• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

30 Apr 2010

SISTEM POINT DAN ANUGERAH BAKAL ADA



Ada beberapa ahli yang mencadangkan agar diberi point ( markah ) juga pada ahli yang jarang online tapi selalu ikut aktiviti Stacy's Frenz. Untuk memuaskan hati semua dan adil pada yang jarang online/tidak ada masa online, selain Anugerah AHLI PALING AKTIF BERFORUM ( berdasarkan point terkumpul ), saya ada wujudkan satu anugerah lain yang juga akan disampaikan oleh Stacy pada Majlis kita nanti. Perlu ditegaskan di sini ( khasnya pada yg busuk hati dan cemburu dengan Idea bagus ini...sebenarnya markah point diberi untuk menggalakkan orang rajin berforum dan memeriahkan website dan nampak kesannya setelah sistem markah kami berikan. Antara anugerah yang bakal ada, antaranya:-

1. ANUGERAH AHLI AKTIF BERFORUM ( berdasarkan point kerana rajin post dan komen ).

2. ANUGERAH AHLI PALING AKTIF MENGIKUT AKTIVITI SAF ( markah berdasarkan kekerapan mengikuti program dan untuk berlaku adil, markah berbeza dari tempat tinggal ahli tersebut. ini adalah kerana ofcouse la ahli yang kat KL selalu boleh join. Jadi, markah utk ahli yg datang dari Sabah/sarawak = 5point, dari Johor/Pahang/Perlis = 4point dan dari Melaka/N.Sembilan = 3 point, manakala yang di KL =2 point setiap penyertaan.

3. ANUGERAH KHAS UNTUK WEBMASTER

4. ANUGERAH MODERATOR TERBAIK ( kita akan menambah 3 org MOD lagi dalam masa terdekat ini )

5. POSTING TERBAIK ( Bahan berita/ story )

6. PENDAPAT/CADANGAN TERBAIK

7. PEMENANG CIPTAAN BANNER TERBAIK

8. BEST DRESS ( LELAKI DAN PEREMPUAN,akan diadili masa Event dan kali ini tidak seperti tahun2 sebelumnya, kali ini AJK layak bertanding juga kerana markah akan diberi oleh Designer jemputan ).

9. CABUTAN TIKET BERTUAH ( tahun ini 10 pemenang, last year 5 jer ).

10. HADIAH-HADIAH ACARA GAMES

11. PENYAMPAIAN SIJIL PADA AJK

Untuk makluman semua, markah saya telah kumpul sejak dari tahun ini ( Melawat rumah Anak-anak yatim ) & ( Perlawanan Bowling Bersama Artis & Media Hiburan ) dan akan dikumpul hingga Majlis Ulangtahun stacy berlangsung. Jika anda ada sebarang idea/cadangan, sila PM saya atau lagi AFDAL, komen balas kat Posting saya ini ( samada komen di BLOG atau WEBSITE ). Terima kasih

29 Apr 2010

THE MAKING OF VIDEO CLIP 'JAHAT'


BARISAN TEAM YANG TERLIBAT UNTUK KLIP VIDEO INI

Baru-baru ini telah berlangsung shooting klip video terbaru Stacy untuk single terbarunya iaitu 'JAHAT'. Anda boleh lihat sendiri beberapa segmen/photo bagaimana perjalanan shooting video klip ini. Yang pastinya, orang-orang yang terlibat nampak begitu teliti dan kreatif sekali. Tahniah pada semua Team yang terlibat dengan shooting klip video ini

Director: Ghaz
Director of Photography: Kamal Hazizi
Production Designer: Muzamil
Art Department: Dinie, Faiz & Amin
Make Up & Wardrobe: Aween
Prod. Photo: Faiz
Post Production: The Media Hustler

- Photo credited to THE MEDIA HUSTLER.

STEP BARU STACY BERSAMA PENARI PENGIRINGNYA

ANTARA AKSI STACY UNTUK KLIP VIDEO INI

STACY MEMILIKI RAUT WAJAH GADIS JEPUN, SESUAI SANGAT

ANTARA LAKONAN STACY DI DLAM KLIP VIDEO INI

POSE MENARIK DARI STACY DENGAN MEMAKAI KIMONO

SEBELUM SHOOTING BERMULA

PAKAIAN KIMONO STACY DIPERKEMASKAN LAGI

STACY SEDANG DISOLEK, FUH!!! BANYAKNYA WARNA PILIHAN

STACY MEMAKAI PERSALINAN KIMONO

AMACAM? SEBIJI MACAM GADIS JEPUN...KAN!

