OFFICIAL CHAT ROOM

Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda. Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini. Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh. AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi. Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!



Followers

Jun 29, 2009

Majlis Perkahwinan Abang Stacy

Tarikh : 28 Jun 2009
Lokasi : Dewan Penduduk Taman Puchong Perdana, Puchong

Stacy sedang menepung tawar abangnya

Rombongan pengantin lelaki, diketuai emak Stacy, Puan Agnes dan ahli keluarga yang lain serta Stacyfrenz

Pasangan pengantin diarak masuk ke dalam dewan dengan paluan kompang.

Stacyfrenz dan ahli keluarga Stacy yang semakin rapat dan akrab tidak ubah seperti keluarga sendiri.

Stacy dan ibu tersayang

Pose istimewa untuk pembaca blog

Giliran ibu pula untuk menepung tawar pengantin

Gambar-gambar sumbangan aizulazril

Lain-lain gambar, KLIK SINI

Read more...

Jun 28, 2009

Video Stacy showcase @ Shenanigan, Hyatt

Read more...

Stacy showcase @ Shenanigan , Hyatt

Stacy showcase bermula pada jam 9 malam. Sebelum bermulanya showcase, Stacy memulakan acara dengan meraikan pemenang2 bertuah yang makan malam bersamanya. StacyFrenz yang hadir tidak dapat memberikan gambaran sebenar kerana kami hanya dapat memasuki Shenanigan pada jam 9 malam. Pada malam itu, Stacy telah menyanyikan 8 buah lagu iaitu Gagap, Pakai Buang, When I Grow Up, Total Eclipse of The Heart, No One, Jaiho, Hatin' On Da Club dan terakhir sekali Sweet Child of Mine. Lagu Gagap dan Pakai Buang tidak dapat dirakamkan kerana lagu itu Stacy nyanyikan untuk pemenang2 bertuah yang makan malam bersama beliau. Persembahan Stacy pada malam itu telah diringi oleh liveband, kumpulan MUSIKA.


All pictures credit to wannz dan ciput69


Read more...

Up close with Stacy

Seperti yang dijadualkan, Stacy telah berada di Kota Kinabalu bagi menjayakan program bersama Intimate pada 26hb yang lepas. Pada sebelah petang, Stacy telah menjayakan program up close bersama Stacy yang diadakan di 3 tempat iaitu Ngiu Kee (Centre Point), Sunny (Tanjung Aru) dan Chua Kah Seng (Donggongon)

All pictures credit to wannz dan ciput69


Read more...

Jun 25, 2009

Misi Anak Anam @ Berita Harian

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my


Chaq tinggalkan Bad Boyz kerana adiknya yakin potensinya dalam program Mentor musim ketiga


SEKALI imbas gambar yang dirakamkan ini tidak ubah seperti pasangan yang sedang asyik bercinta. Paling tidak pun, pasti ada yang menganggap mereka seperti sepasang kekasih yang begitu bahagia seakan dunia mereka yang punya.

Namun, sebelum andaian yang sebegitu terus menera wang fikiran, molek sekiranya diperkenalkan jejaka manis di sisi pemenang Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 itu ialah abang kandungnya bernama Chaq.

Celah Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam yang bakal mencecah usia 19 tahun pada 8 Ogos ini, memang mereka pernah disangka dilamun cinta ketika bersiar-siar di tempat umum. Paling melucukan, ungkap Stacy ketika ditemui minggu lalu, dia pernah dikatakan kakak kepada Chaq dek kerendahan saiz tubuh badan abang tersayang.

Mereka disatukan kerana membawa gelaran anak kepada keluarga An am. Kalau ada yang masih ingat, mereka juga adalah cebisan kumpulan Evoke yang pernah terkandas perjuangan sewaktu menyertai Gang Starz musim pertama 2007 lalu. Namun selepas, Stacy membuat keputusan mencuba nasib di pertandingan Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dan rezeki berpihak kepadanya bergelar juara, Evoke hanya tinggal bertiga.

Di kesempatan ini juga Hip ingin mengucapkan salam ta kziah kepada dua beradik ini kerana baru saja kehilangan bapa saudara tersayang. Perginya dua hari sebelum konsert penentuan Mentor 3 kumpulan A, bagaimanapun, Chaq yang sudah mengesahkan posisi ke peringkat separuh akhir sempat pulang ke kampung untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada arwah bapa saudaranya.

Stacy dan Chaq mula merentas dunia populariti menerusi penyertaan kumpulan Evoke dalam Gang Starz musim pertama

Seperti Stacy, Chaq atau nama sebenarnya Camelluis De’lelli Anam, 20, kini turut mengikuti jejak langkah adiknya untuk menggapai impian sebagai penyanyi solo dengan menyertai Mentor musim ketiga yang kini bersiaran di TV3. Di bawah bimbinga n komposer Ajai, Chaq harus membuat keputusan terbesar di dalam hidupnya dengan meninggalkan kumpulan anak didik pertama Adam AF2, Bad Boyz.

Ekoran tindakannya itu, lalu timbul gosip kononnya, Chaq tidak mengenang jasa dan mementingkan diri sendiri. Bukan berniat mempertahankan tindakan abangnya, tetapi Stacy mempunyai alasan tersendiri menggalakkan perjuangan solo Chaq yang baru saja bermula. Malah Stacy sendiri meninggalkan Evoke untuk mencapai cita-cita.

“Stacy yang beriya-iya menasihatkan dia (Chaq) untuk mencuba nasib di Mentor 3. Laluannya direstui, cubaannya membuahkan hasil apabila berjaya menjadi protégé Ajai. Sebelum ke uji bakat lagi, dia ada memberitahu ingin mengubah keputusannya daripada menyertai pertandingan itu kerana masih sayangkan Bad Boyz.

“Namun atas galakan Stacy, mummy dan daddy, dia menunjukkan kesungguhan menunjukkan sisi bakat yang ada. Apa salahnya, dia mencuba menerap proses pembelajaran dan menimba pengalaman. Mana tahu, ke depan nanti kalau ada rezeki dan jodohnya kembali bersama Bad Boyz. Stacy sekeluarga menyokongnya daripada belakang. Pengalamannya bersama Evoke sewaktu menyertai Gang Starz boleh dijadikan sandaran untuk dia bersedia dengan sebarang kemungkinan di Mentor,” kata Stacy yang mengikat kontrak selama dua tahun bersama Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).


Mahu bukti kehadiran bukan suka-suka


TANGGAL 26 Mei lalu genap setahun usia pembabitan gadis cilik yang semakin menunjukkan taring ketika memberikan persembahan bertenaganya di atas pentas. Malah, kehadirannya sudah mula memberi impak dan siapa sangka, penyanyi kelahiran Sabah ini pernah tercari-cari identiti sebenarnya dalam perjuangan muzik.

Namun, pertaruhannya berbaloi sejak tampil dengan album sulungnya, Aku Stacy, yang mula mendaki tangga populariti.

Akuinya, perjalanan masih jauh dan kredibilitinya mula tercalar selepas gagal memberikan persembahan sempurna sewaktu berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-21 di Putrajaya ketika mendendangkan lagu Wajah Suara Hati.

Mengumpul semangat daripada kesilapan lalu, Stacy mula memberikan persembahan mengagumkan ketika bolos ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu awal tahun lalu menerusi lagu Aku Stacy.

“Sewaktu keluar AF6, kehadiran Stacy bagaikan tidak disedari. Namun, selepas menjumpai identiti dan konsep muzik yang sesuai, Stacy sudah tahu formula yang betul, lalu inilah hasilnya. Stacy bersyukur dan sentiasa berusaha mencari kelainan. Stacy nak buktikan kewujudan ini bukan sekadar suka-suka. Alang-alang membuat sesuatu biar bersungguh dan Stacy hendak mengubah persepsi yang mengatakan produk bintang realiti itu umpama mi segera.

“Stacy selesa bergerak solo tapi menyanyi secara berkumpulan pun bagus juga. Kalau Fergie boleh menyanyi solo dan menyanyi dengan kumpulan The Black Eyed Peas, Stacy pun nak jadi sepertinya. Kalau ada peluang berduet dengan Chaq atau kembali menyatukan Evoke, Stacy takkan menolak peluang berharga itu. Harapnya, Stacy dapat mengukuhkan label nama sendiri di Malaysia dan pergi jauh, sejauh yang mungkin. Barang kali menembusi pasaran negara luar ,” katanya yang gemar melayari laman sesawang Youtube untuk meninjau klip video tarian. Malah, jika tidak berkesempatan menonton persembahan abangnya di Mentor, dia hanya menontonnya di laman terbabit.

INFO: Stacy


  • Tidak mementingkan jenama mewah pakaian. Antara barangan jenama yang dibelinya seperti Guess, MNG dan Romp. Paling penting dan yang dititikberatkannya dalam pemilihan pakaian ialah stail yang ingin ditampilkannya. Stacy dan abangnya selalu membeli pakaian di Berjaya Times Square.

  • Malah, Stacy dan abangnya memang suka bergaya dan Stacy pernah memakai baju yang dimiliki Chaq.

  • Sedang mengikuti siri persembahan Gempak Selebriti Astro dan Jelajah Era.

  • Idolanya, Datuk Siti Nurhaliza, Beyonce Knowles, Britney Spears, Pussy Cats Doll.

  • Kata Stacy, mengikut perancangan AESB dia bakal merakamkan klip video lagu Gagap, Cerah dan Pakai Buang.

  • Mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS) sebagai ikon dan idola belia serta remaja dalam industri hiburan di Negeri di Bawah Bayu. Pengiktirafan itu dizahirkan kepadanya menerusi penganugerahan sijil penghargaan dalam bentuk plak yang diserahkan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim kepada anak kelahiran Kampung Tuavon, Penampang Mac lalu.

  • Read more...

    Jun 23, 2009

    Meeting @ Stacy House

    Semalam, Stacy Frenz telah pergi ke rumah Stacy untuk mengalu-alukan kedatangan Mak Stacy iaitu Puan Agnes ke Kuala Lumpur. Kami telah membuat sedikit jamuan sempena kedatangan Puan Agnes. Selepas menjamah makanan, kami telah berbincang dengan Puan Agnes mengenai meraikan birthday Stacy yang akan datang.





    Read more...

    Jun 21, 2009

    Stacy @ Tanjung Agas

    Stacy bersama-sama 5 orang finalis Akademi Fantasia 7 iaitu, Isma, Yazid, Akim, Aril dan Hafiz telah menjayakan konsert sempena Pecah Tanah di Tanjung Agas. Pada malam itu, Stacy telah menyampaikan 2 buah lagu iaitu lagu Pakai Buang dan Terlanjur Cinta duet bersama hafiz. Stacy Frenz yang hadir telah mengambil gambar dan video untuk tatapan semua peminat Stacy.







    pictures credited to Tkvie, Woohoomae, Haori
    videos credited to Haori

    Read more...

    Stacy Hadiahkan Lagu Buat Daddy

    Sumber : www.murai.com.my
    Teks oleh : Razif rosdi



    Setiap tahun, penyanyi lagu Gagap ini sering menyambut hari bermakna ini untuk ayahnya, Anam Bayar, 47, yang sudah bersara dari tugasnya. Malah, sebelum bergelar artis, Stacy sanggup ponteng kerja semata-mata untuk mengadakan majlis untuk ayahnya yang dipanggil Daddy sahaja.



    "Dulu, Stacy selalu buat majlis kecil-kecilan untuk Daddy. Stacy selalu masak barbeque untuk Daddy. Sekarang Stacy masih lagi sambut dan banyak memberikan Daddy hadiah.

    "Pada sambutan sebelum ini, Stacy menghadiahkan Daddy joran untuk memancing di laut dalam sebab dia suka sangat memancing. Lagi pun, Daddy ada minta Stacy belikan joran dari Kuala Lumpur," ujarnya.



    Selain itu, Stacy berkata dia takkan pernah melupakan jasa ayahnya dan sering terbayang wajah beliau setiap kali menyanyi. Masakan tidak, kejayaan Stacy selama ini pun atas sebab ayahnya yang tidak jemu-jemu mendidiknya agar menyanyi dengan betul.



    "Daddy juga pandai nyanyi. Kalau nak tahu, kalau tiba sambutan Hari Bapa, Stacy selalu nyanyikan lagu Angin Malam daripada Broery Marantika untuk Daddy. Itu lagu favourite Daddy. Kadang-kadang, Stacy menyanyi dan Daddy pula main gitar.



    "Sempena Hari Bapa tahun ini, Stacy nak ucapkan Happy Father's Day untuk Daddy! Stacy harap Daddy selalu menjadi bapa yang terbaik dalam hidup Stacy. Love Daddy so much," kata Stacy.


    Read more...

    Jun 20, 2009

    Rombongan Stacy Frenz ke Tanjung Agas

    Seperti yang ramai ketahui, show Stacy di Batu Pahat Mall di batalkan kerana Stacy terpaksa menghadiri show di Tanjung Agas, Pekan, Pahang. Kami, sebahagian dari Stacy Frenz telah bertolak seawal pagi untuk mengambil bahan berita untuk tatapan peminat Stacy di blog ini. Ini sebahagian daripada catatan perjalanan sebelum show bermula pada malam ini. Kami akan upload lagi gambar-gambar seterusnya dalam bahagian kedua catatan ini.


    Sempat posing di rumah Mrs X sebelum bertolak

    Masuk ke bahagian Temerloh, sebelum ke Pekan

    Menggeliat meluruskan badan setelah keletihan lama di dalam kereta

    Singgah minum di kawasan R & R

    Sempat bertemu Capik di kolej Shah Putra yang kebetulan sedang belajar di kolej tersebut

    Read more...

    DESIGN T.SHIRT TERBARU UNTUK PERTANDINGAN

    Rekaan Zulpan (3)



    Rekaan MrLovess (2)

    Rekaan Farrel

    Rekaan Ali Pentium

    Rekaan MrLovess

    Rekaan Zulpan


    Rekaan Fatihah Diyana


    Rekaan Zulpan (2)

    Rekaan Woohomae

    Rekaan Ezza Fazreen

    Rekaan Ezra Farizal (1)

    Rekaan Ezra Farizal (2)

    Rekaan Dalila Muslimin

    Rekaan Woohomae (2)

    Rekaan Woohomae (3)

    Rekaan El. EJ Jojie

    Rekaan Woohomae (4)


    Rekaan Ezra Farizal (3)


    Rekaan Ezra Farizal 4)


    Rekaan Ezra Farizal (5)


    Rekaan Ezra farizal (6)


    Rekaan Ezra Farizal (7)


    Rekaan Ezra farizal (8)


    Rekaan Ezra farizal (9)
    Sila buat undian anda sekarang juga!!!

    Read more...

    Jun 18, 2009

    Stacy @ Intimate Promo



    For those who are really mad-crazy about Stacy, don't forget to catch her @ Shenanigan's, Hyatt Regency Hotel @ Kota Kinabalu this June 26th. And win a chance to DINE & PARTY with Stacy in Shenanigan's Fun Pub!

    At the same time meet Stacy at :

    3.00pm - Ngiu Kee, Kota Kinabalu
    4.00pm - Sunny, Tanjung Aru
    5.00pm - Chua Kah Seng, Donggongon

    Read more...

    Jun 14, 2009

    Stacy @ Kosmo!

