• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

30 Dis 2009

JEMPUTAN UNTUK SEMUA



Sukacita dimaklumkan, semua peminat Stacy dijemput datang dan dialu-alukan untuk memeriahkan majlis anjuran ERA dan Astro ini. Peluang sebegini bukan selalu ada kerana sebahagian anjuran sebegini selalunya by invitation sahaja.
Semestinya Stacy ada dimajlis ini dan akan menghangatkan suasana. Datanglah beramai-ramai.

Terima kasih pada Akmal dan Jawa yang selalu memberi info dan jemputan kepada wakil kelab peminat Stacy.

Stacy Sebagai Muka Hadapan EH! Januari 2010





Sumber gambar dari laman web EH!

26 Dis 2009

Stacy - Malam Kemuncak Sehati Berdansa

Pose istimewa Stacy untuk para peminat

Antara AJK yang hadir di Malam Kemuncak Sehati Berdansa
Terima kasih kepada Chelton (Abang Stacy) kerana menolong AJK
yang hadir untuk duduk di kerusi VIP




Persembahan Stacy di Malam Kemuncak Sehati Berdansa

Video Credited to emeraldL2009
Pictures Credited to Wawakechik, Haori & Feeda

STACY ANTARA ARTIS PALING MENYERLAH 2009

Bukan senang hendak menempatkan diri didalam senarai 10 paling menyerlah di dalam industri musik kita. Apatah lagi dengan kelahiran bintang-bintang baru dan juara dari pelbagai program rialiti terkini. Namun begitu, Stacy tetap maintain dengan populariti selari dengan populariti lagu-lagunya. Ialah, ada artis yang popular di majalah tetapi lagu tidak popular. Ada pula artis yang popular di majalah, tetapi tidak ada lagu atau produk terbaru. Hanya dek kerana gossip sahaja yang membuatkan segelintir artis tersebut popular. Nampaknya Stacy yang mula melakarkan peta popularitinya di persada seni sejak 2008 masih terus mengekalkan popularitinya ditahun ini, 2009 dan menjadikan beliau terpilih dalam senarai 10 artis paling popular di malaysia sebaris dengan Dato' Siti, Jac, Faizal Tahir, Aizat dan lain lain lagi di keluaran terbaru MEDIA HIBURAN.

Dengan kejayaan Stacy menempatkan diri di AJL pada 10.Januari ini, menjadikan platform beliau meneruskan kesinambungan populariti untuk tahun 2010 pula. Ya, AJL adalah langkah pertama Stacy untuk tahun 2010 dan diteruskan dengan ABPBH dan diharapkan tidak bernoktah di ABPBH sahaja. Selamat maju jaya untuk Stacy dan tugas kita semua meneruskan sokongan padu yang tidak berbelah bagi dalam apa jua kategori yang melibatkan Stacy atau apa saja aktiviti stacy sepanjang 2010. Peranan peminat sangat penting pada setiap kejayaan artis. Kita berfikir secara kolektif yang mana sebatang lidi sahaja tidak mampu menyapu sampah dilantai, tetapi jika berpuluh atau beratus lidi dihimpun, diikat...maka sampah-sampah yang ada dapat disapu dan dibersihkan. Maknanya, kejayaan Stacy dalam mana-mana pertandingan tidak boleh menjadi kenyataan jika tiada semangat bersatu padu. Juga kejayaan Stacy dalam mana-mana undian bukan sebab seorang atau beberapa orang sahaja, tetapi dari semua. jadi jangan ada lagi yang merajuk dan berjauh hati lalu berkata tidak lagi mahu menyokong Stacy. itu tidak dapat membantu, kerana setiap hari peminat Stacy bertambah, jadi jangan ada yang mengugut mahu berhenti menyokong Stacy. Saya tahu anda bukan orang sebegitu dan kalau anda bukan begitu, jangan pula terasa pada setiap tulisan di sini atau komen di Chatroom atau di ShoutBox. Belajar menjadi dewasa, jangan pula bila ada orang menerangkan punca melayan laman ini dengan online selalu akan mengakibatkan orang lain dibuang kerja dianggap MENGELUH pula. Jangan pendek akal mengandaikan penerangan menjadi komen atau keluhan. Dan anda tidak perlu terasa jika bukan anda yang kena dan anda tidak perlu merasa besar menyuruh saya membuat kenyataan meminta maaf pada anda padahal saya tidak melakukan kesalahan seperti yang anda sangka.

Pada pengutuk atau yang masuk disini untuk memecah belahkan SF ini, Jangan rasa anda besar sangat dengan mengugut tidak mahu lagi masuk ke laman ini dan tidak lagi mahu menyokong Stacy. Memang tidak dinafikan sokongan dan peranan setiap dari anda, tetapi jangan ingat tindakan kita hendak mengugut berhenti menyokong itu akan menggagalkan Stacy. Jangankan anda seorang ( pengutuk ), saya sebagai Presidenpun bukan siapa-siapa. Samada saya ada ataupun tidak, Stacy tetap berjaya. Saya hanya ibarat sebutir pasir antara banyak-banyak pasir ( ribuan peminat Stacy ). Anda pengutuk juga bukan siapa-siapa, anda ibarat sebutir gula yang mana anda jatuh beribu kali dalam lautan Stacy, namun masin lautan Stacy tidak akan berubah.

Jika ada masa kita berjumpa lagi, tetapi andai kata 2010 menjanjikan kesibukan dan kesuntukan masa, anggaplah ini PERUTUSAN TAHUN BARU dari Presiden Kelab ini. Seperti yang saya katakan pada seawal AF6 bermula, uniknya Stacy's frenz ini adalah kerana namanya yang tidak mengguna nama bla...bla..bla Fan Club. Kita tidak mahu ada garisan halangan antara Fan dengan Artis. Itulah sebabnya saya pilih Rakan Stacy @ Stacy's Frenz yang bunyinya lebih dekat. Apa lagi yang lebih dekat pada kita kalau bukan Rakan jika hendak dibandingkan dengan penyanyi dan fan yang jauh bunyinya. Laman ni adalah laman Stacy's Frenz, bererti ianya memuatkan bukan hanya bahan, gambar atau cerita pasal Stacy sahaja, tetapi juga gambar, kisah dan aktiviti ahli-ahli Stacy's Frenz samada bersama Stacy atau tanpa Stacy. Its not all about Stacy sahaja, tetapi juga about Stacy and her fans. jadi jangan ada lagi yang salah faham dan mendakwa saya atau AJK menulis di sini macamlah Blog peribadi.

24 Dis 2009

STACY, ADAM, HAFIZ MERIAHKAN FINAL SEHATI BERDANSA 3

Teks: Thani Hasbullah
Foto: Mazlan Yunos
Sumber: www.murai.com.my


KUALA LUMPUR, 24 DISEMBER 2009:
Debaran kemuncak Sehati Berdansa 3 (SB3) sudah begitu hampir. Sabtu ini, 26 Disember 2009, semuanya akan terjawab apabila pasangan Sein & Nana serta Sazzy & Nazril akan turun ke gelanggang buat kali yang terakhir untuk mempamerkan bakat mereka sekali gus mengumpul dana buat rumah kebajikan masing-masing.

Seperti tahun sebelumnya, final SB3 akan diadakan di Dewan B, PICC, Putrajaya. Penerbit SB3, Norazian Mohd Zahir berkata tema persembahan pada malam penuh debaran itu adalah Kontemporari Melayu serta Latin. Acara akan bermula jam 9 malam dan pastinya dipancarkan kepada anda menerusi Astro Ria.

Selain pasangan yang bertanding, acara kemuncak itu turut dimeriahkan oleh beberapa artis undangan. Mereka termasuklah Hafiz AF7, Adam dan Stacy. Hafiz akan menyanyikan lagu tema SB3 manakala Adam dan Stacy pula akan mendendangkan lagu duet mereka, Menggegar Dunia yang juga lagu tema filem aksi fantasi, My Spy.

"Banyak lagi persembahan menarik akan dipersembahkan pada malam itu. Semua 9 koreografer yang bertungkus lumus pada musim ini juga akan digandingkan di lantai tari bagi menghiburkan penonton.

23 Dis 2009

STACY DEMAM & FINAL SEHATI BERDANSA


Stacy masih lagi demam dan suaranya serak. Beliau risau jika suara kurang baik jika masih demam pada masa persembahan di malam final Sehati berdansa itu nanti. Diharap Stacy berehat dan kurangkanlah aktiviti dan latihan untuk Juara Lagu nanti. Pada sesiapa yang mehu menonton persembahan Stacy di malam final Sehati berdansa itu nanti bolehlah sms nama pada Mrs.X ( 012-3410948 ) dan bila telah tahu jumlah peminat yang hendak pergi malam tersebut, Mrs.X akan beritahu abang stacy iaitu Chelton untuk memaklumkan pada Astro jumlah peminat Stacy yang akan datang. Sila sms sebelum atau pada 24hb, sebelum 3 petang kerana abang Stacy minta jumlah peminat yang mahu datang pada 26hb, 9 malam itu nanti.

22 Dis 2009

ALBUM KOMPILASI


17 Dis 2009

NOMBOR GILIRAN PERSEMBAHAN STACY DI AJL 24



Debaran kemuncak AJL24
Oleh Wan Asrudi Wan Hasanwanasr@hmetro.com.my


SAINGAN Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) semakin berada di kemuncaknya dengan pentas final yang dijadualkan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 Januari ini. Lagu mana yang bakal meraih kemenangan pada AJL24 masih menjadi tanda tanya apatah lagi dengan pengenalan format baru tanpa kategori diperkenalkan kali ini. Justeru pasti ramai yang berteka-teki dan tidak sabar menantikan kemuncak AJL24 yang membabitkan persaingan 14 lagu oleh 13 artis popular sama ada secara solo atau berkumpulan.Pentas akhir AJL24 yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 tampil dengan tema, Music Unfolds bersesuaian dengan persaingan sengit membabitkan bakat baru dan perkembang positif dunia muzik tanah air.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan berkata, pemilihan konsep berkenaan sesuai apabila melihat perubahan terhadap muzik tempatan yang semakin berkembang terutamanya membabitkan kemunculan bakat baru dan komposer muda."Perubahan ini cukup membanggakan industri hiburan tanah air. Kita dapat lihat bakat baru yang dicungkil bakat mereka menerusi program realiti dan penguasaan artis muda dalam saingan pentas akhir nanti. Malah kesemua lagu yang berjaya ke AJL bersaing sengit. Dengan konsep terbuka yang diperkenalkan pada AJL kali ini masih sukar untuk meramalkan lagu mana yang bakal menjuarai pertandingan ini."Bagi kami hadiah adalah soal kedua sebaliknya pengiktirafan kepada pemuzik kita yang lebih penting. Anugerah dan pertandingan ini mampu membantu melonjak populariti artis dalam memacu kerjaya yang lebih cemerlang dalam bidang seni," kata Farid ketika majlis sidang media pentas final AJL24 di Kelab Rootz, Rooftop bangunan Lot 10, Kuala Lumpur kelmarin.Hadir sama, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Sherina Nordin dan finalis AJL24.

