• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

5 Sep 2009

WARNA-WARNI AIDIL FITRI STACY & CHAQ


Berita baik untuk semua terutama yang sering bertanya adakah sambutan raya pada tahun ini? Semesti ada sama seperti tahun lepas Stacy's Frenz memberi peluang pada peminat Stacy untuk bersua muka dari dekat dan beramah mesra dengan Stacy, tetapi kali ini lebih meriah kerana bukan hanya Stacy, tetapi kali ini dengan Chaq sekali. Pastinya para peminat Stacy mahupun Chaq, tidak mahu melepaskan peluang beramah mesra, berhibur dan bergambar sambil meraikan Hari Raya Aidil Fitri. Pastikan Raya kali ini menjadi kenangan terindah dengan menyertai Warna-Warni Aidil Fitri Bersama Stacy & Chaq.

Seperti biasa, kami menawarkan harga tiket yang berpatutan dan kiranya harga mampu walaupun untuk para pelajar iaitu hanya RM50 sahaja. Janganlah lagi ada yang kata mahal kerana kalau show berdiri di padang tanpa makan dan minumpun dah RM60. Kalau tidak percaya lagi, pergilah survey mana-mana Buffet Ramadhan yang tanpa artis hanya sekadar makan minum sahajapun yang termurah RM43.

Mengapa di Brisdale Hotel? sebabnya banyak cadangan lokasi mudah untuk pengangkutan. Hotel ini adalah sister company dengan Quality Hotel. Sementelah hotel dan dewan lain telah full booking, hotel ini menawarkan pakej yang berpatutan, dewan dan sound system yang baik. Tapi apa yang lebih penting, kedudukannya yang tidak jauh dari Sogo iaitu diantara Chow Kit dan Kg.Baru, hanya beberapa langkah sahaja dari Stesen monorel Chow Kit.

Mengapa Tema warna-warni? kami sengaja memilih tema pakaian apa warna sahaja kerana tidak mahu membebankan peminat Stacy. kalau ikut satu warna sahaja bukan hanya tidak bervariasi,tetapi juga menimbulkan masalah pada yang telah menempah atau membeli baju Melayu/kurung/Kebaya dengan warna tertentu.

Untuk tempahan tiket/keterangan lanjut sila hubungi/sms:
MRS.X - 016-2085693
ABBY YANTI - 017-6574144
KOS SERANI - 013-3467492
FEEDA - 017-6400210

Tiada ulasan:

Catat Ulasan