OFFICIAL CHAT ROOM Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda. Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini


[ Copy this | Start New | Full Size ]

Apr 27, 2009

Stacy & Mila @ PENANG



Stacy mengisi borang pendaftaran sebelom bermain PAINTBALL

Stacy dan Mila bergamba bersama Crew

Tidak ketinggalan penari- penari Stacy pun turut serta dalam acara ini

Abg Man juga turut serta

Mendengar kata alu aluan sebelom acara bermula..

Wah terlebeh SUDAH... Stacy dan Mila memperaga BAJU REKAAN TERBARU


Stacy Dan Mila bergaya ala Askar yang mahu Berjuang

Stacy dan Mila telah bersedia tuk berPERANG

Stacy dan Mila bersama Team2 Paintball

credit pictures : Mr Zel Ashraf's @ Facebook Album

Read more...

Apr 26, 2009

Stacy di Berita Harian


QUE Haidar, Stacy dan Noorkhiriah melakar sejarah tersendiri apabila pertama kali menggenggam trofi berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008


Stacy yang dicungkil bakatnya menerusi Akademi Fantasia 6 (AF6) kira-kira setahun yang lalu, dia sudah mampu meraih undian peminat untuk memilihnya sebagai yang paling popular daripada puluhan atau ratusan artis baru yang muncul dalam industri bak cendawan tumbuh selepas hujan. 


Namun, di sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ketika nama Stacy berada di puncak, syarikat yang dipertanggungjawabkan menaikkan namanya, tiba-tiba tutup kedai apabila 1 April lalu, Maestro Talent & Management (Maestro) terpaksa memberhentikan operasinya gara-gara kegawatan ekonomi.

"Memang saya sedih kerana Maestro banyak membantu karier saya selama ini. Tapi, hidup perlu diteruskan, jangan pandang belakang lagi kerana hari mendatang masih banyak cabaran dan rintangannya. Saya sedar, kerjaya saya ditunjangi sokongan padu daripada peminat, bermula dari kemenangan di AF6 dulu sehinggalah dinobatkan pula sebagai Artis Baru Wanita Popular pada ABPBH2008, semuanya gara-gara undian peminat.

"Orang sering bercakap, bintang AF tidak mampu kekal lama, tapi saya akan membuktikan, kata-kata itu tidak benar! Saya yakin dengan kerja keras dan memelihara kualiti kerja, peminat sentiasa bersama kita. Seperkara lagi, jangan mudah lupa diri apabila nama berada di puncak. Saya selalu ingat, dari mana asal usul saya, saya lahir daripada keluarga yang miskin dan segala kejayaan hari ini adalah untuk membantu keluarga," katanya.

Menurut Stacy lagi, kontroversi yang berlebihan boleh membunuh kerjaya seseorang artis itu dan dia sendiri pernah dikritik kerana berpakaian seksi apabila tidak peka dengan sensitiviti peminat Melayu membuatkan kali ini berusaha mengurangkan imej itu.

"Sebagai artis, kita jangan 'bakar' platfrom atau jambatan yang membawa kita ke seberang dengan kesilapan diri sendiri.

"Saya tak nak jadi seperti sesetengah artis, populariti naik mendadak, tapi kerana keangkuhan, tak jaga mulut, populariti mereka jatuh menjunam," katanya yang mengakui masih berkawan rapat dengan rakan seperjuangannya, Nubhan sekalipun mereka kini jarang berhubungan kerana kesibukan masing-masing. 


sumber dari Berita Harian

Read more...

Stacy @ Anniversary MANGGA Ke - 14









Pictures credit to Halida_Halle

Read more...

Apr 24, 2009

Stacy Spokesperson for Power Root 2009






all pictures credits to www.powerroot.com.my

Read more...

Apr 20, 2009

Celebrate Birthday & Kemenangan Stacy

Beberapa orang StacyFrenz KK telah dijemput untuk memeriahkan majlis hari jadi Aldrich (adik Stacy) dan Christian (anak buah Stacy). Majlis itu juga meraikan kemenangan Stacy di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Stacy bersama 2 birthday boy...
Tengoklah, sayang sungguh Stacy dgn Aldrich
Stacy bersama kawan baiknya, Jesinta
Bergambar ramai2 bersama Stacy...
Bergambar bersama Cherry dan Chaq.. Aik ada ilang sorang la..
Aksi Stacy bersama kek khas untuknya dr StacyFrenz KK.. X sabar sdh tu..
"Thank you banyak2" kata Stacy

Read more...