Tambah Farid, persaingan AJL cukup sengit membuatkan pihaknya cukup teruja menyaksikan pentas akhir nanti. Melihat pada bakat-bakat baru sebagai pelapis masa depan sebagai perkembang positif bagi industri muzik tanah air."Menerusi pertandingan ini kami dapat lihat bakat artis baru, genre muzik baru secara tidak langsung meningkatkan taraf industri muzik kita. AJL adalah tempat untuk komposer mempertaruhkan karya mereka. Malah kami juga tidak kisah jika komposer juga boleh menyanyi dan alhamdulillah ia perkembangan yang cukup bagus," kata Farid yang memaklumkan bajet perbelanjaan final AJL24 sekitar RM2 juta. Mengenai pemilihan pengacaraan yang mengekalkan gandingan Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar pula, beliau menaruh keyakinan tinggi kepada gandingan mereka memandangkan AJL sudah mempunyai reputasi tersendiri. Biarpun banyak pilihan pengacara namun beliau percaya pengalaman dan gandingan trio berkenaan membentuk kombinasi mantap.


Sementara itu, Penerbit AJL24, Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) yang mula menyertai stesen televisyen yang bernaung di bawah rangkaian Media Prima Berhad itu sejak 2000 menyifatkan sudah menjadi impiannya sejak sekian lama untuk penerbit program hiburan berprestij itu. Harapan yang tinggi daripada pihak pengurusan tidak memberikan tekanan kepadanya sebaliknya dia berharap dapat membalas kepercayaan pihak pengurusan TV3 dan meletakkan AJL24 pada satu tahap yang lebih tinggi."Memang harapan begitu tinggi menerusi program ini. Pembaharuan yang kami buat pada pentas final kali ini ialah set pentas yang canggih dan boleh bergerak dengan penggunaan hidraulik. Kami juga cuba mengimbas kembali kejayaan band-band popular mengikut zaman bermula 1960-an, 1970-an, pop yeh yeh dan seterusnya kepada kemunculan band indie.

Konsep persembahan adalah di pertengahan pentas. "Persembahan peserta akhir akan diiringi orkestra penuh. Akan ada banyak pergerakan di atas pentas set. Kami cuba menampilkan pembaharuan dari segi susunan muzik, persembahan pentas dan pergerakan artis itu sendiri," katanya. Pentas final yang dimulakan dengan persembahan juara AJL22, Estranged yang menyampaikan lagu Aurora diikuti lagu Tak Mungkin Kerana Sayang nyanyian Alyah, Cinta Adam & Hawa (Misha Omar), Masih Jelas (Hafiz), Situasi (Bunface), Pakai Buang (Stacy), Pergi (Aizat) dan Aku Skandal (Hujan).Lagu seterusnya Bencinta nyanyian Faizal Tahir, Aku Rindu sayang Kamu (Black) dan Bengang (Akim), Dan Sebenarnya (Yuna), Kau Aku (Aizat) dan Rindu Terhenti (Tomok).Peserta dinilai 70 peratus sebelum persembahan akhir, 30 peratus ketika persembahan. Begitu juga persembahan vokal terbaik dan persembahan terbaik. Juara AJL24 bakal membawa pulang wang tunai RM35,000 dan trofi, naib juara (RM15,000 dan trofi), tempat ketiga (RM12,000 dan trofi) manakala bagi persembahan terbaik dan vokal terbaik pula masing-masing menerima RM10,000 dan trofi.

Selama tiga minggu peringkat separuh akhir Muzik-Muzik berlangsung yang menyaksikan 30 lagu berentap untuk merebut 14 tempat ke pertandingan akhir AJL24. Anugerah berprestij itu bakal membuka tirai dengan acara Permaidani Merah jam 7.30 malam dan dibawakan secara langsung melalui laman sesawang www.tv3.com.my. Pelbagai aktiviti dan program turut dijalankan serentak menjelang kemuncak AJL24. Jenama kecantikan L'oreal Paris, syarikat telekomunikasi maxis dan hotlink sebagai penaja utama AJL24.

PERSEMBAHAN ARTIS PADA FINAL AJL24LAGU/ PENYANYI/ KOMPOSER/ PENULISLIRIK

1)Aurora (Estranged/ Estranged)
2) Tak Mungkin Kerana Sayang (Alyah/ Ajai/ Habsah Hassan)
3) Cinta Adam & Hawa (Misha Omar/ Azmeer/ Loloq)
4) Masih Jelas (Hafiz/ Aidit Alfian/ Ad Samad)
5) Situasi (Bunkface/ Sam)
6) Pakai Buang (Stacy/ Edry)
7) Pergi (Aizat/ Pete Teo)
8) Aku Skandal (Hujan/ Noh)
9) Bencinta (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
10) Aku Rindu Sayang Kamu (Black/ Yuzai)
11) Bengang (Akim/ Amir/ Sheikh Qalam)
12) Dan Sebenarnya (Yuna/ Yuna/ Paan/ Efry/ Adil)
13) Kau Aku (Aizat/ Aizat)
14) Rindu Terhenti (Tomok/ Aubrey Suwito/ Tinta)

