• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

26 Apr 2010

EVOKE... STACY...BERGABUNG, MELETUP!!!



Pada sesiapa yang menyaksikan Showcase Stacy atau Mini Konsert Stacy yang berlangsung di Bukit Jalil baru-baru ini, memang rata-rata tidak puas dan merasa kehebatan dan kemantapan persembahan Stacy pada malam itu. Walau pun hanya beraksi solo tidak seperti lain yang digandingkan berdua, tetapi Stacy masih dapat memberikan aksi yang lincah dan bertenaga walau tiada masa rehat untuk minum dan hanya sekadar berhenti sekejap untuk touch up make up sahaja.

Stacy membawakan lagu-lagu popularnya sebelum ini termasuk lagu dari single terbarunya iaitu 'JAHAT'. Walaupun kesemua himpunan lagu-lagunya rancak dan mmerlukan dia menari sambil menyanyi, tetapi suara Stacy tidak pancit dan termengah-mengah ketika menyanyi. Syabas Stacy, belum ada lagi artis Malaysia yang boleh menyanyi dan menari 5 lagu tanpa henti seperti yang Stacy telah lakukan. Ada artis yang hanya menyanyi satu lagu rancak dan kemudian diikuti dengan lagu slow...tetapi suara dah macam lari satu padang, itu baru dua lagu...bayangkan kalau diberi 5 lagu untuk dinyanyikan?. Stacy bukan hanya menyanyi malah menari dengan gaya tarian ( step ) baru dan yang hebatnya pergerakkan Stacy dengan penari serentak ( syncronize ). Jika setengah penyanyi lain terpaksa menoleh kebelakang untuk mengikut gerak tari penari atau melihat pergerakkan sama atau tidak, tetapi Stacy langsung tidak melihat step penarinya namun pergerakkan tetap sama.

Kesemua 4 lagu Stacy nyanyikan berseorangan dengan diiringi oleh penari latar. Untuk lagu terakhir pula, Stacy membuat kemunculan istimewa bersama kumpulan lamanya iaitu EVOKE ( kecuali seorang ahli wanita tiada ). Memang hebat penangan Stacy bila dia sempat membuat kejutan di akhir persembahan dengan mempamerkan kepakaran beliau menari shuffle dengan anggota EVOKE yang lain. Pada yang berada di luar KL atau yang terlepas melihat Mini Konsert Stacy pada malam tersebut, jangan lupa menyaksikannya di ASTRO RIA sebaik sahaja AF8 melabuhkan tirainya.

5 ulasan:

  1. omaigot! wish come true! nak tgk stacy shuffle...yeahh! cam xcaye je btul ke ni? hehehe...tkut slh tulis ke ape...haha...suda tidak sabar mau tgk niii!! go stacy!! ur the best!

    sape yg tulis article ni? enkose ke? thanks!! ;)

    asha

    BalasPadam
  2. wah, tak sabar nak tgk stacy, rndu sdh nak tgk video terbaru drpd stacy, luv u stacy

    BalasPadam
  3. Chaq sama kiut dgn Stacy atau lebih kiut lagi dari Stacy kot...ehh, kelirulah

    BalasPadam
  4. wah stacy shuffle wok ! bole join aril niii

    BalasPadam
  5. ada d youtube sdh kah ni..

    BalasPadam