja Hamper bernilai ratusan ringgit untuk pemenang 'Best Dress' serta setiap tetamu akan mendapat 'Door Gift' produk keluaran Clinelle. Manakala, pihak Karangkraf pula menaja Goodies barangan keluaran mereka. Jadi apa tunggu lagi, pulangan yang anda dapat lebih dari RM55 yang anda laburkan. ialah, saya telah membuat survey kebeberapa buah Hotel, untuk Buffet Dinner sahaja RM48++, tapi untuk majlis ini anda bukan hanya Buffet di Hotel, malah mendapat hiburan dari artis-artis, mendapat Door Gift dan peluang mendapat hadiah Games, Trivia dan Lucky Draw serta 'Best Dress' ( Lelaki & wanita ).

Tetapi untuk malam GLAM NITE itu nanti kami telah melantik beberapa orang menjadi URUSETIA MAJLIS bagi melancarkan majlis tersebut, antaranya :-
FYDA, HANIF@ANIP, CAKIP, ADIB@SNIPER, DAN AIZUL@RIANA

KEADAAN DALAM BALLROOM DAN RUPA STAGE SEBELUM DIHIAS

UNTUK PERUBAHAN, SUSUNAN BUFFET DI TEPI SWIMMING POOL PULA
INILAH ANOTHER PART BUFFET AREA
MAP KE BRISDALE HOTEL, HANYA BEBERAPA LANGKAH SAHAJA DARI MONOREL STESEN CHOW KIT. JUGA ADA BANYAK BAS DAN TAXI LINK KE SINI

7 ulasan:

  1. semoga majlis ini akan berjalan lancar seperti yang dirancang...

    BalasPadam
  2. Thanx REEN, harap2 mcm tu la dgn bantuan tenaga korang dan bantuan korang beli tiket...lancar la tu kot

    BalasPadam
  3. gud job mr.kose! hehe..heboh2kan lah di fanpage stacy dgn kadar berulang kali..adelah lbih baik klu stacy sendiri yg war2kannya. :) pasti rmai yg suka dan dtg... :)

    BalasPadam
  4. Terima kasih Aima, cadangan yang bagus, harap ianya berkesan dan meriahlah Ulangtahun Stacy tahun ni

    BalasPadam
  5. Huh! salute la dgn U bro dan AJK dua tu, bukan mudah anjur event sebesar ni, memang banyak cabaran. bayangkanlah masa kat kolej dulupun kami 20 org jadi AJK majlis tu thap kecil je utk kolej tapi mcm tension tiap hari. tahniah dan semoga segalanya sukses Insyaallah, amin

    BalasPadam
  6. nk jadi urusetia!!!
    hehehehe~
    boley x...

    BalasPadam
  7. KEMBARA...terima kasih, apa yg penting sebenarnya sokongan dari semua pihak, itulah keywords kejayaan majlis ni.

    KAI, ala...U X payah request, akan kena juga jadi Urusetia Majlis heh heh heh, datang awal ke KL ya...friday kalau boleh

    BalasPadam