16 Dis 2009

STACY JADI COVER MAJALAH HAI

Dapatkan majalah terbaru HAI yang menampilkan Stacy dan Akim menjadi cover. Ikuti cerita dan juga gambar-gambar menarik menarik tentang Stacy dan perkembangan beliau. Support Majalah HAI

15 Dis 2009

Stacy @ Pesta 1 Malaysia Tuaran

Lokasi : Tuaran
Tarikh : 12 Disember 2009
Masa : 8.00 malam

Stacy telah menyanyikan 3 buah lagu iaitu Pakai Buang , Gagap dan juga lagu terbarunya bersama dengan Adam, Menggegar Dunia. Video Pakai Buang menghadapi masalah technical hanya separuh lagu saja terakam.Antara gambar-gambar diberi oleh Sniper Adib
*Thanks to Sniper

Pakai Buang


Gagap


Menggegar Dunia

14 Dis 2009

Cara Undian APB via SMS

1. ANDA BOLEH MEMILIH MANA-MANA KATEGORI (SEHINGGA 8 KATEGORI) DARIPADA 16 KATEGORI YG DIPERTANDINGKAN....

CONTOH KATEGORI:

A. PENYANYI LELAKI POPULAR
B. PENYANYI WANITA POPULAR
C. PENYANYI DUO/BERKUMPULAN
D. PENYANYI NASYID POPULAR
E. PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
F. PELAKON FILEM WANITA POPULAR
G. PELAKON TV LELAKI POPULAR
H. PELAKON TV WANITAPOPULAR
I. PENGACARA TV LELAKI POPULAR
J. PENGACARA TVWANITA POPULAR
K. PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
L. PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
M. ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
N. ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR
O. ARTIS BARU LELAKI POPULAR
P. ARTIS BARUWANITA POPULAR


***SO, ANDA BOLEH MEMILIH MANA2 KATEGORI (SEHINGGA 8 KATEGORI)..

***TETAPI ANDA MESTI MEMILIH SEHINGGA 5 ORANG ARTIS (TAIP KOD ARTIS PILIHAN BAGI SETIAP KATEGORI YG DIPILIH)

CONTOH 1:

BH ABP A01,02,03,04,17 B01,02,03,04,43 C01,02,03,04,05 G01,02,07,23,25 I01,02,03,04,05 J01,02,03,05,13 M01,02,05,13,15 O02,04,08,21,23 P01,04,08,23,27 hantar ke 32728




CONTOH 2:

BH ABP A01,02,03,04,17 B01,02,03,04,43 C01,02,03,04,05 O02,04,08,21,23

(KOD A17-CHAQ: PENYANYI LELAKI POPULAR)
(KOD B43-STACY: pENYANYI WANITA POPULAR)
(KOD C04- STACY&ADAM: PENYANYI DUO POPULAR)
(KOD O08-CHAQ: ARTIS BARU LELAKI POPULAR)

**ANDA TIDAK PERLU MENGUNDI KESEMUA KATEGORI TETAPI ANDA BOLEH MENGUNDI KATEGORI YG ANDA SUKA SAHAJA DENGAN SYARAT SETIAP KATEGORI MESTI MEMILIH 5 ORG ARTIS (KOD ARTIS)

*thanks to sis vee

13 Dis 2009

Stacy @ Beaufort Perasmian Festival Bagandang dan Ekspo Perdagangan

Tarikh:13 Desember 2009
Tempat:Beaufort
Masa:10:00 a.m.

Stacy telah menyampaikan 4 buah lagu iaitu,Gagap,Cerah,Pakai Buang & Aku Bukan Untukmu berduet sama peminat dan juga chater blog SAF "Nakamichie"..


Gagap


Cerah


Pakai Buang


Aku Bukan Untukmu

*video credited to adacy



12 Dis 2009

AJL 24, STACY DI SIDANG AKHBAR AJL 24

Stacy akan menghadiri Majlis Sidang Akhbar AJL pada 15hb. December ini jam 8.00 malam yang bertempat di ROOTZ iaitu di Roof Top pusat membeli belah LOT 10. Memandangkan Majlis Sidang Akhbar ini adalah hanya untuk jemputan khas dan pihak wartawan saja, jadi kita boleh melihat dan membaca perkembangan peserta di akhbar dan majalah sahaja. Semestinya Stacy tidak akan menceritakan secara terperinci apakah bentuk persembahannya kelak. Sama-samalah kita tunggu. Tentang komen di bawah dan juga sms mencadangkan saya terlibat dengan AJL kelak, ianya tidak akan berlaku kerana saya lebih berminat menjadi orang di belakang tabir apatah lagi dengan kesibukan kerja yang memerlukan saya pergi outstation dan urusan peribadi. Ada juga komen-komen di shoutbox mana orang-orang kuat Stacy's Frenz yang jarang masuk ke sini dan mengapa tidak update itu ini dan buat pembaharuan itu ini. Sekiranya anda pengikut setia Stacy dan laman ini...semestinya anda telah baca bagaimana pengorbanan AJK dan ada yang dibuang kerja kerana berchatting dan kantoi mengupdate laman ini. Fahamlah, kami masuk bila ada masa. kami buat sekadar yang mampu dan terdaya. Tugas ini tiada gaji dan saya tidak mahu kehilangan kerja baik macam di Bangsar dulu hanya kerana terkantoi boss PC pejabat penuh dengan imej gambar Stacy dan save banyak picture serta history-history di PC yang penuh URL laman web ini - KOSE

