• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

13 Ogo 2009

STACY DI RAKAMAN RAYA NTV7

BARISAN ARTIS LAMA DAN BARU YANG POPULAR TERLIBAT SEMALAM

POSE ISTIMEWA DARI STACY UNTUK PEMINAT BLOG INI

STACY DAN DAFI

STACY DAN EN.KOSE


Walaupun Stacy bukan muslim,tetapi show untuk rancangan Raya begitu lebat sekali. Stacy menjadi pilihan beberapa stesen TV untuk memeriahkan program Raya masing-masing. Bayangkanlah, artis yang meraikan Rayapun ramai yang tidak berpeluang muncul di rancangan Raya. Begitulah popularnya Stacy dan faktor agama dan bangsa tidak menghalang rezekinya mendapat show sempena Raya. Sebelum ini Stacy telah menghabiskan rakaman Raya bersama RTM sebelum final Mentor lalu dan semalam telah berlangsung rakaman Raya yang melibatkan Stacy dan artis-artis lain di studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam, Selangor. Selain AJK Stacy's Angie Frenz, ahli keluarga Stacy dan para peminat yang lain turut hadir menjadi penonton. Antara ahli SAF yang hadir adalah Kose, Mrs.X, Ah Mae, Sniper, Mak Stacy, Abang Stacy , sepupu Stacy dan anak saudara Stacy. Meriah sungguh suasana studio dengan kehadiran para peminat yang siap berpakaian bertemakan Hari Raya. Rancangan ini akan ditayangkan sebulan setengah dari sekarang, tetapi AJK telah berusaha merakam persembahan Stacy agar peminat Stacy tidak payah menanti sebulan setengah baru dapat menyaksikan persembahan hebat Stacy. Itulah antara tugas dan usaha AJK untuk memberi kepuasan dan melihat secara eksklusif ( lebih awal sebulan setengah) dari tayangan asal.



Ada banyak rancangan Hari Raya silih berganti setiap tahun, tetapi rancangan kali ini lain daripada yang lain kerana konsepnya adalah yang baru dan yang lama berduet bersama. Antara artis yang membuat persembahan adalah Stacy & Datuk sharifah Aini, Tomok & Aman Shah, One Nation Emcee & datuk Sharifah Aini. lain-lain artis yang terlibat adalah Elyana, Dafi, Zizi AF7, Datuk D.J Dave, Azlina Aziz dan Imran Ajmain. Stacy yang membuat dua persembahan duet siap dengan persalinan baju kurung yang cantik dan beliau kelihatan manis sekali dengan baju tajaan pereka fesyen tempatan. Lagu persembahan pertama Stacy bersama datuk Sharifah Aini adalah "Hari Yang Mulia" ( lagu asal Datuk Sharifah Aini ) dan lagu kedua duet bersama Imran Ajmain "Senandung Hari Raya Untukmu" ( lagu asal Dayangku Intan ).

Setiap kali muncul di pentas, Stacy mendapat tepukan paling gemuruh. Yang paling menarik, sebaik sahaja rakaman selesai, kami yang bersedia untuk keluar makan dan lepak bersama Stacy turut dikejar peminatnya. Walaupun keletihan kerana sebelah pagi ada shooting di Johor dan bergegas kembali ke KL, Stacy tetap melayan peminat kecil yang meminta autograf dan bergambar. bukan sekadar kanak-kanak dan remaja menyerbu Stacy. peminat dari golongan berusia, makcik-makcik dan pakcik-pakcik pun turut menyerbu Stacy untuk bergambar bersama. Kami akan upload rakaman video kedua-dua persembahan duet tersebut kemudian bersama foto-foto penuh dan eksklusif Stacy bersama ahli SAF kemudian - TEKS OLEH EN.KOSE /FOTO: AH MAE

STACY MEMBERIKAN POSE SENYUM UNTUK PEMINAT DI BLOG DI SINI

STACY YANG KELETIHAN DAN LAPAR

STACY DENGAN BAJU KURUNG DAN FOTO DI BAWAH, DENGAN KEBARUNG
Stacy & Sharifah Aini

Stacy & Imran



Video credited to woohoomae

7 ulasan:

  1. TQ tepek gambar stacy tapi nape gambar tak brape clear? :(

    BalasPadam
  2. wah...
    mcm dh raya plak erk..
    hikhikhik...
    walaupun blum puasa lagi..
    wakakka...
    sukanya tgk Stacy pakai bju kurung..
    cute gilerr ba...
    heee

    BalasPadam
  3. stacy macam penat sangat.. harap stacy luangkan masa untuk berehat.. jangan asyik bekerja je nanti sakit pula.. love stacy 4 ever..

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya Stacy..heheh
    Tak sabar nak tengok program Raya tu nanti

    BalasPadam
  5. ANON, pic X berapa clear sebab kami guna camera Handphone.Xpe la...kan, yg penting ada gambar dan korang semua dapat lihat.

    BalasPadam
  6. thanks 4 the info!!! cuma sdkt terkilan sbb sume gmbr agak kabur & gelap. klau gmbr clear & cntk mesti kejelitaan & keayuaan stacy lbh terserlah kan...hehe! red mana ko ni??? hehe!

    BalasPadam
  7. Hope stacy dpt rest secukupnya...jaga kesihatan ya. Don't forget to pray and minta kekuatan dlm menjalankan apa saja sebab semua yg kita dapat adalah dari Dia.

    BalasPadam