• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

8 Jun 2009

"Saya Dah Menang"



Jika Dayang Nurfaizah mendapat jolokan sebagai Beyonce Malaysia, juara Akademi Fantasia musim ke 6 ini pula digelar sebagai Miley Cyrus Malaysia. Mungkin kerana gadis genit ini memiliki wajah yang comel, petah berkata-kata dan lincah menari di atas pentas.

Tenyata pakej yang dimiliki Stacy berjaya menambat hati ramai peminat. Lihat sahaja populariti yang diraihnya. Bintangnya semakin bersinar-sinar dan tidak salah rasanya kalau dikatakan Stacy berjaya merampas aura seorang penyanyi lelaki yang dulunya sangat popular. Itulah yang dikatakan ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’.

Terbaru, Stacy berjaya menempatkan diri dalam senarai pencalonan Anugerah Planet Muzik 2009 (APM 2009). Stacy dinominasi untuk Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita) untuk lagu “Aku Stacy” dan Artis Malaysia Paling Popular, sebaris dengan beberapa nama-nama besar yang lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan Misha Omar. Satu kejayaan yang boleh dibanggakan untuk orang baru seperti Stacy.


“Saya sama sekali tidak sangka akan tercalon dalam anugerah yang sebesar ini. Tetapi, tidak dinafikan yang saya rasa sangat gembira dan bertuah. Walaupun ini hanya pencalonan, tetapi saya dah anggap ia macam satu kemenangan. Ini kerana bukan mudah untuk tersenarai dalam kedua-dua kategori tersebut,” ujar Stacy yang ditemui selepas sidang media APM 2009 baru-baru ini.

Ditanya kategori yang mana dirasakan boleh dimenanginya, dengan yakin Stacy memberi jawapan yang menaruh harapan pada Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita).

“Untuk pencalonan Artis Malaysia Paling Popular itu, rasanya Stacy belum sampai ke tahap itu. Lagipun, calon-calon yang lain hebat-hebat belaka. Tidak mungkin Stacy boleh mengatasi mereka. Apa pun semuanya terletak ditangan peminat kerana keputusannya berdasarkan undian SMS. Kepada yang ingin mengundi Stacy, bolehlah SMS dengan cara menaip APMMY11 dan hantarkan ke 33660. MY11 itu adalah kod nama Stacy.”

Diminta mengulas tentang populariti yang diraihnya dalam masa singkat, Stacy memberitahu yang perkara itu dipengaruhi oleh tiga faktor utama.



“Faktor pertama yang membolehkan Stacy berada di tempat sekarang ini adalah kerana peminat yang tidak jemu-jemu memberi sokongan. Kedua kerana pihak pengurusan yang banyak memberi peluang dan akhir sekali adalah kerana keupayaan diri saya sendiri.

“Apa yang saya maksudkan dengan keupayaan sendiri ini ialah saya sentiasa mahu buat yang terbaik agar peminat tidak jemu dengan persembahan saya. Saya tidak mahu sia-siakan peluang yang ada sekarang ini,” terang Stacy.

Dalam perkembangan lain, dalam waktu terdekat ini Stacy akan menjalani penggambaran video klip terbarunya untuk lagu “Pakai Buang”. Selain itu, dia juga akan tampil dengan single terbaru, ciptaan KRU. Bagaimanapun, single yang akan menjadi soundtrack filem “My Spy” itu masih belum diketahui judulnya.

Bercerita tentang penglibatan Chaq dalam program ‘Mentor’, Stacy memberitahu GUA yang dia sentiasa menyokong abangnya itu.

“Saya memang ada mengikuti perkembangan Chaq dalam program ‘Mentor’. Kalau saya nampak ada yang tidak kena, saya akan beritahu Chaq supaya dia ada peluang untuk memperbetulkannya. Selain itu, kami juga sering berbincang dan berkongsi idea agar persembahan Chaq nanti tidak membosankan,” jelas Stacy yang ingin terus bertahan dalam industri seni tanah air.

info dari www.gua.com.my

9 ulasan:

  1. banyaknya gelaran stacy... Agnes Monica la, Britney Spears.....and skang Miley Cyrus......

    BalasPadam
  2. semoga peminat2 satcy le undi stacy kaw2 utk APM nnti...stacy de perform ker utk APM..klo ada mesti leh tunjukkn bakat kat org luar...mesti best..gud luck stacy ku...

    BalasPadam
  3. a'ah byk gelaran..yg penting stacy berusaha!! go stacy!! we always support u!!!

    BalasPadam
  4. stacy tak pe lagi..yg kisu plg terkejutnya, yuna. rasenya blum sampai 4, 5 bulan beliau jadi artis tp dh sebaris dgn dato' siti..ish3x dasyattt..bukan bestt sgt pun hahaha stacy lagi besttt

    stacy jgn lupa nyanyi lagu matahariku ngan gagap kt apm nnti!!!

    BalasPadam
  5. lagu matahari? Lagu tu aku rasa akan menang kategori lagu hendong popular sbb dgr2 kat hendong, lagu matahari adalah lagu plg tinggi tinggi jumlah sms download. Klu d Malaysia plak lagu Aizat....


    Lagu2 indon ekceli banyak yang best....tapi owg2 indon belagak...selalu memperkecil2kan industri hiburan Malaysia....

    so, mesti downg "kembang" klu retis Malaysia n Singapura nyanyi lagu2 downg.....so, dengan ini aku nak Stacy nyanyi lagu Gagap dan Aku Stacy (sbb stacy dicalonkan dengan menggunakan single Aku Stacy)...... (",)

    BalasPadam
  6. kisyuuu ...

    yuna dah lama dah jadi pnyanyi. lebih dulu active compare ngan stacy. tp dia bgerak solo / indie style. sma gak ngan zee avi.

    Yuna ni pemes dklngan budak2 yg rajin usha myspce & utube. but dont worry. Like wat adlin said ... "wat else can u give us other than sing a song?"

    Stacy will be our next icon after Dato' Siti. keep up a good work and stay humble.

    BalasPadam
  7. ooo yerr ke 'whatdoyouthink'..klu camtu tak hebat sgt laa hehehe

    'anon' kisu nk suruh stacy nyanyi lagu matahariku supaya artis2 indon rasa tergugat dgn keupayaan stacy nyanyi lagu tu lagi sedap dari penyanyi asal n berkebolehan nyanyi lagu pelbagai genre.alamak terlebih sudaa..hehehe

    BalasPadam
  8. xkisah lah yuna tu dah lame ke blom..tp lgu die tu bru lg dah dpt msok apm...heran2..stacy dah setahun pastu lgu yg dpt msok lak lgu aku stacy yg dah setahun gak usianyer apsal tak lgu gagap yg msok..nsib baik lgu aku stacy evergreen..! =)

    yeah! go stacy! go stacy! luv u..

    BalasPadam
  9. Stacy! Caiyok3!!!

    BalasPadam