• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

17 Apr 2010

BERITA BAIK, NEW WEBSITE, PARTY & PROGRAM SAF

Berita baik untuk ahli Stacy's Frenz dan semua peminat Stacy. Website terbaru Stacy akan siap tidak lama lagi, terima kasih pada Webmaster baru kita iaitu KAI@Khairul atas usaha kreatif dan sumbangannya ini. Seperti website dulu, saya akan kembali mengendalikan ruangan DR.LOVE tempat para peminat Stacy mencurah perasaan, masalah cinta atau masalah peribadi dan akan mendapat nashat dan pendapat dari saya. Selain itu ada Ruangan Galeri Photo-Photo Stacy. Ada Ruangan Aktiviti. Ada Ruangan Forum dan pelbagai lagi.

Selain itu pertambahan bilangan ahli sangat memberangsangkan, selain orang-orang biasa, para Model pun turut menjadi ahli Stacy' Frenz. Pada ahli lama, jangan pula terasa tersisih kerana seperti biasa setiap hari peminat Stacy semakin bertambah begitu juga dengan Kelab Peminatnya. Jangan pula ada yang terasa tidak diperlukan lagi dan rasa sentap kerana takut tempat diambil alih. Yang pasti, yang lama akan naik pangkat dan ada pula perlantikkan baru. Jangan risau, ada banyak jawatan yang perlu diisi dan kita akan menambah beberapa jawatan lain lagi.

Seperti kejayaan perayaan tahun-tahun lepas yang dihadiri ramai peminat dan mendapat liputan dari para wartawan, tahun ini kita akan mengadakan majlis dan perayaan. Seperti kejayaan Lawatan Ke Rumah Anak-Anak Yatim yang mendapat respond yang cukup baik, seterusnya kita akan mengadakan antaranya:-

LAWATAN KE RUMAH ORANG-ORANG TUA
MAJLIS ULANG TAHUN STACY (Lebih hebat dan besar dari tahun lepas) BERKELAH BERSAMA STACY & CHAQ
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA STACY
MAJLIS HARI RAYA BERSAMA STACY (Lebih gempak dari tahun lepas)

1 ulasan: