• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

22 Nov 2009

Adam & Stacy Sekepala Tapi Tak Serasi

Oleh: Zubir Mohd Yunus
Sumber: www.bharian.com.my


Bintang AF dari Sabah akui sudah kenal keperibadian masing-masing tapi tiada lahir bibit cinta

KALI pertama menonton klip video lagu Menggegar Dunia, duet bintang Akademi Fantasia (AF) - Adam dan Stacy yang disiarkan kali pertama pada 31 Oktober lalu menerusi Astro Ria, penulis teruja melihat gandingan mantap mereka ketika mendendangkan lagu ciptaan Edry KRU itu. Mengamati liriknya pula, memang benar menggambarkan Adam dan Stacy, mereka pasangan yang tak kena, namun sebaik bergabung di pentas seni - menari dan menyanyi, kedua-duanya meletup apabila bersatu!

Sebelum ini memang tidak pernah timbul sebarang gosip yang mengaitkan Adam bercinta dengan Stacy. Peminat sedia maklum, Adam ketika ini dikatakan ‘berteman tapi mesra’ dengan Naib Johan Pertandingan Akhir Bintang RTM2009, Jo-Anna Sue Henley-Rampas atau Joan, 20, manakala Stacy yang dikhabarkan baru putus kasih dengan bintang AF6, Nubhan, kini dikatakan sedang menyemai benih cinta dengan Akim dari AF7.

Justeru, gandingan Adam dan Stacy, memang tidak kena apabila mereka dikatakan pasangan kekasih, namun apabila melihat keserasian dan kelincahan mereka ketika menyanyi serta menari lagu rancak, Menggegar Dunia yang juga lagu tema filem terbaru terbitan KRU Studios, My Spy, tidak keterlaluan apabila melabel gandingan itu bakal menggegar industri hiburan, buktinya lagu berkenaan kini menduduki carta selesa di beberapa stesen radio popular!

Klip video Menggegar Dunia yang diarahkan Abdulazeez W.R dilatari filem My Spy apabila filem ke-5 terbitan KRU Studios ini dijangka menjengah pawagam pada 3 Disember depan. Pun begitu, KRU Studios bijak mencuri peluang apabila populariti yang sedang diraih Adam dan Stacy di mata peminat, mereka gabungkan untuk menyuntik kelainan dalam filem terbaru mereka, sekali gus bakal menggamit peminat kedua-dua bintang realiti kelahiran Astro ini memenuhi pawagam.


Tak selesa digelar Agnes Monica Malaysia

Sementara itu, populariti Stacy semakin melonjak sehingga dia diberi jolokan Agnes Monica versi Malaysia gara-gara kelincahan tariannya sambil menyanyi secara langsung, itu kelebihan dirinya. Namun, adakah Stacy berasa selesa dengan kedudukannya hari ini?

“Saya rasa bersyukur kerana peminat sudah mengiktiraf kebolehan dan bakat seni saya, tapi kadang-kadang tak selesa juga apabila dilabel Agnes Monica Malaysia, terasa diri ini tiada identiti. Saya lebih berasa bangga apabila orang melihat kelincahan saya di pentas, orang berteriak itu adalah Stacy, Stacy AF6!,” katanya bersungguh-sungguh.

Namun, sebelum bergelar penghibur popular seperti hari ini, Stacy pernah melalui hari gelapnya apabila dia bersama keluarga pernah merasai keperitan hidup apabila kemiskinan mereka menjadi hinaan masyarakat, tapi hari ini semuanya berubah dek populariti yang diraih, Stacy dijulang peminat.

“Dulu kita hidup susah, orang menghina, sekarang dah senang sikit, orang memuja, namun itu adalah lumrah dan fitrah manusia. Bagi saya, jika bukan kerana hinaan dan cacian orang, saya tak akan jadi kuat dan berjaya seperti hari ini. Justeru, saya menjadikan kritikan mereka sebagai pembakar semangat. Saya bekerja keras dalam usaha memberi persaingan yang sengit kepada ramai lagi bakat yang bagus-bagus di luar sana,” katanya lagi.

'Tak mungkin kami jatuh cinta'

Stacy juga mengakui serasi dan selesa bekerja dengan Adam menghasilkan pembikinan Menggegar Dunia. Sekalipun mereka dikatakan pasangan tak sepadan, tak mustahil dia mungkin jatuh cinta dengan Adam yang sama-sama berasal dari Sabah apabila berkongsi budaya dan loghat bahasa yang sama.

“Saya dan Adam tak mungkin jatuh cinta, kami dah kenal lama, dah tahu keperibadian masing-masing, memang susah nak jadi pasangan kekasih! Lagipun saya perlu menghormati perasaan Adam dan Joan yang berkawan baik, tambahan pula saya dan Joan satu sekolah di Sabah dulu, dia juga saya dah kenal lama. “Justeru, cukup sekadar saya dan Adam bergabung di pentas seni, kami boleh meletup apabila digandingkan, sama-sama suka menyanyi dan menari lincah,” katanya.

Apa pula cerita putus cinta Stacy dengan Nubhan dan sejauh mana kebenaran percintaan yang terjalin antara dirinya dan Akim sejak akhir-akhir ini?

“Saya hairan macam mana orang kata saya putus cinta dengan Nubhan, bercinta pun tak pernah. Begitu juga dengan Akim, kami tak pernah keluar dating, tiba-tiba saja boleh keluar gosip saya dan Akim bercinta! Bagi saya, apa yang berlaku antara saya, Nubhan dan Akim adalah salah faham semata-mata. Apabila kami sering bekerjasama menjayakan persembahan nyanyian, mulalah orang bergosip, antara kami pasangan kekasih,” jelasnya lagi.

Kebenaran gosip Stacy pernah mengundang Akim bertandang ke rumahnya?

“Mengarut! Tak pernah ke situ perhubungan kami,” katanya yang mengakui teringin juga bercinta seperti remaja lain, namun ketika ini masanya belum sesuai. Katanya lagi, dirinya belum cukup kuat memberi komitmen dalam percintaan. “Kalau bercinta, sekejap saja, nak buat apa? Akhirnya jadi macam lagu saya, Pakai Buang, tak mahulah!,” katanya berseloroh.


INFO: Stacy
  • NAMA PENUH: Stracie Angie Anam
  • TARIKH LAHIR: 18 Ogos 1990
  • ASAL: Penampang, Kota Kinabalu, Sabah
  • KELUARGA: Anak kelima daripada enam beradik
  • ALBUM: Aku Stacy mengandungi lagu seperti Aku Stacy, Gagap, Cerah, Cinta Yang Ku Duga dan Pakai Buang
  • SINGLE: Menggegar Dunia (duet bersama Adam AF2) dan Primadona (solo), kedua-duanya adalah lagu runut bunyi filem My Spy
  • DUTA: Power Root dan Intimate Sanitary Napkins
  • PENCAPAIAN: Juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Artis Baru Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Penyanyi Pop Popular Malaysia 2009 pada Shout Awards terbitan 8TV dan Ikon Belia Remaja Sabahan oleh Ketua Menteri Sabah

5 ulasan:

  1. BESTNYA TENGOK STACY N ADAM BERGAMBAR MESRA BERDUA....SIAP DUKUNG TU, SEKALI NMPK CAM ADIK BERADIK PLAK...HEHE COZ ADAM DAH ADA YG PUNYA!!!

    BalasPadam
  2. saya pn tak suka stacy disamakan dgn agnes, stacy ada cara tersendiri la, tak prnh nampak pn persmbhan agnes mcm mn,tpi rmi yg ckp agnes ni suka miming tak mcm stacy tak pandai miming, nyanyi live lgi,

    BalasPadam
  3. wahhhhhhhhhhh...
    dua2 pebret aku...
    adam!! stacy!!
    b'gabung...= ADACY..
    hahaha

    BalasPadam
  4. sumandak sabah bha tu..

    BalasPadam
  5. artis sabah bha 2..sepa yg ndak knal kan.mcm adik beradik pla c stacy dgan c adam nie.

    BalasPadam