Surprise for Stacy



Kami telah membuat rancangan untuk menyambut ketibaan Stacy di rumahnya di Kampung Tuavon. Kami telah meminta bantuan abang-abang Stacy, Chelton dan Chaq bagi menjayakan rancangan ini.

Geng penyerang hendap
Bersembunyi dibalik kereta...
Semua di belakang kereta ni...
Stacy terkejut... Hehehe
Alala... Cian Stacy kena sembur...
Ini saja la yg mampu kami buat untuk mengembirakan Stacy..

Read more...

Friendly Match FUTSAL - StacyFrenz VS Davom









Telah berlangsung petang tadi di Ampang Sport's Planet, satu perlawanan persahabatan antara Stacyfrenz menentang DAVOM. Stacyfrenz berjaya menjuarai perlawanan dengan 7 berbalas 3 mata. Tahniah buat pemain-pemain Stacyfrenz

Read more...

Apr 19, 2009

GATHERING STACYFRENZ DI RESTORAN KOSE

Sebentar tadi beberapa orang ahli Stacy's Frenz telah berkumpul beramai-ramai di Restoran Bayu Kinabalu sempena meraikan kemenangan Stacy's Frenz sempena perlawanan futsal persahabatan. Oleh kerana terlalu gembira dengan kejayaan tersebut, Abbyanty telah bermurah hati belanja makan sementara Kose pula belanja minum dan Mrs.X pula membawa cupcake dan kuih muih. Memang sungguh meriah suasana di restoran En.Kose sebentar tadi. En.Kose sungguh berbangga dengan kejayaan Stacy's Frenz dan berharap agar semangat kesukanan ini diteruskan demi kebaikan dan mengeratkan hubungan sesama FC di Malaysia.








Read more...

Apr 15, 2009

Stacy & StacyFrenz Meraikan Kemenangan










Bertempat di Pandan Mewah, Stacyfrenz Kuala Lumpur berkumpul bersama-sama dengan Stacy untuk meraikan kemenangan Stacy di ABPBH tempoh hari. Buat pertama kalinya juga chatters Tkvie turut serta dalam sambutan ini. Di kesempatan yang ada Stacy melahirkan rasa terima kasih yang tak terhingga kepada peminat yang telah mengundinya hingga beliau berjaya dinobatkan Artis Baru Wanita Popular. Jelas sekali di sini bahawa jika setiap peminat bersatu hati dan tidak putus menyokong artis kesayangan mereka, maka setiap yang kita impikan pasti menjadi kenyataan.

Pictures by Adriana07




Ucapan Stacy untuk semua penyokong beliau di ABPBH 2008

Read more...

Apr 13, 2009

Stacy @ ABPBH 2008


4.00 petang - masa bersolek

Jurusolek - Romzie Nuchie

(Gambar oleh Pojie)


8.00 malam - Acara Permaidani Merah


9 Malam - Acara pembukaan ABPBH
Stacy mempersembahkan lagu GAGAP

Aksi Stacy Frenz di ABPBH di Genting Highland









Stacy Frenz sekali lagi berkumpul kali ini di Arena of Star Genting Highland untuk acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008. Tahniah kepada Stacy atas kemenangan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular. Tahniah juga kepada STACY FRENZ atas sokongan padu dan undian yang tidak putus-putus demi memastikan kejayaan Stacy.

Antara Stacy Frenz yang hadir ialah Mr. Kose, Probosis, Mrs. X, Adriana, Casper, Haori, Ann, Liana, Mia, Ryo, Capik, Abby, Anip, Gerald dari PLKN, Woohoomae dan beberapa lagi peminat bertuah. Walaupun ada Stacy Frenz yang sibuk dengan kerja dan sibuk untuk menghadapi final exam, mereka sanggup mengambil cuti semata-mata untuk memberi sokongan serta semangat kepada Stacy.

All pictures credited to Mr Casper





Read more...

Stacy Artis Baru Wanita Popular!!


Tahniah buat Stacy kerana berjaya merangkul Anugerah Artis Baru Wanita Popular Berita Harian 2008. Terima kasih juga kepada semua StacyFrenz yang mengundi nama Stacy bagi memastikan Stacy berjaya merangkul anugerah tersebut. Syabas juga buat Stacy kerana melakukan persembahan opening yang sangat bertenaga membuatkan keadaan di Genting Highland yang sejuk itu menjadi hangat. Sekali lagi, TAHNIAH STACY!!!

Read more...

Stacy Idola Belia Sabah


Ini adalah plag penghargaan kepada Stacy atas kejayaan sebagai Juara Akademi Fantasia Ke-6 dan berjaya menempah nama dalam industri hiburan Negara serta menjadi Idola Belia Sabah.