BEGITU TELITI SEKALI CO ORDINATOR PAKAIAN TU

ANTARA AKSI MENARIK STACY DALAM KLIP VIDEO INI

ANTARA POSE YANG MENARIK DARI STACY





28 Apr 2010

SHOUT BOX DITUTUP KERANA RAMAI YANG MENYAMAR

Pada yang suka menyamar menggunakan nama lain dan tidak jujur kerana tidak menggunakan nama betul, kami terpaksa menutup SHOUT BOX atau COMMENT BOX sebab ramai yang berpura-pura beri komen ikhlas lah, demi kebaikkanlah, tetapi sebenarnya ada beberapa yang ada muslihat reverse psyco yang komen Stacy atau kelab peminatnya dengan cara tidak langsung. Shout Box juga selama ini menjadi medan melepaskan geram pada seseorang dan tempat orang yang benci atau cemburu pada Stacy menabur kata-kata kesat. Selama ini saya dah kaji baik buruknya, 60% yang beri komen menggunakan nama samaran. Hanya beberapa sahaja guna nama sendiri seperti Vee, Liza dan lain-lain lagi. Selebihnya guna nama First lah, dan macam-macam lagi.

Bayangkan segala yang kami buat untuk kebaikkan pun di condemm. Contohnya kami beri sistem ranking bukan sahaja menggalakkan orang sentiasa masuk berforum, malah star atau point yang diberi itu membuat orang rasa dihargai dengan pengorbanan masa yang mereka luangkan masuk ke Website Kelab Peminat Stacy ( Itu pun nak jadi isu? ). Kalau ikut logik, jika kami ptong markah atau marah orang yang rajin masuk website barulah layak orang komen idea buruk atau poyo. Ini orang nak bagi penghargaan pada yang rajin berforum.Kenapa cemburu sangat bila orang buat kebaikkan?. Siap beri komen kata idea busuk lah, poyo lah ( tanpa bertanya apa sebab kami buat begitu). Idea ini memang idea saya dan webmaster agar wensite itu tidak sunyi. Sebelum ini website itu sunyi sangat, tetapi dengan adanya sistem ranking ini, sambutan diluar dugaan. Di situ orang bukan hanya beri komen, malah share berita dan cerita pasal Stacy. berkongsi pendapat dan meluahkan rasa kagum pada Stacy. Ada pula yang beri komen Stacy menari macam itu, itu jugalah dan tiada kemajuan ( walaupun ada beberapa part Stacy ubah stepnya ). Bukan tidak boleh menerima kritikan, tapi biarlah kritikkan itu membina seperti Kak Eirma cadangkan mengapa tidak beri point pada yang selalu ikut aktiviti Stacy's Frenz. kami memerlukan cadangan sebegini untuk memajukan kelab. cadangan sebegitu bagus kerana orang akan selalu ingin ikut segala aktiviti dan ada juga imbuhan yang dapat walaupun sememangnya demi Stacy tetapi sambil menyelam, sambil minum air.

Sekarang ada Website dan website ini telah diaktifkan untuk 10 tahun dari sekarang, bukan macam website dulu yang kena aktifkan dan renew setiap tahun. Pada yang suka beri komen-komen busuk tu, saya cabar anda beri komen di COMMEN BOX di BLOG ini atau komen/beri pendapat di Website dengan mendaftar menggunakan nama sendiri dan photo sendiri. Dimana-mana Blog/website lain sekalipun. ANON tidak akan dilayan dan dianggap tidak wujud sekalipun mereka memberi pendapat. Dengan segala hormatnya, SHOUT BOX saya tutup dan anda ada dua cara hendak bersuara/beri pendapat samada melalui komen di Blog Stacy's Frenz ini atau di Website Stacy FC, jangan selama-lamanya jadi ANON atau nama samaran ( lontar batu sembunyi tangan ).

