• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

11 Dis 2009

ABPBH BORANG 1 DICETAK SEMULA / PERSIAPAN AJL

Pada semua peminat Stacy, hari ini telah keluar cetakan semula BORANG 1, yang ada mencalonkan nama Stacy ( Sila pangkah kotak No.43 ) dan untuk SMS hanya ikut arahan yang tertera di bawah borang tersebut. Borang cetakan semula itu ada di sisipan tengah SENTRAL di muka surat 15. Jadi apa lagi para peminat Stacy, gerak gempur untuk melihat Stacy kembali naik ke pentas mengambil Award seperti tahun lepas. Untuk mengisi borang, kena pilih nama 5 yang anda rasakan layak ke final. Kalau anda memilih yang nama kuat, bermakna kuatlah persaingan anda untuk vote masa Final Top5 nanti ( tentu faham maksud kami ) dan kesemua borang dari BORANG 1 dan seterusnya hendaklah dikumpul ( kesemua kategori ) dan dihantar bersama borang Khas pada. Tarikh tutup adalah 14hb. Januari 2010. Untuk vote secara SMS pun sama juga, sila ikut arahan yang tertera dibawah borang dan pastinya lebih mudah caranya dari cara hendak memuat turun lagu atau ringtone yang kena ikut step by step juga.


Kesempatan AJK bertem u dengan Stacy baru-baru ini, kami ada sampaikan beberapa pesanan peminat kepada Stacy. Seperti yang ramai cadangkan agar Stacy membuat satu kelainan pada AJL nanti, memang Stacy ada membuat sesuatu yang tidak boleh dinyatakan di sini. Biarlah ianya kejutan dan jika disebut, ianya akan menjadi hambar dan menghilangkan rasa teruja semua orang. Apa yang penting, kami sampaikan agar Stacy selitkan unsur drama dan bukan hanya menari semata-mata. Jika hanya menari dan menari sahaja, ianya tidak ada beza shownya di Jom Heboh, di Gempak Selebriti Astro, di Sehati Berdansa atau mana-mana acara pembukaan Anugerah sebelum ini.


Kami ada sampaikan pesan pada Stacy agar membuat sesuatu yang akan menjadi kenangan dan trademarknya di AJL dan bila sebut AJL, peminat akan teringat sesuatu tentang Stacy. Telah 23 tahun AJL diadakan, terlalu banyak persembahan dan mudah dilupakan, tetapi ada beberapa artis yang membuat persembahan yang tidak dapat dilupakan ooleh peminat dan khasnya oleh Wartawan. Kami ada memberi contoh Trademark artis-artis masa membuat persembahan dan menjadi ingatan hingga kini seperti RAMLAH RAM dengan BAJU BERBENTUK HATI yang sepatutnya menyala dipertengahan lagu, arwah SUDIRMAN dengan LIGHTERnya yang menyala dalam kesuraman cahaya masa beliau membuat persembahan. DRAMA AISYAH dengan BEG BESARnya semasa intro lagu JANJI MANISMU dengan lakonan yang berkesan seperti orang balik kampung kerana kecewa dan memenagi PERSEMBAHAN TERBAIK. SHIMA yang dijulang ramai penari lelaki semasa menjuarai AJL dengan lagu SETELA AKU KAU MILIKI. DATO SITI NURHALIZA dengan BAJU PENGANTIN DAN SOFAnya bersama model-model lelaki yang diikat ( antara model tersebut adalah ANUAR ZAIN yang masa itu belum merakamkan album solo ) hanya menjadi model. Dan yang paling meriah dan menjadi kenangan sampai bila-bila NORANIZA IDRIS dengan FIRE BLOW bila beliau menaiki puncak buluh yang tinggi dan menghembuskan api dari mulutnya. Selain itu, NORANIZA terkenal dan dikenang satu-satunya penyanyi yang digelar membawa penari satu kampung, 5 lori dan 5 bas ke atas pentas...tapi memang meriah.

Apa-apapun, tanpa usaha Stacy dan doa dari kita semua, perkara ini tidak akan menjadi kenyataan. yang penting, kita jangan terlalu mendesak Stacy dengan mencadangkan perkara yang diluar kemampuannya. Biar dia selesa membuat persembahan,dan bila selesa, persembahannya akan nampak menarik dan asli. Tidak guna kita mendesak beliau jika kelak persembahannya nampak palsu atau dibuat-buat.

16 ulasan:

  1. stuju tu, kalo persembahan stacy nmpak plsu jer mmg x bes. Stacy buat la ape jer yg stacy rase menarik jnji tidak nmpak seperti dipaksa. Rase dh x sbr plak nk tunggu ajl24 10/1/2009 bulan depan.

    BalasPadam
  2. Stacy do your best...and I know U can. U GO GIRL!

    BalasPadam
  3. kadang2 tu enkose bitau stacy..yg LESS IS MORE..tu pun kena ade..hehe..

    BalasPadam
  4. aku rasa saingan stacy yang plg dekat, hanya datu siti sja,

    BalasPadam
  5. dan saingan datuk siti yg pling dkat adalah stacy.