11 Dis 2009

ABPBH BORANG 1 DICETAK SEMULA / PERSIAPAN AJL

Pada semua peminat Stacy, hari ini telah keluar cetakan semula BORANG 1, yang ada mencalonkan nama Stacy ( Sila pangkah kotak No.43 ) dan untuk SMS hanya ikut arahan yang tertera di bawah borang tersebut. Borang cetakan semula itu ada di sisipan tengah SENTRAL di muka surat 15. Jadi apa lagi para peminat Stacy, gerak gempur untuk melihat Stacy kembali naik ke pentas mengambil Award seperti tahun lepas. Untuk mengisi borang, kena pilih nama 5 yang anda rasakan layak ke final. Kalau anda memilih yang nama kuat, bermakna kuatlah persaingan anda untuk vote masa Final Top5 nanti ( tentu faham maksud kami ) dan kesemua borang dari BORANG 1 dan seterusnya hendaklah dikumpul ( kesemua kategori ) dan dihantar bersama borang Khas pada. Tarikh tutup adalah 14hb. Januari 2010. Untuk vote secara SMS pun sama juga, sila ikut arahan yang tertera dibawah borang dan pastinya lebih mudah caranya dari cara hendak memuat turun lagu atau ringtone yang kena ikut step by step juga.


Kesempatan AJK bertem u dengan Stacy baru-baru ini, kami ada sampaikan beberapa pesanan peminat kepada Stacy. Seperti yang ramai cadangkan agar Stacy membuat satu kelainan pada AJL nanti, memang Stacy ada membuat sesuatu yang tidak boleh dinyatakan di sini. Biarlah ianya kejutan dan jika disebut, ianya akan menjadi hambar dan menghilangkan rasa teruja semua orang. Apa yang penting, kami sampaikan agar Stacy selitkan unsur drama dan bukan hanya menari semata-mata. Jika hanya menari dan menari sahaja, ianya tidak ada beza shownya di Jom Heboh, di Gempak Selebriti Astro, di Sehati Berdansa atau mana-mana acara pembukaan Anugerah sebelum ini.


Kami ada sampaikan pesan pada Stacy agar membuat sesuatu yang akan menjadi kenangan dan trademarknya di AJL dan bila sebut AJL, peminat akan teringat sesuatu tentang Stacy. Telah 23 tahun AJL diadakan, terlalu banyak persembahan dan mudah dilupakan, tetapi ada beberapa artis yang membuat persembahan yang tidak dapat dilupakan ooleh peminat dan khasnya oleh Wartawan. Kami ada memberi contoh Trademark artis-artis masa membuat persembahan dan menjadi ingatan hingga kini seperti RAMLAH RAM dengan BAJU BERBENTUK HATI yang sepatutnya menyala dipertengahan lagu, arwah SUDIRMAN dengan LIGHTERnya yang menyala dalam kesuraman cahaya masa beliau membuat persembahan. DRAMA AISYAH dengan BEG BESARnya semasa intro lagu JANJI MANISMU dengan lakonan yang berkesan seperti orang balik kampung kerana kecewa dan memenagi PERSEMBAHAN TERBAIK. SHIMA yang dijulang ramai penari lelaki semasa menjuarai AJL dengan lagu SETELA AKU KAU MILIKI. DATO SITI NURHALIZA dengan BAJU PENGANTIN DAN SOFAnya bersama model-model lelaki yang diikat ( antara model tersebut adalah ANUAR ZAIN yang masa itu belum merakamkan album solo ) hanya menjadi model. Dan yang paling meriah dan menjadi kenangan sampai bila-bila NORANIZA IDRIS dengan FIRE BLOW bila beliau menaiki puncak buluh yang tinggi dan menghembuskan api dari mulutnya. Selain itu, NORANIZA terkenal dan dikenang satu-satunya penyanyi yang digelar membawa penari satu kampung, 5 lori dan 5 bas ke atas pentas...tapi memang meriah.

Apa-apapun, tanpa usaha Stacy dan doa dari kita semua, perkara ini tidak akan menjadi kenyataan. yang penting, kita jangan terlalu mendesak Stacy dengan mencadangkan perkara yang diluar kemampuannya. Biar dia selesa membuat persembahan,dan bila selesa, persembahannya akan nampak menarik dan asli. Tidak guna kita mendesak beliau jika kelak persembahannya nampak palsu atau dibuat-buat.

7 Dis 2009

ABPBH @ PETIKAN RUANGAN POJOK CIK NORMAH BECOK

Dengarnya... Stacy tiada dalam senarai awal ABPBH2009?
Oleh: Normah Becok

CIK Normah puji sikap Presiden Kelab Peminat Stacy iaitu Kosmanto Serani yang datang ke Balai Berita Jumaat lalu apabila borang pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 untuk kategori Penyanyi Wanita Popular yang dikeluarkan pada hari terbabit tidak memuatkan nama Juara Akademi Fantasia musim keenam itu.

