• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

17 Dis 2009

NOMBOR GILIRAN PERSEMBAHAN STACY DI AJL 24



Debaran kemuncak AJL24
Oleh Wan Asrudi Wan Hasanwanasr@hmetro.com.my


SAINGAN Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) semakin berada di kemuncaknya dengan pentas final yang dijadualkan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 Januari ini. Lagu mana yang bakal meraih kemenangan pada AJL24 masih menjadi tanda tanya apatah lagi dengan pengenalan format baru tanpa kategori diperkenalkan kali ini. Justeru pasti ramai yang berteka-teki dan tidak sabar menantikan kemuncak AJL24 yang membabitkan persaingan 14 lagu oleh 13 artis popular sama ada secara solo atau berkumpulan.Pentas akhir AJL24 yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 tampil dengan tema, Music Unfolds bersesuaian dengan persaingan sengit membabitkan bakat baru dan perkembang positif dunia muzik tanah air.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan berkata, pemilihan konsep berkenaan sesuai apabila melihat perubahan terhadap muzik tempatan yang semakin berkembang terutamanya membabitkan kemunculan bakat baru dan komposer muda."Perubahan ini cukup membanggakan industri hiburan tanah air. Kita dapat lihat bakat baru yang dicungkil bakat mereka menerusi program realiti dan penguasaan artis muda dalam saingan pentas akhir nanti. Malah kesemua lagu yang berjaya ke AJL bersaing sengit. Dengan konsep terbuka yang diperkenalkan pada AJL kali ini masih sukar untuk meramalkan lagu mana yang bakal menjuarai pertandingan ini."Bagi kami hadiah adalah soal kedua sebaliknya pengiktirafan kepada pemuzik kita yang lebih penting. Anugerah dan pertandingan ini mampu membantu melonjak populariti artis dalam memacu kerjaya yang lebih cemerlang dalam bidang seni," kata Farid ketika majlis sidang media pentas final AJL24 di Kelab Rootz, Rooftop bangunan Lot 10, Kuala Lumpur kelmarin.Hadir sama, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Sherina Nordin dan finalis AJL24.

Tambah Farid, persaingan AJL cukup sengit membuatkan pihaknya cukup teruja menyaksikan pentas akhir nanti. Melihat pada bakat-bakat baru sebagai pelapis masa depan sebagai perkembang positif bagi industri muzik tanah air."Menerusi pertandingan ini kami dapat lihat bakat artis baru, genre muzik baru secara tidak langsung meningkatkan taraf industri muzik kita. AJL adalah tempat untuk komposer mempertaruhkan karya mereka. Malah kami juga tidak kisah jika komposer juga boleh menyanyi dan alhamdulillah ia perkembangan yang cukup bagus," kata Farid yang memaklumkan bajet perbelanjaan final AJL24 sekitar RM2 juta. Mengenai pemilihan pengacaraan yang mengekalkan gandingan Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar pula, beliau menaruh keyakinan tinggi kepada gandingan mereka memandangkan AJL sudah mempunyai reputasi tersendiri. Biarpun banyak pilihan pengacara namun beliau percaya pengalaman dan gandingan trio berkenaan membentuk kombinasi mantap.


Sementara itu, Penerbit AJL24, Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) yang mula menyertai stesen televisyen yang bernaung di bawah rangkaian Media Prima Berhad itu sejak 2000 menyifatkan sudah menjadi impiannya sejak sekian lama untuk penerbit program hiburan berprestij itu. Harapan yang tinggi daripada pihak pengurusan tidak memberikan tekanan kepadanya sebaliknya dia berharap dapat membalas kepercayaan pihak pengurusan TV3 dan meletakkan AJL24 pada satu tahap yang lebih tinggi."Memang harapan begitu tinggi menerusi program ini. Pembaharuan yang kami buat pada pentas final kali ini ialah set pentas yang canggih dan boleh bergerak dengan penggunaan hidraulik. Kami juga cuba mengimbas kembali kejayaan band-band popular mengikut zaman bermula 1960-an, 1970-an, pop yeh yeh dan seterusnya kepada kemunculan band indie.

