DESIGN BY WOOHOOMAE

Sebagai tambahan, selain dapat melihat aksi Stacy di 5 buah rancangan Raya tahun ini menerusi kaca TV anda, ada lagi satu tambahan iaitu 'WARNA-WARNI AIDIL FITRI BERSAMA STACY & CHAQ". Wah nampaknya Stacy melengkapkan Raya anda tahun ini dengan muncul dimana-mana samada di TV dan dipentas nyata. Sebagai pesanan, sebelum terlepas peluang bertemu mata dan bersalam dengan Stacy ( kerana pada ranncangan TV anda hanya dapat melihat Stacy sahaja ), pastikan anda membeli tiket seawal yang boleh kerana walaupun kami umumkan tarikh akhir membayar tiket adalah pada 5hb.October.2009, tetapi kalau esok lusa telah cukup tetamu, kami tidak akan menjual tiket lagi kerana ruang Ballroom walaupun boleh memuatkan 500 orang, tetapi kami hanya mensasarkan tetamu 300 orang sahaja. Mengapa? sebab manalah Stacy larat beri autograf dan bergambar dengan orang seramai 500 orang? yang 300 orang ni pun pasti membuat dia keletihan. walau bagaimanapun, semasa bertemu Stacy semalam di Karaoke sempena menyambut Ulangtahun AJK kita iaitu Abby Yanty, Stacy berkata yang dia teruja sangat hendak bertemu dan beraya bersama peminatnya, dia akan menyanyikan sebuah lagu Raya dan dua buah lagu biasa. Chaq juga akan menyanyikan sebuah lagu Raya dan dua buah lagu semasa. Sementara artis-artis jemputan lain akan menyanyikan sebuah lagu seorang. " Jadikan Hari raya anda tahun ini sebagai kenangan Raya terindah bila dapat bersalam, beramah mesra, bergambar, mendapat autograf dari Stacy dan mengucap Selamat hari raya padanya face to face ".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan