• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

1 Jun 2010

RAMAI YANG PUAS HATI DENGAN PERSEMBAHAN STACY

Bukan kalah, tetapi tidak ada rezeki...itulah perkataan yang sesuai untuk Stacy yang mempertaruhkan 2 buah lagu pada malam Final GAH1 ( HITS1 kali yang ke 7 ). Kalau adapun yang kata Stacy kalah, tetapi kalahnya bermaruah kerana dia telah membuat yang terbaik dan menunjukkan peningkatan yang begitu ketara dari segi persembahan. Siapa kata Stacy asyik menggunakan skill atau step yang sama saja? GAH1 telah membuktikan perubahan paling ketara. Persembahan Stacy membuat orang ramai terhibur, kerana jika artis lain menyanyi diiringi suara penonton bernyanyi sama, tetapi masa persembahan Stacy penonton pukul habis melepaskan geram ikut menyanyi dan menari sama.

Kita harus belajar menerima kenyataan dan sebagai ketua dalam STACYS FRENZ saya ingin menegaskan yang beratu hati dan mendengar pendapat lebih penting. Bukan bertujuan hendak menyalahkan sesiapa, cuma sekadar ingin menjadikan GAH1 sebagai pelajaran. Seperti yang aya katakan bahawa undian akan pecah jika kita mengundi kedua-dua lagu dan tidak mengendahkan strategi yang diatur. Ada yang tidak puas hati dengan mengirim email , sms dan private message di web menyatakan masih mahu mengundi PAKAI BUANG kerana lagu itu lagu Stacy sendiri dan jika dia menang, itu kejayaan mutlaknya. Memang betul tetapi jika kita fikirkan kelebihan MENGGEGAR DUNIA, selain peminat Stacy mengundi, kita mendapat limpahan atau tambahan dari undian peminat Adam. Itulah saya cakap, kita akur keputusan pengadil cuma sayang kita terlepas untuk kategori 'LAGU PALING POPULAR'. Artikel kali ini bukan bertujuan untuk menghentam sesiap, atau membuktikan strategi atau rancangan saya betul, cuma mahu kita jadikan ini penanda aras yang kita harus bersatu dalam setiap pendapat dan mendengar pendapat yang lebih tahu selok belok dan strategi. Apa-apapun, terima kasih atas undian anda dan tidak lupa juga pada yang datang dari jauh dan dekat semata-mata untuk memberi sokongan padu. Walaupun sepatutnya Fanatik 50 orang diletakkan dalam kurungan ditengah hadapan pentas, tetapi kerana ramai penama yang lewat datang, maka segmen tersebut tidak menjadi. Saya pun agak segan juga bila penolong penerbit bertanya mana orang-orang yang disenaraikan seramai 50 orang, sedangkan yang datang hanya dua puluh lebih sahaja. Tidak mengapalah, yang penting GAH1 telah menyatukan RAKAN@ STACY yang lama dan baru dimana yang baru dapat bertemu dengan SAF Kl, dan yang lama pula dapat bertemu setelah lama sibuk dengan tugasan dan kerja masing-masing.








5 ulasan:

  1. WADUH2..KNP ADA GMBR SY YG SEORG PEGANG BANNER TUH..HAHAHA..FANATIK HBS...APA2PUN SYG STACY FRENZ DAN STACY..:-)

    BalasPadam
  2. Persembahan tacy memang mantap giler, mcm X caya dia X dapat persembahan terbaik ataupun lagu paling popular sedih, tapi terhibur dgn performance pling last tu, memang X boleh lupa Stacy shuffle wow

    BalasPadam
  3. sayangnya x dapat tengok performence Stacy.. seberang laut bah...

    BalasPadam
  4. Saya menonton kat TV jer, memang hebat persembahan Stacy. Walau tengok kat TV jer, tapi terasa sorakan penonton, apatah lagi kalau tengok live. Untung siapa yg dapat tengok live hari tu.

    BalasPadam
  5. mmg mantap persembahan stacy kat gah1, stacy tak pernah mengecewakan peminat2nya, biarpun stacy tak menang anugerah malam tu, tapi stacy menang di hati peminat2nya terutamanya aku,hehe. Harap lepas ni persembhan stacy makin mantap dan sentiasa mencari pembaharuan dalam persembhannya, sentiasa berusaha dan jgn mudah putus asa, SAYANG STACYYYYYYYYYY

    BalasPadam