OFFICIAL CHAT ROOM

Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda. Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini. Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh. AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi. Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!

Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

May 31, 2009

Stacy @ Teluk Kemang - Lelong Amal Suria FM

Petang semalam, Stacy terlibat dengan program Lelong Amal Suria FM. Stacy telah melelong baju dan seutas rantai. Baju Stacy telah dijual dengan harga yang paling tinggi sekali dengan harga RM235.oo dan pembida yang bertuah itu adalah Tkvie. Sementara itu, rantai Stacy telah dibida dengan harga RM155.00. Stacy telah menyampaikan 3 buah lagu iaitu lagu Hati Ini Telah Dilukai, Pakai Buang dan Makhluk Tuhan Paling Seksi bersama anak buahnya Sin Chan.
















Antara Ahli SFC yang sanggup berpanas menunggu Stacy


Gambar-gambar lain, KLIK SINI

Gambar dari sudut lain, KLIK SINI



Read more...

Stacy @ Dataran Pahlawan - Lelong Amal Suria FM

Petang tadi telah berlangsung acara Lelong Amal Suria FM di Dataran Pahlawan, Melaka. Stacy antara artis yang turut hadir untuk melelong barangan peribadinya disamping membuat persembahan. Stacy telah melelong sepasang kasut dan sehelai baju. Manakala untuk persembahan, Stacy menyampaikan lagu Gagap dan Makhluk Tuhan Paling Seksi, duet bersama anak buahnya Sin Chan. Esok 31 Mei, acara lelong ini akan diadakan pula di Teluk Kemang, Port Dickson jam 3 petang. Bagi peminat yang berdekatan bolehla datang untuk memeriahkan acara.

Read more...

May 27, 2009

Stacy @ Anak Wayang



video and pictures credited to Haori

Read more...

Stacy @ Sen-Q SACC Mall

Bertempat di SACC Mall Shah Alam, Stacy telah di jemput hadir untuk membuat persembahan dan sempena dengan pertandingan Take Stacy Home yang telah di anjurkan oleh Sen-Q. Setelah selesai perasmian, Stacy telah menyampaikan 2 buah lagu iaitu Cinta Yang Ku Duga dan Pakai Buang. Rata-rata pengunjung yang hadir begitu puas hati dengan persembahan Stacy.





Read more...

May 26, 2009

Take Stacy Home


Kepada semua peminat stacy yang berkesempatan hari ini, 26 Mei 2009 bolehlah datang beramai ramai memeriahkan pertandinngan anjuran senQ ni..Mana tahu anda mungkin yang bertuah dapat menghabiskan masa bersama Stacy..

Read more...

Stacyfrenz di konsert Mentor

Pada malam ahad lepas 24 Mei 2009, stacyfrenz sekali lagi beramai ramai telah pergi ke Auditorium MBSA untuk memberikan sokongan kepada abang Stacy iaitu Chaq yang juga merupakan protege kepada Ajai. Istimewanya pada malam itu, president SFC juga telah membuat penampilan khas untuk menjayakan salah satu dari persembahan Chaq.


Read more...

May 25, 2009

StacyFrenz Suprise Gathering

Pada hari Sabtu baru-baru ini, bertempat di rumah Mrs X, telah berlangsung satu gathering untuk menyambut suprise birthday Anip dan sempena dengan kejayaan Capik melanjutkan pelajaran dia ke Kuantan. Majlis itu dirancang secara senyap bertujuan untuk memberi kejutan kepada Anip dan Capik. Anip dan Capik begitu teruja dan terharu dengan semua yang telah kami lakukan dan paling mereka tidak sangka apabila kek Manchester United di tempah khas untuk mereka berdua. Stacy Frenz ingin mengucapkan Happy Birthday to Anip and Good Luck for Capik.

Antara yang hadir pada malam itu

Seperti biasa, acara karaoke memang tidak boleh dilepaskan

Ini dia birthday boy, Anip

Good Luck di ucapkan kepada Capik

kek MU, yang sudah semestinya pasukan bola kegemaran Anip dan Capik

Read more...

