• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

5 Ogo 2009

Stacy Buat ‘Cameo’ Dalam Drama Muzikal Lakonan Di Jakarta



Stacy membuat persembahan nyanyian sempena sambutan hari jadi ke-19 baru-baru ini. - foto THE STAR oleh SAMUEL ONG

DISEBABKAN terlalu sibuk dengan ‘show’ sepanjang bulan ini, kelab peminat Stacy, Stacy Angie Frenz terpaksa meraikan sambutan majlis Hari Jadinya terlebih awal iaitu pada Isnin lalu walaupun ulangtahun kelahirannya jatuh pada 18 Ogos ini.



Stacy sememangnya tidak mahu melepaskan peluang untuk meraikan Hari Jadinya bersama peminat tersayang lantas memikirkan daripada langsung tidak buat, lebih baik di awalkan saja, fikirnya.



“Lepas semak jadual dengan pihak Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), saya akan sibuk dengan ‘show’ mulai 6 Ogos ini dalam majlis makan malam bersama media di Sabah, Festival Filem Malaysia (FFM) ke-22 di Sabah (8 Ogos), Promo Jelajah Era di Melaka, ‘show’ untuk Power Roots, beberapa jemputan majlis berbuka puasa seperti bersama TV3 sepanjang bulan puasa dan menyanyi sebagai ‘cameo’ dalam drama muzikal di Jakarta yang turut dilakonkan oleh Akim, Mila, Aril dan ramai lagi alumni AF (26 hingga 28Ogos).



“Saya bersyukur sangat dengan rezeki yang murah ini dan sekarang tumpuan saya hanya untuk meluaskan bakat saya dalam bidang nyanyian dulu.“Saya pernah berlakon untuk sketsa Raya bersama Mawi yang diterbitkan oleh syarikatnya tetapi saya dah tak larat nak tunggu dan susah untuk berlakon.



“Kalau ada peluang untuk berlakon, saya akan cuba tetapi hati belum bersedia dan ada ‘feel’ untuk berlakon buat masa ini,” kata Stacy yang terkejut dengan kemeriahan sambutan majlis Hari Jadi yang dianjurkan oleh kelab peminatnya itu.



Stacy berdoa agar impian hari jadi dimakbulkan Tuhan.

Menurut Stacy, pada mulanya mereka hanya meminta dia datang tanpa memberitahu ada ‘sesuatu’ yang mereka aturkan untuknya, biasalah namanya pun ‘kejutan’ Hari Jadi. “Saya tak tahu yang mereka ada menyediakan ‘slide show’ yang mengumpul gambar kenangan saya sejak kecil hingga sekarang, lepas tu ada ‘game’ seperti Limbo Rock dan yang mereka aturkan.



“Saya suka semuanya kerana meriah sangat. Lagipun, ini kali pertama saya boleh mengenali peminat dengan lebih rapat dan rasa lebih dekat dengan mereka,” ujarnya mengenai kelab peminat yang telah mengumpul lebih 2,000 peminat itu.




Stacy menghiburkan para peminat yang hadir meraikan hari jadinya.


Stacy berkata dia mendapat banyak hadiah seperti baju, anak patung, jam tangan Bonia dan aksesori seperti gelang. Penonton yang hadir ke majlis Hari Jadi itu juga terhibur dengan persembahan nyanyian dan tarian lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’ dua orang anak buahnya, Sin Chan dan Adel.



Selain itu, Stacy, abangnya, Chaq Mentor dan rakan seperjuangannya yang lain seperti Diddy AF, Thye Mentor, Hyrul Mentor dan Naizle turut menghiburkan tetamu yang hadir.




Stacy mengenakan baju bertemakan 'funky rock'.


Terharu dengan sokongan peminat



Stacy berkata dia terharu dengan setiap sokongan peminat yang tidak putus-putus dalam menaikkan kerjayanya. Menurut Stacy, disebabkan peminat dia telah berjaya menggondol Anugerah Popstar di Anugerah Shout! dan hampir memenangi gelaran Artis Malaysia Paling Popular di Anugerah Planet Muzik 2009.



“Saya terkejut apabila mendapat tahu yang saya hanya kalah satu mata dengan Datuk Siti Nurhaliza untuk menang anugerah Artis Malaysia paling popular tapi nak buat macamana dah tiada rezeki. “Tak mengapa, saya bersyukur sangat kerana telah menang Anugerah Shout!,” beritahunya dalam nada ceria.



Aksi anak saudara Stacy, Sin Chan dan Adel begitu mencuit hati penonton.


‘FFM bukan ‘berhantu’ untuk saya’




Apabila mendapat kepercayaan kali kedua walaupun pernah melakukan kesilapan di pentas FFM ke-21 di Putrajaya tahun lalu, Stacy menganggap majlis anugerah itu memberikan banyak hikmah dan pengajaran kepadanya.



“FFM bukan ‘berhantu’ untuk saya kerana saya tetap dipanggil untuk melakukan persembahan. “Sejak dari hari itu, selalu bertekad untuk berusaha mencari idea yang baru bagi mempelbagaikan persembahan kerana dulu saya fikir asal dapat nyanyi sahaja tanpa fikir untuk berusaha lebih.



“Saya juga meyakinkan diri yang saya boleh buat dengan menggunakan psikologi. “Walaupun penat, tetapi sekarang saya rasa berbaloi. Saya rasa puas hati apabila dapat buat sesuatu persembahan itu kerana rasa seperti ‘Superman’ pula,” kata Stacy.



Stacy bergambar bersama ibu, abang dan rakan-rakan seperjuangannya.


Tambahnya, “Saya rasa bangga apabila dapat fikir sesuatu idea yang baru dan hati saya sentiasa kuat untuk mencari idea yang segar. “Saya akan memantau dan membuat kajian tentang persembahan orang dulu dan sekarang di You Tube dan gabungkan idea itu selepas berbincang dengan abang saya, Chaq.”



Stacy telah banyak melakukan persembahan yang mantap dan bertenaga seperti di Anugerah Planet Muzik 2009 dan Kemuncak Anak Wayang 2009. Dalam perkembangan lain, Stacy telah menyiapkan klip video lagu ‘Pakai Buang’ dan bakal merakamkan single terbaru dari KRU.




5 ulasan:

  1. WAH!!!!
    SYUKUR STACY ADA BT PRSMBHN KT FFM...
    SBNRNYA SYA NK G KK TGK STACY..TPI SYA ADA IKUT PROGRAM PEGI MEMBAKUT.... KECEWA GAK LA...
    TPI BILA TAU STACY PRFOM KT FFM.. HAPPY TRUS..SBB DPT TGK STACY KT TV PN JDI...BGUS LA DRPD X...
    HOHOHOHO...
    HOPE STACY BT PRSMBHN YG MANTAP MCM SLLU LA...
    HIHIHI...
    TEBUS KESILAPAN LALU STACY..NI MASANYA UTK BKTI KN SMULA..
    WALAUPUN DH TERBUKTI...
    HOHOHOHO

    BalasPadam
  2. yes, stacy ada pepom kat FFM, blh ak pi ni

    BalasPadam
  3. Do the best sis....prove to them and keep up the good work!!!!!!!!..

    BalasPadam
  4. Ya ampun...beza 1 mata ngan Dato' CT...tak pe...dua2 pon i suke...rezeki stacy coming soon...keep up the good work ya...jumpa stacy mlm tu mmg mengubati rindu kat stacy and stacy frenz..walupon laura diam mcm selalu... :)

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam