• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

14 Ogo 2009

RAKAMAN RAYA BERSAMA STACY DI NTV7 PART 2



Stacy kelihatan ayu dengan pakaian sebegini walaupun beliau keletihan kerana baru balik dari shooting di Johor pada sebelah siang dan malam terus bergegas ke Glenmarie Shah alam, Selangor. Rakaman raya yang membabitkan Stacy berjalan dengan lancar. lagu pertama dua kali rakam sahaja dan lagu kedua duet dengan Imran Ajmain sekali rakam sahaja. Ada beberapa artis terpaksa rakaman berulang kali tetapi rakaman untuk bahagian Stacy sungguh lancar sekali. Stacy pula begitu mesra dan hormat pada penyanyi senior dan tersohor. Stacy patut kekalkan sifat sebegini.

Selepas rakaman, Stacy terpaksa bergegas ke Johor untuk shooting Raya bersama Mawi yang akan disiarkan Raya nanti di saluran Astro. Bulan puasa adalah masa berehat para artis kerana penganjur kurang menganjurkan sebarang majlis tetapi Stacy masih juga sibuk dengan rakaman, fotoshoot untuk majalah dan membuat persembahan jamuan berbuka puasa.Sebelum bertolak ke Johor, kami ramai-ramai menikmati supper di sebuah restoran area Shah Alam.
STACY BERSAMA MAMI X
STACY SEMPAT BERBORAK DENGAN ZIZI AF7 SEBELUM RAKAMAN BERMULA
BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI
LAGI GROUP PICTORIAL
STACY YANG LANGSING DENGAN BAJU REKAAN MENARIK
BAPA NAIZLE YANG MENAJA SUPPER KAMI SEMALAM
KOSE, SNIPER DAN ABANG STACY YANG KINI MENJADI MANAGERNYA
STACY BERSAMA BARISAN ARTIS YANG LAIN
SNIPER SEMPAT BERGAMBAR BERSAMA STACY
WAJAH-WAJAH KEKENYANGAN DAN MENGANTUK
STACY DISERBU OLEH PEMINAT-PEMINAT SETIANYA
BUKTI GOLONGAN MAKCIK-MAKCIK PUN MINAT STACY, BUKAN GOLONGAN MUDA SAHAJA TAU

STACY BERSAMA DAFI, MEREKA MEMANG SATU KEPALA...KELAKAR


2 ulasan:

  1. Bila nak upload gambar2 yang lain> Tengah tunggu ni.

    BalasPadam
  2. en.kos ckp gambar2 tengah kena taruk watermark..siap kang baru dia tepek.

    BalasPadam