• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

19 Apr 2010

Stacyfrenz Di Showcase Bersama Stacy

Lokasi: Dewan Sri Putra, Bukit Jalil
Masa: 9.30 pm - 10.30 pm
Tarikh: 18 April 2010 (Ahad)

Semalam berlangsungnya rakaman showcase bersama Stacy dan lebih dari 25 ahli Stacyfrenz telah sama2 memeriahkan showcase ini. Rakaman showcase ini dijalankan sejurus selesai Debaran AF8 yang belangsung di tempat yang sama dan Stacy telah mempersembahkan 5 buah lagu termasuk single terbaru beliau berjudul 'Jahat'. Antara lagu lain yang dipersembahkan adalah Aku Stacy, Gagap, Pakai Buang dan Menggegar Dunia yang mana stacy juga telah berkolobrasi bersama kumpulan beliau semasa di Gangstarz iaitu 'Evoke'.

Seperti biasa, persembahan bertenaga, vokal yang mantap dan gerak tari memukau oleh Stacy sudah cukup membuatkan Dewan Sri Putra tidak henti bergegar dengan sorakan penonton. Untuk makluman, showcase ini akan ditayangkan di Astro Ria sedikit masa lagi. Jadi kepada anda yang tidak berpeluang menghadiri rakaman showcase ini, jangan lepaskan peluang menyaksikannya di kaca tv nanti!



Gelagat Stacyfrenz yang hadir memeriahkan showcase ini.



Pics credit to Tkvie & Wawa

2 ulasan:

  1. rasanya, perlu ada sedikit ulasan ttg showcase hari tu ... so yg x pg x tertanya2. bukan setakat cerita bergambar.

    BalasPadam