• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

4 Dis 2009

ABPBH TERLEPAS NAMA STACY UNTUK PENCALONAN AWAL

Para peminat Stacy jangan risau, jangan gusar dan jangan menyalahkan pihak yang mengelolakan ABPBH. Nama Stacy tercicir untuk pencalonan awal PENYANYI WANITA POPULAR pada borang di Berita Harian hari ini adalah kerana kesilapan dan terlepas pandang. Sebagai presiden, saya pun dihujani call dan sms bertanyakan hal tersebut. Manakala di laman Blog Stacy's frenz juga dipenuhi pertanyaan dan rasa tidak puas hati kerana nama Stacy tiada.


Sebagai Presiden, saya telah mengorbankan masa kerja saya demi untuk mendapatkan kepastian dan sekuarang-kurangnya ada jawapan untuk peminat Stacy. Memang langkah kanan, atau penangan tuah hari saya kerana saya ditanya jika ada membuat janji temu atau tidak. Oleh kerana saya datang dari jauh, reception benarkan juga saya berjumpa dengan wartawan Norulhisham dan JD kerana Kak Cham tidak ada dipejabat. Mereka menerangkan yang nama Stacy tidak ada kerana kesilapan teknik. Walaupun demikian, mereka telah tunjukkan pada saya pembetulan dan meletakkan nama Stacy agak di atas. Setelah berpuas hati dan meminta maaf atas call bertubi-tubi dari fans Stacy hinggakan operator tidak cukup tangan melayan panggilan yang tidak henti-henti, saya meminta diri.


Apabila keluar dari Lift, terserempak pula dengan Kak Cham. Kiranya hari bertuah saya ( sedikit hari yang lain tahulah mengapa ). Saya menjelaskan pada kak Charm rasa tidak puas hati peminat dan penyokong Stacy. Kak Cham memuji sikap kita yang tidak melenting dan datang marah-marah seperti peminat yang lain. Malu juga bila Kak Cham memuji saya seorang presiden yang bagus ( maaf ya, hanya menjelaskan situasi sebenar ). Kak Cham juga sempat meminta maaf pada Stacy dan semua peminatnya dan saya pun turut meminta maaf jika ada peminat yang call dengan emosi. Kak Cham meminta kad saya dan dia juga memberi nombor mobile phonenya. Masa akan datang, senanglah, tidak payah berkejar ke Balai berita atau telefon pejabat NSTP berulang kali.


Pada peminat Stacy semua, saya tahu perasaan anda. Anda adalah penyokong yang baik, prihatin sungguh. Teruskan cara berhemah dan tidak melenting macam begini dan saya menghargai cara anda semua yang bersopan demi menjaga nama Stacy. Tindakan kita telah membuat nama Stacy dan nama kelab peminat Stacy dipuji kerana tidak marah melulu dan melenting. Cara anda semua yang meminta penjelasan dan clearify adalah betul. Pada yang marah-marah pula, saya tidak salahkan anda, cuma itu sebagai ekspresi cuma kita membawa nama Stacy juga. Terima kasih atas prihatin dan sokongan padu pada Stacy. Sokonglah Stacy dengan mengundi Stacy, harap undi Chaq juga kerana borang yang sama akan keluar. Sokong dan belilah Berita harian dan Berita Minggu selalu...syabas.

7 ulasan:

  1. sori Mr Kose..... teremosi plak tadi....... :'( :'( :'(





    TonZ

    BalasPadam
  2. yess! enkose presiden yg terbaikkk! wa caya sama lu enkose..hahaha
    syukur..nsib baik stacy tercalon..
    so stacyfrenz..jgn kite x undi plak..undi undi undi..
    go go stacyfrenz!!!

    BalasPadam
  3. go stacy.. kami akan tetap menyokong kamu..

    www.zonartis.com

    BalasPadam
  4. Alhamdullillah..
    ingt kn stacy x t'clon..
    tp mustahil gak x stacy t'clon...
    tu aku x m'lenting time bca stacy x t'calon..tau mmg ada ksilapn pnya arh..
    kihkihkih...
    aku dh ready dgn phone...
    hehehehehe

    BalasPadam
  5. Xpe semua, emosi kamoo tu menunjukkan kamoo syg kat Stacy...cuma kena berpada-pada la, ya. Anyway...terima kasih sokongan kamoo semua, saya bukan Presiden terbaik...tapi kamoo semualah rakan Stacy ( Stacy's Frenz ) yg terbaik menyokong kerjayanya. Bak lagu duetnya...saya ubah... ( "STACY...STACY'S FRENZ...BERGABUNG, MELETOP!!!" ) . Mungkin ayat ini dgn mengikut irama lagu tu sesuai utk sorakan SFC masa AJL dan ABPBH nanti...sapa setuju?

    BalasPadam
  6. setuju...!!!!ehehhe

    BalasPadam