Itulah namanya seorang presiden yang bertanggungjawab kerana dia sanggup datang berjumpa dengan Berita Harian untuk mendapatkan penjelasan. Kosmanto tidak percaya perkara begini wajar ditangani dengan emosi. Tabik Cik Normah dengan sikap Kosmanto ni! Cik Normah mewakili Berita Harian memohon maaf di atas kekhilafan itu kerana apa yang berlaku bukan disengajakan. Nama pun manusia dan ralat itu pastinya berlaku. Pihak kami sendiri terkejut apabila nama Stacy yang sangat popular itu boleh terlepas pandang sehingga tidak dimasukkan di dalam kategori terbabit.

Pihak Astro Entertainment Sdn Bhd pun satu, apalah salahnya saling ingat-mengingati agar jawatankuasa pencalonan yang diketuai Abang Z tidak terlepas pandang, al-maklumlah senarai artis yang layak untuk bertanding memang panjang. Untuk maklumat pembaca, syaratnya adalah seseorang artis itu perlu sekurang-kurangnya mempunyai satu single dan lagu itu pula pernah diputarkan di stesen radio dan televisyen.

Cik Normah diberitahu rakan sepejabat yang bertemu dengan ‘orang kuat’ Kelab Peminat Stacy itu gara-gara nama Stacy tidak dicalonkan, sudah ada peminatnya yang terkilan. Tak apa, buat peminat Stacy, jangan risau untuk cetakan minggu seterusnya, nama Stacy pasti ada. Jangan lupa beli akhbar Berita Harian untuk mengundi artis pilihan sendiri sudahlah ye.

KISAH STACY DI BERITA HARIAN

Maaflah peminat Stacy!

Oleh Hanizam Abdullah
hanizam@bharian.com.my

SUDAH lama tak berkata-kata rindu pula rasanya. Jadi teman mengambil tanggal 7 Disember 2009 untuk kembali berkata-kata dengan pembaca yang teman hormati. Teman berharap sepanjang teman tidak berkomunikasi melalui ruang peribadi ini, semuanya berada dalam keadaan sejahtera di samping orang tersayang dan keluarga tercinta. Kalau ada yang sedang berdepan dengan konflik sama ada berbentuk peribadi atau di pejabat, itu perkara lumrah dalam kehidupan.

Cuma yang membezakan setiap kita adalah cara kita menghadapi dan menanganinya. Pesanan teman, jangan terlalu mengikut emosi. Orang kata, ikut hati, selalunya mati! Oh ya... di ruangan ini teman ingin memohon maaf kepada semua peminat Stacy kerana terlepas pandang namanya dalam senarai pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 yang baru disiarkan Jumaat lalu. Terkejut juga teman, apabila tiba-tiba kotak e-mel teman penuh dengan soalan bertalu-talu peminatnya yang bertanya kenapa dia tidak disenaraikan.

Paling kelakar ada yang bertanya, adakah ini usaha Berita Harian untuk mensabotaj Stacy. Bawa bertenang wahai peminat Stacy kerana tiada sekelumit pun niat untuk berbuat demikian. Apabila cerita sabotaj ini ditimbulkan, teman sebenarnya teringat kisah bagaimana peminat Datuk Siti Nurhaliza juga penuh emosi apabila akhbar menyiarkan gambar Siti yang turut beraksi dalam pertandingan bola sepak anjuran radio Era. Mereka bukan marah sebab siarkan gambar Siti yang dalam gaya tersendiri sedang menyepak bola tetapi mereka marah kerana wajah Siti yang dirakamkan itu tidak cantik.

Malah, gambar itu membuatkan wajah Siti seperti orang tua yang berkedut seribu sedangkan ia adalah impak lensa yang merakam subjek bergerak. Jenuh juga teman dan suku sakat menjelaskan kepada peminat Siti ketika itu. Natijahnya, itulah juga kayu ukuran kepada populariti seseorang artis. Khalayak peminat hiburan tak ambil pot pun kalau seseorang artis itu tidak popular tetapi apabila popular memang lain macam persepsinya. Tak sabotaj dikatakan sabotaj. Tetapi bagi teman itu adalah masalah yang baik atau orang putih kata good problem. Jadi, sekali lagi teman dan suku sakat mohon maaf kepada peminat Stacy.

Kesilapan itu memang tak disengajakan kerana maklumlah senarai artis yang masuk pencalonan awal memang panjang. Itu sebabnya sebelum ini pun, pihak Berita Harian sudah menguar-uarkan kepada syarikat rakaman atau pihak pengurusan artis untuk mencalonkan artis mereka. Seperti biasa ada yang mengambil tindakan proaktif dan ada jugalah yang buat tak tahu saja sehinggalah apabila nama artis mereka tak masuk senarai, ada yang melompat. Boleh undi melalui SMS PEMBACA budiman, tahun ini kelainan paling ketara dalam ABPBH2009 adalah format undiannya. Kalau dulu sejak diperkenalkan pada tahun 1987, pembaca hanya mengundi artis favourite melalui keratan borang tetapi mulai tahun ini anda boleh mengundi melalui SMS.

Nak tahu macam mana, bukan Berita Harian dan semak dalam borang pencalonan awal itu. Bercakap mengenai SMS, aktor tersohor negara Rosyam Nor sudah bertanya kenapa tahun ini format undian berubah. Teman jumpa Rosyam ketika aktor itu sedang bersiap sedia untuk menghadiri majlis Anugerah Skrin 2009 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Jumaat lalu. Sebenarnya, matlamat Berita Harian adalah untuk menarik minat golongan remaja untuk bersama-sama menyertai anugerah ini. Cara orang muda apa lagi kalau bukan melalui telefon bimbit dan SMS.