Read more...

Apr 11, 2009

STACY, ANITA GEGARKAN ABPBH2008

Berita Harian 11 April 2009
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my

Gabungan baru dan lama menghangatkan persembahan di malam kemuncak anugerah ke-22 ini

KELINCAHAN penghibur berusia 57 tahun, Anita Sarawak di pentas sentiasa memukau. Tenaga serta aura luar biasa yang dimiliki penyanyi hebat ini sentiasa menyalur kehangatan yang sukar diungkapkan dengan perkataan. Biar bersilih ganti penyanyi datang dan pergi, Anita kekal di hati pencinta bakatnya dan berdiri selesa dalam liga yang tersendiri.

Tidak tercabar, tiada tandingan membuatkan nama yang begitu sinonim dengan lagu rancak seperti Tragedi Buah Epal dan Akhirnya Kini Pasti selain sentuhan balada antaranya Cintamu Muzik Di Hatiku dan Asmara terus mekar dalam sanubari pencinta seni.

Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 di Arena Of Stars, Genting Highlands, malam esok sekali lagi menyenaraikan nama Anita sebagai antara penghibur yang bakal menghangatkan siaran dipancarkan secara langsung menerusi TV3 itu.

Menyuntik kelainan selain meraikan kehebatan aksi dua bintang berbeza era, Anita yang membuka tirai persembahan dengan Akhirnya Kini Pasti akan ditemani Stacy yang membawakan lagu terbarunya, Gagap. Bertarung kreativiti dan kekuatan koreografi, kedua-dua penyanyi hebat ini akan menghangatkan pentas dengan gerak tari memukau digarap istimewa untuk kemuncak ABPBH 2008.

Seperti kata Stacy, mengadakan persembahan pada kemuncak acara hiburan berprestij seperti ABPBH 2008 sememangnya menjadi impian terutama untuk penyanyi yang sedang bertapak sepertinya.

"Latihan dibuat sekitar dua minggu kerana saya mementingkan kesempurnaan setiap kali menaiki pentas. Biarpun sudah biasa membawakan lagu Gagap, latihan tetap dipergiatkan kerana saya perlu mencari kelainan untuk acara berprestij seperti ABPBH 2008," katanya.

Selaras dengan objektif penganjuran ABPBH 2008 yang mengiktiraf penggiat seni pelbagai cabang hiburan, peranan peminat yang selama ini menjadi tunggak pemacu industri juga tidak dipinggirkan.

Justeru persembahan yang dirangka memenuhi kehendak serta kepelbagaian cita rasa kelompok pencinta seni berbeza usia dan kegemaran. Aspek utama yang ditekankan pada ABPBH 2008 adalah sajian lagu menghiburkan, mencakupi kepelbagaian genre yang membentuk acuan kepada industri hiburan.

Keistimewaan lain yang dijangka memberi warna pada malam kemuncak ABPBH 2008 ialah gabungan kumpulan rock generasi baru, Kristal bersama tiga penyanyi terkenal era 60-an, Datuk A Rahman Hassan, L Ramlie dan Jefrydin.

Gandingan mereka dijangka meledakkan lagi kehangatan ABPBH 2008 apabila bersatu membawakan medley popular seperti Ayahku Kahwin Lagi, Kenanganku dan Tak Mengapa.

"Elemen menarik ini mampu memberi warna kepada perjalanan ABPBH 2008, malah dijangka membangkitkan kejutan kerana jarang gandingan seperti ini dibawa dalam acara hiburan yang menerima liputan meluas", kata Pengerusi Pengelola ABPBH 2008 yang juga Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah.

Read more...

Apr 10, 2009

Stacy @ URTV Promotion

Antara beberapa keping gambar ketika Stacy di URTV promotion

Antara beberapa keping gambar ketika Stacy di URTV promotion
Stacy bersama Roslan Shah

Bergambar bersama peminat.. Yg pakai topi to OKFIND....

pictures kredit to http://okfind88.blogspot.com/

Read more...

Apr 8, 2009

STACY'S FRENZ MERAIKAN AHLI SF KK

Seperti yang ramai telah tahu, Stacy's Frenz bukan hanya meraikan hari Ulangtahun ahli yang kami tahu dan berdekatan area Wilayah & selangor, malah melawat yang sakit. tapi selain dari itu. kami juga meraikan kedatangan rakan-rakan Stacy dari jauh. Kali ini Orangez @ Fahmi dan Tin Biru @ Jong telah datang ke KL dari KK. mereka adalah ahli SF KK. Kebetulan kedatangan mereka benar-benar langkah kanan bilamana kebetulan siri jelajah ABPBH berada di destinasi Klang parade dan Stacy juga membuat persembahan. Maka dapatlah Orangez dan Jong melihat konsert jelajah ABPBH secara live yang mana beberapa artis yang lain juga membuat persembahan.