Stacy @ Penggambaran Klip Video HIJAU



Stacy di Ulu Yam, 24 Mei 2oo9
Untuk penggambaran klip video 'Hijau'
Untuk tayangan RTM

Picture by AbgMan

Hijau

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo


Read more...

Stacy @ ZOOM MTF 2009

Stacy menyampaikan 4 buah lagu. Lagu pertama adalah "Pakai Buang" di ikuti dengan "Unfaithful", "Ayat-ayat Cinta" dan di akhiri dengan lagu "Gagap". Untuk melihat keseluruhan gambar, sila ke blog LadiFarah @ Ara












Read more...

May 24, 2009

STACY UCAP HALLIEW @ HELLO TO FANS

video

Dalam sibuk bermekap, Cherry sempat ambil video Stacy untuk mengucapkan hello pada peminat yang mengunjungi Blog Stacy's Frenz. Mungkin ramai yang tidak tau yang Stacy pandai bersolek dan perkara ini baik untuknya berdikari jika ada masalah make-up artis yang tidak dapat hadir, sekurang-kurangnya dia bersedia setiap masa.


Read more...

May 23, 2009

STACY DI SIRI JELAJAH 11 ERA @SHAH ALAM


Hari ini telah berlangsung siri Jelajah 11 ERA, kali ini di Shah Alam, Selangor. Selain Stacy, ada juga beberapa artis terlibat membuat persembahan. Seperti biasa Stacy's Frenz telah turun padang memberi sokongan. Antara yang datang ke tapak pesta tersebut adalah Probosis, Kose, Haori, Riana, Jezzy Sun, Flyingliza @ Liza dan woohoomae @ Ah Mae. Stacy sempat memberi pose2 istimewa untuk tatapan peminat yang mengunjungi Blog ini yang tidak dapat di majalah.









Read more...

May 22, 2009

Stacy Dan Keretanya (Hadiah Pemenang AF6)















All pictures credited to AbgManz

Read more...

May 21, 2009

Stacy di Harian Metro 21 Mei 2009

Tidur cuma tiga jam
Oleh Sakini Mohd Said (Sakini@hmetro.com)


Seperti kebanyakan artis baru yang mula berasa tempias populariti dan kehidupan sebenar dunia glamor apabila berkecimpung dalam bidang seni, hakikat itu turut dirasai Stacy. Katanya, cabaran untuk artis baru sepertinya lebih besar apabila perlu bersaing dengan ramai artis termasuk penyanyi senior yang sudah mempunyai banyak pengalaman.

"Ketika di akademi, saya pernah berimaginasikan rentak dunia seni. Namun, apabila keluar dari akademi, saya dapati realitinya jauh berbeza dari apa yang saya mimpikan. "Secara jujur, saya agak terkejut dengan senario sebenar persada seni dan barulah saya tahu betapa susahnya apabila berhadapan dengan realiti.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana sewaktu berada di Akademi Fantasia, saya didedahkan dengan pengetahuan dunia seni dan ini sedikit sebanyak membantu saya menerokai pentas hiburan," katanya.

Ketika namanya sentiasa meniti di bibir peminat, sudah tentu banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukannya untuk terus berjaya menggapai impian sebagai insan seni. Tanpa berselindung, Stacy mengakui sejak menjadi artis popular, waktu tidurnya bukan saja tidak menentu malah tidak cukup. Ada waktunya, dia hanya dapat tidur cuma dua atau tiga jam saja.

"Boleh dikira dalam sehari berapa jam saja saya tidur. Kalau dulu, ketika saya menyanyi di kelab, habis kerja lewat malam, tetapi saya dapat gantikan masa tidur di siang hari.

"Namun, sejak menjadi artis, waktu tidur saya hanya tiga atau empat jam sahaja sekiranya ada persembahan. Ketika awal jadi artis, saya agak pening dengan jadual tidur tetapi lama-kelamaan saya berjaya mengatasi masalah ini.

"Walaupun tidak cukup tidur namun saya tidak pernah menjadikan ia sebagai satu beban. Apatah lagi,inilah bidang yang saya minati dan ingin ceburi sekian lama. Jadi, saya tidak akan sia-siakan peluang yang ada hanya kerana masalah kekurangan tidur.

"Malah, setiap kali bangun dari tidur saya akan memotivasikan diri yang saya gembira dengan apa yang saya lakukan dan sama sekali tidak merungut dengan jalan yang dipilih," katanya.

Mengenai projek terbaru, kata Stacy, semuanya masih dalam perbincangan apabila Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro) menutup operasinya dan digantikan dengan pengurusan baru, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).

"Syukur kerana saya dapat diserapkan ke dalam pengurusan baru ini. Cuma, projek terbaru masih lagi dalam perbincangan pihak AESB. "Bagaimanapun, sementara menunggu perbincangan berkenaan selesai, syukur kerana setiap minggu ada saja undangan untuk mengadakan persembahan.

"Dalam sebulan, ada saja tawaran mengadakan persembahan di Sabah. Jadi, sambil mengadakan persembahan, saya turut mengambil peluang ini untuk berjumpa dengan keluarga," katanya.

Read more...

May 20, 2009

Stacy Bakal Takluk Indonesia

Teks/Foto: Azwan Annuar
Sumber: www.jomstar.com

Penyanyi yang meningkat naik, Stacy, mengakui dia bakal menakluki pasaran muzik seberang, dalam tempoh terdekat. Dengan berbekalkan keistimewaan yang jarang dimiliki oleh artis lain iaitu menyanyi serta menari secara 'live.'

Menurut Stacy, "Pihak Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) sendiri mempunyai perancangan demikian. Saya cukup teruja. Selain dari bakat yang ada, mereka mengatakan percakapan bahasa digunakan, mirip bahasa Indonesia. Ini juga satu kelebihan untuk pasaran di sana," ujarnya cukup gembira mengenai perancangan tersebut.

Stacy ditemui pada majlis pertandingan akhir 'Lagu Untuk Ibuku' anjuran Suria Fm yang diadakan di Bandar Utama, Damansara.

Melihat perancangan cukup hebat itu, Stacy juga ditanya, apa yang bakal dilakukan untuk memastikan fantasi itu menjadi realiti, katanya, "Saya akan cuba buat sehabis baik dari segala segi. Dengan peluang yang ada, saya pasti tidak akan melepaskannya begitu. Dengan perancangan pihak AESB, saya pasti impian itu akan termakbul."

Dengan gelaran sebagai Agnes Monica Malaysia, dia juga ditanya bagaimana mengekalkan stamina untuk menyanyi serta menari, ulas penyanyi genit ini, "Saya memang ada bersenam, tetapi agak jarang. Ini disebabkan jadual yang ketat, dan rasanya itu pun satu bentuk senaman," tambahnya lagi, "Selain itu, penjagaan pemakanan, walaupun saya masih makan dua kali sehari," sambungnya dalam tawa.

Read more...

May 18, 2009

Stacy di Pertandingan 'Lagu Untuk Ibu'

Siang tadi pada jam 3 pm, stacy telah di jemput untuk mengadakan persembahan dan menjadi salah seorang juri sempena pertandingan 'lagu untuk ibu' anjuran Suria FM bertempat di One Utama Shopping Mall. Di akhir pertandingan, Stacy juga sempat menghiburkan para peserta serta tetamu yang hadir dengan aksi lincahnya menerusi lagu gagap dan pakai buang.












Pictures credited to Flyingliza

Read more...

May 17, 2009

Stacy @ Konsert Akhir AF 7

Video by Teaoya






Pictures credited to Abg Manz

Read more...

May 16, 2009

Stacy @Pencalonan Muzik-Muzik



JANGAN LUPA UNDI PAKAI BUANG DI MUZIK-MUZIK
MM P304 dan hantar ke 33399


Video credited to izah 1237

Read more...

May 14, 2009

Stacy di Rakaman Muzik Muzik

Tadi pada jam 8pm bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral stacy terlibat dengan rakaman untuk pencalonan lagu baru di muzik muzik. Lagu yang dipertaruhkan oleh stacy ialah pakai buang. Seperti biasa persembahan stacy yang mantap mendapat sorakan penonton yang rata-rata nya hadir untuk menyaksikan persembahan stacy. Beberapa orang stacyfrenz juga sempat hadir untuk memberi sokongan kepada stacy.












Antara stacyfrenz yang hadir memberikan sokongan kepada stacy.

JANGAN LUPA MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN STACY DI MUZIK-MUZIK PADA HARI SABTU 16 MEI 2009 DAN MENGUNDI LAGU 'PAKAI BUANG'.

Read more...

May 6, 2009

SFC gegarkan MBSA

Ahad lalu, SFC telah berkumpul di MBSA Shah Alam untuk menyaksikan Mentor 3. Kali ini kami memeriahkan suasana di samping menyokong abang Stacy iaitu Chaq yang turut bertanding dalam acara tersebut yang mana beliau menjadi protege kepada Ajai. Pesanan Stacy kepada semua SFC, sama-samalah kita menyokong Chaq sebagaimana kita menyokong Stacy dahulu.


Antara barisan SFC yang hadir pada malam itu.


En. Kos dan Mrs. X ditemuramah oleh krew TV3.



Klip video pengenalan Chaq di mana Stacy turut ada.

Gambar oleh Ann8
Video persembahan Chaq
Blog Chaq
Gambar-gambar lain, klik sini.

Read more...

May 5, 2009

PERTANDINGAN MENCIPTA REKAAN T.SHIRT SF


Hello semua, dah lama rasanya saya tak berinteraksi pada peminat Stacy semua. Sebenarnya agak sibuk dengan urusan yang pelbagai. Saya dengan sukacitanya ingin mewar-warkan peraduan mencipta design terbaru untuk T.shirt Stacy's Frenz. Penyertaan terbuka pada semua, tak kira ahli atau bukan ahli...asalkan anda peminat setia Stacy. Ganjaran akan diberi pada ciptaan yang terpilih. Kami menerima seberapa banyak design dan untuk peringkat pemilihan, AJK Stacy's Frenz akan memilih 5 ciptaan paling kreatif dan terbaik, kemudian kami serahkan pada chatters untuk mengundi mana satukah pilihan mereka diantara kelima design tersebut. Ciptaan mestilah beserta logo Stacy's Frenz yang sedia ada bersaiz kecil di bahagian hadapan dan ada gambar Stacy samada di hadapan atau di belakang T.shirt tersebut. Segala pertanyaan atau penyertaan ciptaan boleh terus dihantar ke email saya iaitu kosserani@yahoo.com

Selain itu, ada lagi berita gembira yang saya hendak sampaikan, iaitu pada bulan may nanti Stacy's Frenz akan meraikan sempena setahun kemenangan Stacy sebagai Juara AF6. Pada bulan Ogos pula, Stacy's Frenz akan membuat Majlis Ulang Tahun Stacy secara besar-besaran. Jadi sedia tanda di kalender anda mengenai event ini - KOSE


CONTOH DESIGN YANG BOLE DI HANTAR PADA KAMI ADALAH SEPERTI DI BAWAH...







CLIK PADA GAMBA UNTUK LEBIH JELAS.
TERIMA KASIH.

Read more...

May 2, 2009

Corntoz TVC - Stacy



Tentang Stacy:
NAMA : Stracie Angie Anam
NAMA KOMERSIL : Stacy
PROFESSION : Penyanyi
BLOG MURAI : StacyAF6.geng.murai.com.my



Sinopsis:

Disebabkan Stacy terlalu sayangkan peminatnya, Stacy sanggup berbuat apa saja. Buktinya ketika asyik sibuk menandatangani autograf pada posternya, tiba-tiba poster tersebut habis. Namun, tanpa mahu mengecewakan peminatnya itu, Stacy yang sedang makan Corntoz sambil autograf itu menggunakan bungkusan Corntoz untuk menggantikan posternya yang sudah habis. Jom kita tengok reaksi Stacy!

















UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI
:
http://www.murai.com.my/vaniti/corntoz/

UNTUK UNDIAN VIDEO STACY SILA LAYARI :
http://www.corntoz.com.my/gallery#main




MARI KITA GERAK GEMPUR UNTUK MENGUNDI VIDEO CONRTOZ STACY!!

Read more...