Imbuhan menanti pembaca bertuah juga agak lumayan. Jika dua tiga tahun kebelakangan ini, pihak sekretariat hanya menawarkan tiket eksklusif untuk pemenang pencalonan awal tetapi tahun ini, dua motosikal GTR 170X yang berharga lebih RM8,000 setiap satu sumbangan Naza Bikes Sdn Bhd menanti pemenang di samping pakej percutian ke Bali selama empat hari, tiga malam, telefon bimbit, komputer riba, pemain MP4 dan kamera digital.

Jadi tunggu apa lagi, undi jangan tak undi! Kecewa pemenang ASK2009 BUKAN kecewa dengan pilihan juri Anugerah Skrin 2009 tetapi terkilan apabila pemenang tidak hadir untuk menerima trofi. Panggil Eman Manan, yang menang Pelakon Filem Terbaik wakil saja yang naik. Umum Rosnah Mat Aris sebagai Pelakon Drama Terbaik, pun tak muncul juga. Entahlah.... kadang kala teman tak faham kerana tarikh majlis sudah diumumkan awal. Jadi teman nak sarankan kepada penggiat seni agar jangan mengambil mudah majlis anugerah anjuran pelbagai organisasi.

Sekurang-kurangnya hormatilah penganjur kerana majlis anugerah ini dibuat untuk memartabatkan mereka juga. Teman tegur kerana tidak mahu ia berlaku juga kepada majlis anugerah yang lain. Selepas Anugerah Juara Lagu di Stadium Tertutup Bukit Jalil pada bulan depan akan diikuti pula oleh majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang akan berlangsung pada 4 April 2010 di Arena of Stars Genting Highlands. Ok la... teman tak mahulah membebel panjang dalam coretan pertama ini. Tahniah kepada semua pemenang ASK2009 dan semoga ia menyuntik semangat dalam kerjaya seni anda. Jumpa lagi! - hanizam@bharian.com.my

6 Dis 2009

Video Persembahan Stacy @ Jom Heboh

Tarikh: 5 Desember 2009
Tempat: Jom Heboh, Bukit Jalil
Masa:6:30 p.m.


Pakai Buang


Gagap


Stacy Di AJL Tour Bukit Jalil

Lokasi: Stadium Bukit Jalil
Masa: 6pm - 7pm

Bersempena Anugerah Juara Lagu yang bakal berlangsung pada Januari depan, beberapa siri tour akan di jalankan dan tour pertama bersempena AJL ini telah pun berlangsung di Perkarangan Stadium Bukit Jalil. Stacy antara artis yang turut sama-sama memeriahkan tour di Bukit Jalil ini. Stacy telah meyampaikan dua buah lagu iaitu Pakai buang dan juga Gagap.


Pictures credited to Liana

P/s: Video persembahan akan di upload kemudian.


4 Dis 2009

ABPBH TERLEPAS NAMA STACY UNTUK PENCALONAN AWAL

Para peminat Stacy jangan risau, jangan gusar dan jangan menyalahkan pihak yang mengelolakan ABPBH. Nama Stacy tercicir untuk pencalonan awal PENYANYI WANITA POPULAR pada borang di Berita Harian hari ini adalah kerana kesilapan dan terlepas pandang. Sebagai presiden, saya pun dihujani call dan sms bertanyakan hal tersebut. Manakala di laman Blog Stacy's frenz juga dipenuhi pertanyaan dan rasa tidak puas hati kerana nama Stacy tiada.


Sebagai Presiden, saya telah mengorbankan masa kerja saya demi untuk mendapatkan kepastian dan sekuarang-kurangnya ada jawapan untuk peminat Stacy. Memang langkah kanan, atau penangan tuah hari saya kerana saya ditanya jika ada membuat janji temu atau tidak. Oleh kerana saya datang dari jauh, reception benarkan juga saya berjumpa dengan wartawan Norulhisham dan JD kerana Kak Cham tidak ada dipejabat. Mereka menerangkan yang nama Stacy tidak ada kerana kesilapan teknik. Walaupun demikian, mereka telah tunjukkan pada saya pembetulan dan meletakkan nama Stacy agak di atas. Setelah berpuas hati dan meminta maaf atas call bertubi-tubi dari fans Stacy hinggakan operator tidak cukup tangan melayan panggilan yang tidak henti-henti, saya meminta diri.


Apabila keluar dari Lift, terserempak pula dengan Kak Cham. Kiranya hari bertuah saya ( sedikit hari yang lain tahulah mengapa ). Saya menjelaskan pada kak Charm rasa tidak puas hati peminat dan penyokong Stacy. Kak Cham memuji sikap kita yang tidak melenting dan datang marah-marah seperti peminat yang lain. Malu juga bila Kak Cham memuji saya seorang presiden yang bagus ( maaf ya, hanya menjelaskan situasi sebenar ). Kak Cham juga sempat meminta maaf pada Stacy dan semua peminatnya dan saya pun turut meminta maaf jika ada peminat yang call dengan emosi. Kak Cham meminta kad saya dan dia juga memberi nombor mobile phonenya. Masa akan datang, senanglah, tidak payah berkejar ke Balai berita atau telefon pejabat NSTP berulang kali.


