• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

6 Mac 2009

STACY DI BERITA HARIAN 6 MAC 2009

Hadiah mewah menanti pemenang


Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

Bintang Paling Popular dapat barangan bernilai RM150,000, pembaca bertuah pula RM50,000

SEEKOR kumbang di sisi tiga kuntum bunga berbeza 'jenis' dan 'bau' menambat perhatian khalayak yang lalu lalang di depan Hotel Parkroyal petang Rabu lalu. Bukan saja wajah tiga kuntum bunga itu yang menawan kalbu, malah aksesori barang bertatahkan batu mutiara tajaan Rafflesia The Pearl Centre turut diperhatikan.

Khabar gembira dimaklumkan dengan bangganya bahawa premis barang kemas terkemuka ini kembali menaja Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.


Rafflesia The Pearl Centre menawarkan aksesori barangan kemas bernilai lebih RM500,000 untuk hadiah kepada pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008) yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 12 April depan. Ini kali ketiga Rafflesia menjadi penaja ABPBH.


Majlis penyerahan replika cek itu disampaikan Pengarahnya, Winnie Sin kepada Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Manja Ismail di pejabatnya, semalam. Ia turut dihadiri Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah selain empat calon yang berjaya ke peringkat akhir ABPBH 2008 iaitu Nurul Alis atau Kiki, Dynas, Stacy dan Nubhan.


Kumbang yang dimaksudkan ialah Nubhan, calon top 5 ABPBH 2008 menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular. Lagaknya ibarat watak adiwira yang gagah perkasa ibarat pengawal yang menjaga keselamatan tiga kelopak bunga berharga. Bunga harum mewangi itu merujuk kepada Dynas, Nurul Alis (Kiki) dan Stacy.



Bagi Dynas, 26, dia semestinya sudah biasa menyarung koleksi Rafflesia dan ia berlainan dengan perasaan Kiki dan Stacy yang begitu teruja mengenakan aksesori anting-anting dan rantai leher Rafflesia buat pertama kalinya. Bagi Kiki, dia menyifatkan perhiasannya yang dikenakan begitu sesuai dengan imej dan rona kulitnya. Stacy pula mengakui sangat bertuah kerana tidak pernah memakai aksesori mewah. Usik Stacy, dulu dia hanya setakat mampu memakai barang kemas murah saja.


Aku Stacy buka mata khalayak


SEMENTARA itu bagi juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy, 19, yang tercalon dalam kategori Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular, kehadirannya kini sudah mula mendapat perhatian. Buktinya persembahan single pertamanya Aku Stacy yang dinyanyikan sewaktu pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23 membuka mata ramai pihak yang sedar akan bakatnya.

Atas beberapa masalah yang tak dapat dielakkan, album sulungnya yang dirancang untuk dilancarkan di negeri kelahirannya hujung minggu ini, Sabah dibatalkan. Bagaimanapun menurut penyanyi yang semakin meledak dengan lagu Gagap ini, album sulungnya yang memuatkan tujuh buah lagu sudah pun berada di pasaran sejak awal Mac lalu.

“Syukur sejak persembahan di AJL 23, biarpun tak menang, ia sebagai batu loncatan untuk saya terus menunjukkan sisi bakat seni saya. Saya juga dapat membuktikan kepada pemerhati seni termasuk peminat bahawa saya boleh menari dan menyanyi pada masa yang sama. Saya bangga menjadi nyanyian dan tarian sebagai cap dagang persembahan,” katanya yang besar kemungkinan akan mengikuti siri jelajah ABPBH 2008 ke Batu Pahat dan menggunakan khidmat pereka fesyen, Arma pada malam kemuncak nanti.

INFO: Dynas, Kiki, Nubhan dan Stacy


  • Pembukaan butik DNA Celebrity Styles hasil perkongsian Dynas dengan Awal Ashaari juga semakin mendapat sambutan hingga terdetik di hati Dynas untuk memperbanyakkan koleksi pakaian mengandung dengan harga yang murah. Dynas sempat berpesan kepada peminat yang ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai aktivitinya bolehlah melayari blog peribadi di www.dynasmokhtar.blogspot.com. Carian untuk Facebook, sila taip nama Dynas Mokhtar.

  • Kiki berasal dari Gombak dan sudah lima tahun menjadi penyampai berita Sukan. Mulai 19 hingga 26 Mac ini, Kiki akan terbabit sebagai pengacara dan pengulas untuk siri perlumbaan basikal, Jelajah Malaysia membabitkan lima ke enam negeri di dalam Malaysia.

  • Selain lagu Gagap dan Aku Stacy, lagu lain yang dimuatkan dalam album sulung Stacy seperti Pakai Buang, Cinta Yang Ku Duga, Cerah dan Cinta Khayalan. Sering mendapatkan bantuan abangnya, Camellus Delleli Anam untuk menjadi penari latar, malah abangnya turut menjadi penari tetap untuk penyanyi Adam.

  • Selepas meledak dengan lagu Ada Untukmu, single kedua, Seadanya Aku pula menyusul menguatkan trek seni Nubhan. Album sulungnya dijangka berada di pasaran pada pertengahan tahun ini. Nubhan juga sudah menyatakan persetujuan untuk mengikuti siri jelajah ABPBH 2008 di Pasir Gudang, Terengganu dan Kuantan. Kini, Nubhan turut mengikuti uji bakat drama dan filem dan jika ada pihak yang ingin menawarkan watak kepadanya boleh berhubung terus dengan pengurusnya, Vernon Kedit Jolly.

  • 1 ulasan: