• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

26 Okt 2009

Persembaha Stacy @ Jom Heboh ,Penang

Lokasi :Penang
Masa 9pm
Tarikh : 25 Oktober 2009


Pakai Buang


Poker Face & Right Now

*video credited to Ryomasakuno

23 Okt 2009

SEMI FINAL MUZIK-MUZIK & JAMUAN KESYUKURAN



Seperti yang telah Stacy maklumkan pada 18hb lepas semasa hari ulangtahun Mrs.X, lagunya layak ke semi final Muzik-Muzik, cuma saya agak sibuk dengan kerja dan baru kini ada masa untuk menyampaikan pesanan jutaan terima kasih dari Stacy pada anda semua yang mengundi lagunya. Kalau Stacy mengucapkan ribuan terima kasih, saya pula sebagai presiden Stacy's Frenz ingin mengucapkan tahinah kerana anda semualah yang membawa lagu tersebut ke semi final. Kini tugas Stacy pula membuat persembahan sebaik mungkin untuk membawa lagu itu ke Juara Lagu.

Seperti yang yang tertera pada foto yang dilampirkan di sini, Stacy's Frenz akan mengadakan majlis meraikan kejayaan Majlis WARNA-WARNI AIDIL FITRI BERSAMA STACY & CHAQ baru-baru ini. Majis meraikan kejayaan ini adalah untuk meraikan AJK atau Urus Setia majlis yang bekerja keras merialisasikan majlis tersebut. Inilah cara kami di Stacy's Frenz, bukan hanya mengeluarkan sijil pada event dimasa hadapan, kami juga akan meraikan mereka semua sebagai pendorong pada semua agar lebih didikasdi dan bersemangat. Namun begitu, majlis ini bukan hanya untuk AJK yang terlibat saja, peminat Stacy dan ahli lain boleh juga datang, begitu juga pada para artis dan model yang sama menjayakan majlis tersebut boleh datang ke rumah Auntie X pada 3pm - 9pm. Jamuan akan kami sediakan tetapi diharapkan pada yang lain sudi bawa apa yang termampu dan kita buat secara Potluck. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Mrs.X ditalian 016-2085693.

Untuk memudahkan semua, terutama sekali pada yang tidak tahu rumah Mrs.X, bolehlah datang ke Giant Kinrara Ahad ini, pukul 1pm kerana kami akan ke sana menyokong show Chaq dan sebaik habis show tersebut, kami akan konvoi ke rumah Mrs.X. Janganlah kerana Stacy tidak ada, maka peminat tidak pula mahu datang...kerana Stacy jumaat dan sabtu ini akan berada di Sabah. Dia akan balik ke KL pagi ahad dan terus pula bergegas ke Pulau Pinang menaiki kereta bersama abangnya. Sampai saja di Stadium Batu Kawan, dia akan membuat sound check dan reheasel dan pada malamnya terus buat show dan akan kembali ke KL pada malam itu juga. Bayangkanlah betapa letihnya menjadi seorang yang bernama Stacy. - KOSE

22 Okt 2009

STACY DI 'JOM HEBOH' PULAU PINANG


Berita baik pada para peminat Stacy dan ahli Stacy's Frenz yang berada di sebelah utara kerana Stacy akan beraksi secara live di Batu Kawan, Pulau Pinang sempena jelajah 'JOM HEBOH' ada kali ini. Stacy akan menyampaikan 3 buah lagu, pastinya lagu popular beliau iaitu GAGAP & PAKAI BUANG. Stacy juga akan berkolaborasi dengan kumpulan One Nation Emcee melalui lagu medley dari dendangan AKON dan CAT DE LUNA. Kolaborasi ini pastinya menjadi gandingan paling mantap dan menarik, tambah lagi lagu Akon dan Cat De Luna begitu hangat pada masa ini.

Jadi pada peminat Stacy disekitar utara seperti Perak,Perlis dan Pulau Pinang khususnya, ayuh ramai-ramai ke Batu Kawan pada 25hb.Oktober ini untuk merasai sendiri persembahan live dari Stacy dan artis-artis yang lain. Pada peminat di kawasan KL pula boleh datang ke Pulau Pinang sambil bercuti kerana kebetulan karnival 'Jom Heboh' ini jatuh pada hari sabtu dan ahad. Pada yang tidak dapat datang jangan gusar kerana anda semua boleh menyaksikan rancanagn ini melalui siaran secara langsung ahad ini pada pukul 9 malam pastinya di TV3 - KOSE

21 Okt 2009


Baru-baru ini Presiden Stacy's Frenz telah diberi penghormatan bersama presiden Mila FC, Dafi FC, Akim FC dan Aril FC dijemput ke Majlis Pelancaran Drama "KAU & AKU". Layanan yang diberi oleh kakitangan ASTRO Entertainment S/B memang tip top. Walau ada FC lain hanya menghantar wakil ( AJK yg agak penting ) tapi kami sesama ketua FC sempat beramah mesra dan bertukar pendapat dan info. Namun begitu Stacy tidak dapat hadir ke Majlis pelancaran tersebut kerana terlibat dengan fotoshoot untuk majalah SENSASI pada hari yang sama. Setiap presiden FC bergambar dengan penyanyi masing-masing kecuali presiden Stacy;s Frenz yang terpaksa bergambar solo atas cadangan wartawan. Presiden Stacy's Frenz juga ditemubual oleh wartawan pada masa itu. Drama "KAU & AKU" ini berkisar tentang dunia remaja ( ala-ala High School Musical ) yang diadaptasi dari Telenovela Latin yang menjadi fenomena di sana. Waaupun Stacy hanya tampil sebagai cameo, tetapi penampilan istimewanya itu dijangka akan memberi impact terutama dari segi sambutan penonton. Oleh yang demikian, presiden SF terpaksa menyimpan amanah tidak akan memberitahu dalam siri keberapa Stacy akan muncul kerana bimbang penonton hanya menunggu siri tersebut sahaja. Jadi, pada peminat Stacy semua, saksikan drama ini dari awal dan nantikan Stacy beraksi dengan lagu 'GAGAP' yang mana shooting dilakukan di Jakarta. Drama "KAU & AKU" ini akan mula bersiaran pada setiap sabtu, jam 10.00 malam, pastinya di ASTRO RIA ( saluran 104 ).

20 Okt 2009

Persembahan Stacy @ Gempak Astro

Tempat: Kluang ,Johor
Tarikh: 17 Oktober 2009
Masa: 8.00 p.m.


Pakai Buang



The Fame ft. Nadia


video credited to Ima & Cakiplevis

19 Okt 2009

Stacy & Stacyfrenz @ Mrs X Birthday

Location : Stacy's House
Time : 8.00 - 11.00pm
Date : 18/10/2009

Kelmarin, Stacy berbesar hati menjemput para AJK Stacyfrenz bersama-sama meraikan sambutan hari jadi Mrs X yang merupakan salah seorang AJK kelab. Majlis diadakan di rumah Stacy sendiri dengan jamuan BBQ dan dua buah kek sumbangan Naizle dan Stacy sendiri. Kepada Mrs X, kami mengucapkan selamat hari jadi, semoga panjang umur dan murah rezeki.









Pictures credited to Adriana07

16 Okt 2009

Video Persembahan Stacy dan Chaq @ Warna-warni Aidilfitri Stacy & Chaq


Senandung Hari Raya Untukmu


Penjelasan



The Climb



Medley Micheal Jackson-Chaq

Video credited to Tkvie

JELAJAH GEMPAK ASTRO RETRO 2009!



Bagi meneruskan kesinambungan dan inisiatif bagi mengeratkan jenama Astro di samping menawan hati para pelanggan, Astro terus gigih dalam ekspedisinya untuk terus mendekati para pelanggan melalui acara promosi bergerak Gempak Astro Retro 2009 yang akan diadakan pada 17 Oktober ini bermula seawal jam 10 pagi hingga jam 10 malam bertempat di Dataran Kluang, Johor.

Acara promosi bergerak Gempak Astro Retro 2009 yang akan diadakan pada 17 Oktober ini bakal menerima kunjungan oleh artis dan selebriti terkenal seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Anuar Zain, Ning Baizura, Zainal Alam Kadir, Farish serta bintang-bintang Akademi Fantasia yang lain seperti Akim, Stacy, Akma, Yazer, Farah, Farhan, Idayu, Nadia, Toi, Zahid, Reza dan ramai lagi yang akan sama-sama turun padang bagi memeriahkan lagi acara.

Menurutnya lagi, ”Kami yakin program-program yang telah diaturkan ini akan menarik kunjungan orang ramai. Sebagai testimoni, acara promosi bergerak Gempak Selebriti Astro di Midvalley, KL dan Gempak Desa Astro di Felda Keratong, Pahang yang telah diadakan baru-baru ini masing-masing berjaya menarik lebih dari 3000 ke 6000 pengunjung di setiap lokasi. Kami percaya dengan kehadiran artis-artis terkenal seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Anuar Zain, Ning Baizura dan bintang-bintang AF seperti Akim, Stacy, Akma, Zahid, Farah dan ramai lagi di acara Gempak Astro Retro 2009 ini mampu menarik kunjungan orang ramai.

”Kami ingin memanfaatkan setiap kunjungan kami bukan semata-mata mahu menghiburkan dan memanjakan para pengunjung tetapi juga ingin mengambil kesempatan untuk mendekati dan bertukar-tukar pendapat dengan para pelanggan Astro yang baru dan lama bagi meningkatkan lagi mutu dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Astro,” jelas Puan Molina.

Pelbagai aktiviti interaktif telahpun diatur khusus untuk semua ahli keluarga tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa sepanjang hari bermula dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam untuk karnival ini. Para pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra dengan barisan artis yang turut hadir sebelum menyaksikan persembahan pentas yang akan berlangsung pada sebelah malam.

Di antara aktiviti-aktiviti yang telah diatur ialah pertandingan mewarna buat kanak-kanak, pertandingan pakaian beragam, pertandingan nyanyian karaoke, acara sukaneka dan sebagainya. Di samping itu, pentas ujibakat akan turut dibuka bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk rancangan Raja Lawak musim keempat.


Sumber : Sensasi Selebriti

12 Okt 2009

Warna-Warni Aidilfitri Stacy & Chaq - Chapter 1 - The Snapshot

BEBERAPA JAM SEBELUM MAJLIS

Para AJK untuk majlis ini bertungkus-lumus menyiapkan goodies bag untuk diberikan kepada tetamu. Pada masa yang sama sessi rehearsal majlis jugaturut dijalankan.







WARNA-WARNI AIDILFITRI STACY & CHAQ











Full Pictures

7 Okt 2009

RAKAMAN 'JANGAN TIDUR LAGI' BERSAMA STACY

STACY YANG CERIA BILA KAMI DATANG SUPPORT DIA
ANTARA YANG DATANG KE RAKAMAN TERSEBUT
STACY DIKELILINGI OLEH KOSE, ZAKI,SNIPER & SHAFIQ
Semalam Sebahagian ahli-ahli Stacy's Frenz telah memeriahkan rakaman 'JANGAN TIDUR LAGI' yang mana Stacy menjadi tetamu undangan selain A.R Badul. Program 'Talk Show' yang berkonsepkan santai itu telah dikendalikan oleh Saiful Apek sebagai pengacara. Banyak juga soalan dari Saiful dan jawapan lucu dari Stacy. Stacy telah membuat kemunculan baru dengan rambut teknik rebonding, sungguh sweet sekali. Stacy telah mempersembahkan 2 buah lagu, iaitu lagu 'Pakai Buang' dan sebuah lagu Inggeris yang dibantu oleh kumjpulan Kristal. Program yang melibatkan Stacy ini akan ditayangkan pada 11/11/09 di TV3, hari rabu...pukul 11 malam, tunggu...

STACY SEDANG MEMBUAT PERSEMBAHAN
STACY KETIKA DIINTERVIEW OLEH SAIFUL APEK
STACY'S FRENZ SELEPAS MENJAMU SELERA DI STUDIO
AHLIACARA PENUTUP 'JANGAN TIDUR LAGI'
AHLI STACY'S FRENZ DIBERI KEISTIMEWAAN DUDUK DIHADAPAN

3 Okt 2009

PELUANG BERSAMA STACY DIRAKAMAN 'JANGAN TIDUR LAGI'


Pada para peminat Stacy yang ingin turut serta ke rakaman rancangan terbitan TV3 'JANGAN TIDUR LAGI' peluang terbuka untuk 40orang sahaja, Bas akan disediakan dari KL Sentral ke Studio rakaman di NTV7 Glenmarie ...Shah Alam. Sila beri nama anda segara pada saya atau Mrs.X. 016-2085693 - KOSE
RANCANGAN : JANGAN TIDUR LAGI
LOKASI : STUDIO NTV7, GLENMARIE, SHAH ALAM
MASA RAKAMAN : 2.30PM
TEMPAT BERKUMPUL : KL SENTRAL
MASA BERKUMPUL : SEBELUM 1.30PM ( 1.30PM BAS BERGERAK KE SHAH ALAM )
TARIKH : 6HB.OCTOBER.2009
HARI : SELASA