Konsep persembahan adalah di pertengahan pentas. "Persembahan peserta akhir akan diiringi orkestra penuh. Akan ada banyak pergerakan di atas pentas set. Kami cuba menampilkan pembaharuan dari segi susunan muzik, persembahan pentas dan pergerakan artis itu sendiri," katanya. Pentas final yang dimulakan dengan persembahan juara AJL22, Estranged yang menyampaikan lagu Aurora diikuti lagu Tak Mungkin Kerana Sayang nyanyian Alyah, Cinta Adam & Hawa (Misha Omar), Masih Jelas (Hafiz), Situasi (Bunface), Pakai Buang (Stacy), Pergi (Aizat) dan Aku Skandal (Hujan).Lagu seterusnya Bencinta nyanyian Faizal Tahir, Aku Rindu sayang Kamu (Black) dan Bengang (Akim), Dan Sebenarnya (Yuna), Kau Aku (Aizat) dan Rindu Terhenti (Tomok).Peserta dinilai 70 peratus sebelum persembahan akhir, 30 peratus ketika persembahan. Begitu juga persembahan vokal terbaik dan persembahan terbaik. Juara AJL24 bakal membawa pulang wang tunai RM35,000 dan trofi, naib juara (RM15,000 dan trofi), tempat ketiga (RM12,000 dan trofi) manakala bagi persembahan terbaik dan vokal terbaik pula masing-masing menerima RM10,000 dan trofi.

Selama tiga minggu peringkat separuh akhir Muzik-Muzik berlangsung yang menyaksikan 30 lagu berentap untuk merebut 14 tempat ke pertandingan akhir AJL24. Anugerah berprestij itu bakal membuka tirai dengan acara Permaidani Merah jam 7.30 malam dan dibawakan secara langsung melalui laman sesawang www.tv3.com.my. Pelbagai aktiviti dan program turut dijalankan serentak menjelang kemuncak AJL24. Jenama kecantikan L'oreal Paris, syarikat telekomunikasi maxis dan hotlink sebagai penaja utama AJL24.

PERSEMBAHAN ARTIS PADA FINAL AJL24LAGU/ PENYANYI/ KOMPOSER/ PENULISLIRIK

1)Aurora (Estranged/ Estranged)
2) Tak Mungkin Kerana Sayang (Alyah/ Ajai/ Habsah Hassan)
3) Cinta Adam & Hawa (Misha Omar/ Azmeer/ Loloq)
4) Masih Jelas (Hafiz/ Aidit Alfian/ Ad Samad)
5) Situasi (Bunkface/ Sam)
6) Pakai Buang (Stacy/ Edry)
7) Pergi (Aizat/ Pete Teo)
8) Aku Skandal (Hujan/ Noh)
9) Bencinta (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
10) Aku Rindu Sayang Kamu (Black/ Yuzai)
11) Bengang (Akim/ Amir/ Sheikh Qalam)
12) Dan Sebenarnya (Yuna/ Yuna/ Paan/ Efry/ Adil)
13) Kau Aku (Aizat/ Aizat)
14) Rindu Terhenti (Tomok/ Aubrey Suwito/ Tinta)

5 ulasan:

  1. NO6 ni sbnranya no tuah aku..
    aku hope Stacy dpt la tuah dri no 6 ni...hehehe..amin..

    BalasPadam
  2. aha okayy lah jauh sikit dari akim player tu hahahahahha

    BalasPadam
  3. No 6 harap bertuah , suporter jgn lupa dtg suport k? Kalahkan GAFIMMERS (kelab peminat yg suka mengutuk) chauuu peaceee

    BalasPadam
  4. mudah-mudahan la stacy menang thn ni..walaupun kita tak dpt apa2 jika stacy menang tp kita dpt tumpang bangga,happy sebab kat malaysia ni tak ada lg artis yg cun dance n sing dgn bagus..so niat yg suci mencerminkan kita rakyat malaysia yg saling bantu-membantu..semanggat 1malaysia..sokong stacy..dance,sing n song...bah!!!amin

    BalasPadam
  5. juara antara juara generasi baru beradu beraksi di pentas AJL24...woh stimm2..GO STACY!!..

    BalasPadam