• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

19 Jan 2009

PERSEMBAHAN STACY DI ANUGERAH JUARA LAGU

Gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya. Biarpun pulang tanpa sebarang anugerah di malam Anugerah Juara Lagu malam tadi, Stacy dan Stacyfrenz tidak sekali-kali akan mengalah. Baru setahun jagung dalam industri ini malah berjaya ke peringkat akhir AJL sudah menjadi kenangan paling manis buat kami, malah inspirasi dan pembakar semangat untuk kami berjaya di masa hadapan.

Stacy bertanding dalam kategori Pop Rock, menyampaikan lagu Aku Stacy dengan penuh bertenaga. Tarian yang rancak serta gimik yang menonjol menjadi element penting dalam persembahan tersebut. Malahan, persembahan tersebut mendapat tepukan yang amat gemuruh dari penonton-penonton di Stadium Putra Bukit Jalil.




Kami sempat bertemu stacy sejurus berakhirnya pertandingan. Ternyata Stacy keletihan dan perlu pulang awal. Namun Stacy tersangat-sangat gembira dan berkali-kali mengucapkan terima kasih atas sokongan yang tidak pernah pudar walau sekelumitpun. Sokongan tanpa putus StacyFrenzlah yang menjadi nadi perjuangan Stacy selama ini. Stacy sempat meluangkan masa beberapa minit bersama StacyFrenz sebelum bergerak pulang.


Sila tunggu update terbaru bersama foto-foto persembahan Stacy di AJL23 dan rakaman video di masa akan datang. Terima kasih.

5 ulasan:

  1. Stacy deserves the best performance ever...but juri punya pilihan.. apa komen kamu pulak??? ... adeeehh

    BalasPadam
  2. U are the one who should be the winner for the Best Performance last nite..u r really great Stacy!keep up the good work!

    BalasPadam
  3. AKAK TETAP BANGGA DENGAN STACY. TEMPAT DUDUK AKAK DI KALANGAN PENYOKONG ZIANA ZAIN, MUH & FAIZAL TAHIR, KIRANYA KAMI CUMA BERTIGA DARI STACYFRENZ (YG JELASNYA COZ PAKAI BAJU SFC)... MULA TU KAMI JE LA YG BERSORAK LEBIH2 X KIRA TIME PROMO @ APA... BUT THEN TIME STACY KUAR PERFORM JE, SEMUA DI AREA AKAK TU MENJERIT BAGAI HISTERIA. ITU BUKTINYA STACY TELAH DISOKONG RAMAI. MAKNANYA JUGA BAKATNYA DIAKUI RAMAI. AKAK BANGGA COZ STACY TIDAK DITENGGELAMI OLEH NAMA-NAMA BESAR MALAM AJL TU. X MENANG APA2 MLM TU BUKAN BERMAKNA STACY TIDAK BAGUS @ TIDAK MEMBUAT YANG TERBAIK, CUMA BELUM REZEKI DIA. JADIKAN INI SEBAGAI PEMANGKIN KEJAYAAN UNTUK AKAN DATANG. KEJAYAAN TIDAK DATANG BERGOLEK. USAHA KENA LEBIH, TIDAK TAKUT BERDEPAN DENGAN KEGAGALAN. INSYA ALLAH, SATU HARI NANTI KITA SEMUA AKAN MENDAPAT IMBALAN HASIL DARI USAHA KITA SEMUA YANG IKHLAS & TIDAK PUTUS ASA. ALL DA BEST TO STACY & STACYFRENZ!

    BalasPadam
  4. wah malatop abis stacy dimlm ajl.wlupun stacy x mng tp yg penting performance mlm tu mmg memukau!!! jen x ddk sama ngan sfc tapi performance stacy mendapat tepukan gemuruh di area jen duduk....wah hebat kan?!!!!

    BalasPadam
  5. ALAMAK!!TALABEY(MANTAP) SUDA KO TU STACY DI AJL...

    BalasPadam