    BalasPadam
  6. Biar stacy buat sesuatu yg dia selesa dan enjoy di atas pentas...moga2 beliau berjaya sbb semua tu sudah ditentukan Tuhan dan pastinya stacy akan berusaha bersungguh2....kita semua doakan kejayaannya dan terus support...thanx mr presiden..

    BalasPadam
  7. Untuk Stacy- Percayalah Konsep menyanyi sambil menari semata2 tidak cukup untuk bagi extra point compared yang lain2. Sebab lagu Pakai Buang tu lagu rancak. Takkan just nak bg markah lebih sebab Stacy menari. Takkan nak bg markah kurang sebab yang lain tak menari. Sebab dah lagu dorang tak der unsur menari.(itu yg rasional dari Juri) Jadi sebab itu, unsur seperti gimik dan kelainan diperlukan. Persembahan baik mesti ada unsur menghiburkan dan juga bagaimana ekspresi sesebuah lagu itu sampai kepada penonton...Cara bagaimana disampaikan itu dipanggil kreativiti...dan unsur itu selalunya dilihat oleh Juri...itu yang nyata...Tetapi...tarian sambil menari memang perlu ada kerana itu lah kekuatan Stacy dan ditunggu oleh Semua...Selain itu faktor menghiburkan memang ada juga pada Stacy...Oleh itu polish part Karakter dan Kreativiti....:-) Harap Stacy baca....

    BalasPadam
  8. cintaku bukannya jenis pakai buang...wat gimik per best ekkk? apa suggestion korang? nak cari kelainan tu yg susah kan...kasilah idea sekalik, apa kelainan tuh..hehehe..mcm aku jer nk nari!!

    BalasPadam
  9. Gimik Stacy tampar Kos... eh... jangan marah.. berlakon jer. Bukan betul.

    BalasPadam
  10. Apa kata Stacy buat Gimik berlakon dgn En.Kose mcm Chaq invite En.Kose berlakon masa Mentor dulu. Maybe tampar ker En.Kose, atau berlakon dgn En.Kose jadi penipu cinta lalu Stacy tampal mulut atau muka En.Kose dgn Lampin pakai Buang baru org X lupa sampai bila2. Ingat AJl,ingat Stacy. Nampak Lampin pakai buang, ingat lagu Pakai Buang.

    BalasPadam
  11. cam komedi jer, huhu lwk la.

    BalasPadam
  12. apa kata dalam tiba2 lampu gelap..penari sumer jatuh...tertiba ada lampu satu saja dari atas then highlight ke stacy...sebenarnya Lampu tu macam sign dari somebody...tetiba Stacy rasa dirasuk....Stacy tetiba wat solo Dance...Rupa-rupanya Stacy di rasuk MIcheal Jackson...
    Stacy wat moon walk...n menari ala2 Karakter Mj...COnfirm histeria satu Stadium....PAstu Stacy Jerit...Then lampu sumer terang semula...penari n stacy kembali bersatu dengan lagu verse terakhir..dengan Karakter and energy tertinggi...sehingga abis lagu....waaaaaa...aku dah dapat bayangkan..sumer orang akan bertambah gilakan Stacy..

    BalasPadam
  13. jatuh? x skit diorg nnti?

    BalasPadam
  14. cmne kalo penari latar tu membentukkan sepasang sayap angel untuk stacy. Buat pstu make up dan pkaian stacy cm dark angel. Pstu pikirkn lah yg sterusnya sndiri. (dh x der idea)...

    BalasPadam
  15. idea mula2 nak masuk tu aku suker...sure org gempak siot kt stadium...lepas bersatu wat tarian...ada music break lagi kt tgh (wat drama2 lagi...mcm gaduh2, ker tmpar ker apa ker @ step tarian special)...and sambung balik..and end (special end) so...dlm persembahan tu.. intro - tgh - end (part drama) mesti gempak siot...ckp senang, nak wat sakit kan.

    BalasPadam
  16. wah bagus2 idea korang...hahaha...rasanya stacy kena pakai pakaian seragam dn penari dan tema tahun ni kalau boleh warna biru bersesuaian dgn tema sjl tahun ni - muzic unfolds...mula2, tgh2 dan part last dia mmg perlu sgt ditambah elemen drama kerana tarian shj tidak mencukupi...dan permintaan kami ni tak keterlaluan sbb kami tau kemampuan stacy melampaui semua itu...bahagian permulaan tu kalau stacy dapat turun dari bumbung stadium pun best...pastu wat drama...tampar lelaki tu...pastu terus masuk music...music kena ubah tau mcm ct wat mase juara lagu lagu kumilkmu dulu...pastu menari mase chorus tu stacy di terbangkan sekali lagi di awangan menuju ke atas kayangan sambil buat dance break dgn penari-penari lain...lepas stacy turun terus masuk chorus dan part last tu stacy masukkan kesudahan utk cerita tu...pastu tutup dgn dance paling mantap yg stacy leh wat dalam sejarah stacy bergelar penyanyi...lepas tu semua penonton berdiri bagi standing-ovation sambil menangis dan lambai-lambai kat stacy mcm org kena histeria...lepas tu stacy stay dgn last pose utk pengakhiran lagu tu....sampai 5 minit...ok tak idea aku ni?

    BalasPadam