Lokasi :Penang
Masa 9pm
Tarikh : 25 Oktober 2009
Pakai Buang
Poker Face & Right Now
*video credited to Ryomasakuno
Masa 9pm
Tarikh : 25 Oktober 2009
Pakai Buang
Poker Face & Right Now
*video credited to Ryomasakuno



Baru-baru ini Presiden Stacy's Frenz telah diberi penghormatan bersama presiden Mila FC, Dafi FC, Akim FC dan Aril FC dijemput ke Majlis Pelancaran Drama "KAU & AKU". Layanan yang diberi oleh kakitangan ASTRO Entertainment S/B memang tip top. Walau ada FC lain hanya menghantar wakil ( AJK yg agak penting ) tapi kami sesama ketua FC sempat beramah mesra dan bertukar pendapat dan info. Namun begitu Stacy tidak dapat hadir ke Majlis pelancaran tersebut kerana terlibat dengan fotoshoot untuk majalah SENSASI pada hari yang sama. Setiap presiden FC bergambar dengan penyanyi masing-masing kecuali presiden Stacy;s Frenz yang terpaksa bergambar solo atas cadangan wartawan. Presiden Stacy's Frenz juga ditemubual oleh wartawan pada masa itu. Drama "KAU & AKU" ini berkisar tentang dunia remaja ( ala-ala High School Musical ) yang diadaptasi dari Telenovela Latin yang menjadi fenomena di sana. Waaupun Stacy hanya tampil sebagai cameo, tetapi penampilan istimewanya itu dijangka akan memberi impact terutama dari segi sambutan penonton. Oleh yang demikian, presiden SF terpaksa menyimpan amanah tidak akan memberitahu dalam siri keberapa Stacy akan muncul kerana bimbang penonton hanya menunggu siri tersebut sahaja. Jadi, pada peminat Stacy semua, saksikan drama ini dari awal dan nantikan Stacy beraksi dengan lagu 'GAGAP' yang mana shooting dilakukan di Jakarta. Drama "KAU & AKU" ini akan mula bersiaran pada setiap sabtu, jam 10.00 malam, pastinya di ASTRO RIA ( saluran 104 ).



STACY YANG CERIA BILA KAMI DATANG SUPPORT DIA
ANTARA YANG DATANG KE RAKAMAN TERSEBUT
STACY DIKELILINGI OLEH KOSE, ZAKI,SNIPER & SHAFIQ
Semalam Sebahagian ahli-ahli Stacy's Frenz telah memeriahkan rakaman 'JANGAN TIDUR LAGI' yang mana Stacy menjadi tetamu undangan selain A.R Badul. Program 'Talk Show' yang berkonsepkan santai itu telah dikendalikan oleh Saiful Apek sebagai pengacara. Banyak juga soalan dari Saiful dan jawapan lucu dari Stacy. Stacy telah membuat kemunculan baru dengan rambut teknik rebonding, sungguh sweet sekali. Stacy telah mempersembahkan 2 buah lagu, iaitu lagu 'Pakai Buang' dan sebuah lagu Inggeris yang dibantu oleh kumjpulan Kristal. Program yang melibatkan Stacy ini akan ditayangkan pada 11/11/09 di TV3, hari rabu...pukul 11 malam, tunggu...
STACY SEDANG MEMBUAT PERSEMBAHAN