Blog Stacy's Frenz ini bukan hanya all about Stacy, tetapi juga tentang peminat, aktiviti ahli-ahli dan keluarga Stacy juga. Bila dah menjadi ahli SAF, kita adalah One Big Family. Berita sedih bukan hanya pada Stacy dan keluarganya, tetapi juga pada rakan-rakan Stacy di SAF ini ( ahli @ peminat ) kerana Chelton telah mengalami kemalangan yang sangat teruk semalam, pagi Ahad. Difahamkan, keretanya dilanggar dan keadaan kereta tersebut remuk. Seperti yang ramai telah tahu, Chelton adalah orang bertindak sebagai P.A Stacy, menemannya ke Show atau pergi class di Lim Kok Wing. Beliau yang sepatutnya pergi bersama kami ke Showcase Chaq di Cafe Zahid AF2, terpaksa dirawat di Hospital Serdang. Chaq yang sangat risau tentang keadaan abangnya hampir membatalkan showcasenya tetapi tugas menjaga Chelton telah diambil alih oleh abang sulung mereka iaitu Fidun. Begitulah eratnya hubungan mereka adik beradik saling membantu demi kelancaran perjalannan seni Stacy dan Chaq. Stacy yang bercuti di Sabah kerana meraikan Hari Ibu di sana akan kembali ke KL hari ini 10hb.May. Kami AJK SAF sangat mengharapkan dan memohon agar peminat Stacy ramai-ramai mendoakan agar Chelton selamat operation dan pulih seperti sedia kala.
moga cpat sembuh...
BalasPadamharap semuanya baik2 je dan chelton cepat sembuh...harap stacy da keluarga tabah menghadapi dugaan ini......kami tumpang sedih dengan kejadian yang menimpa chelton
BalasPadammudah2han chelton selamat sejahtera...aminnn...may god blees u
BalasPadamSedih dan terkejut dengar berita ni. Semoga Stacy dan keluarga tabah. Boleh X tlg sampaikan pada Stacy, jgn kerana kejadian sedih ini, prestasinya menurun. Dia harus cekal dan tabah. Semoga abgnya cepas sembuh dan kami akan sentiasa doakan yg terbaik
BalasPadampa pkmbangan terbaru abang stacy skarang?
BalasPadamKersiannya abg Stacy. Harap dia selamat dan cepat sembuh. So siapa yg akan temankan Stacy ke show dan fotoshoot dgn Majalah dan ke Universiti?. Get well soon ya.
BalasPadam