- Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
- Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
- Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
- AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
- Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
- Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6
27 Sep 2009
Stacy dan keluarga beraya
Malam sebelum Stacy balik ke KL, beberapa org ahli StacyFrenz telah merancang untuk berjumpa dgn Stacy untuk memberikan sijil penghargaan The Outstanding Young Person Sabah. Kebetulan malam itu Stacy dan familynya ingin pergi beraya di rumah mak ciknya lalu mengajak skali kami..JPG)



26 Sep 2009
Kejutan Hari Jadi Cherry
Lokasi: Rumah Mrs X
Agenda: Kejutan Hari Jadi Cherry
Masa:9:00 pm - 11:00 pm
Bertempat di rumah auntie X, beberapa ahli stacyfrenz telah berpakat untuk memberi kejutan sempena meraikan hari jadi kakak Stacy iaitu Cherry. Walaupun hanya beberapa ahli yang hadir tetapi meriah dengan adanya aktiviti membaling tepung untuk 'Birthday Girl'. Selamat hari lahir Cherry.Agenda: Kejutan Hari Jadi Cherry
Masa:9:00 pm - 11:00 pm




Perjumpaan sebelum warna warni aidilfitri
23 Sep 2009
22 Sep 2009
Stacy di Lagenda Lebaran TV3
Stacy & Imran Ajmain - Senandung Hari Raya Untukmu
Stacy & Dato' Sharifah Aini - Hari Yang Mulia
Video credited to asilah1991
20 Sep 2009
Stacy @ Habeebi Mawi Aidilfitri
Video credited to woohoomae
15 Sep 2009
STACY & CHAQ DI BIRTHDAY SUPRISE ABBY
Pada ahad lepas, Stacy & Chaq serta Stacy's Frenz yang lain telah berpakat untuk meraikan birthday suprise buat Abby Yanti. Bertempat di NEWS KTV Bukit Bintang, kami berkumpul pada pukul 9.30 malam. Bukan hanya setakat meraikan hari ulangtahun Abby dengan menyanyikan lagu Happy Birthday, malah Stacy dan Chaq menyanyikan beberapa buah lagu khas pada Abby sebagai hadiah hari ulangtahunnya. Memang bertuah bila menjadi AJK Stacy's Frenz, bukan hanya selalu dapat bertemu dengan Stacy bila ada perjumpaan, malah jika Stacy ada kelapangan, dapat pula kejutan dan penghormatan meraikan ulangtahun sebegini. Pastinya buat Abby, ini adalah kenangan ulangtahun yang paling bererti dan istimewa sekali. Mungkin anda tidak sebertuah Abby yang mendapat kenangan ulangtahun yang paling istimewa, tetapi anda berpeluang menjadikan Hari raya anda satu peristiwa yang paling istimewa dan menjadi kenangan seumur hidup bila dapat bersalaman, mengucapkan ucapan hari raya pada Stacy sendiri secara empat mata pada majlis WARNA-WARNI AIDIL FITRI BERSAMA STACY & CHAQ nanti. Belilah tiket selagi ada, kerana kali ini tiket laku sangat kerana majlis tersebut diadakan pada hari ahad. Bayangkanlah, hari ulangtahun Stacy dibuat pada hari isnin iaitu hari bekerjapun ramai juga yang datang. Jom jumpa Stacy di sana...di sana...di sana...
HAPPY BIRTHDAY ABBY !!

