• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

7 Dis 2009

ABPBH @ PETIKAN RUANGAN POJOK CIK NORMAH BECOK

Dengarnya... Stacy tiada dalam senarai awal ABPBH2009?
Oleh: Normah Becok

CIK Normah puji sikap Presiden Kelab Peminat Stacy iaitu Kosmanto Serani yang datang ke Balai Berita Jumaat lalu apabila borang pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 untuk kategori Penyanyi Wanita Popular yang dikeluarkan pada hari terbabit tidak memuatkan nama Juara Akademi Fantasia musim keenam itu.

Itulah namanya seorang presiden yang bertanggungjawab kerana dia sanggup datang berjumpa dengan Berita Harian untuk mendapatkan penjelasan. Kosmanto tidak percaya perkara begini wajar ditangani dengan emosi. Tabik Cik Normah dengan sikap Kosmanto ni! Cik Normah mewakili Berita Harian memohon maaf di atas kekhilafan itu kerana apa yang berlaku bukan disengajakan. Nama pun manusia dan ralat itu pastinya berlaku. Pihak kami sendiri terkejut apabila nama Stacy yang sangat popular itu boleh terlepas pandang sehingga tidak dimasukkan di dalam kategori terbabit.

Pihak Astro Entertainment Sdn Bhd pun satu, apalah salahnya saling ingat-mengingati agar jawatankuasa pencalonan yang diketuai Abang Z tidak terlepas pandang, al-maklumlah senarai artis yang layak untuk bertanding memang panjang. Untuk maklumat pembaca, syaratnya adalah seseorang artis itu perlu sekurang-kurangnya mempunyai satu single dan lagu itu pula pernah diputarkan di stesen radio dan televisyen.

Cik Normah diberitahu rakan sepejabat yang bertemu dengan ‘orang kuat’ Kelab Peminat Stacy itu gara-gara nama Stacy tidak dicalonkan, sudah ada peminatnya yang terkilan. Tak apa, buat peminat Stacy, jangan risau untuk cetakan minggu seterusnya, nama Stacy pasti ada. Jangan lupa beli akhbar Berita Harian untuk mengundi artis pilihan sendiri sudahlah ye.

12 ulasan:

  1. Presiden Kelab Stacy ni bangsa serani ker? patut tone skin mcm Hans Issac yg berbangsa Serani tu juga

    BalasPadam
  2. Yg saya tau Presiden kelab kita ni org Sabah, Mix Murut dan Filipina, anyway...apapun bangsanya, support tugasnya dan jasanya, keep low prtofile dan be the best utk Kelab ya

    BalasPadam
  3. the name from alphabet A7 Disember 2009 pada 11:23 PG

    aduiii..nama ayahnya saja la serani..bukan bgsanya..huhuhu..kos!! i bangga dgn u!!! go go go bro..go go stacyyy!!!

    BalasPadam
  4. wah, cayalah en.kose kn puji tu,syabas

    BalasPadam
  5. terserlah kepimpinan.... nice job kos!

    BalasPadam
  6. Tahniah En.Kose, 1st.time saya baca wartawan puji presiden Fc artis sejak AF1 X pernah ada wartawan puji artis, teruskan jadi presiden utk Stacy

    BalasPadam
  7. Bagus, teruskan sikap yg baik tanpa emosi dan bertindak tepat dgn berfikir cara terbaik

    BalasPadam
  8. tahniah en.kose. huhu..

    BalasPadam
  9. FIRST... HAPPY BIRTHDAY KOSE

    TQVM! COZ BERTANGGUNGJAWAB KEPADA STACY. USAHA MURNI IKHLAS KAMU PASTI ADA IMBALANNYA.

    SAYA YAKIN, TERLALU RAMAI YANG BERBUAT SEPERTI KAMU JUGA KERANA MEREKA JUGA TERLALU SAYANGKAN STACY.

    ALL THE BEST TO STACY & STACYFRENZ
    HARGALAH PEMINAT! JGN DILUKAKAN HATI MEREKA.

    BalasPadam
  10. Tindakan yg bagus dgn tidak marah2 membuta tuli pada wartawan membuatkan En.Kose dapat pujian pula. Bukan mudah nak dapat pujian dari wartawan dari akhbar Nasional yg berpengaruh pula tu. Tak perenah lagi baca atau dengar wartawan puji presiden Fc mcm ni.Teruskan bersikap profesional dan ramah K.Sebelum ini pun kawan2 banyak bercakap pasal SFC ni yg mesra wartawan, tak hairanlah mengapa segala aktiviti SFC selalu keluar majalah dan akhbar,tahniah- AMIRUL

    BalasPadam
  11. Memang betul tekaan saya, presiden club ni cool orgnya, X pernah nampak dia marah dan melenting, wajahnya redup jer selalu...ZX nampak sombong.tahniah

    BalasPadam