• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

1 Dis 2009

PENCALONAN AWAL ABPBH BERMULA ESOK

Anugerah Bintang Popular Berita Harian datang lagi. Esok 2hb.Dec akan diumumkan pencalonan awal nama-nama bintang yang perlu anda undi. Pastinya nama Stacy akan tercalon juga. Kalau tahun lepas Stacy telah berjaya merangkul Award Artis Wanita Baru Popular, kali ini cabaran peminat setianya paling getir untuk menempatkan kedudukan Stacy di TOP 5 Artis Penyanyi wanita Paling Popular. Memang mencabar hendak menempatkan Stacy Paling Popular menyaingi Dato Siti Nurhaliza, tapi tidak ada benda yang mustahil walaupun penyanyi tersebut memegang rekod paling lama untuk kategori tersebut. Mungkin bunyi post kali ini seakan provoke peminat setia Stacy, tetapi inilah cara terbaik untuk membakar semangat semua. Jika Shout Award undian anda boleh membuat Stacy menyaingi Dato Siti, mengapa kalai ini tidak.
Apa yang pasti, jika Stacy dan Adam tercalon dalam kategori Duo/Kumpulan paling Popular, maka besar kemungkinan Stacy dan Adam akan naik ke pentas untuk menerima Aaward kerana undian dari peminat Stacy dan peminat Adam akan membuat jumlh undian yang Stacy dapat tahun lepas berganda. Namun persoalannya, cukupkah untuk Award Dua/Kumpulan Paling Popular itu. Jika Stacy berjaya merangkul award Penyanyi Wanita paling popular dan ditambah undian Artis Duo/Kumpulan paling popular, sudah pasti Stacy boleh memenangi keseluruhan pertandingan dengan membawa pulang ARTIS PALING POPULAR. Jika semua membeli Berita Harian setiap hari dan mengundi, bukan hanya memungkinkan Stacy menang, tetapi peluang anda untuk memenangi kereta juga adalah cerah.

14 ulasan:

  1. harus undi stacy, biar pn aku peminat setia siti nurhaliza, tpi aku nak stacy yg menang, bagi peluang kat penyanyi baru la, baru best,

    BalasPadam
  2. haha! en.kose salah tulis lah..bkn artis wanita baru popular tp artis baru wanita popular bru btul..tu bru btul yg stacy dpt..bkn yg bru popular..huhu..xpe2..typing error!
    go go stacyfrenz!

    BalasPadam
  3. nk undi cmner yek? kene hntar pkai pos ker?

    BalasPadam
  4. ANON, ya, tersasul bukan salah kerana saya nak cepat taip. Anyway...kurang2nya saya dapat info awal sebab ada ramai kawan wartawan dari Karangkraf dan Utusan.

    ANON yg satu lagi tu, caranya beli Berita Harian...isi borang dan kumpulkan dlm seminggu dan hantar. Kalau nak, beli Berita harian 10 naskah tiap hari so Stacy ada peluang menang dan awak ada peluang menang kereta

    BalasPadam
  5. undi stacy secara beramai2...aku nak undi bhabis-habisan ni pai stacy menang...insyallah...:)

    BalasPadam
  6. haha..mo kasi pecah tradisi a ni thun..sllunye tgk je x undi...thun ni aku nak undi for stacy..ngeh..ngeh...

    BalasPadam
  7. kan bgus kalo undi pkai sms jer, mls la nk isi borg pstu nk kene pos lagi.. penat la.

    BalasPadam
  8. berita baik utk Stacy Frenz semua... (Termasuk ayamchampion)

    terbaru.... undi bukan melalui pos sahaja...

    tetapi juga melalui SMS..... so klu Stacy mempunyai peluang besar utk menang....

    ps : cara undian belum diketahui...
    akan update dari masa ke semasa...

    (spe yg dgr lintas langsung sidang akhbar ABPBH melalui hot fm tadi pasti tau...)

    BalasPadam
  9. wah bestnya ada undian melalui sms, best la klu bgt, hari2 aku undi stacy

    BalasPadam
  10. wah ada sms? wajib undi ni....mari stacyfrenz kita pecah tradisi undi pai bengkak tangan demi stacy!!!! ayuh undi jangan tak undi. setiap ari undi 10 kali:)

    BalasPadam
  11. aku paling suka klu ada vote..
    sbb tu ja klbihn aku tuk vote stacy..
    hohoho..
    tlg gtau arh klu dh kna gtau cra vote guna sms ni..

    BalasPadam
  12. yeah..bgus..saingan sihat..very nice...xder kutuk mengutuk..nice..my vote still to Dato' Siti Nurhaliza...total fans dlm facebook Dato' Siti now 46,000, n kami sume turut undi penyanyi kesygn kami..persaingan sihat..:-), jgn lupe tgu kemunculan album duet terbaru Dato' Siti dgn Kris Dayanti yg akan release buln 12 nanti...

    BalasPadam
  13. ermm...kami tunggu album stacy je...dan tetap undi artis kesayangan kami..icon REMAJA terkini...Super Stacy kini dan selamanya (1)

    BalasPadam
  14. apa citer? kan dah malu nama stacy xder..lain kali tunggu je lah list nama dlm paper dulu..lps ni tunggu je penjelasan aesb atau stacy

    BalasPadam