KOSE & STACY
COMELNYA STACY




14 Sep 2009
STACY MEMONOPOLI RANCANGAN RAYA
DESIGN BY WOOHOOMAE

Sebagai tambahan, selain dapat melihat aksi Stacy di 5 buah rancangan Raya tahun ini menerusi kaca TV anda, ada lagi satu tambahan iaitu 'WARNA-WARNI AIDIL FITRI BERSAMA STACY & CHAQ". Wah nampaknya Stacy melengkapkan Raya anda tahun ini dengan muncul dimana-mana samada di TV dan dipentas nyata. Sebagai pesanan, sebelum terlepas peluang bertemu mata dan bersalam dengan Stacy ( kerana pada ranncangan TV anda hanya dapat melihat Stacy sahaja ), pastikan anda membeli tiket seawal yang boleh kerana walaupun kami umumkan tarikh akhir membayar tiket adalah pada 5hb.October.2009, tetapi kalau esok lusa telah cukup tetamu, kami tidak akan menjual tiket lagi kerana ruang Ballroom walaupun boleh memuatkan 500 orang, tetapi kami hanya mensasarkan tetamu 300 orang sahaja. Mengapa? sebab manalah Stacy larat beri autograf dan bergambar dengan orang seramai 500 orang? yang 300 orang ni pun pasti membuat dia keletihan. walau bagaimanapun, semasa bertemu Stacy semalam di Karaoke sempena menyambut Ulangtahun AJK kita iaitu Abby Yanty, Stacy berkata yang dia teruja sangat hendak bertemu dan beraya bersama peminatnya, dia akan menyanyikan sebuah lagu Raya dan dua buah lagu biasa. Chaq juga akan menyanyikan sebuah lagu Raya dan dua buah lagu semasa. Sementara artis-artis jemputan lain akan menyanyikan sebuah lagu seorang. " Jadikan Hari raya anda tahun ini sebagai kenangan Raya terindah bila dapat bersalam, beramah mesra, bergambar, mendapat autograf dari Stacy dan mengucap Selamat hari raya padanya face to face ".
12 Sep 2009
SAKSIKAN STACY DI LAGENDA RAYA TV3
( Saya kepilkan disini VC rancangan SAMPAIKAN 2008 TV3 atas permintaan ramai yang hendak melihat manisnya Stacy berbaju Raya...sila klik URL di atas - KOSE )
*****************************************************
Kisah ini pernah kami siarkan sebelum ini, tetapi pastinya ramai yang tertanya-tanya, bilakah tarikh tayangannya? jam berapa? Kalau tahukan senang hendak atur ziarah Raya ke rumah teman dan sanak saudara sebelum atau selepas program tv istimewa ini. Para peminat Stacy jangan ketinggalan untuk menyaksikan rancangan 'LAGENDA LEBARAN' di TV3 pada Hari Raya ke 3, pukul 6 petang. Walaupun VC rancangan ini telah kami postkan di sini, tetapi untuk mutu gambar dan suara yang hebat, kena juga saksikan dikaca TV anda kelak. Juga di bawah ini ada disertakan foto-foto yang lebih jelas. Antara artis yang turut terlibat adalah gabungan artis veteran dan artis baru seperti Stacy, Imran Ajmain, Tomok, Dafi,Dato' Sharifah Aini, Dato' D.J.Dave, Elyana, The Fabulous Catz, One Nation Emcee, Aman, Shah, Dato, Jamali Shadat, Zizi AF7, Azlina Aziz, Achong ( Sweetchild ) dan ramai lagi.
10 Sep 2009
Perlawanan Futsal Stacyfrenz Vs Naizlefan Club
Lokasi : Subang Jaya
Masa : 11 pm - 1 am
Semalam bertempat di Subang, telah berlangsungnya perlawanan futsal di antara Stacyfrenz dan Naizle fan club. Yang manisnya, kemenangan telah berpihak kepada team Stacyfrenz dengan 28 goal berbalas 26 dan menariknya penyumbang goal terbanyak untuk team stacyfrenz adalah Stacy sendiri.Masa : 11 pm - 1 am







6 Sep 2009
Stacy Di Nasi Lemak Kopi O
Stacy-Pakai Buang
Stacy & Chaq -Sayang
videos credited to izah 1237
Temubual Stacy
Stacy & Chaq -Sayang
videos credited to izah 1237
Langgan:
Catatan (Atom)