27 Apr 2010

STACY'S FRENZ MELEBARKAN SAYAP KE BRUNEI PULA

Berita baik buat ahli-ahli dan peminat Stacy semua, kini kelab peminat Stacy ada cawangan pula di Brunei. Wah! bukan calang-calang tu. Selalunya Fan club hanya ada satu cawangan iaitu di kuala Lumpur, tetapi kelab peminat Stacy bukan hanya ada cawangan di Kuala Lumpur ( Semenanjng ), malah di Kota Kinabalu ( Sabah ) pun ada ...dan kini cawangan di luar negara pula iaitu Brunei Darul Salam. Ini adalah rekod yang tercipta dan memecahkan tradisi.

Terima kasih pada Fena @ FeenaStacy dan ahli-ahli Stacy's Frenz di Brunei yang begitu dedikasi dan memberikan komitmen sehingga tertubuhnya Kelab Peminat Stacy di Brunei. Jarak yang jauh bukan pemisah, malah kami rasa dekat bila Fena selalu berhubung dengan saya dan bertanya apa yang patut dibuat sehingga tertubuhnya cawangan Brunei. Jika Stacy ada membuat persembahan di Brunei kelak, mudahlah kita mendapat info, gambar dan apa sahaja berkaitan hal tersebut dengan komitmen yang diberikan oleh AJK di sana.

Saya sebagai Presiden Kelab Peminat Stacy dengan bangganya memperkenalkan barisan AJK Stacy's Frenz Brunei: -

KETUA (Fena Binti Haji Abdul Ghani)
SETIAUSAHA (Nurfarinah Binti Bahrin)
BENDAHARI (Mohammad Din Bin Haji Abdul Ghani)
AJK PERAYAAN(Haji Mohamad Zahiruddin Bin Haji Abdul Rahman)
AJK SUKAN (Nurliyana Binti Ramli)

26 Apr 2010

EVOKE... STACY...BERGABUNG, MELETUP!!!



Pada sesiapa yang menyaksikan Showcase Stacy atau Mini Konsert Stacy yang berlangsung di Bukit Jalil baru-baru ini, memang rata-rata tidak puas dan merasa kehebatan dan kemantapan persembahan Stacy pada malam itu. Walau pun hanya beraksi solo tidak seperti lain yang digandingkan berdua, tetapi Stacy masih dapat memberikan aksi yang lincah dan bertenaga walau tiada masa rehat untuk minum dan hanya sekadar berhenti sekejap untuk touch up make up sahaja.

Stacy membawakan lagu-lagu popularnya sebelum ini termasuk lagu dari single terbarunya iaitu 'JAHAT'. Walaupun kesemua himpunan lagu-lagunya rancak dan mmerlukan dia menari sambil menyanyi, tetapi suara Stacy tidak pancit dan termengah-mengah ketika menyanyi. Syabas Stacy, belum ada lagi artis Malaysia yang boleh menyanyi dan menari 5 lagu tanpa henti seperti yang Stacy telah lakukan. Ada artis yang hanya menyanyi satu lagu rancak dan kemudian diikuti dengan lagu slow...tetapi suara dah macam lari satu padang, itu baru dua lagu...bayangkan kalau diberi 5 lagu untuk dinyanyikan?. Stacy bukan hanya menyanyi malah menari dengan gaya tarian ( step ) baru dan yang hebatnya pergerakkan Stacy dengan penari serentak ( syncronize ). Jika setengah penyanyi lain terpaksa menoleh kebelakang untuk mengikut gerak tari penari atau melihat pergerakkan sama atau tidak, tetapi Stacy langsung tidak melihat step penarinya namun pergerakkan tetap sama.

Kesemua 4 lagu Stacy nyanyikan berseorangan dengan diiringi oleh penari latar. Untuk lagu terakhir pula, Stacy membuat kemunculan istimewa bersama kumpulan lamanya iaitu EVOKE ( kecuali seorang ahli wanita tiada ). Memang hebat penangan Stacy bila dia sempat membuat kejutan di akhir persembahan dengan mempamerkan kepakaran beliau menari shuffle dengan anggota EVOKE yang lain. Pada yang berada di luar KL atau yang terlepas melihat Mini Konsert Stacy pada malam tersebut, jangan lupa menyaksikannya di ASTRO RIA sebaik sahaja AF8 melabuhkan tirainya.