Pada peminat Stacy semua, saya tahu perasaan anda. Anda adalah penyokong yang baik, prihatin sungguh. Teruskan cara berhemah dan tidak melenting macam begini dan saya menghargai cara anda semua yang bersopan demi menjaga nama Stacy. Tindakan kita telah membuat nama Stacy dan nama kelab peminat Stacy dipuji kerana tidak marah melulu dan melenting. Cara anda semua yang meminta penjelasan dan clearify adalah betul. Pada yang marah-marah pula, saya tidak salahkan anda, cuma itu sebagai ekspresi cuma kita membawa nama Stacy juga. Terima kasih atas prihatin dan sokongan padu pada Stacy. Sokonglah Stacy dengan mengundi Stacy, harap undi Chaq juga kerana borang yang sama akan keluar. Sokong dan belilah Berita harian dan Berita Minggu selalu...syabas.
Berita Baik ! Stacy telah tercalon ke Penyanyi Wanita Paling Popular ABP 2009 !


3 Dis 2009

STACY BIMBANG VOKAL

Sumber: www.hmetro.com.my
Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my



BIARPUN ramai meramalkan Stacy antara calon pilihan untuk menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) bulan depan, gadis kelahiran Sabah ini tidak pernah menganggap dirinya berada dalam kedudukan selesa. Justeru, pelbagai persiapan rapi dibuat kerana merasakan banyak lagi kelemahan perlu diperbaiki menjelang malam penentuan final pada 10 Januari depan.

Lagu Pakai Buang hasil ciptaan Edry nyanyian Stacy akan bersaing bersama 13 lagu lain merebut anugerah lagu terbaik. Sebanyak 30 lagu berentap di tiga sesi separuh akhir pada 6, 13 dan 20 November lalu, tetapi hanya 14 layak ke final.

Sewaktu dihubungi, Stacy sibuk dengan persediaan, sekali gus membuktikan dirinya komited memberikan persembahan terbaik. "Meskipun sibuk terutama dengan jelajah Anugerah Juara Lagu (AJL) serta pelbagai program persembahan, saya tetap pastikan latihan tidak terjejas.

"Setakat ini, paling membimbangkan adalah tahap vokal dan mencari keserasian rentak bersama penari iringan. Pada pandangan saya, baru 10 peratus fasa latihan selesai dan masih banyak perlu dipertingkatkan dalam jangka masa pendek.

"Saya tidak akan putus asa dan akan terus memastikan latihan ditetapkan mencapai matlamat, paling penting membuatkan saya, rakan rakan dan peminat sentiasa gembira. "Saya tidak kisah walaupun kurang rehat kerana paling penting perancangan diatur berjalan lancar dan mengikut program disusun bagi memastikan segala galanya menepati apa dimahukan.

"Bagi saya, untuk berjaya seseorang perlu berusaha lebih keras dan tidak mudah mengalah dengan cepat. "Pada masa sama, saya hargai sokongan peminat, mereka sentiasa memberi dorongan kepada saya dan mereka jugalah membuatkan diri saya tetap bersemangat tinggi memperbaiki kualiti persembahan dalam bidang nyanyian dan tarian," kata Stacy, juara Akademi Fantasia Musim 6.

Katanya: "Saya mahu memastikan perancangan dalam karier nyanyian berjalan lancar dan memberi keutamaan pada mana yang perlu didahulukan. Bidang lakonan akan difikirkan kemudian." Pada Jun lalu, Stacy muncul juara Shout! Awards 2009 dalam kategori Anugerah Bintang Pop.


1 Dis 2009

PENCALONAN AWAL ABPBH BERMULA ESOK

Anugerah Bintang Popular Berita Harian datang lagi. Esok 2hb.Dec akan diumumkan pencalonan awal nama-nama bintang yang perlu anda undi. Pastinya nama Stacy akan tercalon juga. Kalau tahun lepas Stacy telah berjaya merangkul Award Artis Wanita Baru Popular, kali ini cabaran peminat setianya paling getir untuk menempatkan kedudukan Stacy di TOP 5 Artis Penyanyi wanita Paling Popular. Memang mencabar hendak menempatkan Stacy Paling Popular menyaingi Dato Siti Nurhaliza, tapi tidak ada benda yang mustahil walaupun penyanyi tersebut memegang rekod paling lama untuk kategori tersebut. Mungkin bunyi post kali ini seakan provoke peminat setia Stacy, tetapi inilah cara terbaik untuk membakar semangat semua. Jika Shout Award undian anda boleh membuat Stacy menyaingi Dato Siti, mengapa kalai ini tidak.
Apa yang pasti, jika Stacy dan Adam tercalon dalam kategori Duo/Kumpulan paling Popular, maka besar kemungkinan Stacy dan Adam akan naik ke pentas untuk menerima Aaward kerana undian dari peminat Stacy dan peminat Adam akan membuat jumlh undian yang Stacy dapat tahun lepas berganda. Namun persoalannya, cukupkah untuk Award Dua/Kumpulan Paling Popular itu. Jika Stacy berjaya merangkul award Penyanyi Wanita paling popular dan ditambah undian Artis Duo/Kumpulan paling popular, sudah pasti Stacy boleh memenangi keseluruhan pertandingan dengan membawa pulang ARTIS PALING POPULAR. Jika semua membeli Berita Harian setiap hari dan mengundi, bukan hanya memungkinkan Stacy menang, tetapi peluang anda untuk memenangi kereta juga adalah cerah.