• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

9 Mac 2010

LAWATAN STACY & CHAQ KE RUMAH ANAK YATIM


Pada sabtu ini bersamaan dengan 13hb.March, 11 pagi, Stacy, Chaq dan rombongan Stacy's Frenz akan melawat ke rumah Anak-Anak Yatim Shifa' di Setapak Kuala Lumpur. Lawatan ini akan dibahagi kepada dua sesi iaitu untuk sesi pertama, acara bergotong royong membersihkan sekitar rumah anak-anak yatim tersebut. Manakala sesi berikutnya adalah sesi beramah mesra dengan penghuni rumah anak-anak yatim ini. Setiap sesi akan melibatkan Stacy dan Chaq serta para peminat.

Tarikh: 13 March 2010 (Sabtu)
Alamat: Rumah Anak Yatim & Saudara Baru Shifa'

No.5, Lorong Bunga China,
Taman P.Ramlee ( tak jauh dari Muzium P.Ramlee ),
53000 Setapak, Kuala Lumpur.

Oleh kerana penyertaan terhad, pada sesiapa yng berminat untuk turut serta, boleh la memberi nama pada Mrs.X atau Pn.Christina di talian 012-3410948. Ini adalah aktiviti komuniti S.A.F dan diharap ramai yang dapat melibatkan diri samada menyumbang tenaga atau memberi apa jua bentuk sumbangan untuk adik-adik kita ini. Untuk aktiviti komuniti ini, bahagian KL akan dikendalikan oleh S.A.F KL, dan untuk sebelah KK, akan dikendalikan oleh family Stacy sendiri dengan kerjasama S.A.F Sabah. Di harap cawangan S.A.F Brunei akan dapat menganjurkan aktiviti sebegini walaupun tanpa kehadiran Stacy.


1 ulasan:

  1. Murninya uasaha ini, rasanya FC lain belum pernah buat lagi, tahniah. Semoga rancangan utk di Sabah dan Brunei pun dilaksanakan. Bangga dgn AJK SFC yg begitu prihatin pada komuniti, bukan hanya nak hiburan semata-mata.

    BalasPadam