• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

7 Apr 2009

Duet Bintang AF7 Untuk KOnsert Ke-5


Bintang-bintang yang dilahirkan oleh Akademi Fantasia musim terdahulu akan dipasangkan menjadi pasangan duet pelajar-pelajar AF7 untuk konsert minggu ini. Idea menarik ini adalah hasil gabungan idea Principal, tenaga pengajar dan pihak produksi AF7 ini dijangka mampu untuk menghangatkan lagi konsert minggu kelima AF7

Bintang-bintang AF yang dipasangkan bukan hanya akan muncul di konsert hujung minggu ini, malah akan turut berlatih bersama-sama pelajar di Akademi. Usaha penggabungan ini dilihat merupakan satu langkah yang baik untuk menghasilkan persembahan yang menarik selain mampu mengembalikan nostalgia bintang-bintang yang pernah menceriakan Akademi satu ketika dahulu

Pada minggu kelima ini, pelajar telah diberikan tugasan secara berduet. Tiga pelajar wanita yang masih kekal adalah Claudia yang akan berduet menyanyikan lagu Kau Muzik Di Hatiku (Jaclyn Victor/ Vince), Isma – Kau Mawarku (Datuk Siti Nurhaliza/ 2 By 2) dan Aishah – Dua Hati Jadi Satu (Dafi/ Gita Gutawa)

Akim mendapat lagu Jika Kau Tiada nyanyian duet Yusry/ Erra Fazira, Qhaud - Di Bius Cinta (Yusry/ Melly Goeslow), Hafiz – Terlanjur Cinta ( Rossa/ Pasha/ Ungu), Aril – Aku Dan Dirimu (Ari Lasso/ Bunga Cinta Lestari), Yazid – Terharu (Jamal Abdillah/ Mawi) dan Sidi - Cinta Yang Sempurna (6ixth Sense/ Tirta Feat. Noe Letto)

Namun, siapakah bintang-bintang Akademi Fantasia yang akan dipadankan dengan 9 pelajar yang masih kekal di Akademi hanya akan diumumkan esok. Untuk mengetahuinya, jangan ketinggalan menonton Diari Akademi Fantasia 7 esok, 9 malam di Astro Ria (Saluran 104)

P/S : Agak2 korang dapat teka tak??? Hehehe

sumber : www.astro.com.my/akademifantasia

7 ulasan:

  1. mcm stacy jak yg bertopeng tu. wah... br jer nak mogok xnak tgk af7 tp kalo ada stacy semangat ni nak tgk..hope stacy berduet ngan hafiz

    BalasPadam
  2. mcm stacy jak yg bertopeng tu. wah... br jer nak mogok xnak tgk af7 tp kalo ada stacy semangat ni nak tgk..hope stacy berduet ngan hafiz

    BalasPadam
  3. Dalam gambar tu mcm Mila, Zahid, Stacy and Faizal..hehe..betul ka ah?..yaikkss!!!

    BalasPadam
  4. a'ah la kan...mcm stacy jer...wahhh..semangat ni nak tgk af7 tp minggu ni je la..hehehehehhe....

    BalasPadam
  5. cnfirm stacy yg di depan tuu...semangat tengok af semakin membara!!!..tup tup undi stacy la pulekkk!!!.hkehkekhk...

    BalasPadam
  6. stacy terlibat ker ngan duet af7 nie? Stacy kan kena perform kat abpbh ahad - genting highland....

    jauh di sudut hati aku nak stacy terlibat gak ngan duet af7 nie...

    BalasPadam
  7. Satu ramalan saya sudah jadi kenyataan :)

    I'm hoping Stacy doing duet with Hafiz too..

    BalasPadam