• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

11 Ogo 2009

REAL REWARDS

Ramai yang memuji akan kemeriahan dan kejayaan Majlis Ulang tahun Stacy, anjuran AJK Stacy's Angie Frenz yang telah berlangsung pada 3hb.Ogos lepas. Saya bukan tidak mahu mengucapkan tahniah pada AJK yang terlibat sebaik sahaja sehari selepas majlis selesai, tetapi sengaja menunggu respond dari tetamu, wartawan dan pihak penaja. Kini setelah seminggu majlis itu berlalu, terkumpullah segala pujian dan ucapan tahniah. Yang membanggakan, pujian bukan hanya dari tetamu yang datang, malah dari para wartawan dan pihak penaja. Gembiranya hati bila penaja pula yang menawarkan diri untuk menaja lagi jika Stacy's Angie Frenz menganjurkan apa-apa majlis selepas ini. Sebuah kereta tidak boleh bergerak tanpa minyak, tayar dan lain-lain lagi. Pemilik kereta boleh kata kerana dia ada keretalah boleh sampai ke satu destinasi, tapi minyak berkata, kalau dia tiada...kereta taidak mungkin bergerak, lalu tayar berkata...tanpa diapun kereta tidak akan bergerak. Bottom line nya...semua ini kerana Team Work. Biasalah, setiap kejayaan, orang bukan nampak orang di belakang, yang dipuji dan diberi ucapan tahniah adalah presiden, walaupun part saya tidaklah sebesar mana. Oleh itu, di sini saya ingin memulangkan segala pujian itu pada yang layak menerimanya iaitu semua yang ada di gambar di atas. Tidak lupa juga pada mereka yang tidak sempat enterframe pada gambar tersebut antaranya Uncle Probosis, Capik yang sibuk merakam video, Nadzree @ Pakwe iaitu pengacara majlis dan juga tidak lupa pada Team Naizle yang menjaga sound system dan spotlight.
********************
Walaupun majlis tersebut nampak meriah dan gilang gemilang, tetapi kelewatan memulakan majlis mencacatkan sedikit suasana mulanya, nasib baik sepanjang majlis segalanya lancar dan tiada tergendala dan kesilapan teknik yang membuatkan hadirin terubat dan berpuas hati. Persembahan hiburan dari Stacy dan artis jemputan dan permainan yang disediakan memeriahkan suasana. Walau bagaimanapun, mana ada majlis yang sempurna. Biarpun majlis besar dan biasa dibuat oleh pihak-pihak lain yang berpuluh tahun pengalamanpun ada juga sedikit sebanyak kecacatan. Oleh itu, dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf pada hadirin yang kurang puas hati dan merasakan AJK tidak friendly. Sebenarnya semua AJK keletihan, lapar dan kurang tidur akibat frame time yang pendek sangat. Sebagai president kelab, saya mewakili yang lain memohon maaf jika ada yang terlebih dan terkurang.
********************
Di atas kejayaan AJK itu, ramai yang bertanya bila lagi kita akan adakan majlis. Pihak Mediapun bertanya juga apa lagi majlis Stacy's Angie Frenz selepas ini. Di sini saya dengan segala bangganya mencabar AJK dan memberi tugasan baru dengan majlis paling besar SAF untuk tahun ini iaitu 'WARNA-WARNI RAYA BERSAMA STACY'. Dengan TEMA: Baju Raya beraneka warna. Ianya tidak akan membebankan peminat Stacy dan boleh pakai baju Raya warna apa sekalipun. Jika mengikut tema warna tertentu, ianya akan membebankan mereka untuk membeli baju. Satu lagi, kebebasan warna, akan menambahkan seri majlis nampak meriah dan berwarna-warni. Ianya akan diadakan dua bulan dari sekarang iaitu pertengahan syawal. Yang pasti, kali ini harga tiket hampir atau tidak sampai RM50. Pada peminat Stacy dari golongan pelajar, ini adalah harga mampu dan boleh kumpul wang dari sekarang. Pada AJK, buat yang terbaik ya, saya tahu kamu boleh dan layak dipuji dan entri ini saya post sebagai Rewards untuk kamu semua. Tahniah saya ucapkan pada semua AJK - KOSE

9 ulasan:

  1. TAHNIAH PADA AJK SFC YANG BERTUNGKUS LUMUS MENGANJURKAN MAJLIS HARI LAHIR STACY...AJK SFC MANA ADA SOMBONG...SEMUA RAWKS...WIHIIII...HAD A GREAT TIME...THANK YOU SO MUCHHHH...TAK SABAR TOK MAJLIS SETERUSNYA...

    CONGRATS!!!

    BalasPadam
  2. tuk event kali ni takyah pakai tampal2 huruf kat atas stage tu..leceh..wat banner besar2 pnyer...bru best..bleh design2 lg..kan..tampal2 tu cam event kat skolahnyer..huhu..congrats stacyfrenz!!

    BalasPadam
  3. maksud event cam kt skolah tu bkn ape..die x brape sesuai tuk event yg grand gitu..kan..jgn salah fhm lak ye..xde niat pun..sorry2..hehe..wlpon gune banner tu cost die lebey skit..tp xpelah sfc kan terlebey suda cam stacy..hehe..sponsor kan rmai..alah yg simple2 sudalah.. stacyfrenz chaiyok!luv sfc n stacy forever...

    BalasPadam
  4. Pada ANON,actually planning awal saya nak buat banner besar mcm Majlis Raya stacy tahun lepas, tapi sebab ada pertukaran tarikh utk lepaskan Stacy.Tarikh yg berubah 3kali membuatkan masa menjadi pendek. TQ atasan teguran ya.

    BalasPadam
  5. majlis ari raya ni kalo boleh,buat weekend ye...tapi kalo tak boleh takpe saya faham..susah nak cari time stacy free...^^

    BalasPadam
  6. ANON, selalunya show, dinner show friday, sat, sun...kami selalu beralah memandangkan Stacy yg laku sangat. Kebarangkalian dapat weekend 30% jer...kalau 50%-50% tu ada lah peluang but we will try.

    P/S: Bila lah Stacy rehat...kan? kadang dlm sehari show ditiga tempat mcm hari ni pagi kat Johor...mlm ni dia ada rakaman pula dgn NTV7 kat KL. Harap dia X jatuh sakit...cuaca jerebu dan udara kotor sekarang ni...mana dgn H1N1 lagi. Hmm....

    BalasPadam
  7. owh camtu rupenyer..ok2 now i understand..haha..tq en.kose psl banner..

    klu kesempatan kim slm kat stacy ckp sume fans die rindu kat die..haha..n pesan jage kesihatan die..tq...

    BalasPadam
  8. Stacy, may God bless & take care of you always. Give thanks for all the wonders He gives u. Take care, be humble. We luv u dear.

    BalasPadam