• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

26 Dis 2009

STACY ANTARA ARTIS PALING MENYERLAH 2009

Bukan senang hendak menempatkan diri didalam senarai 10 paling menyerlah di dalam industri musik kita. Apatah lagi dengan kelahiran bintang-bintang baru dan juara dari pelbagai program rialiti terkini. Namun begitu, Stacy tetap maintain dengan populariti selari dengan populariti lagu-lagunya. Ialah, ada artis yang popular di majalah tetapi lagu tidak popular. Ada pula artis yang popular di majalah, tetapi tidak ada lagu atau produk terbaru. Hanya dek kerana gossip sahaja yang membuatkan segelintir artis tersebut popular. Nampaknya Stacy yang mula melakarkan peta popularitinya di persada seni sejak 2008 masih terus mengekalkan popularitinya ditahun ini, 2009 dan menjadikan beliau terpilih dalam senarai 10 artis paling popular di malaysia sebaris dengan Dato' Siti, Jac, Faizal Tahir, Aizat dan lain lain lagi di keluaran terbaru MEDIA HIBURAN.

Dengan kejayaan Stacy menempatkan diri di AJL pada 10.Januari ini, menjadikan platform beliau meneruskan kesinambungan populariti untuk tahun 2010 pula. Ya, AJL adalah langkah pertama Stacy untuk tahun 2010 dan diteruskan dengan ABPBH dan diharapkan tidak bernoktah di ABPBH sahaja. Selamat maju jaya untuk Stacy dan tugas kita semua meneruskan sokongan padu yang tidak berbelah bagi dalam apa jua kategori yang melibatkan Stacy atau apa saja aktiviti stacy sepanjang 2010. Peranan peminat sangat penting pada setiap kejayaan artis. Kita berfikir secara kolektif yang mana sebatang lidi sahaja tidak mampu menyapu sampah dilantai, tetapi jika berpuluh atau beratus lidi dihimpun, diikat...maka sampah-sampah yang ada dapat disapu dan dibersihkan. Maknanya, kejayaan Stacy dalam mana-mana pertandingan tidak boleh menjadi kenyataan jika tiada semangat bersatu padu. Juga kejayaan Stacy dalam mana-mana undian bukan sebab seorang atau beberapa orang sahaja, tetapi dari semua. jadi jangan ada lagi yang merajuk dan berjauh hati lalu berkata tidak lagi mahu menyokong Stacy. itu tidak dapat membantu, kerana setiap hari peminat Stacy bertambah, jadi jangan ada yang mengugut mahu berhenti menyokong Stacy. Saya tahu anda bukan orang sebegitu dan kalau anda bukan begitu, jangan pula terasa pada setiap tulisan di sini atau komen di Chatroom atau di ShoutBox. Belajar menjadi dewasa, jangan pula bila ada orang menerangkan punca melayan laman ini dengan online selalu akan mengakibatkan orang lain dibuang kerja dianggap MENGELUH pula. Jangan pendek akal mengandaikan penerangan menjadi komen atau keluhan. Dan anda tidak perlu terasa jika bukan anda yang kena dan anda tidak perlu merasa besar menyuruh saya membuat kenyataan meminta maaf pada anda padahal saya tidak melakukan kesalahan seperti yang anda sangka.

Pada pengutuk atau yang masuk disini untuk memecah belahkan SF ini, Jangan rasa anda besar sangat dengan mengugut tidak mahu lagi masuk ke laman ini dan tidak lagi mahu menyokong Stacy. Memang tidak dinafikan sokongan dan peranan setiap dari anda, tetapi jangan ingat tindakan kita hendak mengugut berhenti menyokong itu akan menggagalkan Stacy. Jangankan anda seorang ( pengutuk ), saya sebagai Presidenpun bukan siapa-siapa. Samada saya ada ataupun tidak, Stacy tetap berjaya. Saya hanya ibarat sebutir pasir antara banyak-banyak pasir ( ribuan peminat Stacy ). Anda pengutuk juga bukan siapa-siapa, anda ibarat sebutir gula yang mana anda jatuh beribu kali dalam lautan Stacy, namun masin lautan Stacy tidak akan berubah.

Jika ada masa kita berjumpa lagi, tetapi andai kata 2010 menjanjikan kesibukan dan kesuntukan masa, anggaplah ini PERUTUSAN TAHUN BARU dari Presiden Kelab ini. Seperti yang saya katakan pada seawal AF6 bermula, uniknya Stacy's frenz ini adalah kerana namanya yang tidak mengguna nama bla...bla..bla Fan Club. Kita tidak mahu ada garisan halangan antara Fan dengan Artis. Itulah sebabnya saya pilih Rakan Stacy @ Stacy's Frenz yang bunyinya lebih dekat. Apa lagi yang lebih dekat pada kita kalau bukan Rakan jika hendak dibandingkan dengan penyanyi dan fan yang jauh bunyinya. Laman ni adalah laman Stacy's Frenz, bererti ianya memuatkan bukan hanya bahan, gambar atau cerita pasal Stacy sahaja, tetapi juga gambar, kisah dan aktiviti ahli-ahli Stacy's Frenz samada bersama Stacy atau tanpa Stacy. Its not all about Stacy sahaja, tetapi juga about Stacy and her fans. jadi jangan ada lagi yang salah faham dan mendakwa saya atau AJK menulis di sini macamlah Blog peribadi.