    Tenaga dan kesungguhan Stacy di atas pentas sememangnya mengagumkan. Gadis kelahiran Sabah ini mampu menari dengan baik dan cantik. Masakan tidak, dia biasanya akan mengikuti kelas tarian sebanyak tiga atau empat kali seminggu dengan durasi empat jam setiap sesi.

    "Kalau ada persembahan pula, saya dan rakan-rakan akan berlatih setiap hari termasuk memikirkan teknik-teknik tarian," katanya.


    Stacy kini sedang menyiapkan klip video lagu Pakai Buang yang ditulis oleh Edry KRU.


    Stacy dan Adam juga bakal berduet dalam sebuah lagu untuk album runut bunyi filem My Spy, juga terbitan KRU.


    Dia yang merupakan juara Akademi Fantasi musim keenam lega dengan kemunculan album perdananya, Aku Stacy. Album sulungnya itu menampilkan tujuh buah lagu dengan lima daripadanya adalah lagu baru. Antara komposer yang terlibat adalah Audi Mok, Kieran Kueak dan Edry KRU.


    Album itu telah dilancarkan oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok di Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Mac lalu.


    Energi di atas pentas
    Tenaga di pentas akan terhasil apabila saya sangat bersemangat. Ia berlaku secara semula jadi terutama bila kita menyukai apa yang kita buat. Di atas pentas, saya rasa diri saya seakan Diva dan akan membuat persembahan dengan penuh semangat. Saya mahu penonton terpegun melihat saya.


    Pelapis Anita Sarawak

    Terima kasih kerana ada orang yang menganggap saya sebagai pelapis Anita Sarawak. Tapi jauh di dalam hati, saya belum layak digelar begitu sebab perjalanan saya masih jauh. Banyak lagi yang saya perlu pelajari dan lalui untuk sampai ke tahap itu. Namun lagu Kak Nita yang paling saya suka adalah Akhirnya dan Ular.


    Anugerah Planet Muzik
    Sebuah acara penganugerahan besar yang melibatkan tiga buah negara iaitu Singapura, Malaysia dan Indonesia. Saya rasa mahu tercalon pun begitu susah apatah lagi untuk menang. Tapi saya gembira dengan nominasi yang diberikan kepada saya. Kalau ada rezeki, bolehlah menang.


    Hafiz AF7
    Dia seorang yang sangat berbakat, mempunyai vokal yang bagus dan boleh menyanyikan semua jenis lagu. Dia memang seorang penyanyi dan penghibur. Saya perhatikan dia boleh menyanyikan lagu daripada semua genre. Maksudnya dia memang versatil dan berkebolehan.


    Pinjam ah long
    ORANG yang meminjam daripada ah long sengaja mencari masalah. Kita sudah tahu pinjaman itu sangat berisiko. Inilah yang dikatakan tiada penyakit cari penyakit. Kita ada tenaga dan pilihan untuk mencari sumber kewangan lain. Jadi jangan cari jalan pintas yang akhirnya akan menyusahkan diri sendiri.


    Fesyen
    Saya adalah pengumpul kasut dan aksesori. Tapi dalam kehidupan seharian, saya tidak suka pakai aksesori. Kecuali di pentas, saya akan keluarkan dan pakai supaya nampak sedikit berbeza. Saya mahu beri kelainan dan impak. Kalau pakaian pula, saya akan pakai yang selesa dan elakkan seksi supaya senang saya menari. Saya sukakan pakaian yang nampak energetik.


    article and picture credited to Kosmo!

    Read more...

    Stacy @ Majalah URTV












    credted to : Virgonz

    Read more...

    Jun 12, 2009

    Stacy @ Penggambaran Video Klip PAKAI BUANG





    Resources: AbgManz

    Read more...

    Jun 8, 2009

    Stacy @ Press Conference Murai.com & Corntoz - Sunway Pyramid









    View full album? Click here
    Pictures by Adriana, Temah & Haori

    Read more...