Seusai jelajah ABPBH di Klang Parade, mereka dan yang lain menuju ke Shah Alam pula untuk minum petang di Mc Donald. Pada sebelah malamnya pula, mereka berdua dijemput ke rumah Mrs.X yang kebetulan baru balik dari Trengganu dengan membawa Nasi dagagng dan Keropok Lekor yang segar. selain Orangez dan Jong, antara yang hadir di rumah Mr.X pada malam itu adalah Kose, Liana, Liza, Mia, dan abbyanty. Pada Carina, Wannz dan Jessyfly di KK tu, bila pula nak datang ke KL? SF di Kl ini sentiasa mengalu-alukan dan menanti kedatangan anda semua.

KAMI SEMPAT BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI
ABBYANTY DAN ORANGEZ SEMPAT CHATTING DGN TKVIE, LIZA DAN LIANA YANG BALIK AWAL

KAMI JUGA BERKARAOKE PADA MALAM ITU
PRO PUN SEMPAT BERI POSE ISTIMEWA
AH MAY MENYANYIKAN LAGU 'LAGU UNTUKMU' OLEH JUMPA PAKCIK HUSSAIN
Pada yang lain pula bila lagi nak ke KL? antara yang kami nantikan adalah OKFIND ( datanglah lagi ), CIK CAHAYA, NADIAQELATE, MR.LOVESS ( datanglah lagi ) dan begitu dengan juga yang lain yang tak sempat kami sebutkan. dengan adanya pertemuan sebegini, bukan hanya dapat berkenal lebih rapat lagi, malah dapat megeratkan persahabatan sesama ahli SF.

Read more...

Apr 7, 2009

Duet Bintang AF7 Untuk KOnsert Ke-5


Bintang-bintang yang dilahirkan oleh Akademi Fantasia musim terdahulu akan dipasangkan menjadi pasangan duet pelajar-pelajar AF7 untuk konsert minggu ini. Idea menarik ini adalah hasil gabungan idea Principal, tenaga pengajar dan pihak produksi AF7 ini dijangka mampu untuk menghangatkan lagi konsert minggu kelima AF7

Bintang-bintang AF yang dipasangkan bukan hanya akan muncul di konsert hujung minggu ini, malah akan turut berlatih bersama-sama pelajar di Akademi. Usaha penggabungan ini dilihat merupakan satu langkah yang baik untuk menghasilkan persembahan yang menarik selain mampu mengembalikan nostalgia bintang-bintang yang pernah menceriakan Akademi satu ketika dahulu

Pada minggu kelima ini, pelajar telah diberikan tugasan secara berduet. Tiga pelajar wanita yang masih kekal adalah Claudia yang akan berduet menyanyikan lagu Kau Muzik Di Hatiku (Jaclyn Victor/ Vince), Isma – Kau Mawarku (Datuk Siti Nurhaliza/ 2 By 2) dan Aishah – Dua Hati Jadi Satu (Dafi/ Gita Gutawa)

Akim mendapat lagu Jika Kau Tiada nyanyian duet Yusry/ Erra Fazira, Qhaud - Di Bius Cinta (Yusry/ Melly Goeslow), Hafiz – Terlanjur Cinta ( Rossa/ Pasha/ Ungu), Aril – Aku Dan Dirimu (Ari Lasso/ Bunga Cinta Lestari), Yazid – Terharu (Jamal Abdillah/ Mawi) dan Sidi - Cinta Yang Sempurna (6ixth Sense/ Tirta Feat. Noe Letto)

Namun, siapakah bintang-bintang Akademi Fantasia yang akan dipadankan dengan 9 pelajar yang masih kekal di Akademi hanya akan diumumkan esok. Untuk mengetahuinya, jangan ketinggalan menonton Diari Akademi Fantasia 7 esok, 9 malam di Astro Ria (Saluran 104)

P/S : Agak2 korang dapat teka tak??? Hehehe

sumber : www.astro.com.my/akademifantasia

Read more...