22 Apr 2010

SHOUT BOX DI BLOG DITUTUP, JIKA ADA CADANGAN /PENDAPAT, SILA TINGGALKAN PESAN DI WEBSITE RUANGAN 'PENDAPAT/CADANGAN'

Dari Keyboard Admin

TopicsPosts
Last Posts
No new posts

Pengumuman Rasmi

Pengumuman dan berita berkaitan dengan Stacy dan Stacy FC
Moderator: Moderators
641Yesterday at 9:28 pm
VirgonzUndang-undang dan Etika Berforum
No new posts

Bantuan/Cadangan/Pendapat

Segala Bantuan/Cadangan/Pendapat boleh di ajukan di sini.
Moderator: Moderators
1049Today at 11:33 am
AkuFanStacyLirik lagu untuk stacy
No new posts

Tutorial

Bantuan kepada semua Forumer StacyFC
Moderator: Moderators
00

Ruangan Stacy

TopicsPosts
Last Posts
No new posts

Lokasi Stacy

Info dimana lokasi Stacy dan event yang Stacy hadiri.
Moderator: Moderators
216Today at 11:59 am
AkuFanStacyTHE MAKING OF VC ~JAHAT~
No new posts

Stacy Di Media

Cerita-cerita Stacy di Media.
Moderator: Moderators
320Yesterday at 10:19 pm
VirgonzVideo Clip JAHAT
No new posts

Pesanan Dari Stacy

Pesanan dari Stacy kepada peminat.
Moderator: Moderators
13Today at 11:38 am
AkuFanStacyTerima Kasih!
No new posts

Pesanan Untuk Stacy

Pesanan dari peminat kepada Stacy.
Moderator: Moderators
617Today at 9:13 am
lululia86Dear stacy

Ruangan StacyFC

TopicsPosts
Last Posts
New posts

Mari Perkenalkan Diri

Mari perkenalkan diri sesama ahli StacyFC
Moderator: Moderators
17108Today at 2:02 pm
zamreehaiii sy zamree..
New posts

Aktiviti StacyFC

Segala aktiviti StacyFC akan di beritahu di sini.
Moderator: Moderators
110Today at 1:55 pm
CuteyzueraAKTIVITI STACY FC
New posts

Ucapan Hari Lahir

Ucapkan Selamat Hari Lahir kepada ahli StacyFC
Moderator: Moderators
212Today at 2:03 pm
KOSEapakah hadiah bes day yang korang harap2kan..

Sembang-sembang

TopicsPosts
Last Posts
No new posts

Kedai Kopi StacyFC

Sembang-sembang tentang perkara yang tiada kaitan dangan Stacy atau StacyFC
Moderator: Moderators
534Today at 1:08 pm
zamreeMuka Sya Mcm Stacy???
No new posts

Zon Cintan

Anda ada masalah tentang Cinta?Dr. Love boleh membantu anda.
Moderator: Moderators
334Today at 1:50 pm
zamreeDANAU HATIKU,Mari share perasaan anda, masalah cinta anda dengan Dr.Love
New posts

Lawak Jenaka

jom kongsi lawak-jenaka atau teka teki di sini.
Moderator: Moderators
839Today at 1:46 pm
HipokiuTSGT!LAWAK BACA DLM MESEJ BLOG

Multimedia StacyFC

TopicsPosts
Last Posts
No new posts

Koleksi Video Stacy

Koleksi-koleksi Video StacyFC
Moderator: Moderators
510Today at 1:35 am
CuteyzueraStacy Angie - Dancing skills Videos (Part I - IV)
New posts

Koleksi Gambar Stacy

Koleksi-koleksi gambar Stacy
Moderator: Moderators
1125Today at 2:02 pm
CuteyzueraKejayaan Stacy

Ruangan Pengendali

TopicsPosts
Last Posts
No new posts

Bilik Perbincangan Staff

Ruangan khas untuk Staff-staff StacyFC
Moderator: Moderators
14Yesterday at 7:25 pm
Virgonz4 Orang lagi calon moderator.
Mark all forums read