• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

27 Apr 2009

Stacy & Mila @ PENANG



Stacy mengisi borang pendaftaran sebelom bermain PAINTBALL

Stacy dan Mila bergamba bersama Crew

Tidak ketinggalan penari- penari Stacy pun turut serta dalam acara ini

Abg Man juga turut serta

Mendengar kata alu aluan sebelom acara bermula..

Wah terlebeh SUDAH... Stacy dan Mila memperaga BAJU REKAAN TERBARU


Stacy Dan Mila bergaya ala Askar yang mahu Berjuang

Stacy dan Mila telah bersedia tuk berPERANG

Stacy dan Mila bersama Team2 Paintball

credit pictures : Mr Zel Ashraf's @ Facebook Album

26 Apr 2009

Stacy di Berita Harian


QUE Haidar, Stacy dan Noorkhiriah melakar sejarah tersendiri apabila pertama kali menggenggam trofi berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008


Stacy yang dicungkil bakatnya menerusi Akademi Fantasia 6 (AF6) kira-kira setahun yang lalu, dia sudah mampu meraih undian peminat untuk memilihnya sebagai yang paling popular daripada puluhan atau ratusan artis baru yang muncul dalam industri bak cendawan tumbuh selepas hujan. 


Namun, di sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ketika nama Stacy berada di puncak, syarikat yang dipertanggungjawabkan menaikkan namanya, tiba-tiba tutup kedai apabila 1 April lalu, Maestro Talent & Management (Maestro) terpaksa memberhentikan operasinya gara-gara kegawatan ekonomi.

"Memang saya sedih kerana Maestro banyak membantu karier saya selama ini. Tapi, hidup perlu diteruskan, jangan pandang belakang lagi kerana hari mendatang masih banyak cabaran dan rintangannya. Saya sedar, kerjaya saya ditunjangi sokongan padu daripada peminat, bermula dari kemenangan di AF6 dulu sehinggalah dinobatkan pula sebagai Artis Baru Wanita Popular pada ABPBH2008, semuanya gara-gara undian peminat.

"Orang sering bercakap, bintang AF tidak mampu kekal lama, tapi saya akan membuktikan, kata-kata itu tidak benar! Saya yakin dengan kerja keras dan memelihara kualiti kerja, peminat sentiasa bersama kita. Seperkara lagi, jangan mudah lupa diri apabila nama berada di puncak. Saya selalu ingat, dari mana asal usul saya, saya lahir daripada keluarga yang miskin dan segala kejayaan hari ini adalah untuk membantu keluarga," katanya.

Menurut Stacy lagi, kontroversi yang berlebihan boleh membunuh kerjaya seseorang artis itu dan dia sendiri pernah dikritik kerana berpakaian seksi apabila tidak peka dengan sensitiviti peminat Melayu membuatkan kali ini berusaha mengurangkan imej itu.

"Sebagai artis, kita jangan 'bakar' platfrom atau jambatan yang membawa kita ke seberang dengan kesilapan diri sendiri.

"Saya tak nak jadi seperti sesetengah artis, populariti naik mendadak, tapi kerana keangkuhan, tak jaga mulut, populariti mereka jatuh menjunam," katanya yang mengakui masih berkawan rapat dengan rakan seperjuangannya, Nubhan sekalipun mereka kini jarang berhubungan kerana kesibukan masing-masing. 


sumber dari Berita Harian

Stacy @ Anniversary MANGGA Ke - 14









Pictures credit to Halida_Halle

20 Apr 2009

Celebrate Birthday & Kemenangan Stacy

Beberapa orang StacyFrenz KK telah dijemput untuk memeriahkan majlis hari jadi Aldrich (adik Stacy) dan Christian (anak buah Stacy). Majlis itu juga meraikan kemenangan Stacy di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Stacy bersama 2 birthday boy...
Tengoklah, sayang sungguh Stacy dgn Aldrich
Stacy bersama kawan baiknya, Jesinta
Bergambar ramai2 bersama Stacy...
Bergambar bersama Cherry dan Chaq.. Aik ada ilang sorang la..
Aksi Stacy bersama kek khas untuknya dr StacyFrenz KK.. X sabar sdh tu..
"Thank you banyak2" kata Stacy

Surprise for Stacy



Kami telah membuat rancangan untuk menyambut ketibaan Stacy di rumahnya di Kampung Tuavon. Kami telah meminta bantuan abang-abang Stacy, Chelton dan Chaq bagi menjayakan rancangan ini.

Geng penyerang hendap
Bersembunyi dibalik kereta...
Semua di belakang kereta ni...
Stacy terkejut... Hehehe
Alala... Cian Stacy kena sembur...
Ini saja la yg mampu kami buat untuk mengembirakan Stacy..

Friendly Match FUTSAL - StacyFrenz VS Davom









Telah berlangsung petang tadi di Ampang Sport's Planet, satu perlawanan persahabatan antara Stacyfrenz menentang DAVOM. Stacyfrenz berjaya menjuarai perlawanan dengan 7 berbalas 3 mata. Tahniah buat pemain-pemain Stacyfrenz

19 Apr 2009

GATHERING STACYFRENZ DI RESTORAN KOSE

Sebentar tadi beberapa orang ahli Stacy's Frenz telah berkumpul beramai-ramai di Restoran Bayu Kinabalu sempena meraikan kemenangan Stacy's Frenz sempena perlawanan futsal persahabatan. Oleh kerana terlalu gembira dengan kejayaan tersebut, Abbyanty telah bermurah hati belanja makan sementara Kose pula belanja minum dan Mrs.X pula membawa cupcake dan kuih muih. Memang sungguh meriah suasana di restoran En.Kose sebentar tadi. En.Kose sungguh berbangga dengan kejayaan Stacy's Frenz dan berharap agar semangat kesukanan ini diteruskan demi kebaikan dan mengeratkan hubungan sesama FC di Malaysia.








15 Apr 2009

Stacy & StacyFrenz Meraikan Kemenangan










Bertempat di Pandan Mewah, Stacyfrenz Kuala Lumpur berkumpul bersama-sama dengan Stacy untuk meraikan kemenangan Stacy di ABPBH tempoh hari. Buat pertama kalinya juga chatters Tkvie turut serta dalam sambutan ini. Di kesempatan yang ada Stacy melahirkan rasa terima kasih yang tak terhingga kepada peminat yang telah mengundinya hingga beliau berjaya dinobatkan Artis Baru Wanita Popular. Jelas sekali di sini bahawa jika setiap peminat bersatu hati dan tidak putus menyokong artis kesayangan mereka, maka setiap yang kita impikan pasti menjadi kenyataan.

Pictures by Adriana07




Ucapan Stacy untuk semua penyokong beliau di ABPBH 2008