• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

4 Mei 2010

PERTANDINGAN HEADER @ BANNER BLOG & WEBSITE STACY'S FRENZ


Nah!, lihatlah hasil kreatif peminat-peminat Stacy. Ini adalah header @ banner terbaru untuk Blog Stacy's Frenz yang telah direka oleh salah seorang ahli dan peminat Stacy iaitu Chikaki. Jika sebelum ini lebih dua bulan kami meletak header @ banner rekaan Ah Mae, kali ini kami tampilkan yang lain pula. Ah Mae masih menjadi pereka tetap Blog ini dan pada masa yang sama kami membuka peluang pada ahli-ahli dan peminat Stacy untuk berkongsi peluang menyumbang sesuatu untuk kelab dan Stacy. Apa yang pasti, bukan hanya setakat peluang melihat hasil rekaan anda di Blog dan laman web Stacy, tetapi juga peluang untuk memenangi hadiah rekaan terbaik. Hadiah pemenang akan disampaikan oleh Stacy sendiri pada Majlis Hari Lahirnya pada bulan Ogos nanti. Pada yang lain, apa tunggu lagi? serlahkanlah idea kreatif anda itu.

Anda haruslah mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Webmaster kita iaitu saudara Kai. Antara syarat tersebut adalah seperti berikut :-

Syarat-syarat:
1.Mesti menjadi ahli StacyFC
2.Saiz header 1000px panjang kali 300px tinggi
3.Warna mengikut tema StacyFC (maroon)
4.Format gif/png/jpg
5.Pemenang dikira mengikut Poll @ Sistem undian


Sila hantar penyertaan anda ke email berikut:-
mr.kai99@gmail.com

4 ulasan:

  1. Wow, semakin menarik Blog ni dan setiap hari di update, ada sahaja cerita baru tiap hari. Very nice that new header, tahniah pada yg reka kerana terpilih menghiasi blog ini. Nak tanya sikit, dimana nak beli album pertama Stacy? dah cari merata-rata tapi X jumpa la

    BalasPadam
  2. betul tue, blog ni hari2 kena update, best la klu mcm gni, meriah blog ni

    BalasPadam
  3. header xikut wrna tema (maroon) pn..

    BalasPadam
  4. Miss Artistique, warna Header tu ada juga aliran warna Maroon iaitu Biru dan Ungu. Ada FC lain, Warna tema Orange, tapi Blog kaler X orange dan ada warna tema Hitam, tapi Blog, website X hitam dan langsung X ada dekat sikitpun warna tu. Sekurang-kurangnya warna ni masuk juga...kalau nak betul2 Maroon...MEH PI MASUK WEBSITE RASMI

    BalasPadam