• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

7 Mei 2010

STACY DIRAKAMAN RANCANGAN BARU ASTRO ' KATA KAU'


Dua hari lepas, Stacy telah terlibat untuk rakaman rancangan baru Astro yang bertajuk 'KATA KAU'. Yang pastinya, Kelab Peminat Stacy, iaitu Stacy's Frenz telah diberi keistimewaan dijemput menyaksikan rakaman dan terlibat sama menjadi penonton. Jemputan hanya pada yang tertentu sahaja kerana keadaan Studio yang terhad ruangnya. Rancangan ini berbentuk Game Show yang diacarakan oleh Reza dan Scha. Stacy satu kumpulan dengan Mawi dan seorang peminat menamakan kumpulan mereka "TERLEBIH WORLD" yang menentang kumpulan Norman Hakim dan Memey serta seorang peminat dengan nama kumpulan "KRAKATAU". Game Show ini ala-ala Pop Kuiz dan Kelab Pop tetapi ianya lebih fun dan lucu kerana penonton terlibat sama menjadi juga untuk menentukan pemanang segmen menari. Pada setiap segmen, penonton juga diharuskan memuji kumpulan yang menjawab soalan dengan betul dan melaungkan "boo.." jika jawapan salah. Nasib baik kumpulan Stacy & Mawi selalu menjawab dengan betul dan yang menjadi mangsa Boo adalah kumpulan Norman hakim dan Memey. Kelainan Game Show ini dengan rancangan yang lain adalah, kumpulan yang kalah akan didenda pada akhir rancangan, manakala kumpulan yang menang akan mendapat hadiah ala-ala Grammy Award. Pada masa rehat Stacy meluangkan masa makan bersama Stacy's Frenz sambil berbincang mengenai majlis Hari Lahirnya pada Ogos nanti. Pada masa balik pula, Stacy telah meluangkan masa bergambar berama peminat lain barulah dengan Stacy's Frenz. Stacy ramah melayan peminat lain walaupun masa rehat. bayangkanlah, kami sedang makan, dia sibuk sign autograf dan bergambar dengan peminat lain. Bila kami telah habis makan, dia baru join kami dan memulakan suapannya.




4 ulasan:

  1. Mcm menarik jer rancangan ni. X sabar nak tunggu. Bila tayangannya? Stacy ada nyanyi ker?

    BalasPadam
  2. die tayang lambt lgi rasenyer...19 jun bru kuar kot..eh bkn nama kumpulan stacy Terlebih 'World' ke? hehehe...mne satu btul ni eh?

    BalasPadam
  3. * LIZA X pasti bila tarikh siarannya. Tapi, memandangkan ini rancangan baru, Astro pasti akan mewar-warkannya dan akan ada promo mengenainya. Sentiasalah menonton Astro Ria

    *Betul tu, sebenarnya nama kumpulan mereka "TERLEBIH WORLD" maaf di atas kesilapan tersebut, terima kasih

    BalasPadam
  4. * LIZA X pasti bila tarikh siarannya. Tapi, memandangkan ini rancangan baru, Astro pasti akan mewar-warkannya dan akan ada promo mengenainya. Sentiasalah menonton Astro Ria

    *Betul tu, sebenarnya nama kumpulan mereka "TERLEBIH WORLD" maaf di atas kesilapan tersebut, terima kasih

    BalasPadam