19 ulasan:

  1. Moga stacy kekal di persada seni tanahair. Kekalkan personaliti yg ada pada hari ini kerana keikhlasan akan terserlah. Sentiasa ingt setiap kejayaan adalah dugaan drp Tuhan (yg menguji) diri kita sbb tanpa DIA juga kita x mungkin akn berjaya. ibarat air yg ditetak x akn putus...msg3 memainkan peranan yg penting, so stacy angie friends mari kita bersatu (esp yg dulu2, yg memulakan fans, yg dulu selalu chatting dll...jgklah dan bersatu lagi...buang yg keruh, sbb manusia x akn sempurna)...tunjukkan komitmen utk menyokong stacy sbb kepuasan akn bersama kita bila kejayaan sentiasa bersama Stacy.

    BalasPadam
  2. Betul kata kak Vee tu, Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. pada Stacy, selamat maju jaya, 2010 milikmu insyaallah

    BalasPadam
  3. haiii.... aku tetap sokong stacy.... sehingga bila-bila.... hidup stacy... moga tahun 2010 adalah tahun cemerlang...gahh untuk stacy... lov u stacy alwayzzzzzzzzzzzz

    BalasPadam
  4. Perutusan istimewa, so touch and speechless dah

    BalasPadam
  5. terharu bace..thanks enkose go go enkose!!
    go go stacy!! best of luck!trus maju jaya! always luv n support u!!!
    go go stacyfrenz!!! sama2 kite mengundi stacy!!!! terlebey suda!
    -asha-

    BalasPadam
  6. Yeah... very touch speech... i can feel the sincerity of the author.. 2 all thanks 4 ur commitment all this while...Hope we will always get back 2gether as one to support STACY!!!! GOOD LUCK STACY 2010.... IS YOURS!!!

    BalasPadam
  7. Tak tau la apa nak cakp, setuju dengan pendapat kawan2 di atas, En.Kose no mcm seorang penulis profesional, setiap bait kata2 dan ayat mengikut nahu dan bahasa yang menyentuh jiwa. Pada kawan2 semua, jom kita bersatu, mcm 1Malaysia juga demi Stacy. Pad En.Kose, kesabarab dan kecekalanmu sangat kami hargai, semoga terus menerajui SFC ni di tahun mendatang

    BalasPadam
  8. Pergh!!! so touch, all the best to Stacy and SF, move forward and unity. Mr.President, U are nice person and got ability and glamour Presiden in music industry

    BalasPadam
  9. sokonggggggggg!! kira sapa yg 'minat' stacy , automatik bole jadi stacyangiefrenz takk ? sebab ada lah sorang chters tu ckp ' ada hati nak mengaku sbgai stacyangiefrenz'

    BalasPadam
  10. go stacy. thanks mr presiden for ur responsibility to keep sfc menuju puncak:) apa2 pun orang nak cakap lepas ni kita just got to keep going...biarpun ku kiri kau ke kanan kita terus maju kehadapan!!!go stacyfrenz, we can do it!

    BalasPadam
  11. Ayat2 Mr.presiden ni hebat sangat, siap ada contoh penyapu lidi lagi. Ini menunjukkan yg Mr.Presiden ni bukan hanya good looking, tapi otakpun bijak, sesuai sangat jadi pemimpin kerana saya perasan, tiap tulisannya BM bagus, nahu dan tata bahasa hebat tidak ada tulisan berganda seperti kata2. Saya belajar semua disini untuk persiapan membuka blog utk peserta AF8 nanti. Dari tulisan awalnya pada March 2008, hingga kini saya baca dan belajar cara2 dia berkempen sebermula AF6 tu. Banyak benda yg saya pelajari. Untuk Stacy dan untuk ahli2 disini. Lastly, all the best to Stacy dan ahli SFC semua.

    BalasPadam
  12. En.Kose, kagum sangat, terima kasih kerana menjadi pemimpin kami dan berkempen utk Stacy. Maju artis sabah - AMIRUL

    BalasPadam
  13. sentiasa support stacy dan bangga jadi salah satu warga stacyfrenz!!!! hope stacy akan terus cemerlang di tahun 2010...stacy love u muaahh!!!

    BalasPadam
  14. Minat Stacy sampai bila2, cuma harap En.Kose kekal bersama Stacy dan kami. Tahun baru bukan bererti mesti presiden baru. U are the best and Presiden paling sempaoi, paling sexy dan paling cun.

    BalasPadam
  15. Saya mengikuti perkembangan stacy dari awal kemunculan hingga sekarang. Bagi saya jasa yang diberikan oleh kose dan juga beberapa kerat yang boleh dikatakan ahli sejati stacy frenz telah membantu stacy sampai meraih populariti yang kuat.Tanpa mereka stacy mungkin bergerak slow seperti hal selepas kes ffm dulu. xhanks kose and the real stacy frenz.To Stacy I hope you kekalkan pencapaian u dan jangan hampakan kami and still be honest as u can.from silent supporter stacy

    BalasPadam
  16. stacy jangan dengar sangat cakap2 yang jelas nak menjatuhkan... peminat yang menyokong still ramai... good luck!


    anyway, like this post... tegas+di bumi nyata!

    BalasPadam
  17. Jgn bangga pada kejayaan yg ada, kekalkannya.Apa yg penting, KERJASAMA... baru boleh berjaya

    BalasPadam
  18. i lurve stacy so kita sm2 sokong stacy okeyh!!! alamak terlebih sudah!

    BalasPadam