    "Saya Dah Menang"



    Jika Dayang Nurfaizah mendapat jolokan sebagai Beyonce Malaysia, juara Akademi Fantasia musim ke 6 ini pula digelar sebagai Miley Cyrus Malaysia. Mungkin kerana gadis genit ini memiliki wajah yang comel, petah berkata-kata dan lincah menari di atas pentas.

    Tenyata pakej yang dimiliki Stacy berjaya menambat hati ramai peminat. Lihat sahaja populariti yang diraihnya. Bintangnya semakin bersinar-sinar dan tidak salah rasanya kalau dikatakan Stacy berjaya merampas aura seorang penyanyi lelaki yang dulunya sangat popular. Itulah yang dikatakan ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’.

    Terbaru, Stacy berjaya menempatkan diri dalam senarai pencalonan Anugerah Planet Muzik 2009 (APM 2009). Stacy dinominasi untuk Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita) untuk lagu “Aku Stacy” dan Artis Malaysia Paling Popular, sebaris dengan beberapa nama-nama besar yang lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan Misha Omar. Satu kejayaan yang boleh dibanggakan untuk orang baru seperti Stacy.


    “Saya sama sekali tidak sangka akan tercalon dalam anugerah yang sebesar ini. Tetapi, tidak dinafikan yang saya rasa sangat gembira dan bertuah. Walaupun ini hanya pencalonan, tetapi saya dah anggap ia macam satu kemenangan. Ini kerana bukan mudah untuk tersenarai dalam kedua-dua kategori tersebut,” ujar Stacy yang ditemui selepas sidang media APM 2009 baru-baru ini.

    Ditanya kategori yang mana dirasakan boleh dimenanginya, dengan yakin Stacy memberi jawapan yang menaruh harapan pada Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita).

    “Untuk pencalonan Artis Malaysia Paling Popular itu, rasanya Stacy belum sampai ke tahap itu. Lagipun, calon-calon yang lain hebat-hebat belaka. Tidak mungkin Stacy boleh mengatasi mereka. Apa pun semuanya terletak ditangan peminat kerana keputusannya berdasarkan undian SMS. Kepada yang ingin mengundi Stacy, bolehlah SMS dengan cara menaip APMMY11 dan hantarkan ke 33660. MY11 itu adalah kod nama Stacy.”

    Diminta mengulas tentang populariti yang diraihnya dalam masa singkat, Stacy memberitahu yang perkara itu dipengaruhi oleh tiga faktor utama.



    “Faktor pertama yang membolehkan Stacy berada di tempat sekarang ini adalah kerana peminat yang tidak jemu-jemu memberi sokongan. Kedua kerana pihak pengurusan yang banyak memberi peluang dan akhir sekali adalah kerana keupayaan diri saya sendiri.

    “Apa yang saya maksudkan dengan keupayaan sendiri ini ialah saya sentiasa mahu buat yang terbaik agar peminat tidak jemu dengan persembahan saya. Saya tidak mahu sia-siakan peluang yang ada sekarang ini,” terang Stacy.

    Dalam perkembangan lain, dalam waktu terdekat ini Stacy akan menjalani penggambaran video klip terbarunya untuk lagu “Pakai Buang”. Selain itu, dia juga akan tampil dengan single terbaru, ciptaan KRU. Bagaimanapun, single yang akan menjadi soundtrack filem “My Spy” itu masih belum diketahui judulnya.

    Bercerita tentang penglibatan Chaq dalam program ‘Mentor’, Stacy memberitahu GUA yang dia sentiasa menyokong abangnya itu.

    “Saya memang ada mengikuti perkembangan Chaq dalam program ‘Mentor’. Kalau saya nampak ada yang tidak kena, saya akan beritahu Chaq supaya dia ada peluang untuk memperbetulkannya. Selain itu, kami juga sering berbincang dan berkongsi idea agar persembahan Chaq nanti tidak membosankan,” jelas Stacy yang ingin terus bertahan dalam industri seni tanah air.

    info dari www.gua.com.my

    Read more...

    Jun 2, 2009

    Stacy @ Gua.Com STARCHAT










    Read more...