Apr 5, 2009

STACY @ ABPBH TOUR AT KLANG PARADE

Stacy,s Frenz telah beramai-ramai datang ke destinasi terakhir jelajah ABPBH di Kelang Parade siang tadi, untuk bertemu stacy dan mengambil gambar semasa beliau membuat persembahan. Yang manisnya, kumpulan kita turut disertai oleh dua orang ahli SF dari KK iaitu Orangez@ Fahmi dan Tin Hijau @ Jong. Selain itu, antara yang hadir adalah Probosis,Kose, Liana, Abbyanty,Sun, Ryo, Anip, Jeff Mia & Max. Stacy telah menyampaikan lagu keramatnya iaitu 'Aku Stacy' dan mengambil kesempatan mempersembahkan lagu baru beliau iaitu 'Pakai Buang'. Hadirin begitu teruja sekali menanti kemunculan Stacy. Ianya jelas bila pengacara bertanya artis manakah yang mereka nantikan, lalu hadirin menjerit nama Stacy. Keterujaan hadirin semakin memuncak sebaik sahaja Stacy memulakan langkah tarinya.
STACY SEMPAT MEMBERIKAN POSE ISTIMEWA UNTUK PEMINAT DIBLOG INI
WAH!...LIHATLAH KELINCAHAN STACY MENDENDANGKAN LAGU 'PAKAI BUANG'




Read more...

Wajah Stacy di Billboard...

Lokasi Billboard ini terletak berhampiran dgn Jesselton Point.

Read more...

Apr 4, 2009

STACYFRENZ MENGAMBIL TIKET ABPBH

Hari ini seawal pagi sebahagian ahli Stacy's Frenz telah pergi ke Klang Parade untuk menukar kupon Berita harian kepada tiket ABPBH. Antara ahli Stacy's frenz yang pergi ke sana adalah Probosis, Kose, Jeff dan Max. Oleh kerana kami bergerak seawal pagi, maka kami adalah antara yang terawal juga datang ke pusat promosi ABPBH tersebut. Yang pastinya usaha SF berjaya mendapat berpuluh tiket. Oleh kerana mementingkan tanggungjawab sosial terhadap ahli, kami membuka peluang pada peminat Stacy yang ingin mendapatkan tiket percuma. Harap maklum, tiket adalah terhad dan dengan syarat pada yang memberikan nama terawal sahaja ( 1st. come 1st. serve ). Sila hubungi Liana melalui sms ke 017-3795596.
SIAP BOLEH BUAT KIPAS LAGI, YA...LAH, KAN...KEPUTUSAN ABPBH PANAS...

NAK TIKET PERCUMA, SILA BERI NAMA, NANTI KAMI UNDI PULA

INILAH PENTAS ABPBH IDOL YANG BERLANGSUNG HARI INI

TIKET....TIKET, LAKU MACAM PISANG GORENG PANAS

PROBOSIS BERBARIS PANJANG UNTUK REDEEM TIKET ABPBH



JEFF DAN MAX TURUT BERBARIS PANJANG

Read more...

Apr 3, 2009

STACY LENGUH TANGAN SIGN ALBUM & POSTER

Semalam beberapa orang ahli Stacy's Frenz telah pergi ke rumah Stacy untuk meminta autograf beliau atas permintaan peminat dari jauh yang membeli albumnya tetapi tidak berpeluang bertemu dengan Stacy kerana jarak masa dan destinasi. Sebenarnya bukan mudah untuk bertemu dengan Stacy apatah lagi jadual beliau yang padat sejak album sulungnya berada dipasaran kerana rangka promosi. Oleh kerana kebetulan Stacy ada di rumah, kami hanya pergi dengan ahli yang ada masa itu tanpa perancangan yang rapi. Lebih mengujakan, Stacy bukanlah insan yang berpura-pura atau control cantik. Seperti selalunya, beliau menjadi dirinya bila di rumah dengan pakaian yang simple dan tanpa alat solek. Sebaik sahaja lepas makan dan acara menurunkan autograf pada poster, T.Shirt SF dan CD, Stacy terkulai layu di sofa...kesian dia keletihan demi peminatnya.
STACY MENURUNKAN AUTOGRAF PADA BERPULUH POSTER, CD DAN T.SHIRT






LIANA, MALU-MALU KUCING DUDUK DEKAT CHAQ

CHAQ & KOSE

LA...APA KES NI? KENA PENJARA KER HALI & MRS.X???
Seperti biasa, acara makan-makan tetap ada, antaranya Pizza, Ayam KFC. Banyak perkara lucu semalam terutama tentang pic Hali dan Mrs.X kat atas, juga gelagat pets kesayangan Stacy. Memang seronok lepaking di rumah Stacy dan yang paling best pertandingan ketawa antara Kose, mrs.X dan Jeff. U all agak siapa yang menang? Keh keh keh...!!!

Read more...