QUE Haidar, Stacy dan Noorkhiriah melakar sejarah tersendiri apabila pertama kali menggenggam trofi berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008
Stacy yang dicungkil bakatnya menerusi Akademi Fantasia 6 (AF6) kira-kira setahun yang lalu, dia sudah mampu meraih undian peminat untuk memilihnya sebagai yang paling popular daripada puluhan atau ratusan artis baru yang muncul dalam industri bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Namun, di sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ketika nama Stacy berada di puncak, syarikat yang dipertanggungjawabkan menaikkan namanya, tiba-tiba tutup kedai apabila 1 April lalu, Maestro Talent & Management (Maestro) terpaksa memberhentikan operasinya gara-gara kegawatan ekonomi.
"Memang saya sedih kerana Maestro banyak membantu karier saya selama ini. Tapi, hidup perlu diteruskan, jangan pandang belakang lagi kerana hari mendatang masih banyak cabaran dan rintangannya. Saya sedar, kerjaya saya ditunjangi sokongan padu daripada peminat, bermula dari kemenangan di AF6 dulu sehinggalah dinobatkan pula sebagai Artis Baru Wanita Popular pada ABPBH2008, semuanya gara-gara undian peminat.
"Orang sering bercakap, bintang AF tidak mampu kekal lama, tapi saya akan membuktikan, kata-kata itu tidak benar! Saya yakin dengan kerja keras dan memelihara kualiti kerja, peminat sentiasa bersama kita. Seperkara lagi, jangan mudah lupa diri apabila nama berada di puncak. Saya selalu ingat, dari mana asal usul saya, saya lahir daripada keluarga yang miskin dan segala kejayaan hari ini adalah untuk membantu keluarga," katanya.
Menurut Stacy lagi, kontroversi yang berlebihan boleh membunuh kerjaya seseorang artis itu dan dia sendiri pernah dikritik kerana berpakaian seksi apabila tidak peka dengan sensitiviti peminat Melayu membuatkan kali ini berusaha mengurangkan imej itu.
"Sebagai artis, kita jangan 'bakar' platfrom atau jambatan yang membawa kita ke seberang dengan kesilapan diri sendiri.
"Saya tak nak jadi seperti sesetengah artis, populariti naik mendadak, tapi kerana keangkuhan, tak jaga mulut, populariti mereka jatuh menjunam," katanya yang mengakui masih berkawan rapat dengan rakan seperjuangannya, Nubhan sekalipun mereka kini jarang berhubungan kerana kesibukan masing-masing.
sumber dari Berita Harian
betul tue stacy..sya akan sokong stacy smpai bila2 pun...love u always
BalasPadam